Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]



Demo pisau dilaksanakan oleh team pisau baru iaitu Izham dan Faizal memandangkan lead demo pisau telah pun melanjutkan pelajaran ke asrama penuh.

Masih banyak program dan berita KSSG yang masih kami tidak dapat kemaskinikan atas masalah masa jadual yang agak padat.

Selain daripada berita dan aktiviti terkini kami, terdapat pelbagai persoalan ditimbulkan selepas siaran KSSG di Majalah 3 baru-baru ini yang kami rasakan perlu untuk menjawab beberapa isu dan persoalan tersebut kerana mungkin lain orang akan memberikan perpekstif yang berbeza.




Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Yang dibawa ada dalam 3-4 kereta. Yang datang sendiri pun ramai. Gurulatih takperlu cerita. Yang nak kami cerita, kami bangga dengan kerjasama yang ada.

Cikgu Shahril ugut pakai keris. Demo dibuat secara berkumpulan bagi asas tangan kosong dan kaki termasuk asas siku dan senaman anak harimau. Kemudiannya demo pukulan oleh anak Gayong di sana.

Demo senjata dibuat oleh Izham dan Faizal bagi senjata pisau. Manakala keris dipersembahkan oleh Nazrin dan Faiz. Dalam masa yang sama, persembahan keris oleh taiko KSSG dilaksanakan oleh team keris sedia ada, Cikgu Wan Kedah (A) dan Cikgu Shahril.

Lompatan masih jadi landmark Silat Seni Gayong. Terima kasih kepada AJK Surau Baiturrahman dan YBs.. terutama YB Siti Mariah kerana bagi 2 hamper tidak termasuk peruntukan yang lain.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Kepada lain-lain video boleh lihat di Channel Youtube kami di sini

Itu kali pertama kami melihat hasil kerja TV3 melalui Majalah 3 setelah 3 minggu shooting bersama mereka. Banyak slot dan shoot tidak dimasukkan. Kebanyakaan masa Cikgu Shams, Cikgu Nor dan Cikgu Awang berkopiah. Mungkin ada sebabnya.

Selain daripada itu shoot yang dibuat di Masjid As Salam langsung tidak dimasukkan dan perkara ini dimaklumkan awal oleh Encik Amin, penerbit Majalah 3. Mungkin shoot yang tidak termasuk akan digunakan pada masa yang lain seperti slot gendang oleh Gemala Kasturi seminggu sebelum itu yang menggunakan silat yang melibatkan demo Anak Gayong di bawah KSSG.

Namun selepas di edit oleh Majalah 3 dan banyak yang tiada, kami amat berpuashati dengan jalan cerita yang amat jelas mengenai latarbelakang Cikgu Shams dan juga perjalanan kelab. Selain itu perjalanan pentadbiran kelab (KSSG) dan hubungan dengan ADMAA juga dijelaskan dengan baik antara hubungan murid dan guru. Perjuangan antara dua generasi antara guru muda dan guru tua amat berkesan untuk dijadikan motivasi selain mengenengahkan pelatih ADMAA sebagai satu pihak baru dalam senibeladiri Malaysia yang kini mula dikenali ramai.

Namun yang pasti, di dalam Majalah 3 ekslusif mengenai KSSG, Cikgu Shams ada menyebut mengenai masalah gurulatih dan tabiat orang melayu sekarang mengenai silat. Kalau Majalah 3 tidak edit sepenuhnya temubual, kita boleh tengok orang sebak apabila bercakap soal gelanggang, gurulatih, disiplin Anak Gayong dan mencari nama melalui silat tanpa memperjuangkan nasib disiplin anak melayu dan penyisihan guru-guru tua atas nasab ilmu dan adat.

Itu belum bercerita tentang mereka yang banyak sangat bercakap tetapi tiada masa dan pelbagai alasan untuk berbakti kepada masyarakat.

Nota: Hisham Nazir mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Sarjana dalam bidang perundangan dan seorang ahli badan profesional kepada Majlis Peguam Malaysia. Pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah. Antara peguam muda melayu yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah berat dan berpengalaman luas sehingga Mahkamah Persekutuan secara sendirian walaupun umur semuda 33 tahun. Anda sibuk?





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sempena program Karnival Putra Heights yang akan berlangsung di Putra Heights Subang Jaya pada 18-20.02.2011, pihak KSSG akan berada di sana bagi mempromosikan gelanggang-gelanggang silat di kawasan sekitar bagi memperkenalkan silat sebagai alternatif hobi dan pembentuk disiplin terbbaik kepada masyarakat Islam..

