Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]


Ini adalah sambungan kepada Kursus Seni Yoi yang pertama diadakan sebelumnya. Kursus ini menekankan kepada silibus yang sedia ada bagi perkongsian ilmu mahupun tujuan ilmiah. Latihan kali kedua ini akan dibuat lebih kepada latihan biasa dan tiada latihan dan senaman berat dan ketat ditekankan atas permintaan kerana kebanyakan ahli kelab kini dalam latihan khas tempur bebas sehingga 06.08.2010.


Kursus ini kelab buka kepada umum tetapi terhad kepada bilangan 18 orang sahaja. Mengenai yuran, pihak kelab memohon bayaran derma RM20.00 bagi ahli kelab KSSG dan RM30.00 bagi bukan ahli KSSG. Ini adalah untuk kos makan dan pengangkutan tenaga pengajar dan derma kepada Tabung Amal KSSG. Latihan akan diadakan pada 31.07.2010, Jam 9.30 malam sehingga 11.30 malam. Untuk penyertaan, sila SMS 014-9933774

Sebarang sumbangan yang melebihi daripada kadar di atas amat digalakkan. Tabung Amal akan digunakan untuk tujuan amal dalam program KSSG di mana-mana pusat kebajikan.


Bagi bukan ahli KSSG, pemegang bengkung Merah ke atas akan diutamakan. Pelajar sekolah tidak dibenarkan. Pernyertaan kursus ditutup apabila cukup penyertaan. Siapa cepat dia dapat. Setakat ini kursus Simbat yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan kerana masalah masa ahli dan tenaga pengajar.

Bagi yang tidak menyertai kursus Seni Yoi yang dibuat kali pertama, boleh 'kejar' silibus daripada pelatih pada kursus tersebut nanti.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Alhamdulillah, pihak kami baru-baru ini mendapat panggilan daripada wakil syarikat TV yang berpusat di China kalau tidak silap untuk menemubual pihak kelab tentang silat dan aktivitinya. Bagaimanapun temubual dan pengambaran mungkin akan lebih menjurus kepada program terkini mereka iaitu dokumentari mengenai keris orang Melayu dari sudut pembuatan, mistik dan pengunaan serta praktikalnya.

Bagaimanapun, pihak kami hanya terlibat dalam bentuk penggambaran pesilat dan keris sahaja. Selebihnya mungkin akan dicadangkan pihak-pihak yang lebih mahir mengenainya termasuk tukang keris di utara tanah air ataupun di pantai timur.
Gambar ini kredit kepada Arifdeto's

Pengambaran akan dibuat pada khamis ini 22.07.2010 iaitu pada waktu biasa latihan Pusat KSSG. Manakala tempat akan dimaklumkan kemudian memandangkan dokumentari memerlukan tempat padang dan rumput. Pakaian sampingan akan disediakan oleh pihak kelab.

Pesilat Dewasa harap dapat meluangkan masa manakala pesilat remaja akan dijemput bersama. Hero malam itu akan dibebankan ke atas Cikgu Wan "kedah" dan Cikgu "Along" Shahril.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]


"Demo silat semalam di Masjid Kota Damansara menerima pujian melambung terutama ada AJK tidak percaya yang itu persembahan daripada pesilat gred terendah yang tidak pernah grading malah baru berlatih 3 bulan dan bermain senjata dengan baik walaupun tidak 'berseni' mana. AJK, Yang Berhormat dan Jemputan semua memuji kalian. Ramai pula berminat nak join geng dewasa ni.. Kita tengok dan lihat." - Status KSSG di Laman Facebook KSSG

Alhamdullilah, semalam berlangsung dengan jayanya demo ringkas sebagai selingan dalam masjlis Makan Malam Amal bagi mengutip dana kemiskinan di Daerah Padang Terap. Dengan kehadiran hadirin dan jemputan yang membanggakan dan Yang-Yang Berhormat Ahli Parlimen Malaysia.

