Related Posts with Thumbnails
| 5 komen ]


Hari ini bising mengenai sandang yang diberikan kepada Ummi Hafilda dengan pelbagai persoalan apa sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu Islam terutama kepada Gayong sebelum dan selepas ini bagi melayakkan beliau kepadanya. Tetapi itu semua biarlah PSSGM memutuskannya. Mungkin ada kelayakan dan fakta yang bukan dalam pengetahuan kita.

Minggu lepas pun ramai bertanya mengenai sandang dan bengkung. Ada yang bertanya itu daripada rakan silat di Facebook mahupun pelatih KSSG sendiri. Secara personalnya, pihak kami tidak tahu mengenai tatacara dan kelayakan sandang. Malah kami semua tidak ada yang bersandang tetapi kami masih mampu berdiri dan menjalankan aktiviti silat sebagai jalan dakwah dan kebajikan kepada rakan semuslim kami.

Biarlah mereka dengan kebanggaan sandang mereka, tetapi kami yang tidak layak ini meneruskan amanah kami terima daripada guru-guru Gayong kami. Tanpa sandang tidak pernah menyekat kami untuk mengembangkan Seni Gayong dan dikenali oleh semuda pesilat dan semua guru tua atas faktor nama baik KSSG. Malah tanpa sandang, kami masih sibuk dalam menguruskan pelbagai latihan dan aktiviti lain sehingga banyak perkara lain terpaksa kami tolak dan lupakan. Sehingga ada rakan di luar sana terabai atas kesibukan kami. Tanpa sandang, kami masih boleh.

Yang lebih penting adalah amanah. Shams masih merah 3 dan anugerah kuning 5 biarpun lebih 20 tahun berGayong. Abu Hassan masih Hijau biarpun telah mengajar dan berGayong lebih 19 tahun. Begitu juga Hazil yang telah berGayong lebih 17 tahun dan mengajar. 

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada Gurulatih dan pelatih yang lain. Pendek kata, kami sering berpesan "kalau nak buat banding dengan bengkung dan sandang, KSSG memang kalah teruk. Tapi kalau nak cerita pasal amanah dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun komitmen kami, kami sanggup menerima cabaran sebagai motivasi." Malah kami sentiasa memotivasikan diri kami dengan guru-guru yang masih lagi mengajar.

Banyak sandangnya, hebat warna bengkungnya tetapi kalau setakat sembang saja banyak dan bergelanggang tidak seberapa. Bermasyarakatnya tidak. Berapa kerat gelanggang dan nama baik Seni Gayong anda nak lihat dalam masa 10 tahun lagi?


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Tahniah Untuk Kamal & Shijie yang melangsungkan perkahwinan pada 25.12.2011 di Saujana Impian, Kajang

Kamal adalah salah seorang pelatih dewasa di Gelanggang Pusat KSSG, Puchong.

Pihak KSSG mendoakan agar pasangan ini berbahagia sepanjang hayat dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah kelak. Amin


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Petang itu 2 orang kawan memaklumkan yang Pak Jab meninggal dunia. Baru sahaja mendengar berita berkenaan, Ali dari Kota Bharu memaklumkan perkara yang sama dan kemudiannya Nik Iznan memaklumkan lagi kepada saya melalui Facebook. Takziah buat keluarga Arwah Rajab bin Samat, pengasas Silat Seni Gayong 3 Kalimah, Kelantan.

Memori saya bersama Cikgu Rajab bin Samat yang lebih saya panggil sebagai Pak Jab itu tidak banyak mana kerana saya secara peribadi tidak berguru secara terus. Sekadar bertemu mata berselisih, berbual dan bersama dalam apa jua program melibatkan Seni Gayong mahupun silat.

Arwah merupakan antara murid Cikgu Awang Daud yang Cikgu Awang sendiri menghormati beliau dan Arwah sering membawa keluarga mahupun anak muridnya ke Gurun untuk bertemu dengan Cikgu Awang Daud mahupun berbeza pertubuhan (mahupun Pusaka Gayong dan ADMAA). Malah Arwah amat menghormati Cikgu Awang Daud selaku guru dan rakan kerana usia yang tidak jauh berbeza.


Pertemuan terakhir saya sendiri dengan Arwah di rumah Cikgu Awang Daud semasa menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki bongsuCikgu Awang Daud di Gurun, Kedah. Malah Arwah Pak Jab pada hari tersebut turun bersama keluarga dan anak murid beliau dengan sebuah bas dan turut membawa beberapa pasang pen-demo silat daripada Silat Seni Gayong 3 Kalimah bagi memeriahkan dan meraikan majlis di rumah gurunya itu. 

Paling seronok bila melihat Arwah seronok sungguh di tepi gelanggang ADMAA memberikan arahan sambil menjerit kepada anak Gayongnya yang membuat persembahan di hadapan pengantin pada masa itu. Dia senyum melihat saya dan bila saya berkata "semangat dia hari nih!"

Di Kelantan, PakJab dikatakan antara murid Gayong lama yang mempunyai banyak ilmu kebatinan Seni Gayong termasuk lain-lain ilmu kebatinan memandangkan ramai guru Gayong yang lebih senior sudah meninggal dunia pada masa itu.

Pada majlis kenduri tersebut, kesempatan berbual diambil dan ternyata Arwah masih cam saya cuma tidak ingat nama. Saya katakan Arwah cam apabila antara perkara pertama dikata ialah "besar nampak la ni!" Dalam pertemuaan ringkas, saya sempat memberi janji untuk hadir bertemu Arwah di Kelantan selepas majlis kenduri di Gurun. Beliau bersetuju dan seakan faham mengenai tujuannya. Tetapi perancangan Allah SWT lebih baik, saya tidak sempat menemui Arwah mahupun menjejakkan kaki ke gelanggang di Panji yang mana suatu ketika pernah diajak ke sana oleh Arwah.

Gelanggang Arwah di Kg. Tikat tidak jauh daripada rumah saya sebelum beliau berpindah ke Kg. Panji. Ramai rakan-rakan sekampung menyertai silat di bawah seliaan Arwah. Kekadang saya turut ke sana tanpa pengetahuan keluarga dalam tahun 80an. Ada juga belajar tetapi bila bebudak belajar, faham-faham sajalah. Baruh dan sungai nampak lebih menyeronokkan daripada latihan tersebut. Tambah lagi Arwah pernah pesan kepada kami "siapa nak belajar Gayong, semayang takleh tinggal". Kita yang bebudak ni faham lain dan terus tak belajar.

Teringat semasa satu ketika perarakan Sambutan Merdeka di Stadium Muhammad ke-4 yang Arwah sempat menegur saya yang masa itu lead team silat daripada PSSPGM Kota Bharu tapi kami hadir untuk berarak sahaja kerana pasukan demo dah diberikan tugasan kepada daerah lain. Selepas menegur, beberapa orang anak didiknya seperti bertanyakan sesuatu. Kerana kebanyakannya mereka mengecam saya yang tinggal berhampiran dengan gelanggang Arwah tetapi bukan bergelanggang disana.

Arwah cukup terkenal dengan kemesraannya dan keramahannya. Biarpun pada awal mengenali Arwah pada tahun 80an dan 90an, beliau dilabelkan sebagai guru Gayong yang bengkeng dan tegas.

Kini guru lama semakin hari semakin meninggalkan kita. Apa yang kita faham dan ambil ikhtibar dalam soal ilmu Seni Gayong dan pertubuhannya?


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]











Share/Save/Bookmark