Related Posts with Thumbnails
| 3 komen ]

Masih ditempat lama tetapi perubahan dilaksanakan baru-baru ini dalam menyambut 2011 dan kini tempat latihan utama di bahagian depan pejabat dan menghadap jalan besar.

Dengan perubahan yang ada, keluasan tempat latihan telah menjadi 2 kali ganda lebih besar dan mampu memuatkan 15-20 pelatih dewasa. Selain daripada itu tempat penyimpanan barangan dan gim dapat diadakan.

Selain daripada itu terdapat penambahan mattress bagi keselesaan latihan. Dijangkakan 30-40 keping mattress bakal sampai lagi untuk memuatkan beberapa tempat lagi. InsyaAllah, sekiranya sokongan berterusan, mungkin tahun depan pihak kami kena pindah ke tempat lebih besar.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gambar hiasan: Demo pembukaan gelanggang Perumahan Kakitangan Kerajaan Jalan Uthant.

Alhamdullilah. Ujian Bengkung pertama tahun 2011 dilaksanakan pda 24.01.2011 baru-baru ini yang mana 3 pelatih dewasa diuji untuk bengkung Putih Cula manakala seorang lagi bengkung pra-putih. Pada malam ini, 4 orang lagi pelatih remaja akan diuji bagi bengkung putih cula.

Ujian melibatkan pelatih dewasa telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan dengan pelaksanaan sistem baru yang mengetatkan ujian bengkung bagi senior belt yang bercula telah membuat kesemua ujian mengambil masa yang agak lama. 

Ujian melibatkan 4 orang dewasa 2 malam lepas juga telah mengambil hampir masa 2 jam yang mana ujian dibuat tanpa henti rehat atau gap masa diberikan. 

Dalam masa yang sama beberapa perkara terpaksa diringkaskan bagi menjimatkan masa dan beberapa jenis ujian ditingkatkan daripada biasa/silibus 2010 kerana melibat pelatih dewasa.

Alhamdullilah, kesemuanya lulus.

Kemungkinan ujian selepas ini yang melibatkan kesemua gelanggang akan dibuat secara berpusat dan atas pengalaman melaksanakan ujian bengkung skima kelab, 2 hari mungkin diperlukan bagi melibatkan 100 ahli kanak-kanak dan remaja kelak. 


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]


Semalam pihak Imam Surau Syakirin, Puchong Utama bersama Ketua Belia Surau, Abang Wan sempat meluangkan bersama kami dalam membincangkan isu pembukaan gelanggang silat di Surau Syakirin Puchong Utama yang telah dimohon oleh pihak surau semenjak sebelum Ramadhan tahun lepas.

Dalam perbincangan tersebut, pada mula ada cadangan untuk melaksanakan latihan pada hari minggu tetapi kemungkinan cadangan kami akan diterima setelah dipersetujui oleh Ahli jawatankuasa Surau Syakirin bagi membolehkan latihan dibuat di sebelah malam pada hari biasa/bekerja.

Antara lain cadangan tersebut dikemukakan ialah bagi praktikkan matlamat kami sebagaimana di Masjid As Salam dan Masjid Kota Damansara serta Surau Ar Rahmah (Shah Alam) yang mana sebelum latihan silat, ahli atau keluarga boleh singgah untuk sembahyang maghrib atau sekurang-kurangnya isyak berjemaah dan serba sedikit akan memberikan kelebihan kepada kunjungan masyarakat ke surau bagi solat jemaah mahupun kuliah maghrib yang biasa diadakan pada selepas maghrib pada hari bekerja.

Dalam perbincangan tersebut, pihak kelab turut memberikan cadangan dan pelaksanaan gelanggang yang melibatkan surau dan masjid di bawah kelolaan kelab kami. Alhamdullilah. Saranan dan pelaksanaan yang kami telah laksanakan nampaknya sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada dua pihak.

Dalam perbincangan semalam juga, isu yuran bulanan dan tahunan tidak menjadi masalah dan InsyaAllah pihak kelab akan mula memasang banner dalam masa terdekat. Setakat ini belum lagi dipromosikan tetapi sudah ada 10 orang ahli yang sedia ada kini berlatih di beberapa gelanggang lain.

Perbincangan dengan pelatih dewasa semalam, kemungkinan gelanggang tersebut akan diuruskan oleh Abang Radzlan atau Abang Nick "DiGi".


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Banner besar depan Balai Masyrakat Putra Heights sebelum ke Surau Baiturrahman

Ahli paling muda ialah berumur 4 tahun pagi tadi. Sekalung perhargaan kepada ibu beliau yang bersemangat sungguh untuk anaknya 'bermain' silat.