Walaupun agak sedikit kegerunan pada mulanya kerana ini demo silat kedua dalam hidup mereka kerana masih lagi dalam 3 bulan latihan dan baru tidak sampai 2 bulan dilatih dengan team demo bagi pelajar sekolah. Kegerunan dengan tempat yang sempit, kehadiran yang ramai dan juga bergelanggangkan tar tidak melemahkan semangat enam pesilat yang sudi meluangkan masa semalam.

Pihak kelab secara langsung ingin merakamkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada peserta semalam iaitu; Asyraf Muda (Chap) dan juga Faizal bagi Tempur Senjata Selengan. Daniel dan Azizi bagi Tempur Kosong dan Nazrin Shah (Naz) dan Faiz Faqih bagi Tempur Keris 2. Terima kasih juga untuk barisan pengiring kehormat; Cikgu Abu, Cikgu Sopi, Nick, Malik, Lan dan Tok Syeikh Serban Merah.

Aksi akrobatik lompat melompat dalam tempur semalam langsung tidak menjejaskan permainan mereka walaupun tar menjadi alas badan. Malah secara peribadinya, permainan mereka lebih baik daripada apa yang di laksanakan di Masjid As Salam pada bulan lepas.

Malangnya majlis yang diadakan di laman hadapan Masjid Kota Damansara agak malap dan gelap bagi mendapatkan video mahupun gambar yang baik. InsyaAllah, gambar daripad apihak masjid sekiranya diperolehi, pihak kelab akan pamerkan dalam masa terdekat.

Dengan kelancaran demo tersebut, banyak pujian diterima oleh pihak Cikgu Shams selaku gurulatih di Masjid Kota Damansara (setiap Ahad, 9.15 malam). Malah pengambilan ahli baru mungkin akan merancakkan lagi pada minggu hadapan. 

Rata-rata memuji permainan Anak Gayong yang disebut di atas termasuk hadirin dan VIP serta AJK Masjid Kota Damansara dan mereka juga tidak percaya yang 6 Anak Gayong di atas hanyalah baru sahaja belajar Silat Seni Gayong dan dilatih tidak melebihi 3 bulan dan masih belum memegang mana-mana bengkung dalam organisasi KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Yang Berhormat (Kubang Kerian) Encik Salahudin Ayub

Demo silat ini adalah atas permintaan pihak Pentadbiran Masjid Kota Damansara yang mana satu majlis makan malam bersama pemimpin setempat serta VIP dan rakyat akan diadakan bagi mengutip dana kewangan kemiskinan bagi satu kawasan Padang Terap di Kedah. Sehubungan dengan itu 3 wakil rakyat akan memberikan ucapan pada malam tersebut tidak termasuk wakil tempatan iaitu YB Salahudin Ayub, YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Nasir Zakaria. Beberapa Yang Berhormat lain dan VIP juga akan hadir pada malam tersebut yang mana sebagai tetamu.

Acara akan berlangsung selepas isyak dan insyaAllah demo silat akan dilaksanakan oleh beberapa remaja daripada Masjid As Salam yang mana terpilih sebelum ini dalam latihan malam sabtu yang disebut sebagai "Team Seni". Mereka terdiri daripada barisan remaja yang masih belum pernah diuji dengan peningkatan bengkung. 

Yang Berhormat (Pokok Sena) Dato' Mahfuz Omar

Aturcara di Masjid Kota Damansara akan bermula seperti biasa iaiatu selepas maghrib akan ada kuliah maghrib dan selepas Isyak berjemaah, majlis jamuan ini akan diadakan di perkarangan masjid. Majlis akan tamat pada sebelum jam 12.00 tengah malam. Bagaimanapun, team demo akan dibawa pulang sejurus selepas melaksanakan demo tersebut.