Malah, kami juga akan disediakan booth oleh pihak jawatankuasa Surau Baiturahman bagi membolehkan promosi dan sessi penerangan akan boleh dibuat dengan lebih baik. Sessi bertemu mata dan penerangan serta promosi akan berjalan pada sabtu dan ahad ini.

Manakala demo silat yang dijemput khas oleh jawatankuasa penduduk Putra Heights pula akan diadakan pada hari ahad pada jam 9.00 - 10.00 pagi. Sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan Penganjur karnival.

Demontrasi silat yang dimaklumkan saat akhir ini akan dipersembahkan oleh beberapa remaja dan pihak kami berharap persediaan pada saat akhir ini tidak akan menjejaskan mutu yang sedia ada.






Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Alhamdullilah selama beberapa bulan Anak-Anak Gayong seluruh Malaysia banyak bertanya melalui Facebook mahupun SMS pihak kami mengenai slot KSSG di dalam Majalah 3, maka kami ingin memaklumkan bahawa slot dan pengambaran yang telah dibuat itu akan ditayangkan pada minggu ini.

Penerbit Majalah 3 sendiri ada SMS pihak Cikgu Shams pada malam tayangan Majalah 3 berkenaan gendang silat Gemala Kasturi dan selepas selesai penggambaran KSSG untuk satu program Radio Televisyen Malaysia (RTM), Encik Amin, penerbit Majalah3 sekali lagi memaklumkan mengenainya melalui telefon.

Menurutnya, Gendang silat dan Silat di asingkan walaupun pada awalnya patut disiar secara bersama dalam satu slot iaitu 30 minit. Tetapi kerana berita dan cerita yang agak panjang maka 2 slot telah dijadikan secara berasingan.

Menurut beliau juga pengambaran di Masjid As Salam terpaksa dipotong banyak kerana pengambaran dan sumber yang terlalu banyak dan padat untuk dimuatkan kesemuanya. Kami tidak pasti bagaimana rupanya perjalanan cerita itu nanti, sama-sama lah kita menuunggunya. Apa pun terima kasih atas sokongan berpanjangan anda semua kepada pihak kami.

Pihak kami berharap dengan apa yang KSSG telah buat akan memberikan laluan mudah kepada Silat Seni Gayong untuk terus ke depan. Dalam masa yang sama pihak-pihak gelanggang lain turut menerima tempias baiknya..

Cerita tambahan mengenai pengambaran KSSG di Majalah 3 -






Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Pihak RTM yang menghubungi pihak kelab bagi mendapatkan beberapa temubual dan pengambaran bagi satu siaran di RTM tidak dihampakan walaupun notis pendek diberikan. Malah pengambaran dijalankan pada hari dan waktu bekerja. Budak-budak silat kami juga kebanyakannya bersekolah.

Seramai 18 orang berjaya dikumpulkan pada petang berkenaan bagi sesi pengambaran pertama pihak kelab dengan pihak RTM. Setakat ini pihak kelab dan gelanggang di bawah pentadbiran KSSG telah terlibat dalam semua pengambaran dengan stesyen televisyen dan ini pengalaman pertama dengan pihak RTM. Terima kasih jua kepada pelatih-pelatih Gelanggang Masjid As Salam yang meluangkan masa pada sesi pengambaran berkenaan.

Sesi pengambaran dibuat secara biasa sepertimana latihan biasa dibuat dalam gelanggang bermula daripada membuka tapak sehingga lompatan. Semua pelatih yang mampu meluangkan masa adalah pelatih berbengkung kosong sahaja. Semangat sungguh mereka.


Alhamdullilah setakat ini Gelanggang Masjid As Salam masih mampu mengekalkan ahli sekitar 40-60 orang pada tahun 2011. Semua komitmen dan semangat sebegini dapat diteruskan.

Pengambaran berlatar belakangkan Masjid As Salam, Puchong Perdana kerana notis pendek pihak kami tidak dapat memaklumkan kepada pihak Masjid mengenai program ini. Bimbang kalau penggunaan foyer selain hari latihan akan menimbulkan rasa tidak senang kepada mana-mana pihak. Biasalah nasib silat tidak sebaik taekwondo dan sebagainya di mata orang melayu, sebab taekwondo yang membebaskan penjajahan dan mendidik keIslaman melayu 


Terima kasih daripada kami kepada pihak RTM. Sebarang program, boleh hubungi kami lagi - 014-9933SSG (774)




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Latihan lepas selepas menjalani latihan biasa, kami ada bercerita dan berkongsi tentang keris setakat mana yang kami tahu. Dalam kongsi-kongsi terkeluar bagaimana falsafah orang dalam berkeris mengenai bahasa keris dan badan mereka dalam menafsir keadaan mereka secara berisyarat melalui gerakan keris mereka.

