Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]


Latihan pertama Team Demo 2011 pada pagi tadi dengan latihan besi sebanyak 140 kali, latihan tenggiling dan harimau menghambur sebanyak 130 kali dan latihan pacat 50 kali. Tepat 2 jam latihan.

Latihan Team Demo 2011 untuk bulan Mei akan dimulakan dan diadakan pada 7/14/21/28 Mei 2011. Tarikh tersebut adalah telah disahkan dan dijalankan latihan Team Demo seperti biasa.

Berbeza daripada tahun lepas, tahun ini Team Demo 2011 akan dibuka kepada semua ahli dan pemilihan akan dibuat pada minggu ketiga latihan iaitu pada 21 Mei 2011. Pada tarikh tersebut akan ditentukan permainan senjata dan tempur yang sesuai.

Manakala syarat utama hanya ada dua iaitu tidak boleh ponteng kelas latihan tersebut dan sumbangan sebanyak RM1.50 sebagai syarat nilai latihan. Ketidakhadiran latihan akan menjadi automatik sebagai penyingkiran keahlian Team Demo 2011.Hanya alasan akademik dan kesihatan sahaja diterima.

Kepada anak Gayong gelanggang lain selain gelanggang di bawah KSSG yang berminat, mereka boleh sertaikan kami dengan menelefon terlebih dahulu: 014-9933774

Banner makluman kelas silat Seni Gayong dan latihan Team Demo 2011 akan dinaikkan dalam masa singkat setelah berbincang dengan Pegawai Belia & Sukan semalam.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Dirasmikan oleh YB Khalid Saman, Ahli Parlimen Shah Alam

Cikgu Abu setia membuka meja pendaftaran dan mengutip pendaftaran baru selaku Bendahari KSSG

Permainan senjata malam tersebut ialah pisau dan keris sahaja. Tidak dihampakan dengan permainan buah dan tempur kosong dan lompat pelik-pelik

Demo diseliakan oleh Cikgu Radzlan selaku gurulatih di Gelanggang Taman Puncak Perdana

GELANGGANG TAMAN PUNCAK PERDANA
Di Foyer Surau Jumaat (Al Ikhwan)
Setiap Jumaat, 8.30 malam
Turun isyak berjemaah dulu.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Baru dapat SMS daripada Cikgu Rosli (Penang) yang Mesyuarat Agong Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) akan diadakan sebagaimana berikut:

Mesyuarat Agong PSSPGM 2011
Pada 30.04.2011
Bertempat di Gelanggang Pusat PSSPGM, Gurun
Masa 2.30 petang

Protokol pakaian tidak dinyatakan. Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada pihak PSSPGM Pusat mahupun pihak yang berkaitan. Pihak kami hanya menghebahkan atas permintaan Cikgu Rosli.

Pihak KSSG sendiri masih belum memutuskan siapa wakil akan dihantar atau tidak memandangkan notis SMS terlalu singkat dan tiada kesempatan untuk membatalkan kelas silat dan cuti kerja.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Video adalah ringkasan awal latihan sahaja. Video penuh latihan dan mendalam tidak ditayangkan. Hanya sekadar makluman aktiviti semasa dan juga promosi melalui video.





Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Pada minggu lepas atas permintaan dan sokongan ahli dewasa setelah melakukan perbincangan di gelanggang dan juga di meja "khatam", maka keputusan sepakat meja khatam dan Cikgu Shams membenarkan latihan khamis di Gelanggang KSSG Pusat yang sebelum ini dikendalikan oleh Cikgu Shams.

Latihan pertama pada khamis lalu iaitu pada 15.04.2011 dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Besi yang berasal daripada Utara itu. Beberapa teknik latihan stamina dan kekuatan diteruskan sebagaimana yang ditetapkan kecuali bilangannya telah bertambah 100%. 

Sebagaimana latihan Isnin oleh Cikgu Hazil berorientasikan latihan silibus dan latihan am, latihan Cikgu Besi akan menitik beratkan latihan silibus dan juga latihan am. Latihan am yang dimaklumkan setakat ini menjurus kepada gerakan (form), tari silat (silibus Gayong dan bukan) serta lompatan.

Minggu hadapan latihan am Cikgu Besi akan menumpukan kepada lompatan iaitu handspring atau teknik harimau mendahan ranting. Latihan silibus seperti biasa.

Nota: Jangan tanya dua perkara. Pertama- Apa nama Cikgu Besi. Kedua- Jangan tanya apa itu khatam atau meja khatam.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Harap dapat maklum bahawa perasmian Gelanggang Silat Seni Gayong Surau Al Ikhwan (surau Jumaat) di Taman Puncak Perdana akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 22.04.2011
Hari: Jumaat
Masa: 9.00mlm - 12.00 malam
Tempat: Perkarangan Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Perdana
Gurulatih: 012-9850960 (Cikgu Razlan)

Manakala latihan di Gelanggang Puncak Perdana tersebut telah dijalankan setiap Jumaat, Selepas Isyak di Perkarangan Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Perdana. Kepada yang berminat sila hubungi: 012-9850960 (Cikgu Razlan)






Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Bertahun-tahun mengajar, Anak Gayong silih berganti dalam gelanggang. Ramai kecundang dalam latihan dan meninggalkan gelanggang walaupun untuk tidak mengajar. Mungkin ramai antara mereka tidak putus silaturrahim dan kekal dalam persahabatan tetapi tiada lagi dalam latihan bergelanggang baik sebagai pelatih mahupun melatih.