Alhamdullilah, penyertaan amat baik dan begitu juga kerjasama yang diberikan.

Pengalaman baru kepada Abang Malik & Abang Nick daripada KSSG dalam proses pelaksanaan Azam 2011.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Seperti yang diamalkan semenjak 3 tahun lalu, Ahli Jawatankuasa KSSG dimainkan peranan secara aktif oleh semua pelatih dewasa yang kini telah dipusatkan di Bandar Pusat Puchong yang mana dalam peranan terbesar mereka sebagai Anak Gayong di bawah pentadbiran KSSG, kelab mewajibkan mereka melaksanakan satu program sekurang-kurangnya sepanjang sessi tahun berkenaan.

Dalam permulaan tahun 2011 ini, beberapa program yang dijangka dilaksanakan sebelum Jun 2011 telah dimaklumkan oleh beberapa Anak Gayong dewasa. Semoga kepimpinan sambil bersilat boleh digilap dalam masa yang sama boleh bermasyarakat. Antara program yang telah dimaklumkan kepada pihak kelab:

Futsal - Ayah Sue 
Kelab akan membentuk satu team futsal dan bermain secara persahabatan dengan mana-mana gelanggang yang dicadangkan. Mungkin akan dipilih daripada gelanggang yang mempunyai prestasi untuk kalah kepada kami.

Kursus Lengkap Pengurusan Jenazah - Abang Malik "Cangkul"
Kursus akan mengaplikasikan secara menyeluruh teori dan praktikal daripada saat kematian sehingga silat jenazah. Awal cadangan akan dibuat bersama proses mengebumikan mayat tetapi masa akan menjadi halangan dan pengurusan pengebumian akan dibuat pada kursus kedua.

Kembara KSSG Ke Pahang - Cikgu Hazil
Beberapa tempat dan guru lama Gayong telah dikenalpasti dan akan berlaku singgah menyinggah seperti biasa. Mencari penat sebarang dua. 

Kembara KSSG ke XXXXX & Kursus Urat - Cikgu Shams
Seorang guru tua mungkin bakal dipujuk bagi kursus ini dan ia akan diadakan secara tidak formal dan mendalami rahsia dan filosofi akan didahulukan.

Perlimau Tapak & Mandi Minyak - Abang Abu Hassan
Akan diadakan di kawasan Puchong yang mana setiap Anak Gayong akan dikenakan sebanyak RM10.00 dan kendalikan sepenuhnya oleh KSSG dan jemputan Guru Lama.

Kempen Hari Seni Gayong Setiap Sabtu - Cikgu Shams
Kempen memakai baju dan tanda sebagai Anak Gayong pada setiap sabtu dengan identiti tersendiri sebagai menaikkan nama baik Seni Gayong dan promosi kepada semua Seni Gayong. Kempen telah berjalan semenjak 08.01.2011 dan semua berjalan lancar.

Kursus Perubatan Bekam Sunnah - Nick "DiGi"
Akan dimaklumkan masa dan tempat serta kos.

Ada berani?


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


T-Shirt roundneck KSSG dijual dengan harga RM10.00
Gambar di atas adalah model-model dari Gelanggang Masjid AsSalam Puchong Perdana selepas latihan semalam


T-Shirt Berkolar KSSG dijual dengan harga RM15.00
Baju digayakan oleh model free KSSG, Faizal Osman.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]


Pagi tadi sempat dimaklumkan oleh Abe Nick @ Nick "DiGi yang pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ di kawasan Putra Heights telah bermesyuarat dan bersetuju untuk meneruskan latihan silat seni Gayong yang telah tertangguh di Putra Heights sebelum ini.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh wakil KSSG dan JKP MPSJ Putra Heights pagi tadi telah bersetuju untuk melaksanakan latihan Silat Seni Gayong sepertimana berikut:

Hari: Setiap Ahad
Masa: 8.30 - 10.00 pagi
Tempat: Balai Masyarakat Putra Heights (tepi Surau Baiturrahman)
Hubungi: 014-6690545 (Nick) 014-9933774 (KSSG)

Perbincangan sebelum ini peringkat pelatih dewasa, gelanggang tersebut akan dikendalikan oleh Abang Malik daripada gelanggang pusat KSSG. Manakala latihan akan dibantu oleh Nick dan beberapa rakan yang lain.

Promosi dalam bentuk flyers dan banner akan mula diedarkan dan direntangkan sebelum jumaat ini.  Manakala promosi melalui Facebook telahpun bermula dan mohon kerjasama semua pihak agar perjalanan kelas berkenaan dapat dikongsikan kepada semua pihak.