Dalam pada itu bincang-bincang mengenai penggunaan hulu dan sarung keris sebagai senjata tambahan, tetapi tidak pula kami ada silibus berkenaan kecuali ada pernah diajar secara kelas khas mengenai penggunaan hulu dan secara tidak rasmi penggunaan sarung keris. 

Tetapi pelajaran itu bukan pengajaran mengenai senjata tambahan tetapi lebih kepada penggunaan lembut secara falsafah pendekar lama dan memberikan bahasa lembut sebelum bilah diguna kepada isi badan musuh.

Alhamdulillah, malam sabtu lepas dapat memberikan sedikit apa yang bukan di silibuskan tetapi apa yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu iaitu dengan hulu keris.

Latihan yang berhenti jam 12.15 tengah malam itu hanya sempat mempraktiskan 2 elakkan keris dengan menggunakan hulu diambil daripada tapak luar dan dalam. Harap dapat habiskan apa yang telah mulakan pada sabtu depan..





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Harap maklum bahawa selepas perbincangan dengan pihak Surau tempohari, pihak surau telah memaklumkan pihak kelab bahawa bersetuju sekiranya latihan diadakan pada selasa malam memandangkan bagi membolehkan juga pihak penjaga turun ke surau untuk kuliah pada malam tersebut.

Latihan di Surau Al Syakirin akan diadakan dan butiran ringkas seperti berikut:

Hari/Masa: Setiap Selasa - 9.00 malam (tertakluk kepada waktu isyak di sana)
Tempat: Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama
Yuran Pendaftaran: RM15.00 Tahunan
Yuranan Bulanan: RM20.00 sebulan
Hubungi: 014-9933774

Nota: Latihan di gelanggang diadakan sekali seminggu tetapi pelatih dibenarkan berlatih di mana-mana gelanggang bagi tujuan tambahan atau kelas gantian di mana-mana gelanggang kami tanpa had dengan membuat bayaran bulanan di satu gelanggang asal sahaja. Lain-lain gelanggang boleh dilihat di sini

Pihak kami masih tidak membuat keputusan di bahagian mana latihan akan dimulakan memandangkan terdapat banyak kawasan yang sesuai untuk latihan silat di surau berkenaan.




Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Lan a.k.a Ayahsue dari gelanggang Pusat KSSG. Sebelum masuk kawasan pengantin perempuan kena jeling kat member-member dulu..

Lan KSSG bersama pasangannya. Semoga hubungan perkahwinan ini diberkati selama-lamanya

Semua ahli dewasa KSSG daripada Gelanggang Pusat KSSG, Puchong turun dengan mengenakan pakaian korporat KSSG dan T Shirtnya. Tapi Ng Eng Kuan dekat nampak sebijik macam wak jawa, kalau jauh, macam filipino.

Team demo teramai yang hadir di majlis perkahwinan Lan KSSG iaitu lebih kurang 4-6 kereta. Tapi yang main sepasang sahaja. Yang lain mengutamakan apa yang ada atas meja.




Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]


Semalam bercerita mengenai keris apabila ditanyakan sesuatu mengenainya setelah habis latihan demo keris. Antara beberapa soalan menarik mengenai pemakaian keris di tangan kiri dan bentuk keris bagi kiri dan kanan dan pemakaian serta geraknya.

Lagi menarik apabila keris bukan satu perkara yang diketahui ramai orang terutama rahsianya. Rahsia doa dan pemakaian gerak dalam doa rasanya bukan bidang kami tetapi apa yang ada akan diturunkan.

Lebih menarik untuk membincangkan bagaimana sebelum serangan dan pertahanan dibuat dengan mata keris mahupun bilahnya, seni hulu keris dan sampirnya diajar terlebih dahulu dalam mengerakkan keris dan permainannya.

Nampaknya lekeh sahaja tetapi bila menunjukkannya baru tahu bagaimana hulu keris dan sarung keris mampu menakutkan dan menundukkan lawan. Orang dahulu tidak gopoh dalam membunuh mahupun mencederakan lawan tetapi biar apa saja gerakan menjadikan teladan kepada lawan. Sekiranya perlu baru mata dan bilah mengambil peranan.

Dalam seni menggunakan hulu dan sarung/sampir keris sebagai senjata pendahuluan maka petua dalam menempah keris adalah amat penting bagi mendapatkan hulu dan sarung keris yang bagus dan serasi dengan si pemakainya. Itu belum petua bagaimana bilah keris dipilih. Mahu musuh mati cepat atau mati lambat? 