Yang Berhormat (Padang Terap, Kedah) Ustaz Nasir Zakaria

Kepada pimpinan KSSG, anda juga diwajibkan hadir ke sana selewat-lewat jam 9.30 malam bagi memberikan sokongan dan promosi serentak kepada beberapa pihak di sana.Sila pakai baju korporat KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Dalam bulan puasa banyak memberikan alasan bahawa puasa meletihkan. Sebenarnya fakta tersebut amat silap tetapi masyarakat kita tetap berpegang kepadanya semata-mata alasan dasar kita tidak makan dan minum di siang hari. Bukankah kesilapan ini akan berterusan dan menjadi adat sekiranya tidak dibendung dari awal. 

Budaya anggapan bodoh ini tidak pula berlaku semasa zaman datuk nenek kita dan rutin harian dijalankan seperti biasa, malah banyak tambahan baru seperti qiamullail dan juga terawikh dilaksanakan di bulan berkat itu. Kita sahaja yang beranggapan dan meneruskan anggapan tersebut kepada generasi kita bahawa bulan Ramadhan adalah memenatkan maka rutin harian disingkatkan. Tambahan pula ramadhan untuk ibadah sahaja dan ibadah itu adalah terawikh semata-mata.

Di Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya, kami berpandangan berbeza. Ibadat adalah kesemua perkara selagi tidak menyalahi syarak. Malah dalam bulan yang penuh berkat terutama dari sudut kesihatan ini, patut aktiviti sukan dijalankan seperti biasa.

Cuma masanya diubah sedikit bagi membolehkan ahli bersembahyang terawikh sekiranya perlu. Kebanyakan masjid dan surau akan tamat terawikh pada jam 9.30 malam dan tiada aktiviti lain bagi anak-anak muda. Dalam erti kata lain, rutin harian akan kembali seperti biasa. Maka kenapa berpandangan silat tidak elok untuk Ramadhan.

Tetapi KSSG mengambilkira faktor bahawa bulan Ramadhan ini, ahli-ahli akan mengambil peluang untuk solat malam dan lain-lain ibadah yang menuntun masa dan rehat bagi melaksanakan tugasan harian pada keesokkannya.

Oleh yang sedemikian, kesemua latihan utama akan dilaksanakan semasa hari minggu iaitu pada jumaat dan sabtu malam. Kesemua latihan akan diadakan pada jam 9.40 malam di tempat yang dicadangkan. Kesemua kelas latihan yang berdekatan akan digabungkan seperti kesemua gelanggang di kawasan Puchong akan digabungkan. Gelanggang Shah Alam akan dibincangkan kemudian selepas mengambilkira pandangan ahli di sana.

Latihan sepanjang Ramadhan akan menumpukan kepada latihan silibus kuncian dan pukulan sahaja dan permainan senjata bagi dewasa.

Sebelum Ramadhan menjelang, satu jamuan sempena menyambut Ramadhan akan dibuat seperti tahun-tahun sudah bagi mengeratkan silaturahim disamping kemungkinan satu majlis berbuka puasa akan diadakan pada tahun ini yang mana gagal dibuat pada tahun lepas.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Sebagaimana biasa, latihan silat di Pusat Latihan KSSG bagi golongan dewasa dan remaja akan diteruskan sebagaimana tahun-tahun lepas. Bagaimanapun pada tahun ini, beberapa gelanggang juga akan meneruskan latihan silat mereka sepanjang bulan Ramadhan ini.

Masa dan tempat latihan akan dimaklumkan oleh gurulatih sebelum Ramadhan menjelang. Bagaimanapun latihan kemungkinan akan diadakan dalam hari jumaat dan sabtu malam sahaja. 

Setiap latihan akan dimulakan sekitar jam 9.45 malam iaitu selepas solat terawikh dan tempat latihan akan dicadangkan beberapa tempat yang berhampiran dengan surau atau masjid bagi membolehkan pelatih datang awal ke gelanggang selepas terawikh.

Cadangan latihan akan berpandukan kepada pelaksanaan latihan bulan Ramadhan yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lepas.

Harap maklum. 