Alhamdullilah, selepas azam 2011 dilancarkan oleh pihak KSSG dan penegasan latihan serta ujian bengkung dalam melaksanakan Azam 2011, beberapa gelanggang baru akan dimulakan dalam bulan Januari 2011 oleh barisan pelatih dewasa KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Baju korporat telah dijual dan masih ada berbaki bagi yang bersaiz S & M boleh mendapatkannya daripada pihak kelab dengan harga RM65.00 sehelai.

Manakala baju T shirt akan siap esok tengahari dan siap untuk jualan pada malam esok semasa latihan dewasa. Harga adalah seperti berikut:

  • T Shirt Roundneck - RM10.00 (Harga istimewa untuk gurulatih dan Team Demo Remaja - RM9.00)
  • T Shirt Berkolar - RM15.00 (Harga istimewa untuk gurulatih dan Team Demo Remaja - RM13.00)
Design baju adalah seperti di atas yang mana gambar berkenaan dalam warna kuning dan baju adalah berwarna hitam.


Share/Save/Bookmark
| 8 komen ]

Ng Eng Kuan & Cikgu Along Shahril

Kami gunakan satu tajuk agak kasar agar rakan-rakan boleh berhenti sejenak dan fikirkan sesuatu mengenai disiplin Melayu Islam ini. Jangan fikirkan mengenai birokrasi. Jangan fikirkan mengenai siapa gurulatih. Jangan fikirkan tentang bengkung mahupun sandang.

Ambil masa 5 minit untuk fikir, berapa lama aku bersilat dan berapa banyak sumbangan aku kepada silat dan berapa banyak sumbangan aku kepada masyarakat Islam ku terutama anak remaja. Aku balik kerja makan tidur? Sosial sahaja? Esok lusa mati, tutup buku. 

Yang tinggal yang tua-tua juga yang rajin mengajar. Yang sekolah tak seberapa. Yang hebat terus rasakan hebat. Aku?

Selepas 5 minit, baca balik tajuk kami dan ambil ia sebagai penghinaan mahupun sebagai cabaran dari sudut kegurulatihan. Kalau anda masih marahkan kami, maafkan kami. Anda mungkin patut terus dengan cara anda. Keluar kerja dan balik makan terus tidur. Anak isteri anda sahaja bagi anda

Gambar di atas adalah Ng Eng Kuang seorang lelaki berbangsa cina yang pertama pihak kelab lepaskan untuk membantu mengajar di bawah gelanggang KSSG yang mana di bawah program mentor - mentee dalam sudut kegurulatihan.

Pernah mendapat asuhan baik dalam sukan tomoi dan pemegang tali pinggang hitam Taekwondo dan bekas tenaga pengajar taekwondo tersebut lebih rendah diri dan berani meluangkan masa dalam mendidik anak muslim di sekitar gelanggang silat di samping berdakwah dan membawa anak-anak muslim yang kesemuannya MELAYU ke Masjid. 

Kami malu. Tetapi berazam untuk mencontohi apa sahaja yang baik. Bukankah itu Islam ajarkan!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Duduk hadapan dari kanan: Hafiz Razali & Dir Hussin
Duduk dari kanan: Farah "Kota Damansara", Abu Hassan, Shahril "Along", Shams, Hazil, Wan "Kedah", Ng Eng Kuang
Belakang dari kanan: Mohd Noor, Ismail "Jerantut", Joe "Puchong", Lan "Ayahsu", Nick "DiGi", Firdaus "West Port", Malik " Putra Perdana", Shahir "Shah Alam" & Kamaruzzaman

Ada beberapa orang lagi tidak hadir yang mana setakat hari ini ada 24 orang pelatih dewasa dan penaja digelanggang ini. Mereka boleh dilinkkan melalui Facebook dan Blogs di bahagian Penaja di bawah.

Pelatih Dewasa bersama Team Demo dan Pelajar Cemerlang semasa Majlis Makan Akhir Tahun 2010 dan sessi fotografi 2010 KSSG di pejabat dan pusat latihan KSSG


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Team Demo Remaja 2010 bersama Cikgu Shams, Cikgu Hazil & Cikgu Abu Hassan
Tepi sekali bersongkok adalah Ashraf yang tidak disenaraikan di bawah adalah Demo bersama pisau, solo dan lompatan. Team Demo Remaja 2010 dibubarkan, Team Demo Remaja 2011 bakal dipilih.

