Related Posts with Thumbnails
| 3 komen ]


Tahun 2010 akan menutup tirainya dalam masa 2 hari lagi. Masing-masing sibuk dengan perancangan cuti dan bergembira. Malah tidak ketinggalan dengan azam yang ditanam setiap tahun. Persoalannnya tercapaikah azam 2010?

Perlaksanaan program KSSG dalam 2010 adalah menjuruskan kepada matlamat utama dalam mendidik generasi muda dan masyarakat muslim dalam soal sikap, akademik dan ekonomi. Melalui aktiviti yang dilakukan, boleh saya simpulkan bahawa kesemua itu dapat dirasakan melalui program pada tahun ini. Dalam mengatur aktiviti, saya lebih menumpukan agar KSSG lebih dihormati kerana disiplin dan komitmen.

Program Kembara masih diteruskan dengan meneruskan tradisi hormat menghormati sekaligus mencari ruang tolenrasi dalam pembangunan Seni Gayong.

Program Gelanggang dalam membuka dan memberi peluang kepada masyarakat setempat mempelajari dan memahami erti kata sebenar silat dan didikannya. Alhamdullilah, para penjaga dan masyarakat melayu yang dominan kepada silat sendiri sudah mula faham apa matlamat kami dan perjuangan kami melalui Seni Gayong sekali gus memahami perjuangan dan hasil didikan silat kepada masyarakat muslim terdahulu.

Dalam keterujaan mengembangkan Seni Gayong dan didikannya kepada masyarakat, kami sanggup jika ada yang mmeberikan kerjasama dan tidak merugikan masa serta tidak memesongkan matlamat kami. Tetapi sekiranya ada halangan baik tiada kerjasama yang baik dalam melaksanakan misi kami, kami mungkin terpaksa menutup gelanggang dan meneruskan ditempat yang baru. Kami sanggup dan lebih baik dengan tindakan sedemikian daripada merugikan masa yang mana telahpun banyak dirugikan oleh masyarakat kita sendiri tidak sedar mengenai didikan silat sebagai didikan sampingan.

Program Team Demo Tahunan turut diteruskan pada 2010 dengan kejayaan yang agak baik walaupun tidak sebaik pada tahun 2008 dari sudut progress jemputan tetapi Alhamdullilah jemputan demontrasi silat kepada KSSG terutama Team Demo Remaja amat memberansangkan. 

Malah kebanyakan penonton tidak percaya mereka mampu bermain senjata tajam dalam masa 2 bulan selepas dilatih 1 kali setiap minggu walaupun mereka tidak mempunyai asas silat sebelum ini. Alhamdullilah ia bukan sahaja komitmen pelatih tetapi terima kasih juga kepada komitmen para ibu bapa. Mereka amat memahami.

Program Lasak turut dirancangkan tetapi kesuntukan masa yang amat, beberapa program dilaksanakan seperti latihan sparring khas di Perdana Gayong selama sebulan bagi melatih stamina sehingga mereka dilepaskan untuk sparring selama seminit penuh daripada 1 melawan 1 sehingga 1 melawan 8.

Selain itu, program sparring ini dibuat juga melalui latihan di gelanggang. Manakala yang dewasa dilatih semasa latihan sabtu ataupun latihan biasa serta latihan khas untuk menyertai pertandingan silat olahraga. Alhamdullilah, tahun ini KSSG dapat menghantar beberapa wakil untuk menyertai pertandingan silat peringkat Negeri Selangor. Biarpun ada banyak halangannya, terima kasih kepada mereka yang membantu terutama Cikgu Wan daripada Puncak Alam, Selangor. 

Program Makan-Makan. Ini program yang paling menarik dalam KSSG, kerana setiap program sebenarnya ada program sebegini. Tetapi beberapa program makan-makan seperti Majlis Silaturrahim dan Aidilfitri serta jamuan berbuka puasa menjadi kewajiban bukan setakat merapatkan hubungan antara ahli tetapi turut melibatkan pihak luar seperti pertubuhan lain dan para penjaga.