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Perjalanan dimulakan jam 8.30 pagi daripada Gelanggang Bandar Pusat Puchong (Pusat KSSG) ke rumah Cikgu Abu Hassan di Subang Jaya dan meneruskan perjalanan ke Batang Kali, Hulu Selangor. Alhamdullilah, perjalanan amat lancar dan tiada permasalahan serta tiada apa jua kes sesat berlaku.

Namun, amat menghampakan apabila ramai menarik diri dan tidak meluangkan masa untuk kembara kali ini yang secara peribadi amat rugi untuk tidak bertemu dengan pejuang agama dan masyarakat yang amat dihormati ini. Melihat pemandangan kerdil yang tenang di lereng bukit yang telah diubahsuai oleh Tuan Guru Ghazali untuk kepentingan dunia dan akhirat. Pengalaman itu, hanya mereka yang pernah hadir ke sana tahu bagaimana terkesannya.


Sebanyak RM1250.00 didermakan kepada Darul Atiq terus kepada Tuan Guru Ghazali Hasbullah dalam bentuk barangan keperluan dan juga wang tunai. Kesemua wang tersebut adalah wang hak ADMAR dan gurulatih dalam Majlis Perlimau Tapak yang lepas dan juga derma oleh ahli gelanggang Bandar Pusat Puchong dan juga Masjid As Salam. 


Alhamdullilah, sebelum kehadiran kami, pihak dimaklumkan tidak semua akan berpeluang menemui Tuan Guru Ghazali atau lebih dikenali sebagai Abuya dikalangan pelatih mereka atau Abah oleh para ustaz-ustaz di sana. Ini kerana beliau tidak selalu dalam kesihatan yang amat baik dan sentiasa uzur. Tetapi amat membanggakan apabila keuzuran tersebut tidak menjadi halangan kepada kami menemui beliau walaupun terpaksa dipapah sedikit. Malah dalam keadaan sedemikian, amalan harian seperti tahajud dan sembahyang malam masih tidak terjejas.

InsyaAllah, dalam azam kami kepada hala tuju KSSG, kami amat berharap jika ahli-ahli kami akan dapat dididik dan diberikan pendedahan kepada perkara-perkara sebegini. Semoga didikan fizikal dapat diimbangi kerohanian yang baik.

Untuk bacaan tambahan sila KLIK DI SINI


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Pagi ini ada orang bertanya "kenapa KSSG tidak menulis perkara yang agak sensasi sebaliknya perkara remeh dan aktiviti semasa KSSG sahaja. Kenapa tidak menulis seperti beberapa gurulatih lain".

Perkara ini telahpun pihak kami jawab sebelum ini dalam entri-entri yang lepas. Pihak kami hanya satu pihak kecil di suatu kawasan Selangor yang mana hanya komitmen akan menjelaskan siapa kami. Kami bukan golongan hebat dari sudut ilmu mahupun pentadbiran. Jauh sekali nama dan pangkat. Maka semua perkara yang ingin dilihat dan dibaca boleh dibaca kepada blog-blog yang sedia ada.

Cuma kami tidak bersetuju dengan perkara "remeh". Kerana bagi kami perkara yang remeh inilah selalunya kami tekankan kerana kebanyakkan tidak nampak keburukannya.

Kami adalah golongan yang bangkit dengan nasihat-nasihat dan semangat remeh yang dijayakan melalui komitmen dan pelbagai azam dalam membentuk suatu masyarakat Islam yang lebih baik. Kami buka jalan dakwah melalui silat. Kami membuka jalan ilmu kepada ahli-ahli kami melalui silat.

Ramai minat kepada kerohanian dan kebatinan mahupun kepada rawatan tradisional mahupun rawatan Islam, maka minat anak-anak silat itu kami kotakan. Melalui Silat, kami cuba menjaga akidah agar minat mereka tidak terpesong dengan kerohanian dan kebatinan yang mengarut.