Selebihnya mengenai bau dan pemilihan keris serta gerakannya adalah sebagaimana yang dibincangkan semalam..



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gambar di gelanggang lama. Gambar Gelanggang Baru sila klik di sini

Sempena cuti yang panjang sempena Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina, ramai mengambil peluang untuk balik kampung dan bercuti di mana-mana. Maka latihan agak hambar dan latihan dimasjid pun hanya mencecah 18 orang sahaja 2 hari yang lepas. Manakala latihan di gelanggang pusat KSSG mencecah antara 6-10 orang sahaja. Terima kasih atas kehadiran.

Pada sabtu lepas kita telah mengulangkaji  Buah Cekik yang diturunkan kepada semua pelatih dewasa tanpa mengira bengkung. Dalam silibus KSSG terdapat 2 versi Buah Cekik yang diperolehi daripada proses pembelajaran dahulu. Satu versi mengandungi 7 buah cekik adalah silibus asas Silat Seni Gayong Pusaka Kelantan manakala satu lagi versi mengandung 12 buah cekik adalah dipelajari daripada orang lama yang sempat bergelanggang zaman Pakndak Majid dahulu.

Sabtu lepas versi buah cekik (12) telah pun diajar sepenuhnya dan terpulang kepada pelatih ingat atau sebaliknya kerana pembelajaran silibus khas hari sabtu tidak akan diulang.

Sementara latihan isnin dibuat latihan silibus biasa mengikut bengkung dan sedikit latihan demo silat dewasa di buat sempena cuti panjang yang melibatkan demo kahwin termasuk demo perkahwinan ahli KSSG yang bakal diadakan nanti.

InsyaAllah, hari sabtu ini sekali lagi revisi Buah Cekik 12 dan akan disambung dengan veri buah cekik 7 pada sabtu depan. InsyaAllah..





Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Bersama barisan utama Gurulatih Seni Gayong Malaysia semasa Majlis Mandi Minyak anjuran Gelanggang Daeng Kuning, Kg Melayu Subang. Sifat rendah diri mereka tetap menjadi cemburuan kami.

Baru-baru ini terbaca mengenai cadangan sparring dengan gurulatih di Facebook. Seolah-olah kemenangan sparring dengan gurulatih bermakna gurulatih dikalahkan adalah ilmu nya agak memuaskan. Tidak dinafikan latihan sparring dan latihan bersama gurulatih amat baik dan menjadikan satu perkara yang baik dalam hubungan antara pelatih dan gurulatih tetapi banyak juga kontranya.

Saya mengambil sedikit ruang untuk memberikan pandangan apa yang terapkan. Kami seringkan ingatkan bahawa tiada kehebatan pada gurulatih kerana saya sering diingatkan bahawa yang hebat itu Allah SWT sahaja. Kehebatan tiada langsung pada gurulatih maka jangan sebatikan kenyataan sedemikian di dalam fikiran kita. Perkara ini dipesankan dan diamanahkan kepada saya oleh Pakndak Majid, Cikgu Awang, Cikgu Rasip, Ustaz Hafiz dan Arwah Zulkarnain.

Mungkin kerana pemikiran sebegini juga ramai ahli tidak berani dan gagahkan diri untuk menjadi gurulatih.

Bila perkara kegurulatihan ditimbulkan mengenai kelemahan dan kekurangan gurulatih, saya masih ingat wajah Paksu Awang (Cikgu Awang Daud) menempelak saya dengan kata-katanya. Saya kongsikan dua pesan yang agak tajam;

"Awak mengajar je silat ini amanah kita untuk teruskan silat, tapi jangan fanatik."
"Selama masa awak dengan saya, pernah awak tahu atau awak nampak saya melompat sana sini. Pernah awak jumpa anak murid saya nampak saya terbang. Tapi saya boleh ajar baik juga. Ada juara dunia, anak murid boleh lompat belakang dan buat macam-macam juga. Saya tadak apa eh"

Pendek cerita, saya banyak dipengaruhi dengan apa yang dipesan oleh mereka yang mana gurulatih hanya ada 2 perkara tidak ada pada kita iaitu ilmu dan berkat.

Saya secara personal tidak mengagumi guru-guru saya kerana kehebatan tetapi semangat mereka dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dalam usaha memperbaikkan disiplin dan agama anak bangsa. Saya bangga melihat produk-produk guru-gurulatih saya yang amat sopan dan berdisiplin. Tidak lari dan menyimpang daripada disiplin syariat Islam.

Usaha mereka dalam membantu masyarakat baik melalui silat dan menjadi contoh yang baik patut saya cemburukan dan patut saya tanamkan hasrat dan cita-cita agar apa yang bakal kita lakukan akan melebihi apa yang guru kita telah lakukan.  

