Related Posts with Thumbnails
| 2 komen ]


Bermula daripada sebelum Ramadhan tempohari, latihan yang pada mulanya tidak menampakkan penyertaan kini dilihat mula mendapat sambutan daripada penduduk sekitar. Pada awal permulaan latihan, ramai yang menyatakan bahawa kewujudan pelbagai latihan dan gelanggang lain (bukan silat Seni Gayong) di kawasan berdekatan akan mengurangkan publisiti kepada latihan di sini.

Ternyata selepas beberapa ketika, penyertaan kini mencecah 20 orang penyertaan dan mendapat sambutan baik dalam promosi dan program  masjid dan kawasan sekitar dalam membuat demo silat terutamanya. Pada minggu depan demo silat pertama yang akan dipersembahkan oleh anak Gayong Masjid Kota Damansara sendiri. Sebelum ini terpaksa menggunakan khidmat anak Gayong daripada gelanggang lain kerana Anak Gayong Masjid Kota Damansara masih lagi baru dalam latihan.

Selepas latihan semalam, beberapa aktiviti dibincangkan bagi merancakkan aktiviti Anak Gayong di kawasan sekitar ini dalam musim cuti sekolah. Pihak kami juga dimaklumkan bahawa peruntukan oleh pihak Masjid juga akan diberikan dalam pembelian barangan kepada latihan silat. Diharapkan dengan kelengkapan baru akan memeriahkan lagi latihan yang sebelum ini telah dibekalkan 2 beg tubi oleh pihak masjid.

Kain rentang akan mula dinaikkan pada minggu depan bagi menarik penyertaan baru daripada kalangan pelajar sekolah sepanjang cuti sekolah ini. Semoga latihan ini akan memberikan kesan baik kepada generasi yang akan datang.

Latihan adalah seperti berikut:

Setiap Ahad, 9.00 malam
Laman Masjid Kota Damansara
Hubungi: 014-9933774


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Pengambaran Majalah 3 akan tamat pada 28.11.2010 yang mana tarikh tayangan pada 27.11.2010 ditangguhkan. Sebelum ia ditayangkan, saya mengambil inisiatif untuk memaklumkan mengenai pengambaran tersebut yang mungkin akan membuat ada pihak tertanya mengenai satu perkara. Cikgu Awang Daud dan ADMAA.

Baru-baru ini dalam episod pengambaran TV3 bagi Majalah 3, pengambaran adalah berdasarkan perjalanan Team Demo, Cikgu Shams, Gelanggang silat dan Kelab KSSG. Selain daripada itu, turut dimuatkan mengenai guru tua yang pernah mendidik saya (shams). Dalam memenuhi pengambaran tersebut, saya memilih Cikgu Awang Daud. Kenapa  beliau dipilih oleh saya biarpun Cikgu Awang Daud dah bergiat melalui ADMAA. Jawapannya boleh dibaca di sini dan di sini.

Pengambaran melibatkan Cikgu Awang Daud yang saya panggil Pak Su mengambil masa 2 hari melibatkan keluarga dan latihan ADMAA.

Pengambaran mengenai peribadi Cikgu Awang Daud dan pengalamannya.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Hanya 40 orang terpilih dalam Majlis Mandi Minyak kali ini daripada Gelanggang Masjid As Salam, Pusat Bandar Puchong dan Seksyen 8, Shah Alam

Demo silat diiringi muzik silat secara langsung oleh kumpulan Gemala Kasturi yang tersohor

Upacara Buka Gelanggang & taklimat ringkas oleh Cikgu Shams mengenai majlis tersebut.

"Mengawal kerja-kerja krew Majalah 3?"

Kebanyakan demo silat dipersembahkan oleh Team Demo Remaja 2010 yang hanya baru mempelajari silat ini selama 4-8 bulan sahaja. Persembahan yang agak mengejutkan daripada mereka setaraf pemegang hijau dan merah dengan bersenjata sebenar.

Pesilat Team Demo Remaja 2010 iaitu Faiz dan Nazrin diberikan kepercayaan untuk menjadi main star untuk Team Demo melangkaui Team Demo Dewasa.

Cikgu Hazil memeriksa status minyak. "masih putih" katanya...

