Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

Kunci Mati 8 Oleh Adik Sazwan Suboh

Akan ada yang bertanya kamu; "berapa banyak buah nak ingat sebelum pegang merah (gurulatih)?". Saya sering kata, banyak tu tidak tetapi lebih 120 jenis tidak termasuk mainan senjata.

Senjata berapa banyak lagi buahnya.
Senjata tidak termasuk gerakan pun mungkin ratusan juga sebab daripada merah sehingga hitam ada beberapa peringkat dan senjata silibus.
Apa maksud cikgu dengan silibus.
Silibus tu pelajaran yang ditetapkan untuk diajarkan mengikut bengkung manakala banyak yang tidak disilibuskan tetapi diturunkan kepada yang terpilih seperti gurulatih atau melalui kursus sahaja.
Kalau begitu banyak, bagaimana nak ingat?

Kalau mendengar pada ayat jawapan ada ramai yang akan tarik diri belajar Seni Gayong, tetapi itu lah kelebihannya dalam menjalani silibus yang tidak pernah habis.

Saya ingat bagaimana menjadi gurulatih ini akan menjaga rezeki, mengangkat martabat dan rasa hormat masyarakat serta pahala dalam membimbing anak seagama. Itu pesan guru. Dalam masa yang sama, mengajar ini juga memberikan peluang kepada gurulatih untuk belajar tanpa henti melalui kesilapan dan pengalaman.

Dengan menjadi gurulatih, kita berpeluang juga untuk mengingati kesemua ilmu yang pernah kita pelajari dan simpan serta memperkemaskan ilmu berkenaan. Dalam masa yang sama, pengalaman menjadi gurulatih mengajar kita apa itu sebenarnya disiplin Seni Gayong. Kesemuanya memerlukan masa dan kesabaran.

Maka luangkan masa dengan menjadi tulang belakang yang mengembangkan Seni Gayong, lihatlah pandangan anda melalui pengalaman dalam masa 10-20 tahun. Sudah tentu berbeza dengan masa ini.

Latihan sabtu lalu ada ditanya mengenai lapis kepada kunci mati Seni Gayong. Kata Cikgu Awang Daud paling kurang setiap gurulatih diajarkan 7 cara membuka kuncian Seni Gayong tetapi tidak semua mendapat pelajaran yang tidak disilibuskan ini. Pakngah Izahar mengatakan perkara yang sama. Pakndak Majid juga sedemikian.

Mungkin rezeki saya sebagai pembantu gurulatih dan selalu menjadi beg tubi mereka suatu ketika dahulu membuat saya mendapat peluang untuk itu semua. Malah kekadang ada menegur jauh bila tersenbam oleh gurutua bagi mendapatkannya. 

Walaupun lama sungguh tidak menyentuh mahupun mengajar suatu perkara seperti lapis kunci mati sabtu lalu tetapi saya yakin dengan pengalaman yang ada, ilmu akan mudah diingati selagi kita mengajar. Terima kasih kepada semua ahli Seni Gayong kerana adanya peluang saya mengembangkan Seni Gayong walaupun sekadar peringkat bawahan.

Ada yang mahu lapis kunci 12?



Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Pihak Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) menjemput para rakan seperjuang dalam mana-mana pertubuhan Seni Gayong untuk sertai kami di dalam KSSG melalui keahlian kehormat. 

Kempen keahlian ini dibuat bagi merapatkan perpaduan antara pertubuhan Seni Gayong dan sekali gus mengumpul dana kecil iaitu RM15.00 seorang bagi membuat satu program besar di akhir tahun nanti. Program besar berkenaan akan dirahsiakan buat masa ini dan akan dilaksanakan sekiranya mendapat dana dan sokongan yang mencukupi. 

Kempen keahlian kehormat ini hanyalah serendah RM25.00 seorang sahaja (tidak termasuk RM5.00 kos pos). Jika diluluskan oleh pihak kami, anda akan diberikan kad keahlian tahunan dan juga satu t-shirt KSSG. Sila klik untuk melihat item.

