Related Posts with Thumbnails
| 5 komen ]


Alhamdullilah, team demo walaupun dalam persiapan peperiksaan masih diberikan peluang untuk menjalankan demo silat bagi beberapa aktiviti masyarakat dan kenduri di sekitar Puchong sahaja. Sepanjang beberapa hari ini, Cikgu Shams tidak berada di Lembah Klang dan berada di beberapa negeri memaksa skuad demo yang dilatih terpaksa hadir demo tanpa Cikgu Shams.

Baru tadi Achap telefon memaklumkan mengenai demo kenduri pada esok hari dan beberapa latihan diteruskan bagi team demo bertempat di Masjid As Salam. 

Sempena demo yang beterusan ini, pihak kelab kami mengambil peluang ini untuk menwar-warkan sekali lagi mengenai demo kami. Sebarang permintaan mengenai demo boleh dikemukakan melalui email shamsbangi@gmail.com atau menelefon kami di 014-9933774. Jika gagal, sila SMS kami di nombor berkenaan.

Dalam usaha kami melaksanakan program dan visi dalam memprofesionalkan pentadbiran silat melalui kelab kami, satu fee minima dikenakan. Tetapi setakat ini pihak kami sering mendapat pembayaran melebihi apa yang ditetapkan. Mungkin sebagai usaha dan sumbangan kepada kami atau hasil persembahan dan disiplin kami yang kami bawa.

Kami sedang memprofesionalkan silat ke arah kebaikan bersama di mata dunia. Anda berani?


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kredit kepada Lenshakreatif yang diambil daripada facebook Silat Seni Gayong Malaysia.

Latihan di Masjid Kota Damansara semalam berjalan seperti biasa dan alhamdullilah penyertaan dilihat ada peningkatan dan semalam sebagai latihan kedua selepas bercuti memberikan laluan kepada Ramadhan, 12 orang turun latihan dan separuh daripadanya adalah wanita.

Harapan kami agar silat turut didominasikan oleh kaum hawa agar menjadi kenyataan pada tahun 2011 memandangkan agak sedikit kaum hawa yang berminat untuk turun berlatih dan mempelajari silat. Setidak-tidaknya sebagai senaman sekali-dua seminggu.

Setakat ini terdapat 5 wanita dewasa menyatakan hasrat untuk turun latihan di gelanggang Masjid Kota Damansara tetapi setakat hari ini 2 daripada wanita dewasa ini telah turun dan berlatih bersama pelatih lain.

Pihak kami melalui pihak Masjid Kota Damansara amat berharap penyertaan daripada kaum hawa terutama daripada kalangan remaja dan juga dewasa yang masih belum berkeluarga.

Setidak-tidaknya silat akan memberikan satu aktiviti baru dalam menggantikan senaman dan riadhah selain memberikan aktiviti berpersatuan. Dalam masa yang sama, rajin juga turun berjemaah di Masjid Kota Damansara itu kelak.

Setakat ini latihan masih dijalankan setiap Ahad, Selepas isyak berjemaah di Masjid Kota Damansara. Sekiranya berminat boleh hadir pada masa latihan atau hubungi: 014-9933774


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Logo KSSG Bersulam

Logo KSSG yang bersulam akan mula dijual pada 15.10.2010 dan mula dipakaikan semenjak semalam. Kepada semua ahli yang berminat untuk mendapatkan logo berkenaan boleh berhubung dengan gurulatih anda.

Harga cadangan kepada logo berkenaan adalah RM10.00. Boleh ditampal di baju silat dan juga lain-lain baju.

Bagi anak-anak Gayong yang berminat samada ahli KSSG atau tidak ahli, boleh terus hubungi melalui email: shamsbangi@gmail.com atau 014-9933774

Logo ini adalah hasil inisiatif Cikgu Along dalam mempromosikan Seni Gayong dan melengkapkan item-item keluaran KSSG bagi tujuan jualan dan promosi.


Share/Save/Bookmark
| 10 komen ]


Dalam merealisasikan beberapa rancangan dan visi pada tahun 2011 kelak, beberapa perancangan dan perubahan awal sedang dirancangkan. Semalam dalam perbincangan selepas latihan di Masjid As Salam, latihan berpusat bagi semua gelanggang Seni Gayong di bawah KSSG akan direalisasikan selewatnya selepas minggu pertama Aidiladha. 

Antara lain, latihan berpusat tersebut akan dijadikan mini perdana Gayong pada setiap minggu bagi KSSG. Latihan berpusat ini akan mengumpulkan seberapa ramai yang boleh pada setiap minggu daripada kesemua gelanggang KSSG di seluruh Selangor.

Tempat yang dibincangkan adalah tempat yang terbuka dan boleh dilihat jelas oleh masyarakat luar. Setakat ini tempat menjadi pilihan adalah Kompleks Rakan Muda Puchong. Pihak kami berharap dengan mengumpulkan ramai pesilat dalam satu latihan setiap minggu, bukan sahaja dapat menyelaraskan silibus tetapi secara tidak langsung menjadi mini kursus dan promosi terbuka kepada seni silat yang kini dipandang kekampung oleh masyarakat melayu sendiri.