Sebahagian Anak Gayong KSSG bergambar bersama Cikgu Noor 'Geting' & Cikgu Shams 'Bangi'

Pada jam 2.00 pagi, Anak Gayong Dewasa masih gagah untuk bergambar dengan krew Majalah 3. Terima kasih kepada Krew Majalah 3 dan TV3 terutama Encik Amin dan Encik Saidin yang banyak membantu kami. Sebagaimana yang dikatakan, sekiranya masih perlukan bantuan silat untuk apa jua tujuan pengambaran, kami sedia membantu.

Cikgu Noor "Geting" bertindak sebagai dalang minyak pada malam tersebut sementara dibantu oleh Dir Hussin dan Cikgu Hazil Sardi


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]


Latihan Parang Oleh Kama & Jai


Latihan Selengan oleh Firdaus & Iwan


Latihan Demo. Demo keris oleh Along & Wan


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Penerbit Majalah 3, Encik Azmi bersama krew berbincang dengan Cikgu Shams mengenai latihan biasa diadakan di Gelanggang Masjid As Salam yang merupakan gelanggang kelab yang mempunyai ahli teramai melebihi 80 orang.

Sebahagian Anak Gayong yang bergelanggang di Gelanggang Masjid As Salam

Cikgu Hazil memerhati semasa pelatih membuat lompatan

Abang kamera sedang menjalankan tugas.

Ramai yang berkunjung dan menunggu pada malam tersebut terutama para ibu bapa.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Para Gurulatih Silat Seni Gayong & Anak Gayong dan juga para rakan seperjuangan,

Alhamdullilah, dengan perbincangan yang dibuat oleh pihak kami tadi bersama pihak Jabatan Belia dan Sukan, satu latihan bersama merangkap kepada Perdana Gayong anjuran kami yang berorientasikan latihan akan menjadi realiti sebagaimana berikut:

Tarikh : Setiap Ahad
Masa : Jam 8.00-10.00 pagi
Tempat: Kompleks Rakan Muda, Puchong
Hubungi: 014-9933774
Yuran: PERCUMA

Program ini akan mengumpulkan seberapa ramai anak Gayong sekitar Subang, Puchong, Kinrara, Putrajaya, Dengkil dan Shah Alam atau dimana jua Anak Gayong berada yang sanggup turun ke sini. ia akan dibuat latihan bersama antara pertubuhan dan juga gelanggang secara tidak langsung akan membuka lembaran baru kepada silaturahim sesama kita.

Tiada latihan menjurus kepada silibus akan dibuat bagi mengelakkan apa jua salah faham mengenai pelajaran antara gelanggang mahupun pertubuhan. Latihan tertumpu khas kepada permainan bagi mengasahkan lagi bakat silat tanpa mengira bengkung. Latihan kaki, tangan, pergerakan, lompatan dan sebagainya akan ditentukan pada pagi latihan yang mana akan ditetapkan oleh pihak Ketua Gurulatih pada pagi tersebut.

Ketua Gurulatih latihan pada pagi tersebut akan dilantik daripada gurulatih gelanggang yang terlibat samada daripada KSSG atau mana-mana gelanggang yang lain. Kesemua gurulatih gelanggang yang terlibat tanpa mengira pertubuhan dan gelanggang akan diberikan peluang mengendalikan kelas latihan setiap ahad dengan cara dan gaya tersendiri.

Manakala pesilat dewasa dan remaja yang sudah agak berpengalaman akan ditugaskan sebagai pembantu gurulatih bagi mengawal selia latihan Anak Gayong dalam bentuk kumpulan yang lebih kecil. Secara tidak langsung, ini akan memberikan peluang kepada mereka mengasah kegurulatihan. Harapan kami agar lebih ramai gurulatih akan dilahirkan kelak.

Dengan program ini kami berharap selain Anak Gayong mempunyai peluang untuk berlatih di bawah ramai gurulatih, silaturahim akan lebih erat antara gelanggang dan pertubuhan. Dengan corak latihan yang diaturkan, harapan kami agar kegurulatihan akan senang ditingkatkan seterusnya akan melahirkan ramai gurulatih pada masa depan.

Sebagaimana yang dinyatakan, latihan adalah percuma dan pihak anak Gayong hanya perlu menyediakan pakaian silat yang lengkap beserta tanjak serta sedikit minuman. Namun, bagi membantu dana KSSG dan juga meringankan beban KSSG, tabung derma KSSG akan disediakan bagi membolehkan sedikit derma dihulurkan kepada pihak KSSG. 

Pihak kami amat berharap sekiranya pihak gurulatih yang gelanggang berhampiran dapat hubungi kami bagi membolehkan kami hadir membuat jemputan kepada pihak anda. 