Malah gelanggang dan pejabat KSSG juga telah berjaya direalitikan pada 2008 iaitu 2 tahun awal daripada jangkaan. 2010 pula telah membesarkan lagi saiz tempat latihan di KSSG kepada hampir 2 kali ganda yang sebelumnya. Alhamdullilah.

Selain daripada itu, Program Kebajikan seperti menjuruskan kepada derma dan sedekah melalui lebihan belanja program-program KSSG telah dimulakan kepada Darul Atiq dan beberapa yang lain. Malah Darul Fuqaha juga telah bersetuju untuk aktiviti bersama KSSG tetapi mungkin pada cuti sekolah akan datang kerana jadual kami terlalu padat dengan aktiviti sedia ada.

Rentetan bagi menjimatkan wang KSSG, Tabung Derma telah disediakan yang mana sehingga kini dapat mengumpulkan lebih RM2000.00. Sebahagiannya telah didermakan kepada Darul Atiq dan sebahagiannya masih di dalam tabung berkenaan. Sumber kebanyakannya daripada ahli dewasa, Team Demo Remaja, Derma Program seperti mandi minya baru-baru ini, derma gurulatih daripada duit hak gurulatih bagi examiner (hak ini ditentukan oleh KSSG).

Banyak lagi program-program yang kami jalankan pada 2010 yang mungkin akan meninggalkan kenangan manis kepada ahli-ahli tetapi semenjak 2-3 tahun ini, satu sahaja matlamat dan azam kami tidak tercapai, isu gurulatih yang tidak selesai. Kami mengalami masalah kurang gurulatih dan ahli yang kurang berminat untuk mengajar. 

Memang tanpa gelanggang, jangan harap dan mimpikan sijil dan bengkung merah kosong atau cula daripada KSSG tetapi beberapa program lain mungkin terpaksa dilaksanakan bagi melahirkan gurulatih. Masa ini saya teringat kata-kata Cikgu Awang Daud "bukan senang nak angkat gurulatih, bukan orang nak. Tapi amanah kena jaga"

Selamat Tahun Baru!

Cikgu Shams



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

3 pasang demo silat utama

Bersedia untuk demo kuncian tetapi masa tidak mengizinkan, mereka kecewa

Budak dimandikan bomba

Awak kompang! Saya silat!.. kita bahagikan tugas eh!

Berkumpul seawal 6.30 pagi.

Orang kuat KSSG vs. Orang Kuat Pusat Pungutan Zakat. Siapa lagi kuat?

"aku ambik gambar budak-budak KSSG. Buat kenangan. Dulu aku minta budak kecik demo, hari budak besar pulak!"

Bearak-arak sebelum demo silat


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Dalam bulan disember ini banyak aktiviti yang dijalankan oleh pihak kelab selain daripada berita dan aktiviti yang diwar-warkan secara terus melalui blog ini. Mohon maaf kerana tidak dapat update beberapa program dan berita tersebut kerana atas kesibukan admin dan juga berita yang padat untuk dipaparkan.

Selain daripada aktiviti yang dilaporkan, ini beberapa aktiviti lain yang kami tidak laporkan sebelum ini kerana masih tidak memperolehi gambar aktiviti tersebut.

Demo Silat Khatan Perdana, Masjid Kota Damansara
Ini program yang lain dengan gambar yang boleh dirujuk di bahagian tepi kanan kerana itu program Khatan Perdana, Masjid As Salam manakala program Khatan Perdana, Masjid Kota Damansara diadakan pada 05.12.2010 yang mana dianjurkan oleh pihak Masjid Kota Damansara bagi golongan asnaf dan juga dibuka kepada semua pihak.

