Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]


Majlis Tahlil Perdana kali ini akan dibuat diluar gelanggang pusat dan dicadangkan gelanggang Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama yang mana akan turut bertahlil seperti biasa dengan jemaah di surau berkenaan pada 23.06.2011

Jemputan akan dibuat kepada semua Anak Gayong dan penjaga melalui latihan digelanggang pada minggu ini. Tiada apa jua kos dikenakan tetapi sebarang derma amat kami galakkan dan boleh diberikan terus kepada AJK KSSG seperti Shams, Abu Hassan dan Hazil.

Makanan akan disediakan oleh pihak KSSG dan bukan makanan berat dan makanan sampingan akan diteruskan secara tradisi KSSG iaitu setiap tetamu membawa pot luck. 

Kami mengambil kesempatan ini menjemput semua Anak Gayong baru dan lama untuk memeriahkah majlis kami kelak. Terima kasih didahulukan.

Kehadiran ahli KSSG adalah DIWAJIBKAN.

MAJLIS TAHLIL PERDANA KSSG
SURAU AL SYAKIRIN (SURAU JUMAAT) TAMAN PUCHONG UTAMA
KHAMIS, 7.00 MALAM
23 JUN 2011


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Semalam Kuliah Maghrib Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kota Damansara mendapat perhatian ramai dan dikunjungi oleh segenap lapisan sehingga ke jalan besar. Selain daripada itu diadakan juga gotong royong penyediaan masakan bagi akikah penduduk setempat.

KSSG yang juga bertapak di Masjid Kota Damansara dikatakan terlibat dalam gotong royong berkenaan dan sekalung tahniah kepada anak-anak remaja KSSG di sana kerana ringan tulang untuk bersilaturahim melalui masjid.

Promosi gelanggang KSSG di Masjid Kota Damansara turut dilaksanakan semalam bagi membolehkan pendedahan lebih memberansangkan.

GELANGGANG MASJID KOTA DAMANSARA
LAMAN MASJID KOTA DAMANSARA
SETIAP AHAD, 4.30 PETANG
Jadual terkini sila rujuk kepada bahagian Gelanggang




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Dir Hussin Selaku jurugambar bersama Mohd Nor dan Naim. Cikgu Abu Hassan selaku promoter dan Cikgu Nick selaku jurujual. Lengkap team promo KSSG.

Demo Azizi & Danial untuk tempur kosong dan simbat.

Tapak KSSG promosikan silat semasa Karnival.

Demo lompatan daripada Anak Gayong baru daripada Gelanggang Seri Kembangan.

Cikgu Abu bersama Ustaz Hassan di gerai dalam usaha mempromosikan apa yang ada.

GELANGGANG SERI KEMBANGAN
DEWAN GEORGE, TAMAN PUTRA PERMAI
SETIAP SABTU, 4.00 PETANG
HUBUNGI: 014-9933774
FACEBOOK - KSSG



Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]










Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Pihak kelab akan menyertai Karnival Bazar Rakyat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 yang akan berlangsung pada 22.05.2011 iaitu minggu depan.

Penyertaan KSSG kelak akan dibuat melalui demo silat bersama senibeladiri lain dan satu tapak ekspo ditempah bagi membolehkan promosi kelas-kelas silat di bawah KSSG dijalankan bukan sahaja di Seri Kembangan tetapi seluruh negeri Selangor. 

Harapan kami sebagai permulaan promosi gerai ekspo yang pertama dibuat akan memberikan satu kesan baik kepada nama SILAT SENI GAYONG tanpa mengira kelab, persatuan dan pertubuhan.

Sehubungan dengan itu, pihak kelab menjemput semua Anak Gayong ke Karnival berkenaan. Selain meramaikan dan memeriah tempat berkenaan, diharap dapat bertemu mata di sana. Pihak kelab juga akan mempromosikan keahlian kehormat kelab dan baju T Shirt KSSG di sana.