 
Azizi & Ahmad Danial - Demo Tangan Kosong

Luqman "Ben" & Syahril "Bon" - Demo Parang & Sketsa

Izham & Akmal - Demo Simbat

Afiq & Faizal - Demo Pisau 

Faiz & Nazrin - Demo Keris.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Majlis tersebut hanya satu majlis khas tahunan untuk Pelatih Dewasa, Team Demo dan Pelajar Contoh sahaja. Alhamdullilah walaupun kehadiran tidak penuh tetapi melebihi target kehadiran asal iaitu 40 orang. Makanan yang disediakan adalah ditaja khas oleh pihak Kelab berupa masakan nasi lemak ayam goreng berempah dan 500 batang satay Samuri bersama nasi himpit dan beberapa menu sampingan lain. Alhamdullilah, bab makan tiada yang komplen

Pesilat-pesilat KSSG yang terlibat dalam sessi fotografi KSSG 2010 & Majlis Makan Akhir Tahun 2010 KSSG. 


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Makluman: Bermula pada Januari 2011, latihan silat di gelanggang Masjid Kota Damansara akan diadakan setia Jumaat & Ahad pada jam 9.00 malam atau lebih tepat selepas isyak berjemaah di masjid berkenaan. Semua pesilat yang terlibat samada dekat atau kariah lain sila berjemaah di sana bagi menjimatkan masa latihan.

Latihan setiap Jumaat akan diberikan penumpuan kepada latihan stamina dan pergerakan dan akan melewati jam 11 malam. Manakala latihan pada Ahad akan menumpukan pada silibus semata-mata dan latihan tamat pada jam 10.30 malam.

Latihan akan dilaksanakan di bawah selian Ng Eng Kuang dan Cikgu Shams sebagai mentor. 

Biarpun latihan telah dijadikan 2 kali seminggu dan 8 kali sebulan iaitu 2 kali ganda daripada dahulu tetapi yuran tertakluk kepada gurulatih dan kini masih lagi ditetapkan sebanyak RM15.00 sebulan.

Alhamdullilah, setakat ini penyertaan amat menggalakkan dan sentiasa ada penyertaan baru setiap minggu dan mencecah 30 orang pelatih kini.

Kepada yang berminat boleh hadir terus ke laman masjid berkenaan pada waktu latihan mahupun menghubungi: 014-9933774


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Jangan lupa klik SHARE

Alhamdullilah, setiap tahun azam KSSG tercapai dengan baik walaupun ada yang tidak mencapai target. Atas azam dan usaha berterusan dan kerjasama baik daripada semua pihak, kini KSSG boleh dibangga sebagai kelab silat seni Gayong yang paling prestij melalui webnya di www.kssgayong.com yang turut membantu promosi Seni Gayong seluruh dunia dan menengahkan lagi aktiviti Gayong di Malaysia. Dengan capaian yang memberansangkan, sumbangan positif boleh dirasai kepada semua pertubuhan Seni Gayong.

Begitu juga dengan isu gelanggang dan pusat latihan yang semakin dibesarkan. Malah menjadikan diri sebaik pentadbiran seni beladiri baju putih. Kami berjaya membuktikan bukan kita tidak boleh buat sebagaimana mereka tetapi "kita banyak sembang daripada bekerja". Secara peribadi, KSSG menyeru kepada rakan-rakan kita yang masih umur muda, berbengkung tinggi dan bersandang berlipat-lipat agar memberikan sedikit komitmen kepada Gayong melalui gelanggang dalam usaha mengembangkan ilmu dan tradisi disiplin Islam melalui Gayong dan kurangkan setakat bersembang dan menjaja pengaruh, kerana kami yakin semuanya akan hilang kecuali kebajikan ilmu menjadi sandaran.

Sokongan para penjaga menjadi semakin kuat pada 2010 setelah pelbagai aktiviti dapat dilihat matlamat dan halatujunya. Penerapan islam dalam modul menjadi tarikan kepada para penjaga. 

Oleh kerana pada tahun-tahun sudah semua azam telah dipenuhi, maka tahun ini KSSG akan  menumpukan kepada satu azam sahaja iaitu:

KSSG berazam untuk melahirkan beberapa gurulatih Silat Seni Gayong yang bukan ditahapkan kepada ilmu kepada disiplin dan semangat dalam melahirkan serta membina generasi Islam yang baik melalui gelanggang silat Seni Gayong
Dalam azam berkenaan, KSSG telah membuat beberapa perubahan besar yang mungkin akan memberikan kesan negatif terutama kepada gelanggang-gelanggang beliau. Tetapi dalam masa yang samadiharapkan dapat memberikan perubahan yang baik ke realisasikan azam berkenaan. Antara tindakan yang telah dibuat setakat 07.01.2011;