Berikutan kebanyakan dewasa terlibat dalam Program Mini Perdana Gayong KSSG yang diadakan mingguan di Kompleks Rakan Muda Puchong, demo tersebut diseliakan oleh saudara Ng Eng Kuan. 

Hanya 6 orang membuat demo silat pada awal pagi tersebut ekoran masa yang diperuntukan amat singkat. Hadirin agak mengadu demo terlalu ringkas tetapi kami memohon maaf kerana ia dibuat atas peruntukan masa yang diberikan oleh pihak Penganjur.

Mini Perdana Gayong KSSG
Program ini diadakan sempena cuti sekolah setiap ahad pada bulan Disember. Program minggu ke-2 dan ke-3 tidak dilaporkan kerana program pada minggu pertama telah dilaporkan melalui blog ini.

Program ini adalah menjalankan latihan secara berpusat kepada anak Gayong di bawah gelanggang seliaan KSSG yang mana latihan adalah tertumpu kepada latihan stamina dan sparring. Alhamdullilah, pada minggu kedua latihan dibuat sehingga 3 melawan 1 untuk menguji dan latihan stamina. Manakala pada minggu ke-3 pula telah mencapa pada 1 melawan 5 orang yang mana latihan stamina agak berkesan pada minggu sebelumnya.

InsyaAllah, pada minggu terakhir ini akan dibuat latihan 8 melawan 1 sebagai latihan stamina akhir dan penutup latihan tersebut sempena cuti sekolah ini.

sila klik di sini


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Alhamdullilah, dengan latihan berpusat semakin ramai Anak Gayong yang kini berlatih di tempat yang lebih selesa dan berpusat di Bandar Pusat Puchong. Selain memberikan peluang kepada gurulatih menumpukan kepada latihan silibus, pihak dewasa juga boleh merancang cara latihan tersendiri dengan kemampuan mereka.

Selain daripada itu, latihan sebegini akan memberikan kelancaran kepada pengajaran dan silibus akan dapat dilatih dengan cepat selain penumpuan kepada seni (sekiranya ada). Dengan kelancaran ini kemungkinan ujian bengkung dapat dibuat sebelum Tahun Baru Cina nanti.

Pihak kami berharap dengan pengumpulan latihan dewasa, pusat latihan akan dapat dibiayai seterusnya lebihan bayaran bulanan akan memberikan peluang pembelian barangan latihan yang lebih selesa dan lengkap. Sekaligus mungkin akan menjimatkan wang tabung kelab. Pihak kelab mengambil peluang mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak anda semua memberikan kerjasama. Antara mereka yang terlibat ialah:

  • Shams Annaziri
  • Jail Nazgul
  • Abu Hassan
  • Malik 'Putra Perdana'
  • Nick 'DiGi'
  • Hafiz 'UiTM'
  • Joe 'Puchong'
  • Jai 'Bukit Puchong'
  • 'Along' Shahril
  • Kamarul 
  • Wan
  • Dir Hussin
  • Firdaus 'Port Klang'
  • Kamaruzzaman
  • Farah (setakat ini satu-satunya pelatih dewasa wanita)
  • Hilmi 'Baling'
  • Wan 'Kedah'
  • Ng Eng Kuan (pelatih tunggal bukan melayu)
  • Nor Dahalan
  • Shahir
  • Iwan 
Sila nyatakan sekiranya ada nama anda tercicir.. Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 8 komen ]

Pada 20.12.2010 nanti pihak KSSG sekali lagi membuat persembahan ringkas bagi Malaysia Hari Ini. Ini kali kedua bagi 2010 Anak Gayong membuat persembahan untuk Malaysia Hari Ini, tidak termasuk rancangan lain terbitan Media Prima Sdn Bhd


Kebetulan MHI akan bersiaran langsung daripada Masjid As Salam bagi satu program Khatan Perdana dan keseluruhan MHI akan diadakan di Foyer Masjid As Salam. Seramai 40 orang Anak Gayong Gelanggang Masjid As Salam akan menyertai demo dan program berkenaan.

