Related Posts with Thumbnails
| 5 komen ]

       

Majlis Berbuka Puasa dibuat di Tomyam TOMpel di Puchong Indah. Hanya 7 orang ahli team demo terlibat. manakala yang lain tidak dapat dihubungi dan ada majlis ditempat lain. Ben (Parang), Danial (tempur kosong) & Asyraf Muda (Pisau &Selengan)

Bon (tempur kosong), Cikgu Shams dan Nazrin Shah (Keris)

Faiz Faqih (Keris) & Bon (Tempur Kosong)


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Panglima, Pengawal Istana dan Tukang Bunuh dalam satu upacara "hukum bunuh" dengan cara melayu lama.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang lawatan atau kunjungan baik ke tempat kami samada gelanggang luar ataupun di pejabat KSSG. Alhamdullilah, sehingga kini lebih 5 orang guru tua telah sampai ke tempat kami dan ramai guru-guru muda sempat menyinggah bertanyakan khabar tanpa mengira mana-mana pertubuhan Seni Gayong kita berpayung.

Sekiranya kami boleh dijadikan motivasi kepada anda mahupun boleh dijadikan rakan sahabat, kunjungan anda amat kami nantikan.

Cuma kami cadangkan agar makluman awal dapat diberikan kepada kami agar persediaan boleh dilakukan. Setidaknya tempat kami tidak bersepah. Ataupun mungkin pada hari tersebut kami mempunyai program lain atau latihan luar yang ditetapkan.

Awal Ramadhan ini, masih ada beberapa orang guru muda menyatakan hasrat sekiranya mereka boleh menyinggah untuk berkawan. Pada kami, apa salahnya. Buangkan nama pertubuhan mahupun sempadan sekiranya pernah dicanangkan oleh mana-mana gurulatih anda, kita hadir bersembang membicarakan soal Seni Gayong mahupun soal dunia. Kita kan Anak Gayong.

Apa relevan dengan gambar di atas?

"Mereka pun nak datang!"


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]

Kesemua 5 pesilat yang diuji malam tersebut lulus.

Keputusan ini hanya kepada pelatih dewasa yang menjalani ujian bagi putih kosong pada 05.08.2010. Hanya 5 pelatih diuji untuk mendapatkan putih kosong. Beberapa pelatih telah diuji di Gelanggang lain kerana pemilihan masa yang sesuai bagi mereka.

Manakala ujian putih cula dan hijau kosong dan selebihnya tidak dibuat atas alasan tidak dibenarkan oleh gurulatih gelanggang, Cikgu Shams atas alasan tidak 'cukup kredit' walaupun silibus telah melepasi tahap silibus yang diperlukan untuk ujian tersebut. Keputusan dan markah adalah seperti berikut:

Mohd Johari  - 74.5 markah - LULUS
Mohd Firdaus - 68 markah - LULUS
Abdul Malik - 75 markah - LULUS
Mohd Helmi - 71.5 markah - LULUS
Mohd Hanif - 83.5 markah - LULUS - Markah Tertinggi

Kepada yang kecewa tidak dapat sertai ujian, harap dapat memahami bahawa KSSG dihormati atas dasar disiplin dan konsep kualiti yang berbeza.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kesemua 38 pesilat yang dibenarkan mengambil ujian, adalah lulus.

Ini hanya melibatkan keputusan bagi ujian kenaikan bengkung putih kosong bagi pesilat daripada Gelanggang Masjid As Salam, Gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Bandar Saujana Putra. Hanya 38 orang sahaja dibenarkan untuk mengambil ujian oleh gurulatih gelanggang iaitu Cikgu Shams dan Cikgu Shahril. Selebihnya akan dibuat selepas Aidilfitri tertakluk kepada kebenaran gurulatih bertugas.

Manakala pesilat Gelanggang Masjid As Salam yang bakal mengambil bengkung putih cula dan hijau kosong akan diuji selepas Aidilfitri sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini dan prestasi dan kredibiliti untuk kebenaran ujian akan dimaklumkan kelak.