Kami bukan tidak ingin membicarakan isu hangat mengenai Gayong tetapi kami kembali kepada asas, ada ramai gurulatih yang tidak bergelanggang mahupun "lebih sembang" melalui blog mereka tetapi tanpa mereka sedari, tiada usaha untuk mengembangkan Seni Gayong atau mengorbankan harta dan masa mereka ke arah mendidik jiwa anak muda Islam sekarang melalui silat. Tetapi sembang melangit. Penulisan pun agak tajam tanpa mereka sedari tulisan mereka memakan diri.

Sekiranya kami agak cetek pengetahuan Seni Gayong mahupun tidak serapat mana guru tua dan orang-orang hebat Seni Gayong, mungkin itu kami boleh akui. Kami sedari dan akan cuba baiki sebarang kelemahan tersebut. 

Kekadang ada fakta dan penulisan mengenai Silat Seni Gayong agak terpesong daripada pemahaman dan ajaran kepada pihak kami. Kami tidak mahu mengatakan yang mana benar dan salah kerana dalam Seni Gayong sendiri ramai yang fanatik pada fakta dan cerita tertentu.

Malah ada yang suka meletakkan fakta mereka sebagai dominan tanpa memikirkan banyak fakta dan keadaan lain yang perlu dipertimbangkan. Atas dasar tersebut, kami masih tidak menghukum apa jua sumbangan artikel mahupun pandangan sesetengah pihak biarpun agak berbeza dengan kami mahupun gurulatih lain sebagai salah atau betul.

Cuma kami suka ingatkan kepada semua rakan-rakan kami semua dalam perjuangan Silat Seni Gayong bahawa ia adalah ilmu dan dasar pengembangannya adalah ilmu maka ingatlah dan iktiraf segala pesan gurulatih anda dengan mewariskan kesemua pesan-pesan remeh yang pernah disampaikan kepada anda semua suatu ketika dahulu. 

Kami juga sebolehnya merayu kepada rakan-rakan, bahawa perkara remeh yang kita lupa ialah dasar ilmu Seni Gayong yang paling dilupakan ialah gelanggang. Perbanyakan dalam memastikan ia berkembang dan ideologi disiplin dan jatidiri melayu Islam yang diterapkan selama berkurun boleh diteruskan. 

Ia tidak cukup dengan bercakap kosong 

Ia tidak cukup dengan bersembang dalam alam maya dengan penulisan artikel rigid Seni Gayong

Ia tidak cukup dengan melebarkan sayap dengan timbulkan nama baik semata-mata.

Ia tidak cukup dengan pernah membuka gelanggang dan tutup tanpa usaha berterusan selagi berdaya dan sihat.

Ambil iktibar daripada gurutua yang masih sanggup turun padang dalam meneruskan pelajaran Seni Gayong. Ambil iktibar daripada rakan-rakan yang sanggup turun dan meluangkan masa. Mereka juga ada keluarga dan sibuk dengan urusan dunia dan akhirat.

Anda masih melihatnya remeh.. Apa kami nak buat untuk sedarkan anda.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Semalam bertempat di ruang borong Mydin Hypermarket, kesemua barangan telahpun dibeli untuk persiapan derma kepada Darul Atiq melalui Program Kembara Amal KSSG pada 11.07.2010. Pembelian diketuai oleh Menteri Kewangan KSSG, Cikgu Abu Hassan. KSSG masih memakai sistem kewangan "ada duit terus guna"

Walaupun sebanyak mana habis wang kami belikan untuk badan kebajikan dalam setiap kerja amal KSSG, InsyaAllah rezeki KSSG tetap tidak putus. Pentadbiran kami semakin dihormati dan kepercayaan masyarakat semakin tinggi kepada kami. 

Sebahagian daripada keperluan harian yang dibeli bagi keperluan Darul Atiq bagi diserahkan oleh pihak kami semasa Kembara Amal tersebut. Kesemua barangan tersebut berjaya dimuatkan dalam 3 buah kereta semalam

Pembelian amal kali ini adalah himpunan wang lebihan program KSSG, tabung dana dan wang hak Arwah Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR)  dalam majlis adat perlimau serta hak gurulatih. Beberapa gelanggang juga turut membuat tabung derma bagi tujuan Kembara Amal ini.

