Related Posts with Thumbnails
| 2 komen ]



Bermula daripada Ramadhan sehingga Zulhijjah setiap tahun, latihan akan menjadi agak perlahan terutama kepada pihak yang malas dan pesilat yang terlibat dengan peperiksaan pada tahun ini. Apa pun latihan pertama di Masjid As Salam pada minggu lepas menunjukkan pesilat yang ada peperiksaan percubaan juga turut hadir latihan dan latihan masih penuh walaupun tidak mencecah 50-70 orang pesilat seperti biasa. Agak mengagumkan tahun ini apabila sayap kiri foyer Masjid As Salam masih penuh dengan pesilat.

Oleh kerana, musim latihan agak perlahan beberapa sessi format latihan diaturkan bagi kelas-kelas dan gelanggang yang terlibat bagi membolehkan kemahiran dan silibus diselaraskan. 

Manakala kelas latihan dewasa biasa selain silibus, 4 bulan sebegini banyak silibus tertentu akan diturunkan seperti lembing, keris, parang, simbat dan lain-lain. Kerana disebalik kemalasan dan program yang banyak melibatkan semua pihak beberapa silibus dan kursus perlu diteruskan bagi latihan kepada gurulatih terutamanya. Tanpa latihan berterusan, bukan kata kemahiran, silibus pun boleh hilang dalam ingatan.

Jadi kepada siapa yang rajin kepada latihan, InsyaAllah akan mendapat kelebihan.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Sebelum Ramadhan tempohari, latihan khas sabtu bagi team demo telah tamat dan secara automatik tiada lagi latihan khas setiap sabtu bagi mereka. Maka dalam meneruskan Latihan Khas Sabtu, satu team latihan sparring akan ditubuhkan sebagaimana yang dijanjikan sebelum Ramadhan tempohari.

Latihan akan tertumpu kepada stamina dan asas serangan sahaja. Pemilihan akan dibuat dikalangan remaja yang tidak terlibat dalam peperiksaan pada tahun ini dan pemilihan akan dibuat kepada 20 orang sahaja selepas 10.10.2010. Pemilihan akan dibuat dalam 2 minggu latihan bermula minggu depan.

Sebagaimana Team Demo, kami tidak mengharapkan akan lahir pesilat yang baik tetapi amat berharap untuk melahirkan pesilat yang mampu memberikan komitmen kelak seterusnya melahirkan pelapis pemimpin Seni Gayong.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Kemasukan ayat-ayat hafalan dan bacaan dalam silibus dan ujian bengkung bagi kesemua pesilat di bawah gelanggang KSSG pernah dibincangkan malah pernah dinyatakan di dalam webblog ini. Cuma pelaksanaannya diperlahankan bagi memberikan laluan kepada beberapa perkara lain.

Sememangnya menjadi asas kepada perjuangan kami menggunakan Silat Seni Gayong sebagai medium dakwah dan juga pembaikpulihan kepada sosial, akademik dan ekonomi muslim di bawah pentadbiran kami. InsyaAllah, secara perlahan kami bergerak agar kesannya lama.

Berbalik kepada hasrat untuk memasukkan ayat hafalan dan bacaan akan mula dibuat pada awal tahun 2011 yang dijangkakan dibuat pada ujian bengkung pada Januari 2010. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap anak didik kami adalah mereka yang mampu membaca al Quran dan buta Quran sifar.

Ayat bacaan akan melibatkan surah lazim dan pendek seperti Yassin, Mulk, Waqiah dan Rahman. Ini akan melibatkan bengkung putih cula kebawah. Manakala hijau kosong ke atas akan melibatkan jug ayat-ayat hafalan.

Ayat hafalan yang dipilih terdiri daripada ayat pendek yang dianggap ayat lazim sekaligus dalam silibus akademik pelajar agama rendah dan juga ayat ruqyah. Satu senarai lengkap akan diberikan setelah lulus bagi satu-satu peringkat ujian.

Buat masa ini, pihak kami masih tidak melaksanakannya secara rasmi tetapi untuk Gelanggang Masjid As Salam, bacaan hafalan telah dibuat kepada ayat-ayat lazim.

Setelah 5 tahun bertapak secara rasmi, pihak kami telah menganjurkan pelbagai program ilmiah dalam mengisi matlamat kami dalam menggunakan Silat Seni Gayong dalam usaha dakwah dan mengubah pandangan masyarakat kepada silat, perubatan Islam mahupun penyertaan dalam dakwah. Dengan penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan, pihak kami merasakan anak-anak didik kami sudah bersedia untuk melihat satu pembaharuan dibuat dalam konteks jati diri Muslim yang lebih baik.


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]



Cikgu Shams, Gurulatih Silat Seni Gayong - KSSG

Gambar anak Cikgu Shams selepas 1 jam dilahirkan. Dinamakan Ummu Sulaym Al-Rumaisa. Selamat dilahirkan pada 31.08.2010 yang lalu.

Ini pula anak Cikgu Hazil, Jebat Muhaimin (sila betulkan sekiranya salah). Berita mengenainya ada dipaparkan sebelum ini di sini


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Pihak Ahlijawatankuasa Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG) dengan ini mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua ahli silat Seni Gayong di bawah pentadbiran KSSG mahupun rakan-rakan seperjuangan kami dalam pertubuhan dan kelab Seni Gayong yang lain.

Tidak lupa juga buat semua penyokong dan para penjaga yang memberikan kami motivasi berterusan bagi meneruskan usaha mengumpulkan anak Muslim dalam aktiviti silat kami dalam usaha untuk membentuk sosial, akademik dan ekonomi yang leih baik dalam masyarakat Islam kita melalui Silat Seni Gayong.

InsyaAllah, latihan silat akan bermula seperti biasa selepas tarikh 20.09.2010 pada hari, masa dan tempat yang sama.

Program jamuan raya KSSG akan diadakan di Gelanggang Pusat KSSG seperti tahun-tahun sebelumnya dan tarikh dan kad jemputan akan diedarkan selepas 20.09.2010.

Terima kasih sekali lagi.


Share/Save/Bookmark