Dua gambar di atas adalah demo Anak Gayong KSSG di awal tahun. Terima kasih atas kerjasama.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Pada 18.12.2010 bersamaan sabtu iaitu esok, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Kempen Pencegahan Jenayah yang dianjurkan oleh IPD Subang Jaya bertempat di Mydin Hypermarket, USJ 1 Subang Jaya. Kempen tersebut akan mempamerkan pameran daripada pelbagai jabatan pihak PDRM serta penerangan daripada PDRM dalam menanggani dan membenteras jenayah di kawasan sekitar.

Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara pada sebelah pagi dan majlis akan berterusan pada petang dengan demo senibeladiri dan ceramah membenteras jenayah. 

Sempena kempen ini, pihak KSSG juga akan membuat persembahan yang mana terdapat permintaan di saat-saat akhir oleh pihak PDRM bagi memeriahkan program berkenaan sambil menarik perhatian ramai kerana persembahan silat sebelum ini dikatakan menjadi daya tarikan kepada program sedemikian.

Selain daripada itu, pihak kami percaya aktiviti seperti silat ini mampu menjadi benteng dan asas latihan disiplin kepada anak muda dan kanak-kanak dalam membenteras jenayah yang banyak bermula daripada permasalahan sosial remaja Malaysia. Aktiviti sihat seperti silat setakat ini berjaya membuktikan kepada pihak penguasaan Malaysia bahawa aktiviti sebegini banyak membantu dalam mengurangkan jenayah mahupun mengekang penularan masalah sosial di kalangan remaja.

Penggalakan aktiviti silat kepada remaja dan anak muda juga akan memberikan kesan baik kepada segenap segi kehidupan pengamalnya berbanding mereka yang tidak menyertai mana-mana aktiviti senibeladiri.

Sehubungan dengan itu, pihak KSSG bukan sahaja akan membuat persembahan silat tetapi akan membuat promosi kepada pengunjung yang hadir dalam membantu pihak PDRM merealisasikan matlamat mereka. Namun hanya demontrasi daripada kalangan remaja pada esok hari akan diturunkan atas sebab notis yang singkat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Soalan: Cikgu, lepas ni dewasa tidak boleh berlatih di gelanggang  biasa ke?

Ini merujuk kepada penulisan kami sebelum ini yang boleh di baca di sini bersama surat makluman mengenai latihan dewasa yang akan mula berpusat di Puchong.Latihan berpusat ini akan mengumpulkan kesemua pesilat dewasa di bawah satu latihan di Bandar Pusat Puchong.

Bagaimanapun untuk menjawab persoalan tersebut, walaupun latihan ditempatkan secara berpusat pihak dewasa masih boleh turun dan berlatih di gelanggang biasa sekiranya bagi latihan tambahan atau latihan ganti. Sekiranya pihak dewasa berkenaan mempunyai masalah pengangkutan untuk ke latihan di Bandar Pusat Puchong, latihan boleh diteruskan di gelanggang biasa sebagaimana sebelumnya.

Tiada paksaan untuk menjalani latihan di Bandar Pusat Puchong sebaliknya digalakkan atas beberapa sebab yang akan dinyatakan di bawah.

Cara dan keselesaan latihan
Dengan mengadakan latihan berpusat di Bandar Pusat Puchong, pihak kami berharap boleh melaksanakan latihan dengan cara tersendiri dengan kemampuan pihak dewasa yang kebanyakan berusia lewat 30an dan ke atas. Ini membolehkan mereka dapat menumpukan kepada latihan sepenuhnya dengan cara tersendiri dengan kesesuaian umur dan lebih kepada latihan kegurulatihan.

Dalam masa yang sama, dengan kelengkapan dan barangan latihan yang lebih akan memberikan kesan latihan yang cepat kepada pesilat dewasa yang mahu cara latihan yang lebih ringan dan kesan lebih cepat kepada kaki dan tangan serta tapak silat mereka. 