Caranya anda boleh emailkan permohonan anda ke admin@kssgayong.com dan pihak kami akan emailkan borang untuk di isikan. Setelah pihak KSSG menerima borang dan pembayaran tersebut, keahlian akan diproses.

Proses pengambilan ahli kehormat ini telah pun bermula dan telah ada permohonan yang telah diterima.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Kad Ahli KSSG 2011 telah pun siap dah telah diedarkan kepada beberapa gelanggang melalui gurulatih. Kepada mereka yang telah membuat pembayaran yuran tahunan dan serahan borang kepada gurulatih gelanggang, boleh mendapatkan kad ahli berkenaan daripada gurulatih.

Kad ahli yang disiapkan untuk edaran adalah serahan borang sebelum Mac 2011. Lain-lain borang yang diserahkan lewat akan disiapkan dalam masa 2 minggu.






Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Minggu lepas semasa pendaftaran dan latihan pertama ditetapkan, pihak penganjur dan kami telahpun berjaya untuk mendaftarkan lebih kurang 25 orang pesilat baru terutama daripada kalangan kanak-kanak sekolah. Masih ada lagi permintaan khas daripada golongan dewasa.

Malah ramai daripada mereka telahpun menempah pakaian silat dan kelengkapan bagi latihan seterusnya pada minggu ini.

Pihak kami berharap dengan kain rentang yang bakal dinaikkan pada hujung minggu ini akan memberikan respon yang lebih baik kepada gelanggang di sana.

Menurut Mudir Darul Huffaz selaku penganjur bersama dengan surau Apartment Vista Pinggiran yang juga seorang anak Gayong dan bekas pesilat Negeri Kedah menyatakan hasrat dalam memenuhkan dewan berkenaan dalam sebulan dua ini. Anggaran keahlian yang dirancangkan oleh pihak mereka ialah 100 ahli pada permulaan latihan di tahun 2011 ini.

Latihan akan di adakan setiap AHAD, 9.00 pagi di Dewan Badminton, Apartment Vista Pinggiran, Pinggiran Putra, Seri Kembangan. Maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-9933774.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Pihak KSSG mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga guru silat yang terkorban dalam kemalangan dan dilaporkan di dalam akhbar baru-baru ini.

Mungkin ahli KSSG tidak mengenali mereka dan arwah-arwah juga tidak ada kaitan dengan Seni Gayong tetapi dalam program Majalah 3 tempohari yang melibatkan Gemala Kasturi dan KSSG, ada pengambaran dilakukan dalam masa yang sama.






Mereka-mereka yang terkorban adalah terlibat dalam segmen Gemala Kasturi iaitu serunai gendang silat dalam liputan mengenai Khairul dan geng gendangnya semasa di Kedah. Segmen berkenaan ditayangkan seminggu awal daripada tayangan KSSG melalui Majalah Tiga.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Dalam kesingkatan masa, banyak lagi program kami tidak update termasuk beberapa berita ke Bandar Baharu Kedah dan Taiping baru-baru ini. 

Sementara itu kami linkkan anda kepada beberapa hasil kerja Mohd Nor yang terbaru dalam usaha menyimpan koleksi video lama dan sekaligus untuk promosikan KSSG.

InsyaAllah beberapa video baru akan dimasukkan dalam Youtube kami dan video lama akan dicompile sebagaimana di atas bagi tontonan semua pihak sekaligus untuk tujuan promosikan KSSG.

Pihak kami amat mengharapkan ana dapat klik SHARE di sini mahupun terus kepada SHARE video berkenaan bagi tujuan promosi dan kebaikan semua gelanggang Seni Gayong samada di bawah pentadbiran kami ataupun gelanggang lain.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Gelanggang Awam Silat Seni Gayong di bawah pentadbiran KSSG akan dimulakan dalam masa terdekat setelah dimohon oleh pihak penduduk tempatan kepada kami.