KARNIVAL JKP MPSJ ZON 19
DI BAZAR RAKYAT (BELAKANG GIANTS SERI KEMBANGAN)
DEMONTRASI SILAT DAN PROMOSI AHLI BARU DAN AHLI LAMA



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Semalam sempat juga membuat sedikit demontrasi silat bagi menyambut ketibaan konvoi tersebut di Masjid Kota Damansara. Demo silat diketuai oleh Ng Eng Kuan selaku penyelia gelanggang KSSG di Masjid Kota Damansara.

Demo dibuat oleh 10 orang pesilat yang mempersembahkan asas gerakan tangan dan kaki serta sedikit buah pukulan. Manakala sepasang tempur keris dipersembahkan bagi mengamatkan suasana.

Semoga sedikit sumbangan dan penyertaan kami itu akan memeriahkan dan memberikan ruang masa yang lebih ceria kepada peserta yang kebanyakannya penat berkonvoi.

Terima kasih pihak kelab ucapkan kepada semua rakan-rakan di Kota Damansara terutama rakan-rakan daripada TV3 dan TV9 yang menjemput kami untuk turut serta bersama dalam menjayakan sedikit ruang di dalam program tersebut.

Terima kasih.





Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Semenjak 2009, pihak kelab sentiasa menerima pertanyaan samada kelas khas dan persendirian ada dilakukan oleh pihak KSSG. Jawapannya ialah pihak kami ada mengadakan kelas sedemikian yang mana keahlian latihan adalah dalam kumpulan kecil tidak melebihi 6 orang (maksima) mahupun seorang (minima) sahaja.

Latihan yang diadakan dikendalikan dan boleh dipilih gurulatih berdasarkan hari latihan yang mana latihan adalah malam dan petang sahaja. Latihan berdasarkan jam latihan iaitu biasanya melibatkan 30 jam latihan kardio, stamina dan beladiri di bawah seorang gurulatih tetap bagi satu pakej latihan. 

Latihan adalah secara persendirian dan diadakan secara tertutup. Tiada laporan dan aktiviti sedemikian akan dilaporkan secara terbuka atau direkodkan secara umum. Semua latihan adalah rahsia bagi keselesaan ahli latihan. Latihan hanya dibuka kepada orang awam yang tiada asas sahaja tetapi memerlukan latihan intensif atas beberapa sebab tertentu. Latihan kepada mereka yang ada asas senibeladiri atau latihan intensif tertentu, boleh rujuk kepada masa latihan biasa.

Antara penyertaan yang biasa diterima adalah bagi tujuan berkenaan:
  • Meningkatkan keyakinan;
  • Kuruskan badan;
  • Aktiviti senaman dan menyihatkan tubuh;
  • Menghilangkan dan mengurangkan tekanan (stress);
  • Mempelajari asas senibeladiri dalam kaedah segera;
  • Membaiki asas senibeladiri untuk kerjaya seperti pelakon;


KELAS KHAS & PERSENDIRIAN
GELANGGANG PUSAT KSSG, BANDAR PUSAT PUCHONG
HUBUNGI: 014-9933774



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Tukang barbeku import

Abang Mash dan anak

Pakar Barbeku KSSG, Cikgu Malik

Pakar Rasa Makanan, Cikgu Jail

Abang Jagung, Cikgu Shams & Nazrin (Team Demo Remaja KSSG - Lembing)

Antara tetamu istimewa, Cikgu Noor "Geting" dan Firdaus (kerana lama tak mai gelanggang)




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Latihan Gelanggang Silat Seni Gayong di Masjid As Salam, Puchong Perdana masih berjalan seperti biasa di hari Rabu selepas waktu Isyak. Latihan dianggap dimulakan dengan Isyak berjemaah dan diteruskan dengan latihan silat di tingkat bawah masjid selepas Isyak.

Keahlian di Masjid As Salam masih mengekalkan rekod antara keahlian KSSG teramai buat masa ini. Lebih menarik selaku gelanggang terawal, ramai ahli Team Demo Remaja KSSG terdiri daripada ahli gelanggang ini kerana tahap latihan dan disiplin yang tinggi

Selain daripada itu, walaupun aktiviti ini tidak tersenarai dalam senarai aktiviti di Masjid As Salam, Puchong Perdana tetapi ia merupakan rekod aktiviti paling lama bertahan melebihi 6 tahun dan berdisiplin.