Persiapan serta pembelian barangan semalam dijayakan oleh Cikgu Hazil, Cikgu Shams, Cikgu Abu Hassan dan seorang lelaki yang tidak dikenali yang memakai baju hijau bertulisan "Ahli PAS". Perjalanan ke Darul Atiq akan dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan berkumpul di 2 tempat dan bertemu untuk sarapan di Hentian Jejantas Sungai Buloh sebelum terus ke Kuala Kubu Bharu.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Kalau membicarakan soal penglibatan wanita dalam Seni Gayong, sememang kaum wanita menjadi peransang kepada perkembangan Seni Gayong di Malaysia. Cuba lihat kebanyakan guru-guru lama Seni Gayong kebanyakannya adalah beristerikan gurulatih wanita Seni Gayong yang turut menyumbangkan tenaga dan semangat kepada si suami dalam mengembangkan Seni Gayong.  

Kini untuk mencari Anak Gayong wanita aktif dalam bergelanggang mahupun sebagai pelatih baru amat sukar kecuali kepada gelanggang kolej, universiti atau sekolah sahaja. Malah kebanyakan yang aktif juga akan terhenti aktivitinya termasuk aktiviti pentadbiran apabila mempunyai teman samada sebelum dan selepas akad.

Suatu ketika Seni Gayong menjadi kegemaran kaum hawa dalam mempelajari seni mempertahankan diri disamping memperkemaskan disiplin dan jati diri melalui Silat Seni Gayong, tetapi kini sambutan kaum wanita kian hambar.

Kami terfikir samada ini trend semasa masyarakat kita atau sedikit sebanyak minat wanita kepada silat teralih kepada seni lain. Dalam beberapa pengalaman, ada yang menyatakan bahawa silat nampak keras sangat dan tidak sesuai dengan wanita. Kami menjawab persepsi itu amat salah dan Seni Gayong masih sesuai untuk orang veteran sekali pun.

Pasti ada sebab kepada perubahan budaya dan pemikiran wanita tentang silat mahupun Seni Gayong. Cuba kita renungkan kerana mungkin sebagai pesilat, kita menyumbangkan kepincangan disiplin dalam masyarakat yang membuatkan silat tidak digemari. 

Sebagai gurulatih, mungkin hala tuju yang tersilap dengan adab dan contoh yang terseleweng membuatkan silat mahupun Seni Gayong dipandang serong.

Siapa tahu, andalah penyebab kaum hawa dalam masyarakat kita tidak berminat dalam silat lagi.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Gambar Arwah Bapak Kusmedi / Pak Cemong, Guru Besar Silat Pamacan Cimande yang meninggal dunia pada 26.05.2010 lalu

Gambar di atas tiada kaitan dengan Silat Seni Gayong tetapi hanya untuk tatapan daripada luar supaya lebih mudah faham apa yang ingin dikongsikan bersama. Sebagaimana Pamacan Cimande, Silat Seni Gayong bukan satu silat yang besar tetapi lebih kami ingin katakan sebagai silat yang mampu dalam pelbagai segi. Baik segi pentadbiran mahupun segi perkembangan seni ilmu itu sendiri. Ternyata Seni Gayong bukan sahaja mampu bertapak di Malaysia selaku tempat ia diasaskan oleh ADMAR tetapi negara-negara lain. Begitu juga Pamacan Cimande, pesilat mahupun gurulatihnya cukup digemari dan dikenali diseluruh dunia maka ilmunya berkembangkan. Tetapi bersediakah kita untuk mengembangkan ilmu Seni Gayong kepada masyarakat kita mahupun dunia, atau kita hanya mampu bersembang sebagai penyedap lidah sahaja.