Gelanggang yang bakal beroperasi dalam masa terdekat itu akan berlatih di taman permainan sebelah surau yang mana terdapat ramai penaja di kalangan penduduk yang juga peniaga di sana kini memberikan sumbangan dalam bentuk barangan termasuk pasir dan sebagainya bagi tujuan latihan kelak.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran kepada latihan berkenaan, sila hubungi: Cikgu Razlan (012-9850960)



Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Alhamdullilah, walaupun sessi penggambaran dibatalkan pada saat-saat akhir tetapi beberapa gurulatih hadir pada malam tersebut dan turut bersama semasa latihan di Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama.

Minggu ini boleh dikatakan pendaftaran baru mula ramai dan kini telah mencecah keahlian hampir 20 orang dalam 2 minggu latihan. Terima kasih juga kepada pihak penjaga yang turut menunggu di anjung surau dengan lepak bersama pentadbir surau sambil dihidangkan minuman oleh pihak surau.

Pelaksanaan masa latihan bermula 8.30 malam secara rasmi nampaknya tidak menjadi masalah kepada anak-anak Gayong di Surau Al Syakirin dan mereka hadir untuk solat berjemaah pada malam ini. Alhamdullilah, semoga jumlah pertambahan jemaah kanak-kanak akan turut membawa para ibu bapa mereka ke surau lebih kerap.

Selepas latihan, beberapa gurulatih dan pesilat mengambil kesempatan minum dan santai dengan hidangan pihak surau bersama seorang orang lama Seni Gayong yang pernah mendapat didikan terus daripada tangan ADMAR dan menjadi gurulatih Seni Gayong di Taiping suatu ketika dahulu.

Dalam lawak dan berjenaka, kami bercerita tentang perangai ADMAR dan Seni Gayong yang dibawanya. Jenaka dan kisah mengenai ADMAR sedikit sebanyak memberikan kenal kami kepada ADMAR melalui orang lama ini. Kami juga bercerita mengenai orang-orang lama yang lain dan isu politik silat ini. Sekali sekali melihat kerinduan di mata orang lama ini.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Video ini diambil semasa latihan untuk senaman simbat. Senaman simbat diberikan pergerakan asas simbat 10 (2) kerana pergerakan simbat 10 ada dua jenis dan kemudian asas simbat 21.

Dalam latihan bukan sahaja kemahiran ditekankan tetapi perlunya menghilangkan kegerunan kepada senjata itu sendiri amat perlu dalam keberanian menahan serangan senjata berkenaan.

Untuk melihat video yang lain boleh layari YOUTUBE KSSG


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Atas sebab-sebab teknikal, pihak KSSG menerima panggilan yang menyatakan sessi pengambaran tersebut akan ditangguhkan kepada tarikh yang lain bergantung kepada kesesuaian masa pihak-pihak terlibat.

Sebarang makluman terbaru akan dimaklumkan melalui weblog ini dan juga facebook KSSG.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Antara promosi bakal menyerikan YOUTUBE KSSG dan juga papan board sekitar Selangor dan promo disc yang bakal dihantar kepada semua pihak dan jabatan kerajaan kelak.

Namun yang ini baru percubaan sahaja dan menggunakan video sedia ada. InsyaAllah disc promo yang baik dan rakamannya akan dibuat kelak.

Kini dengan menaip KSSG atau Kelab Silat Seni Gayong, anda boleh lihat banyak video latihan kami mula ditayangkan di sana bagi tujuan promosi dan nama baik Seni Gayong.



Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Gambar Cikgu Nick "DiGi" sedang membantu mengajar gelanggang Putra Heights. Kekangan tugas "on-call" menyebabkan beliau tidak memegang gelanggang tetapi tidak menghalang beliau untuk membantu mengajar di gelanggang silat bila lapang. Contoh yang baik perlu dijadikan teledan.