Baru-baru ini ada beberapa kali jemaah menegur mengenai disiplin anak Gayong kami yang tidak solat dan bising di bahagian bawah masjid. Kami percaya Cikgu Shams telah selesaikan perkara berkenaan apabila menyatakan kepada semua yang menegur itu 
"itu bukan anak silat kami, itu mereka yang berkaitan dengan tuisyen dan beberapa program lain. Kalau jumpa budak silat tak naik sembahyang atau bising, abang-abang boleh tampar terus mereka, sebab kalau dapat kat saya pun saya bagi benda yang sama"
Latihan diadakan seperti berikut:

GELANGGANG MASJID AS SALAM, PUCHONG PERDANA
TINGKAT BAWAH MASJID AS SALAM, PUCHONG PERDANA
SETIAP RABU, 8.30 MALAM (ISYAK BERJEMAAH)
HUBUNGI: 014-9933774/013-9307961







Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Dimaklumkan oleh rakan-rakan dan melalui beberapa blog PSSGM Limbong yang Ayahanda Ustaz Ismail yang cukup dikenali sebagai Haji Kedah dan Mail Limbong meninggal dunia pada 07.05.2011 dan dikebumikan pagi ini.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu telahpun dimaklumkan sebelum ini mengenai penyakit arwah dan agak tenat berada di rumah beliau di Limbong, Kedah.

Dalam perjalanan seterusnya ke Kedah, pihak kami amat berharap dapat jumpa dengan beliau sebagai perkenalan dengan seorang guru lama tetapi perancangan Allah SWT lebih baik.

Harap kegurulatihan dan pentadbiran akan terus maju di bawah peninggalan Arwah dan diteruskan dengan pewaris sedia ada.

Sesama kita doakan agar Arwah ditempatkan di tempat mereka yang soleh dan diredhai Allah SWT. Amin.







Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Anak Gayong Masjid Kota Damansara membuat latihan sepakan di tempat yang disediakan.

Latihan Silat Seni Gayong bertempat di Masjid Kota Damansara (MKD) berjalan lancar semenjak 2 tahun lalu dan menjalani latihan biasa di laman Masjid Kota Damansara bersama beberapa peralatan yang disediakan bagi kemudahan latihan.

Sehingga kini terdapat 20-30 orang pelatih menjalani latihan asas di bawah Ng Eng Kuan a.k.a Ikhwan. Pelatih terdiri daripada remaja dan beberapa dewasa yang mana menjalani latihan di siang hari kerana masalah waktu singkat pada waktu malam kerana terdapat banyak aktiviti Masjid.

Pihak kelab memohon agar program dan aktiviti latihan ini boleh disebarkan kepada umum agar keahlian semakin meningkat. Dalam masa yang sama mengimarahkan Masjid Kota Damansara. Latihan Gelanggang Masjid Kota Damansara adalah seperti berikut:

GELANGGANG MASJID KOTA DAMANSARA 
LAMAN MASJID KOTA DAMANSARA
SETIAP AHAD, SELEPAS ASAR (4.30 PETANG)
HUBUNGI: 017-2808027






Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Latihan Silat Seni Gayong di bawah Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) di Taman Putra Heights di bawah jagaan dan latihan Cikgu Malik (gambar di atas) berjalan lancar dan keahlian semakin hari semakin bertambah dan latihan juga semakin rancak untuk mengejar program ujian bengkung secara berkelompok kelak.

Latihan yang dikendalikan oleh Cikgu Malik dan dibantu oleh Cikgu Nick lebih ceria berbanding dahulu apabila aktiviti dan gelanggang tersebut semakin dikenali ramai.