Keselesaan juga lebih baik dengan kelengkapan dan tempat yang selesa dengan mattress sepenuhnya dan juga kesemua kelengkapan untuk keselesaan diri dan latihan.

Merealisasikan Pusat Latihan Silat
Walaupun selepas renovasi, pusat latihan silat yang mampu disediakan oleh KSSG tidak sebesar mana iaitu lebih kurang 1100-1300 kaki persegi sahaja tetapi untuk menubuhkan dan mengekalkan pusat silat sebegini bukan mudah. Buktinya berapa banyak guru lama baik baru mampu menyediakan pusat latihan tersendiri seperti dilakukan oleh kami dengan aktiviti yang penuh disamping tempat yang agak besar. Mungkin kami masih tidak sebaik PLKU. Tetapi kami bersedia memajukan silat ke arah profesional sebagaimana rakan-rakan kami di PLKU.

Untuk merealisasikan penubuhan satu pusat latihan seperti pusat taekwondo dan karate mahupun aikido bukan satu yang susah tetapi mentaliti melayu masih bodoh dalam mengorbankan sedikit usaha dan kewangan dalam membantu merealisasikannya sebagaimana usaha yang berani dibuat oleh rakan senibeladiri baju putih.

Pihak kami berharap dengan sedikit yuran dinaikkan tetapi masih rendah akan membolehkan satu pusat latihan dikekalkan untuk kebaikan bersama. Namun yuran bagi dewasa yang masih belajar atau tidak bekerja akan dikekalkan.

Program Gurulatih Pelapis.
Dalam pelaksanaan latihan berpusat ini, pihak kami juga berharap boleh melahirkan gurulatih baru dalam mengambilalih gelanggang sedia ada dan juga membuka gelanggang baru bagi menghimpun anak Islam kita dalam satu program yang sihat.

Tiada pengkhususan mengenai bengkung tetapi sekiranya layak dan kredible, pihak kami mengharapkan dengan latihan dan motivasi yang ada akan membuat mereka lebih berkeyakinan untuk turun berbakti kepada masyarakat dengan ruang masa yang ada. Biarpun singkat.

Dengan penubuhan beberapa gelanggang baru pada 2011, pihak kami amat berharap program gurulatih pelapis ini akan memberikan nafas baru dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dan matlamat penubuhan kami. Kami bukan menumpukan kepada kehebatan tetapi biar kita dihormati dengan jatidiri dan juga disiplin yang baik sebagai muslim.

sila klik 


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kelas Sparring bebas ini dibuat selama 4 minggu dalam bulan Disember 2010 sempena program cuti sekolah yang mana terbuka kepada semua Anak Gayong. Diadakan setiap Ahad Jam 8-10 pagi dibulan Disember 2010. Tempat di Kompleks Rakan Muda, Puchong. Yuran adalah PERCUMA.

Pada latihan pertama tempohari iaitu pada 05.012.2010 tidak ramai yang turun. Mungkin kebanyakan ada program cuti sekolah dan juga kenduri. Selain daripada itu para pesilat ramai masih lagi dalam peperiksaan SPM. Namun kehadiran lebih kurang 18 orang pesilat tidak menghampakan. Kepada ahli kelab atau tidak boleh menyertai kami atau hantar anak anda ke sana. Hubungi kami: 014-9933774

Pada minggu lepas, latihan ditumpukan kepada stamina dan kaki sahaja. Latihan minggu lepas diketuai oleh Cikgu Along Shahril. Manakala minggu ini akan ditumpukan perkara yang sama ditambahkan dengan sparring 2 lawan 1 dan stamina serangan 2 minit. Selain daripada itu terdapat beberapa latihan lain.

Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan para ahli dan ibu bapa. Kepada yang tersilap masa dan hadir malam, sila hadir pada pagi ahad ini. 