Soalan: "Macamana Cikgu boleh bahagikan masa nak kerja dan silat?"

Bila menyebut soal masa, siapa pernah cukup?. Semua orang berbicara soal masa bagaimana sibuk tugasannya dan sebagainya. Mana ada masa. Semua orang ada komitmen dan tugasan yang mengikat masa mereka. Tetapi pepatah Melayu ada sebut "Kalau hendak seribu daya..".

Cuma dalam mengajar mahupun bersilat, KSSG menumpukan kepada kemantapan dan pembaikan disiplin dan akademik pelatih manakala pelatih dewasa faktor ekonomi diambilkira selaras dengan perkembangan gelanggang melalui KSSG.

Faktor ilmu yang diajarkan bagi keberkatan dan bekalan selepas mati sebagaimana pesan Rasullulah SAW patut dijadikan tulang belakang kepada motivasi kita dalam turun ke bawah untuk mengajar silat. Bukan kerana hebat, bukan kerana mencari pengaruh mahupun harta, tetapi sekadar berkongsi ilmu dan membantu anak seagama dalam soal disiplin dan jatidiri. Atau kita ingin bergantung kepada senibeladiri baju putih yang tidak menerapkan adab melayu dan nilai Islam?. Fikirkan!

Alhamdullilah setakat ini saya cuba untuk konsisten dengan jadual yang sedia ada dengan kerja harian (7.00pagi - 6.30malam), Majlis Ilmu/Surau (7.00malam-9.00malam) dan silat (9.00malam-12.00tghmalam). pada hari sabtu dan ahad bergantung kepada jadual silat dan selebihnya adalah untuk keluarga.






Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Cikgu Shams bersama 2 orang kuat PSSPGM Kelantan iaitu Cikgu Mat dan Cikgu Wan Halim.


Banyak pertanyaan dan isu baru dikemukakan oleh Anak Gayong mahupun rakan-rakan seperjuangan kepada saya saban hari. Ada isu dan pertanyaan berkaitan teknikaliti dan sejarah serta adat Seni Gayong boleh diutarakan kepada guru yang lebih mengetahuinya. Begitu juga dengan isu pentadbiran Seni Gayong. Manakala isu-isu dan persoalan yang telah dan pernah dijawab, pihak saya akan tampalkan sahaja link url mengenai artikel berkenaan bagi kemudahan rujukan kecuali ada soalan tambahan.

Dalam banyak persoalan dan isu yang dikemukakan kepada saya, akan dicuba ingat kembali yang pernah diterima dalam sebulan dua ini bagi perkongsian bersama. Bagaimanapun saya ingin menjawab persoalan berkaitan kegurulatihan sahaja. Bersesuaian dengan tag KEGURULATIHAN telah dibuat di laman ini setelah KSSG berazam untuk berusaha ke arah melahirkan lebih ramai gurulatih silat.

Sebelum beberapa persoalan dijawab, mungkin ada jawapan akan menyentuh peribadi dan tiada niat untuk membangga diri selain memberikan motivasi dan pilihan untuk berfikir sejenak agar memberikan kesan positif dalam dunia Silat Seni Gayong.

Soalan: Apa yang cikgu paling menyesal dalam mengajar silat?

Dalam mengajar silat semenjak di Kelantan, saya menghadapi banyak isu dan permasalahan yang kebanyakannya timbul daripada orang melayu kita sendiri. Baik terus berkenaan silat mahupun sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada silat. Kalau hendak bercerita dengan permasalahan yang dihadapi ini, masa yang panjang diperlukan. Tetapi secara peribadi kini saya tidak ralat dengan permasalahan berkenaan dan cuba menghindarkan apa jua masalah berkenaan melalui KSSG agar anak seagama saya mampu untuk teruskan perjuangan ini.