Kita mungkin memiliki kehebatan stamina dan kelincahan dalam mengalahkan musuh mahupun mengatasi lawan kita termasuk gurulatih kita tetapi adakah kita sedar bahawa dalam menuntut ilmu daripada seorang guru, kita perlukan dua perkara daripadanya yang tiada pada kita iaitu perkara tadi, ilmu dan berkat.

Sebab itu, doa kepada guru dan kepatuhan (selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam) adalah perlu dalam menuntut ilmu disamping faktor menuntut ilmu yang lain. Pakndak Majid pernah bercerita tentang satu perkara. Perkara yang sama disebut lagi di hadapan rakan-rakan saya merangkap pelatih KSSG satu ketika;

"Saya mampu lawan 2-3 orang sahaja. Lepas tu saya lari masuk kedai. Masa tu takdak benda lain nak buat, kecuali memohon pada Allah. Kalau tuhan nak tolong itu sahaja yang boleh tolong saya masa tu. Berkat belajar dan patuh guru dan amalan sahaja. Kalu jadi, jadilah. Kuat keyakinan, saya lawan.." - merujuk kepada peristiwa di Jeniang
Saya juga masih ingat bila melihat seorang guru tua mengalir air mata menceritakan mengenai seorang gurunya ketika menuntut ilmu Silat Seni Gayong dahulu. Biarpun gurunya itu agak tidak serasi dengannya tetapi beliau tetap sayangkan gurunya dan keberkatan ilmu dan berkat mengambil ilmu melalui kepatuhan dan taat setia kepada seorang guru setakat yang dibenarkan amat memberikan kesan kepadanya.

Beliau bertanya kepada saya, "apa yang berkat kamu belajar silat dari guru mu?" (susunan ayat membawa maksud yang sama)

"Berkat saya satu je, agak-agak boleh mudah turun ke masjid dan boleh pakai kopiah", Jawab saya sambil tergelak dengan orang lama Silat Seni Gayong itu.




Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]


"Kalau ditanya kenapa saya ingin terus mengajar dan membimbing anak seagama saya di bawah satu bumbung, ini antara alasannya, kerana Silat itu peneguh Islam. Silat itu mainan dan baju kepada ulama dan cerdik pandai agama. Silat itu menjaga akidah pengamalnya." - Hisham Nazir 

Dalam sejarah Tanah Melayu, kita dipesongkan dengan dua blok antara agama dan silat seolah-olah ada 2 pihak berlainan sedangkan kita lupa bahawa kebanyakan pesilat dan pejuang kita adalah cerdik pandai dalam Islam mahupun orang-orang yang alim dalam agama. Tidak pula kurangnya antara mereka lebai dan imam. Ramai pula antara mereka bukan calang-calang dalam pengajian agamanya.

Tetapi sayang kita dipesongkan dengan sejarah seolah pendekar dan pahlawan itu silat dan ulama itu berkaitan dengan Islam sedangkan pada ketika itu moyang kita satukannya dalam satu laluan. Kerana mereka percaya silat adalah sebahagian budaya melayu yang amat penting untuk dipertahankan dalam masa yang sama diadunkan dengan syariat Islam yang terbukti mampu membaikpulih masyarakat melayu dahulu dalam satu masa.

Dalam sejarah, tiada pahlawan kita dilabelkan sebagai ulama mahupun agamawan Islam. Maka kita pun mengikut arus sejarah tersebut. Kita lupa bagaimana sejarah telah menghilangkan status agamawan pahlawan dengan melabelkan pahlawan negeri, pendekar, anak kerabat raja, penentang british, gerila dan sebagainya.

Dalam sejarah kita, hanya terdapat 2 pahlawan hebat silat yang tidak mampu disembunyikan oleh mereka sebagai ulama iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dan gurunya, Tokku Paloh.  Maka tercatitlah mereka sebagai ulama dan pahlawan, tapi itu pun terlalu kecil ingatannya seolah mereka itu hanyalah pahlawan biasa dalam penentangan british.

Selain mereka masih ramai lagi yang tidak mampu disembunyikan tetapi kalau dua nama itu pun kekadang kita lupa. Malah ramai anak muda kita sudah tidak sedar mengenainya.Kita lupa siapa Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Tooku Paloh, Abdul Rahman Limbong, Haji Nong dan ramai lagi...

Amat rugi kalau kita faham atau sedar tapi hanya bercakap besar sahaja di tepi gelanggang. Sandang dan bengkung bukan boleh dibawa mati.





Share/Save/Bookmark