Kuantiti yang datang dan pergi bukan pengukur kepada kehebatan dan kehormatan seorang gurulatih tetapi secara peribadi saya diingatkan oleh guru lama yang ukuran terletak kepada hati kita dalam goyah atau tidak meneruskan perjuangan.

Datang dan perginya ahli tidak menjejaskan gelanggang. Hanya gurulatih perlu lebih inovasi dalam membentuk kumpulan latihan dan promosinya. 

Untuk menambahkan ahli, teruskan promosi kerana sekarang bukan lagi sepertimana di mata Melayu suatu ketika dahulu. Silat kini tercungap dihati masyarakat Melayu yang lebih suka berbaju putih. Maka ini masa untuk buktikan semula komitmen dan kesan komited disiplin dalam silat kepada masyarakat Muslim terutama Melayu itu sendiri.

Kepada gurulatih, jangan berkecil hati kerana gelanggang mahupun pelatih meninggalkan gelanggang. Yang baru akan tiba. Generasi penyambung akan tetap ada selagi hati kamu kuat dan berniat baik dalam mendisiplinkan anak se-agama mu di samping keperluan kebajikan yang lain. Baikkan niat kamu, akan dihormati kamu oleh masyarakat.

Sebagai gurulatih, biarpun keahlian gelanggang kamu sentiasa berubah, tetapi matlamat dan kesannya tetap tidak berubah. Hanya satu KERANA ALLAH SWT Selebihnya bertawakkallah. 

Jangan bimbang kerana silaturrahim kamu sentiasa bersambung dan pahala kamu berkembang. Sikap hormatkan kamu akan berterusan.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]















Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



"umur berapa paling kecik cikgu terima?" itu antara persoalan sinonim yang biasa diterima daripada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke gelanggang silat KSSG.

"Kami terima umur berapa pun, kalau kecil kami buat cara kecil ajarnya. Kalau besar kami ajar cara besar" Jawab kami daripada gelanggang KSSG.

Setakat ini rekod keahlian termuda KSSG masih lagi dipegang oleh Cik Ummu Sulaym Rumaisa iaitu berusia 7 bulan selaku Ahli Kehormat KSSG. Manakala ahli latihan termuda ialah Akmal daripada Puchong Prima yang bergelanggang di Masjid As Salam, Puchong Perdana. Ini adalah rekod bagi sessi 2011.

Video di atas adalah rekod latihan minggu lepas bagi latihan stamina dan asas tempur bebas bagi ahli baru sessi 2011 di Masjid As Salam. 

Video di atas adalah menunjukkan Akmal sedang menjalani latihan yang sama dengan pelatih lain. Tetapi pergerakannya agak perlahan kerana ini direkodkan kali kedua dan beliau agak letih sedikit. Kalau direkodkan kalu pertama, rasanya tentu ramai ibubapa yang berminat nak hantar anak ke Gelanggang Masjid As Salam. 

Sebenarnya latihan silat di bawah pentadbiran kami dibuka kepada semua peringkat umur tetapi latihan digariskan mengikut umur dan kemampuan. Peringkat seperti Akmal ini tidaklah kami berkasar atau bertegas sangat tetapi dengan sedikit motivasi dan diterapkan rasa hormat, kanak-kanak seawal umur 4-5 tahun seperti Akmal sudah mampu mengikut latihan kami dengan baik.

Ada berani?





Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Ada orang bertanyakan saya; 
"Kenapa Cikgu tidak berkongsi mengenai amalan kebatinan dan amalan cikgu belajar di web ini?"
Saya telah menjawab
"Pertamanya saya bukan ahli dalam perkara tersebut dan eloklah mencari guru yang mursyid mengenainya. Keduanya, saya bukan hebat dalam amalan kebatinan untuk bercerita atau mendabik dada kononnya ada atau pernah belajar itu dan ini. Ketiganya, matlamat saya dalam silat Seni Gayong adalah berbeza. Matlamat saya sebagaimana motto KSSG di atas. Kalau boleh membaiki apa yang patut dalam sosial masyarakat seagama saya, saya bersyukur agar itu boleh menampung selepas mati saya."
Saya amat berharap baik kepada ahli KSSG mahupun rakan-rakan yang lain menetapkan matlamat dalam silat. Sebab apa yang saya belajar "hebat-hebat pun mati" yang paling penting dalam bersilat "selepas mati masih berpahala". Itu jawapan yang saya ajak berfikir dan alasan saya sendiri untuk kuat semangat dalam bergelanggang bersama remaja dan anak-anak kecil.

Cuba dengar dan perhatikan apa kata Ustaz Azhar Idrus.






Share/Save/Bookmark