Apa yang paling saya menyesal ialah, saya pernah berhenti mengajar selama beberapa tahun bermula daripada tahun 2000 sehingga tahun 2004. Tetapi tidak berhenti silat. Masih hadir ke majlis silat mahupun bersilat di bawah beberapa gurulatih pada masa itu.

Kalau dibandingkan pencapaian KSSG dalam masa 3 tahun (2007-2010), saya amat menyesal dan kalaulah perkara ini dimulakan terlebih awal dan meneruskan gelanggang semasa di Selangor, mungkin ia mampu memberikan kesan baik kepada Silat.

Tetapi perancangan Allah SWT amat saya syukuri, dengan tindakan bodoh saya berhenti daripada mengajar pada tahun-tahun berkenaan, saya masih ada bergelanggang dengan beberapa gurulatih di sekitar Selangor termasuk Cikgu Rasip Wahab. Namun pengajaran paling saya tidak lupa ialah terlibat dalam seni beladiri lain termasuk satu silat yang mana latihannya adalah hampir setiap malam.

Saya dilatih oleh sepasang gurulatih silat yang mana amat sopan orangnya dan memegang bengkung tahap teratas bagi silat berkenaan. 2 gurulatih tersebut amat sabar dan mengajar saya dengan baik. Pada masa yang sama, saya bertemu dengan Cikgu Awang Daud dan menyuruh saya bantu bergelanggang di Shah Alam yang kemudiannya saya mula membuka gelanggang pertama di Puchong dan berhenti daripada silat berkenaan.

Kenapa 2 orang gurulatih silat itu antara menjadi motivasi terpenting saya dalam mengembangkan Silat Seni Gayong?. Jawapannya; keduanya adalah bukan melayu dan beragama Islam sebaliknya kristian. Mereka dididik dengan baik oleh seorang guru silat yang berbangsa Melayu.

Saya lontarkan balik persoalan kepada pembaca. Anda tidak malu?





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Demo dibuat oleh Nazrin & Faiz daripada gelanggang Masjid As Salam Puchong Perdana yang mana latihannya setiap hari Rabu selepas isyak berjemaah.

Latihan di Taman Putra Height pula diadakan di Dewan Masyarakat Putra Height Sebelah Surau Baiturrahman Setiap Ahad jam 8.30 pagi.


Pakat sebarkan maklumat latihan sekiranya tidak keberatan dengan klik SHARE di atas.




Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Gambar gurulatih-gurulatih KSSG semasa Kembara Darul Atiq, Kuala Kubu Bharu bersama Ustaz Ghazali Hasbullah (Abuya) & Ustaz Safar.

Bermula daripada 08.03.2011, pihak Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) akan menukar beberapa waktu latihan silat di beberapa gelanggang kepada waktu latihan yang baru. Ini kerana beberapa masa latihan akan diawalkan terlebih sedikit bagi memberikan laluan kepada solat berjemaah di gelanggang atau berhampiran gelanggang silat. Antara gelanggang yang terlibat dan masa latihannya ialah:

Gelanggang Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama
Hari latihan: Setiap Selasa
Masa latihan: 8.30malam - 10.45malam
Tempat: Surau Al Syakirin (Surau Jumaat)Taman Puchong Utama
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Masjid As Salam, Puchong Perdana
Hari latihan: Setiap Rabu
Masa latihan: 8.30malam - 10.45malam
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.