Sehubungan dengan itu, pihak kelab juga mengambil kesempatan agar pihak yang terbabit dan berkaitan di Taman Putra Heights dapat bersama-sama kami mempromosikan gelanggang silat di sana agar lebih ramai anak muslim kita menyertai latihan Silat Seni Gayong sebagai alternatif terbaik menggunapakaikan martial art sebagai pendisiplin anak muda berbanding memilih seni beladiri asing.

Latihan Gelanggang Taman Putra Heights adalah seperti berikut:

GELANGGANG TAMAN PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA
DEWAN MPSJ, TAMAN PUTRA HEIGHTS (TEPI SURAU BAITURRAHMAN)
SETIAP AHAD, 8.30 PAGI
HUBUNGI: 012-6974103/014-6690545







Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Latihan Gelanggang Seri Kembangan yang sebelum ini dimulakan latihan di Apartmen Vista Pinggiran Putra telah dihentikan atas beberapa keputusan setempat tidak membenarkan orang luar hadir ke dalam kawasan apartment. Secara automatik, Gelanggang Seri Kembangan tidak lagi di bawah anjuran Surau Apartment Vista Pinggiran Putra.

Keahlian Gelanggang di Seri Kembangan adalah masih seperti biasa malah pertambahan baru diterima termasuk 4-5 orang pada minggu lepas. Sehingga kini keahlian telah mencecah seramai lebih 30 orang.

Latihan baru Gelanggang Seri Kembangan adalah seperti berikut:

GELANGGANG SERI KEMBANGAN
DEWAN GEORGE MPSJ 
(TEPI MASJID MUTTAQIN), TAMAN EQUINE
SETIAP SABTU, 4.00-6.00 PETANG
HUBUNGI: 014-9933774



Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Pihak Kelab akan membuka gelanggang baru di Kompleks Rakan Muda Puchong yang mana orang nombor 1 Kompleks berkenaan dah mula bertanya kerana ramai bertanyakan kami kerana melihat program-program yang pernah diadakan di sana.

Pada Mei ini program dan gelanggang akan mula diadakan di komplek berkenaan pada setiap Sabtu. Beberapa program akan diadakan serentak pada masa dan tempat yang sama.

Selain latihan TEAM DEMO REMAJA KSSG, latihan biasa turut diadakan bagi pelatih lain termasuk remaja, kanak-kanak dan dewasa yang berminat. Butiran latihan dan yuran yang akan diadakan pada sabtu ialah seperti berikut:

LATIHAN TEAM DEMO KSSG
Hanya melibatkan remaja yang berminat untuk menyertai daripada gelanggang KSSG dan juga dibuka kepada bukan gelanggang bukan dibawah KSSG.
Yuran Bulanan: RM6.00 (KSSG) - RM15.00 (Bukan KSSG) 
Syarat: Minat dan sedia menerima latihan dan disiplin berat KSSG. Kehadiran diwajibkan 100%

LATIHAN BIASA SILAT SENI GAYONG
Terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertai Silat Seni Gayong bagi semua peringkat dan jantina.
Yuran Bulanan: RM30.00 (Pelajar) / RM50.00 (Dewasa)
Tiada syarat khas.

LATIHAN SILAT WANITA
Terbuka kepada semua wanita. Latihan asas akan diadakan selama bulan Mei akan dijalankan sepenuhnya oleh Gurulatih Kanan (lelaki) dan dibantu oleh gurulatih wanita. Selepas Jun, latihan sepenuhnya diadakan oleh Gurulatih wanita dan kemungkinan masa latihan akan diasingkan dengan kelas lelaki dewasa.
Yuran Bulanan: RM50.00

Pada bulan Mei 2011, kelas akan diadakan di Kelas Wajadiri, Komplek Rakan Muda, Puchong. Setiap Sabtu. 9.00 - 11.00 pagi. Sekiranya keahlian bertambah ramai, dewan akan digunakan bermula pada Jun 2011.

KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG
SETIAP SABTU
9.00-11.00 PAGI
DEWAN UTAMA & BILIK WAJA DIRI
014-9933774




Share/Save/Bookmark