Mungkin dengan menghimpunkan dalam kuantiti yang ramai, pandangan masyarakat mengenai silat akan sedikit bertukar dan mendatangkan keyakinan kepada kesemua pihak bahawa Silat masih relevan dalam membaik pulih jatidiri anak melayu terutama isu disiplin dan akademik serta kewangan.

Dalam masa yang sama, ia akan menjadi platform kepada pesilat dewasa dalam mengasah kegurulatihan yang mana masalah kegurulatihan adalah masalah terbesar yang dialami oleh kesemua pertubuhan silat. Dalam mengelakkan masalah ini timbul dalam KSSG dan memotivasikan anak bangsa Islam dalam meneruskan usaha para ulama dan cerdik pandai dahulu dalam usaha dakwah dan perjuangan melalui silat, pelbagai aktiviti dan usaha akan dilakukan bagi memastikan kegurulatihan tidak menjadi satu halangan kepada perkembangan Seni Gayong ini.

Latihan berpusat ini akan diadakan secara percuma setiap minggu dan akan ditanggung khas oleh Tabung Kebajikan KSSG. Sebarang sumbangan kepada tabung tersebut amat dialukan semasa latihan kelak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pihak kelab mengambil kesempatan mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak Anak Gayong sekeluarga serta rakan-rakan seperjuangan daripada lain-lain gelanggang dan pertubuhan yang sudi singgah bagi memeriahkan majlis kami tersebut.

Alhamdullilah, kehadiran adalah di luar jangkaan yang mana melebihi 350 orang iaitu  dua kali ganda pada target kehadiran. InsyaAllah semoga ia menjadi satu anjakan positif kami dalam dilihat sebagai pemangkin ke arah perkembangan Seni Gayong tanpa mengira pertubuhan Seni Gayong. Ini antara beberapa gambar yang sempat kami rakamkan.

Pelbagai juadah disediakan dan melebihi 3 kali ganda daripada persediaan pada tahun sebelumnya. Alhamdullilah sebagaimana gambar di atas diambil pada jam 3.30petang.

Cikgu Mohd Nor 'Geting' bersama barisan pentadbiran kelab.

Yang bekerja turut hadir pada waktu makan tengahari. Terima kasih atas meluangkan masa kepada Kamaruzzaman dan beberapa ibubapa yang bekerja turut mencuri masa untuk hadir ke majlis kami.

Cikgu Hazil dan Cikgu Along bersama pelatih-pelatih dewasa. Ini situasi round pertama. Penuh tertib.

Rombongan kedua daripada Anak Gayong dari Gelanggang Masjid As Salam, Puchong Perdana. Semua gelanggang di bawah kelab hadir memberikan sokongan walaupun masih ramai yang tidak dapat hadir terutama daripada gelanggang Shah Alam dan Kota Damansara. Mungkin fakta jarak, tetapi tetap ada wakil daripada gelanggang tersebut.

Antara rombongan daripada Pusat Latihan Kajang Utama (PSSGM) dan Gelanggang Singa Berantai, Bangsar (PSSGM). Terima kasih Cikgu-cikgu.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gambar bukan sekadar hiasan tapi..

Bismillahhirrahmanirrahim.

Dengan rendah diri pihak pentadbiran Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG) menjemput kesemua ahli silat Seni Gayong gelanggang-gelanggang di bawah pentadbiran KSSG seluruh Selangor untuk hadir bersama penjaga mahupun keluarga bagi memeriahkan Majlis Jamuan dan Silaturrahim Aidilfitri 2010. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2010
Hari: Ahad
Tempat: Pejabat KSSG, No.17-3, Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Masa: Bermula 2.00petang - 6.00petang
Hubungi: 014-9933774
Nota: Pesilat KSSG dikenakan membawa potluck bagi memeriahkan menu yang sedia ada.

Selain ahli KSSG, rakan-rakan seperjuangan lain juga dijemput memeriahkan majlis kami dan jemputan telah dibuat melalui Facebook dan panggilan telefon.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan segera.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Sekalung tahniah daripada kami kepada barisan pentadbiran yang bertungkus lumus dalam menjayakan program Perdana Gayong 2010 yang mana sudah lama mana-mana pertubuhan Seni Gayong tidak mengumpulkan ahlinya dalam satu kawasan dalam jumlah sebegitu ramai.


Pihak kami amat berharap pada masa akan datang, aktiviti sebegini akan diteruskan bagi menguatkan institusi silat terutama Silat Seni Gayong dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Seni Gayong dan tidak tertakluk kepada majlis yang ada penganugerahan sandang khas sahaja.


Pihak kami percaya dengan aktiviti sebegini ia bukan sahaja memberikan kesan baik dalam perkembangan Seni Gayong tetapi akan memberikan impak positif dalam pandangan masyarakat kepada perkembangan silat di Malaysia.

Tahniah sekali lagi daripada Kelab Silat Seni Gayong


Share/Save/Bookmark