Cikgu Abu dengan penuh kusyuk. Majlis bermula selepas maghrib dan terima kasih atas semua kehadiran anda.
Kehadiran hampir 300 orang antara jemputan yang dikeluarkan hanya 60 keping kad jemputan. Terima kasih kepada yang sudi dan meringankan perjalanan silaturrahim anda dengan kami. Ramai gelanggang jemputan kami tidak hadir ke Majlis berkenaan sebaliknya ramai orang lama singgah menegur sapa.
Ini antara gurulatih kanan ADMAR semasa di Taiping. Beliau dan beberapa rakan sezaman beliau telah berhenti silat atas sebab politik silat. Tetapi perjuangan tidak pernah mereka lupakan. Mereka ini semasa diarahkan menjadikan gurulatih oleh ADMAR, Cikgu Sazali baru usia 3-4 tahun. Semasa program terbesar Seni Gayong, beliau diberikan tugas penting oleh ADMAR. Tetapi tugasan Arwah Cikgu Mat Lazim kita semua ingat, dia kita tak ingat.
Ramai juga orang lama hadir malam tu terutama yang tinggal berhampiran tetapi 'menyembunyikan kuku' atas sebab rajuk kerana politik silat dan hala tuju tidak menentu dan masalah kesihatan.
Makanan ditaja sepenuhnya oleh para gurulatih KSSG dan diadakan secara konsep "kenduri & zakat" yang menjadi amalan kenduri KSSG. Semoga Allah SWT jua memurahkan rezeki ahli KSSG kerana telah menjimatkan ribuan RM wang KSSG
Terima kasih juga kepada pimpinan Masjid As Syakirin, Taman Puchong Utama dalam menjayakan majlis ini.
Yang lama dihormati, yang muda akan menyusuri. KSSG bukan hebat itu ini, Tapi KSSG tetap terkini.
Kari kambing cepat habis walaupun persiapan melebihi target. Siapa ambil lebih malam tu?














