Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]


Dalam beberapa perancangan terkini, Lajnah Belia Masjid Kota Damansara memberikan ruang kepada KSSG untuk mencuba melaksanakan program silat di Masjid berkenaan bagi membentuk anak muda di sana sebagaimana kejayaan KSSG di Masjid As Salam, Puchong Perdana yang kini menjadi bualan di Selangor malah turut mendapat perhatian banyak pihak.

Sehubungan dengan itu, kain rentang mengenai program tersebut akan dipasang pada hari ini bersama flyers telah dan akan diedarkan seluruh Kota Damansara. Pihak kami juga akan berada di sana untuk urusan pengedaran flyers dan promosi semasa Karnival masjid berkenaan di hujung minggu ini.

Latihan akan diadakan pada setiap Ahad, selepas solat Isyak. Tempat latihan adalah di ruang padang sebelah kanan masjid. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi pihak kami melalui email shamsbangi@gmail.com atau hubungi: 014-9933774


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Barisan Anak Gayong Masjid As Salam. Kepada yang tidak terpilih untuk menyertai demo hari tersebut, akan datang peluang pada demo seterusnya


Anak buah Cikgu Along daripada Bandar Bukit Puchong dan Saujana Putra turut memeriahkan demo silat


Peserta Demo pada hari tersebut. Video beberapa permainan daripada anak Gayong Masjid As Salam yang baru berlatih 3-4 bulan bermain senjata akan dimuatkan dalam masa terdekat


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Tahniah buat semua ahli Silat Seni Gayong gelanggang Masjid As Salam Puchong Perdana keranan memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan demontrasi silat sempena karnival Masjid As Salam semalam.

Seramai 40 orang ahli gelanggang Masjid As Salam terlibat dalam demontrasi tersebut dan kepada yang tidak terpilih, harap jangan kecil hati dan masih ada peluang yang lain di masa yang akan datang. Selain daripada itu tambahan 18 orang yang terpilih daripada gelanggang Bandar Bukit Puchong  dan Bandar Saujana Putra turut memeriah demontrasi semalam.

Untuk kali pertama juga, pasukan team latihan khas (demo) yang terdiri daripada bengkung kosong dan putih kosong diturunkan semalam bagi memeriahkan lagi demontrasi tersebut. Walaupun masih lagi baru dalam latihan silat, tetapi persembahan team tersebut dalam permainan kosong dan senjata amat-amat tidak mengecewakan pihak gurulatih mahupun pengunjung.

Malah beberapa pihak penjaga melahirkan rasa tidak percaya melihat permainan anak-anak mereka walaupun masih 3-5 bulan di bawah latihan pihak kami. 

Video dan gambar akan dimuatkan dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua atas sokongan anda terutama pihak para penjaga.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

"Apa pandangan cikgu mengenai AMANAH dalam silat kita?"


Persoalan itu pada mulanya dianggap sebagai gurauan atau cubaan dan dugaan kepada gurulatih muda seperti saya (shams) tapi bila bincang dan bersembang dengan panjang, dilihat individu ini lebih ingin melihat pandangan daripada sudut orang muda. Saya telah cuba menjawab soalan tersebut dengan cara lebih pendek dan ringkas agar pandangan saya itu jelas mengenai cara pembawaan saya dalam Silat Seni Gayong.

Persoalan ini ditimbulkan oleh seorang orang lama yang dilihat boleh menjadi rujukan kami dan bukan merujuk kepada kami tetapi segala persoalan sedemikian membuatkan kami yakin bahawa suara kami mampu kepada pandangan yang lebih akademik.

Itu kali pertama saya menjawab persoalan tersebut walaupun beberapa guru lama termasuk guru-guru saya menanyakan persoalan yang sama. Ini tidak termasuk rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang lain apabila sekarang ini semua Seni Gayong heboh mempersoalkan soal Amanah dalam Silat Seni Gayong. Baik amanah melibatkan individu, silat, gelanggang mahupun adat.

Persoalan ini sering saya jawab kepada rakan-rakan yang berlatih di bawah KSSG yang mana secara jelas saya katakan ialah "Takde gelanggang, jangan sembang"


Beberapa minggu lepas saya sempat menemui beberapa orang lama Seni Gayong yang masih muda di bawah umur 50 tahun yang mana banyak kami bercerita. Kebanyakan mereka daripada gelanggang yang "tidak berdaftar" mahupun daripada tangan guru-guru lama yang mengajar secara kekampungan. Pagi ini juga saya menemui seorang rakan seperjuang daripada PSSGM yang turut mendidik anak bangsa melalui gelanggang Silat Seni Gayong. Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab persoalan amanah dengan lebih lanjut dari sudut perpekstif saya.

Silat Seni Gayong ini adalah satu ilmu seni beladiri melayu yang menjadi bukti bagaimana tingginya tamadun keilmuan orang melayu zaman dahulu kala. Kemudian atas peredaran zaman, ilmu ini terus di zahirkan melalui silibus dan pembelajaran yang lebih sistematik. Silat Seni Gayong jika dinilai dari sudut ilmu, ia adalah amat tinggi nilainya kerana didalamnya merangkumi semua gerakan, peringkat mahupun permainan. Tidak seperti mana-mana seni beladiri lain yang memberikan penumpuan kepada asas tertentu sahaja. Tetapi apa yang penting, ia adalah masih ILMU.

Bila disebutkan ilmu, saya mendidik anak silat saya kepada dua perkara. Pertama; Ilmu akan menjaminkan amalan baik akan terus dicatit sehingga hari kiamat. Maka pewarisan ilmu secara berterusan akan menjaminkan amalan baik ini terus dipahalakan kepada gurunya.