Keputusan bagi pasukan ujian pertama adalah seperti berikut:

Muhd Shafiq bin Abdul Razak - 69 markah - LULUS
Mohd Hamir hafiq bin Hamizan - 67.5 markah - LULUS
Muhd Nashrul bin Nor Mat - 69.5 markah - LULUS
Muhd Haffizi bin Mohd Affandi - 70.5 markah - LULUS
Muhd Danial bin Ramli - 67.5 markah - LULUS
Ahmad Faiz Faqih bin Fuzalkai - 79 markah - LULUS
Muhd Nazrin Shah bin Muhd Yusof - 81 markah - LULUS
Amirul Hafiz bin Mizan - 76 markah - LULUS
Mohd Latif bin Muhd Akbar - 77.5 markah - LULUS
Amer Nasrullah bin Mohd Yusoff - 75 markah - LULUS
Amera Nazirah bin M Yusoff - 74 markah - LULUS
Mohd Rasul bin Abdul Hamid - 60.5 markah - LULUS
Mohd Irfan bin Baharuddin - 64 markah - LULUS
Muhd Amirul Aqil bin Mustafa - 80 markah - LULUS


Keputusan bagi pasukan ujian kedua adalah seperti berikut:

Muhd Zuhairi Syazwan Rosli - 69 markah - LULUS
Zul Hazizi Al Yusof Abidin bin Zulkernain - 70.5 markah - LULUS
Muhd Syahril bin Mohd Hasri -73.5 markah - LULUS
Muhd Faiz bin Norzaini - 69.5 markah - LULUS
Muhd Asyraf bin Muda - 82 markah - LULUS - Markah Ujian Tertinggi (tidak termasuk markah dewasa)
Ahmad Danial bin Saaban - 74 markah - LULUS
Zulhilmi Al Yusoff Abidin bin Zulkernain - 64 markah - LULUS
Muhd Sazwan Asraf bin Latri - 67.5 markah - LULUS
Muhd Haziq Zikri bin Muhd Fadhil - 65 markah - LULUS
Lukman Hakim bin Mokhtar - 72.5 markah - LULUS
Luqman Hakimi bin Muhammad - 75.5 markah - LULUS
Muhammad Umar Syafiq bin Shafieei - 72.5 markah - LULUS
Muhd Afiq Mustaqeem bin Mustafa - 70 markah - LULUS
Mohd Aqil bin Azizi - 74.5 markah - LULUS

Keputusan bagi pasukan ujian ketiga adalah seperti berikut:

Abdul Azizi bin Mat Zaidi - 67.05 markah - LULUS
Azhan Faiz bin Mohd Pozi - 65.5 markah - LULUS
Ferry Izwan bin Roslan - 67.5 markah - LULUS
Ahmad Zulkiflie bin Nor Mat - 65 markah - LULUS
Muhd Afieq bin Mohd Zakaria - 72 markah - LULUS
Muhd Shahrul Nizam bin Muhd Fauzi - 66 markah - LULUS
Muhd Qadri bin Mohd Yusof - 60 markah - LULUS
Amirul Fitri bin Shamsul Bahari - 66 markah - LULUS
Ahmad nur Alif bin Mohammad - 70 markah - LULUS
Mohd Fikri bin Zaini - 76 markah - LULUS





Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Latihan sempena Ramadhan akan diteruskan seperti biasa sebagaimana yang telah dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya. Namun beberapa gelanggang akan digabungkan bagi memberikan kemudahan kepada latihan dan kepada gurulatih. 

Latihan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Hari Jumaat Selepas Terawikh - Kesemua Pelatih di Shah Alam dan dewasa di Puchong akan berlatih di Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam. Solat Terawrikh akan diadakan di Surau Ar Rahmah Seksyen 8.

Hari Sabtu Selepas Terawikh - Latihan di Masjid As Salam bagi Gelanggang Masjid As Salam dan juga Gelanggang Bandar Bukit Puchong serta pelatih dewasa Gelanggang Pusat.

Latihan di Masjid As Salam akan dimulakan dengan berbuka puasa bersama dan meneruskan dengan sembahyang berjemaah serta bacaan quran dan terawikh sebelum memulakan latihan silat.

Hari Ahad Selepas Terawikh - Latihan di Masjid Kota Damansara bagi gelanggang Masjid As Salam dan Taman Bukit Subang.

Hari Isnin Selepas Terawikh - Latihan di Pejabat KSSG bagi pelatih dewasa sahaja.

Latihan-latihan silat di sekolah akan dihentikan sepanjang bulan Ramadhan.


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]


Atas kelewatan makluman mengenai pertandingan silat di Selangor kali ini, pihak kelab tidak dapat menyediakan peserta yang memberangsangkan tetapi untuk tidak menghampakan, kelab telah menghantar beberapa pesilat dewasa untuk bertanding yang mana kesemuanya adalah muka baru dan tiada pengalaman dalam silat olahraga.