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 7 komen ]

Alhamdullilah atas kepercayaan yang diberikan kepada Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya oleh para ahli dan penduduk Lembah Klang terutamanya, sekali lagi dalam masa setahun pihak kami mendapat kepercayaan dan peluang daripada TV3 untuk meluaskan promosi dan hebahan mengenai Kelab ini. Rasanya ini kali ke-4 pihak KSSG mendapat liputan daripada Kumpulan Media Prima.

Selama 5 tahun bersusah dalam menaikkan nama Silat Seni Gayong melalui Kelab Silat Seni Gayong ini, pihak kami percaya sedikit sebanyak Silat Seni Gayong mula mendapat tempat di kalangan masyarakat kita terutamanya bangsa melayu dan orang Islam. Sekaligus membuang persepsi silat adalah kekampungan.

Kali ini pihak kami dihubungi oleh penerbit Majalah 3, Encik Azmi yang akan membuat satu dokumentari ringkas mengenai warisan budaya mengenai pentadbiran sebuah kelab aktif dalam melaksanakan pelbagai program silat dan KSSG terpilih untuk dokumentari tersebut.

Dalam masa yang sama terdapat personaliti akan ditonjolkan seperti pihak pentadbiran iaitu Cikgu Shams "Bangi" dan juga beberapa pelatih kanak-kanak serta team demo remaja yang dilatih khas oleh KSSG setiap tahun bagi pelatih di bawah latihan 6 bulan ke bawah untuk bermain senjata. Selain daripada itu, mungkin guru tua yang pernah menjadi guru kepada gurulatih kelab turut akan diketengahkan.

Alhamdullilah setakat hari ini telah siap 3 pengambaran telah dibuat kepada pihak KSSG iaitu mengenai personaliti Cikgu Shams di pejabat guaman, pejabat kelab dan keris. Pengambaran tertangguh sebelum ini kerana kebanyakan masa Cikgu Shams tidak berada di Lembah Klang dan hanya pulang ke Selangor untuk latihan silat sahaja. Ditambahkan lagi Cikgu Shams sendiri masih mengalami batuk-batuk yang membuatkan pergerakan agak terhad disamping tiada masa untuk latihan khas bagi pengambaran ini.

Sessi ke-4 pengambaran bagi Majalah 3 akan diteruskan bagi latihan biasa silat di Masjid As Salam pada hari rabu (03.11.2010) ini. Lokasi pengambaran bagi latihan dipilih memandangkan buat masa ini Gelanggang Masjid As Salam mempunyai keahlian teramai iaitu boleh mencapai sehingga 70-80 orang setiap kali latihan.

Manakala Sessi pengambaran ke-5 akan diteruskan di seorang guru lama bersama Cikgu Shams dan beberapa ahli remaja yang turut serta dalam Kembara KSSG tersebut. Pengambaran tersebut akan dilaksanakan pada sabtu dan ahad iaitu hujung minggu ini (06-07.11.2010). Manakala Cikgu Hazil dan Cikgu Shahril serta Cikgu Wan akan meneruskan latihan seperti biasa di Puchong disamping membantu pelatih baru untuk membuat demo silat kelak.

Sessi pengambaran ke-6 akan diteruskan bagi latihan team demo dan demo silat secara biasa dalam gelanggang pada 13.11.2010. Gelanggang yang dipilih ialah Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam. Masa dan butiran lengkap akan dimaklumkan melalui sistem SMS khas pihak kelab.

Pengambaran sessi ke-7 akan diteruskan pada hari yang sama jika tidak mempunyai masalah iaitu Majlis Mandi Minyak yang melibatkan kesemua Anak Gayong yang berminat dan wajib bagi team demo remaja. Pada pengambaran ini, pihak Majalah 3 memaklumkan kami bahawa akan menumpukan kepada personaliti kanak-kanak yang dipilih oleh pihak Kelab iaitu Adik Amirul.

Pengambaran sessi ke-8 akan melibatkan gaya dan kehidupan biasa Adik Amirul di rumah beliau serta latihan silatnya. Tidak lupa juga temubual dengan ibubapa dan adik beradiknya. Adik Amirul yang berlatih di Masjid As Salam terpilih kerana beliau ahli team demo remaja termuda iaitu baru darjah 4 dan mempunyai tahap disiplin yang baik disamping peningkatan ketara.

Segala perubahan akan dimaklumkan kelak.



Share/Save/Bookmark