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semasa sukan UiTM tempohari, sempat beberapa pesilat turun ke Shah Alam dalam program tersebut. Disamping sukan silat yang turut dipertandingkan, lebih menarik untuk diceritakan pertemuan dengan orang lama seperti Cikgu Ismail Chik dan mengambil tahu beberapa aktiviti PESAKA yang mungkin kelab boleh sertai kelak.

Kebetulan pada hari-hari kejohanan, Zul Klang yang biasa dikerahkan menjadi wasit bagi PESAKA Selangor turut turun ke tempat pertandingan berkenaan bagi menguruskan wasit-wasit. Sempat juga berbual sedikit sebanyak mengenai perkembangan Gayong dengan Cikgu Ismail Chik.

Kagum melihat orang lama seperti Cikgu Ismail Chik masih menyarung uniform silat dan berada di tepi untuk memberikan sokongan kepada generasi muda. Masih sanggup turun padang dalam mendidik anak generasi muda di kala ramai gurulatih lama sudah memegang kuasa dan dok di tepi gelanggang.

Semoga semangat kegurulatihan ini boleh dicontohi kepada anak muda terutama yang telah berGayong dan layak mengajar mahupun tamat peringkat Tapak Gayong. InsyaAllah.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Bermula pada Disember 2010, pihak Kelab akan membuat sedikit perubahan kepada latihan dewasa yang mana kesemua ahli kelab dewasa latihan akan dibuat di Bandar Pusat Puchong sahaja iaitu di pejabat urusan KSSG. Ini bagi membolehkan penumpuan latihan kepada pihak dewasa dan cara latihan yang lebih efektif dari sudut cara dan status umur.

Pihak kelab amat berharap dan melalui memo dan makluman yang telah disampaikan kepada semua ahli dewasa, pihak kelab berharap usaha pihak dewasa untuk hadir latihan di pejabat. Manakala latihan tambahan mahupun pengalaman membantu mengajar di gelanggang luar pejabat adalah amat digalakkan bagi membolehkan pembelajaran dibuat melalui mengajar. Malah latihan berpusat ini akan menumpukan kepada instructor courses.

Walaupun begitu, pihak kelab tidak menghalang dewasa meneruskan latihan di gelanggang sedia ada cuma alternatif penumpuan akan dikurangkan. Sedikit usaha untuk ke pejabat KSSG tidak akan menjejaskan kos malah latihan juga ditambahkan sebanyak 3 kali seminggu tidak termasuk latihan luar (sekiranya berkehendak).

Bagi membolehkan matlamat ini direalisasikan, pejabat KSSG diubahsuai lagi bagi membolehkan ruangan silat dibuka seluas hampir 1,100 kaki persegi tetapi masih di tempat asal iaitu di No.17-3A Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong, Puchong, Selangor.

Dalam perbincangan sebelum ini dengan pihak dewasa, ada rancangan untuk berpindah tetapi mengambilkira komitmen secara purata dan kos penyelenggaraan serta komitmen sedia ada, pihak kelab percaya ia belum mencapai satu tahap yang memuaskan bagi membolehkan satu premis khas yang lebih besar disewa untuk tujuan tersebut.

Lantai pejabat KSSG akan dipenuhi mattress silat yang mana 40 mattress telahpun ditempah bagi ditambah dengan mattress yang sedia ada. InsyaAllah, keseluruhan kawasan latihan akan dipenuhi mattress sebelum Januari 2011.

Penyertaan dibuka kini kepada semua peringkat umur dan jantina. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas latihan dewasa yang diadakan setiap Isnin, Khamis dan Sabtu Jam 9.30malam, boleh hubungi - 014-9933774 (KSSG)


Kelas kanak-kanak juga dicadangkan untuk dimulakan pada hari yang sama pada jam 8.00 malam - 9.30 malam bagi menampung kos sewaan dan peralatan.


Share/Save/Bookmark