Kami ingin mengajak pesilat mahupun Anak Gayong mengingatkan kembali perjuangan guru-guru kita yang kini kita panggil sebagai guru lama yang mana masih ramai antara mereka masih mengajar silat, membuka gelanggang-gelanggang dan berpeluh di tengah permainan kunci dan pukulan.

Semasa usia mereka masih ada, kita lawati dan senangi mereka. Bukan kehebatan mereka jadi sandaran, sekurangnya kita boleh ambil sedikit sebanyak aura mereka dalam semangat dan azam mereka dalam mengembangkan Seni Gayong. Isu gelanggang adalah isu yang kami lihat isu paling rumit setakat ini dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun melahirkan Anak Gayong dan masyarakat lebih berdisiplin dan berkualiti. Tidak ramai yang bersemangat untuk turun ke gelanggang sebagai gurulatih atau pembantu gurulatih.

Teringat pada kata seorang guru lama -"kalau semangat kami macam kamu semua hari ini, kamu takan sempat belajar silat ini."

Cuba kita renungkan dan fikirkan apa bekal jati diri yang bakal kita tinggalkan kepada generasi kita kelak.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Selepas demontrasi Karnival Masjid As Salam tempohari, pihak KSSG yang bergelanggang di Masjid As Salam masih lagi menerima permintaan daripada para penjaga dan remaja bagi menyertai latihan di sana. Latihan pada rabu lepas, pihak gelanggang masih lagi menerima 8 pelatih baru yang menjadikan kini pelatih di Gelanggang Masjid As Salam berjumlah sekitar 65-70 orang yang masih aktif.

Dengan persembahan demo yang memberansangkan daripada pelatih yang berusia 4-5 bulan baru-baru ini juga pihak gelanggang mendapat beberapa cadangan daripada pihak pelatih untuk meneruskan team demo. Bagaimanapun, Team Latihan Sabtu (Demo) yang sedia ada akan ditamatkan latihan menjelang Ramadhan manakala satu team baru akan ditubuhkan bagi memberikan peluang kepada pelatih-pelatih yang lain. Team baru ini akan tidak menjalani latihan untuk demontrasi atau tempur. Butiran akan dijelaskan kelak.

Sehubungan dengan pengambilan ahli yang mengalakkan, latihan Ramadhan akan diteruskan dan perbincangan mengenai butiran latihan khas Ramadhan akan dilanjutkan kepada pihak Masjid As Salam dalam masa terdekat.


Share/Save/Bookmark
| 7 komen ]

Pihak KSSG akan membuat kembara khas ke Darul Atiq sebagaimana yang dibincangkan baru-baru ini. Dengan pelancaran sumbangan dana kelab selama 2 minggu melalui gelanggang dan masjlis Perlimau Tapak baru-baru ini, pihak KSSG akan menggunakan sepenuhnya wang derma dan wang hak ADMAR untuk pembelian barangan keperluan kepada Darul Atiq.

Semoga semua pembelian dan pemberian amal tersebut akan memberikan pahala berterusan kepada ahli dan gurulatih KSSG mahupun kepada guru-guru lama termasuk ADMAR secara khusus.

Program ini sebenarnya telah dilaksanakan sebelum ini apabila sebahagian hak ADMAR dalam majlis adat seperti Perlimau Tapak dan Seni disedekahkan kepada mana-mana badan amal. Bahagian tersebut diambil daripada bahagian yang dikhaskan untuk ADMAR manakala pembayaran daripada hak gurulatih digunakan untuk membanyar kepada pusat dan guru lama.

Perbezaannya tahun ini lebihan wang majlis adat selain derma kepada guru lama iaitu bahagian gurulatih dan ADMAR serta tambahan derma daripada ahli disedekahkan kepada Darul Atiq untuk kebajikan.

Program akan diadakan dalam masa terdekat apabila pihak Darul Atiq memberikan respon kerana ingin menemukan Anak Gayong dengan Ustaz Ghazali, pengasas Darul Atiq.


Share/Save/Bookmark