  • Cikgu Shams akan melepaskan beberapa gelanggang dibawah seliaannya kepada gurulatih pelapis melalui Mentor-Mentee. Gelanggang Kota Damansara telah dilepaskan kepada Ng Eng Kuan (tak salah eja, memang berbangsa cina sebab melayu tidak yakin dengan disiplin Islam melalui silat). Beberapa gelanggang lain telah dilepaskan kepada Cikgu Along terdahulu.
  • Beberapa gelanggang yang tidak berprospek akan digabungkan dengan gelanggang terdekat sekiranya ada. Jika tidak akan diteruskan.
  • Beberapa gelanggang baru yang dibuka atas permintaan hanya akan diteruskan jika ada pelatih sanggup turun sebagai pelatih dan Cikgu Shams berhenti membuka gelanggang baru pada 2011.
  • Semua pelatih dewasa hanya dibenarkan membuat latihan pusat di Pusat Bandar Puchong atau tempat yang bakal ditentukan kelak bagi menjadikan latihan berpusat untuk cara latihan dan terapan kegurulatihan.
  • Bengkung Hijau Cula hanya untuk pembantu gurulatih dan Merah Kosong hanya untuk yang ada gelanggang sahaja.
Penerangan dan butiran aktiviti dalam melaksanakan azam 2011 akan dikemaskinikan secara berperingkat. Terima kasih atas sokongan semua di tahun 2010. Semoga perkembangan Seni Gayong lebih positif di tahun 2011.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Jangan Lupa Klik SHARE Untuk Semua Anak Gayong
Selepas program di Gurun baru-baru ini, Pakndak telah menjalani pembedahan usus dan dikhabar telah selamat menjalani pembedahan berkenaan tetapi masih ditempatkan di hospital.

Setakat ini dikhabarkan Pakndak telah sedar dan menunjukkan progres ke arah lebih sihat. Berita ini telah dikhabarkan oleh kami melalui internet baru-baru ini.

InsyaAllah, pihak kami akan meluangkan masa pada masa terdekat.


Share/Save/Bookmark
| 7 komen ]

Jangan Lupa Klik SHARE



Menjelang Tahun Baru baru-baru ini, pihak Kelab ada membuat sedikit perbincangan yang mana di awal tahun ini ada beberapa program awal akan dilaksanakan yang mana akan membuatkan jadual kami padat sehingga Tahun Baru Cina. Program-program yang telah pasti akan dikemaskinikan pada masa terdekat nanti untuk makluman ahli dan juga rakan-rakan seperjuangan serta pendokong seni silat.

Kami mengambil kesempatan yang pertama di awal tahun baru untuk memaklumkan satu CABARAN khas kepada Anak Gayong yang berani menaikkan nama seni silat terutama Seni Gayong sahaja. Yang agak was-was mahupun malu atau tidak berani untuk bersama memperjuangkan disiplin yang banyak mendidik anak muslim, anda tidak patut terus membaca entri ini.

Cabaran dan kempen ini akan dimulakan oleh Anak Gayong di bawah Kelab kami bermula sabtu depan iaitu selepas 07.01.2011, pihak ahli kami akan memakai baju bertemakan/berlambangkan Seni Gayong pada Setiap Sabtu di mana sahaja kami berada kecuali ditempat yang tidak dibenarkan seperti tempat kerja atau sebagainya. Selain daripada itu, pada minggu hadapan Anak Gayong kami akan mula memakai baju Gayong terutama T Shirt pada setiap sabtu sebagai memberikan sokongan kepada seni silat terutama Silat Seni Gayong dan menaikkan kembali nama Seni Gayong di bibir masyarakat Islam Malaysia.

Selain daripada ahli KSSG yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, baju-baju Seni Gayong juga akan dipakai oleh kaum keluarga Anak Gayong serta pasangan mereka apabila mendapat reaksi yang baik tempahan baju T Shirt KSSG 2011.

Kepada ahli-ahli KSSG yang ingin mendapatkan baju korporat mahupun T Shirt KSSG boleh berbuat sedemikian melalui gurulatih gelanggang atau terus di pejabat KSSG di Puchong. Cabaran dan kempen ini hanya untuk semua Anak Gayong yang ikhlas di hati sahaja. Yang pandai cakap sahaja, teruskan dengan mimpi dalam melihat kepupusan warisan disiplin melayu.

Bayangkan kalau semua pakai baju Seni Gayong pada sabtu, tak mengira pertubuhan Seni Gayong kami pasti yang mereka ini akan bertegur sapa dan silaturahim antara kita lebih erat. Cuma persoalannya; Adakah anda berani & ikhlas?


Share/Save/Bookmark