Bagaimanapun diantaranya terpaksa menarik diri kerana terpaksa menerima tugasan sebagai wasit atas permintaan guru-guru.

Setakat semalam, kebanyakannya telah tewas dengan pengalaman baru dalam pertandingan silat olahraga dan  masih ada seorang lagi yang masih meneruskan pertandingan yang mungkin akan menentukan nasibnya pada hari ini. 

Walaupun tidak menjangkakan apa jua kemenangan di pertandingan tersebut, pihak kelab amat berharap dengan penyertaan boleh memberikan pengalaman baru serta sedikit keyakinan kepada ahli kelab yang menyertainya.

Cuma yang ralat ialah apabila team remaja kelab terpaksa menarik diri pada saat akhir atas sebab teknikal dan masa yang suntuk. Atas kekecewaan pasukan remaja tersebut, beberapa permintaan dibuat oleh pihak remaja dan sedang dipertimbangkan.

Antara yang bakal mengantikan kekecewaan tersebut ialah memulakan satu kelas khas bagi serangan bebas untuk remaja dan juga pertandingan silat olahraga bagi sekolah rendah dan menengah akan dibuat pada cuti sekolah hujung tahun ini.

Pihak kelab berharap agar urusan penyertaan pertandingan oleh ahli kelab akan lebih banyak pada tahun depan dengan latihan awal kepada yang berminat. 


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Seorang guru Gayong linkkan kami kepada satu permohonan derma buat beberapa adik beradik yang memerlukan kos tinggi perubatan. Kepada siapa yang berminat untuk membantu sekadar yang mampu boleh berbuat sedemikian terus kepada mereka. 



Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Alhamdullilah, ujian bengkung yang diwar-warkan sebelum ini akan dibuat pada minggu ini melibatkan ujian bengkung putih kosong sahaja. Antara gelanggang yang terlibat ialah Gelanggang Masjid As Salam, Gelanggang Sesyen 8 Shah Alam, Gelanggang Pusat KSSG, Gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Gelanggang Jenjarom. 

Masa dan tempat ujian boleh dipilih dan diadakan seperti berikut:

Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam - 03.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang
Gelanggang Masjid As Salam, Puchong - 04.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang.
Gelanggang pusat KSSG, Bandar Pusat Puchong -05.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua pelatih dewasa sahaja.

Seperti biasa, markah lulus bagi semua ujian bengkung bagi KSSG adalah seminima markah 50/100 dan ujian putih kosong akan dijalankan serentak oleh 2 orang penguji. 

Bermula daripada Ogos 2010, ujian bengkung akan diuji oleh penguji yang terpilih kriterianya seperti;

Bengkung Putih - 2 orang gurulatih yang (1) mempunyai minima 1 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 2 tahun (3) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG.

Bengkung Hijau - 3 orang gurulatih yang (1) mempunyai seminima 2 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 3 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG

Bengkung Merah - 5 orang gurulatih yang (1) mempunyai pengalaman mengajar seminima 10 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 15 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Terlibat dengan kegiatan amal masyarakat (7) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG. 


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Alhamdulillah, bermula daripada 28.07.2010 sehingga 08.08.2010 latihan silat olahraga akan dibuat di beberapa tempat yang ditentukan pihak kelab kepada beberapa individu terpilih.

Latihan akan merangkumi semua aspek penting dalam Silat Olahraga dan juga stamina. Ini berikutan permintaan daripada ahli kelab kepada latihan lasak dan serangan bebas, maka latihan Silat Olahraga diaturkan bagi melasakkan pergerakan pesilat. 

Tetapi pesilat masih diingatkan bahawa Silat Olahraga bukan satu silat tetapi sukan semata-mata dan latihan adalah tertumpu kepada stamina. Manakala ilmu dan falsafah tradisi silat harus diutamakan.

Antara beberapa tempat yang bakal menjadi tempat latihan praktikal ialah di Gelanggang Utama Kelab, Bandar Pusat Puchong, Masjid As Salam dan Seksyen 8 Shah Alam. Manakala latihan stamina dan kardio seperti telah dimaklumkan terlebih awal.

Harap program sebegini dapat memberikan manfaat kepada pesilat.


Share/Save/Bookmark