Gelanggang Masjid Kota Damansara
Hari latihan: Setiap Ahad
Masa latihan: 4.30petang - 6.30petang
Tempat: Masjid Kota Damansara
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Asar berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Surau Al Hidayah, Saujana Putra Kuala Langat
Hari latihan: Setiap Sabtu
Masa latihan: 4.30petang - 6.30petang
Tempat: Surau Al Hidayah (Surau Jumaat), Bandar Saujana Putra, Kuala Langat
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Asar berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam
Hari latihan: Setiap Jumaat
Masa latihan: 8.30malam - 10.45 malam
Tempat: Dewan Angsana, Seksyen 8 & Solat Jemaah di Surau Ar Rahmah (sebelah dewan)
Nota: Semua ahli dikehendaki hadir awal sebagaimana masa di atas bagi solat Isyak berjemaah dan terus kepada latihan silat selepas tamat solat. Masa tersebut sebahagian daripada masa latihan. Sebarang kelewatan akan dikira sebagai lewat hadir.

Harap para gurulatih dapat memberikan kerjasama yang baik dan memberikan contoh yang baik kepada pesilat.



Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Untuk makluman semua, pendaftaran Silat Seni Gayong yang dibuat antara KSSG dengan jemputan dan permohonan pihak Ustaz Hassan, Sekolah Agama Darul Huffaz dan Surau Vista Villa telahpun dipersetujui untuk membuka satu gelanggang Silat Seni Gayong di Seri Kembangan.

Perjumpaan sebelum ini bersetuju untuk membuka kelas untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Bagaimanapun satu kelas sahaja akan dibuat masa ini sehingga mendapat respon yang ramai daripada kalangan dewasa. Atas permintaan dan pertanyaan yang agak teruja daripada para penjaga, kelas akan dimulakan pada minggu depan.

Butiran latihan dan kelas adalah seperti berikut:

Masa: Setiap Ahad, 9.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Vista Villa Condo
Hubungi: 014-9933774

Mengenai tempat, selepas Pasar Borong Selangor akan jumpa satu simpang lampu isyarat. Disebelah kiri ada JUSCO dan Vista Villa adalah sebelah kanan yang anda boleh lihat ditepinya ada tangki air besar. Belok ke kanan dan belok ke kiri semasa di bulatan. Nyatakan tujuan anda kepada jaga condo berkenaan. Dewan hanya dekat dengan pintu utama. Kenderaan boleh diletakkan di luar pagar.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]








Untuk keterangan lanjut mengenai permainan, sila ke laman YOUTUBE KSSG
Sila SHARE untuk semua orang.




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Ini demo oleh Cikgu Wan & Cikgu Along semasa Karnival Putra Heights yang mana demo 'bidan terjun' dan taiko daripada team keris dewasa.

Latihan Silat Seni Gayong di Taman Putra Heights adalah setiap Ahad, 8.30 pagi bertempat di Dewan Masyarakat Taman Putra Heights (sebelah Surau Baiturrahman)


Harap dapat kongsikan maklumat ini dengan semua pihak.




Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

AJK KSSG bersama Cikgu Razak (bekas gurulatih PSSGM Taiping), Cikgu Nasir (Gurulatih Singapura yang juga ahli KSSG) dan AJK Surau Al Syakirin. Pembukaan gelanggang di Surau Al Syakirin tidak pernah dimohon oleh pihak kami tetapi pihak kami percaya dan nama baik KSSG dan sedikit pengenalan daripada orang lama PSSGM di kalangan jemaah di sana merealisasikannya.
Latihan dibuat Setiap Selasa, pukul 9.00 malam atau lebih tepat selepas Isyak berjemaah.

Cikgu Razlan yang sepatutnya mengambil-alih tugas mengajar gelanggang ini mungkin ditangguhkan atas permohonan beberapa gelanggang lain di sekitar Klang-Sungai Buloh. 

TV3 selalu shoot Tony Jai daripada belakang. Perkara yang sama Abang Mat Nor kita buat.

Kanak-kanak memang senang nak dibentuk. Harapan KSSG bukan sahaja mereka mari bersilat tetapi turut dapat hadir ke surau selepas ini.

Dari Kiri: Cikgu Abu Hassan, Cikgu Shams, Cikgu Razak, Wan (AJK Surau) dan Cikgu Nasir (PASAK)





Share/Save/Bookmark