Kedua; Bila disebutkan ilmu maka ia bersifat mendidik. Sebagai gurulatih, adalah tugas kita mendidik. Adalah menjadi kesilapan gurulatih kini, pendidikan silat mereka ditekankan kepada silibus mahupun kepada arah pertahananan diri mahupun sparring dan melupakan Silat merupakan antara platform terbaik dalam mengembangkan Islam mahupun peradaban yang baik. Cuba lihat orang lama kita, semuanya mahir beragama. Mana ada pejuang dahulu yang bukan beragama. Kita lupa mengenai fakta berkenaan.

Bila berbicara soal amanah, apalah sangat amanah yang boleh diperturunkan oleh Melayu lama kepada kita melalui Silat Seni Gayong ini kecuali ilmu yang mampu mendidik kita dan mewariskan kepada generasi seterusnya.Bagi saya itulah amanah sebenarnya. Agar pahala guru lama akan terus terjamin untuk membantu mereka di sana kelak mahupun kita yang bakal menyusul kemudian.

Amanah sebenarnya apabila kita menyusuri dan faham mengenai falsafah Seni Gayong yang bukan sahaja menekankan kepada pelajaran silat tetapi kepada peradaban manusia yang lebih baik. Seterusnya menjamin warga Islam yang lebih berdisplin dalam menjalani kehidupan seharian dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sebaliknya agak kecewa apabila unsur amanah lebih dilihat sebagai pangkat, adat mahupun kelebihan. Sedangkan kita lupa, tenaga muda yang ada ini tidak kita curahkan kepada anak Islam yang lain tetapi masih mahu mengaku anda Anak Gayong. Bukan sahaja tenaga muda, malah yang mengaku Anak Gayong sudah kaya raya juga jarang dilihat mendermakan apa jua kepada peningkatan Gayong tetapi lebih suka bercerita mengenai sumbangan kewangan yang amat kecil berbanding apa yang ada.

Kita lupa bagaimana ADMAR habiskan kehidupannya untuk Seni Gayong. Kenapa kita tidak belajar sikap amanah daripada falsafah beliau dalam mengembangkan Gayong. Beliau bukan berharta tetapi sanggup menggunakan apa sahaja termasuk kebengisan dan kekuatannya. Beliau memilih ilmu ini untuk dikembangkan daripada menjadikan dirinya kaya atas Seni Gayong.

Beliau telah menjadikan ramai anak muda kita berani dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama, disiplinnya juga amat digeruni. Tetapi kita masih bergaduh soal ranting tanpa melaksanakan apa yang di utamakan. Mungkin ini salah satu sebab kenapa guru lama kita sanggup mati sendirian tanpa dikenali lagi jasa mereka.

Wallahua'llam

shams


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Sempena Karnival Masjid As Salam yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26-27.06.2010 nanti, pihak Kelab Silat Seni Gayong yang turut bergelanggang di masjid berkenaan turut akan mengadakan demontrasi silat di foyer masjid pada 27.06.2010 selepas zohor.

Kelas silat yang telah bergelanggang semenjak tahun 2006 itu akan mengadakan demo antara program belia masjid.

Seramai 40 orang ahli silat akan terlibat dalam demontrasi tersebut manakala selebihnya akan mengadakan promosi silat kepada pihak pengunjung sepanjang 2 hari berkampung di sana.

Apa yang menarik kali ini, demo hanya akan melibatkan pelatih baru sahaja iaitu pemegang bengkung putih kosong dan hitam kosong yang baru dilatih selama 5-8 bulan. Sertai kami di sana.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]


Minggu lepas sempat berbual dengan seorang gurulatih muda yang berpengalaman luas mengajar Seni Gayong yang turut merupakan salah seorang guru silat saya (shams). Hajat di hati ingin habiskan silibus senjata yang mana ada bagi menerapkan dalam silibus KSSG dan memadatkan lagi silibus sedia ada.

Hajat untuk mendapatkan beberapa silibus dan perkemaskan nampak hambar atas sebab beliau tidak berminat untuk mengajar senjata tajam kerana kekadang selain tidak praktikal dalam masa terdekat, ia mengambil masa dan agak memenatkan. Faktor akan membantutkan proses pembelajaran kerana masa yang singkat untuk habiskan pembelajaran yang ada.

Namun, bila permohonan pelajaran senjata tersebut ditolak, pelajaran simbat ditawarkan kerana ia boleh dipendekkan kepada permainan parang dan dipanjangkan kepada permainan lembing. Malah rotan mahupun simbat lebih praktikal kepada saiz dan permainan semasa. Yang penting pelajaran ini boleh dipelajari dengan segera bagi orang yang telah berpengalaman dalam permainan senjata Seni Gayong dan lenggok tarinya agak kasar dan agak 'tidak berseni' dalam bertari (boleh digunakan juga bermuslihat) kecuali dalam buah dan tapak sahaja.

Dalam pelajaran Seni Gayong di bawah Pusaka Gayong, seni simbat diajarkan asas simbat yang terdiri daripada 3 asas iaitu asas 10 (individu dan pasangan) serta asas 21. Manakala selepas itu diajarkan serba sedikit asas elak tongkat kemudian diteruskan kepada buah simbat/rotan/tongkat dan pentas.

Perkara di atas adalah asas kepada pemegang bengkung hijau dan sememangnya telah dimasukkan ke dalam silibus KSSG. 

Dengan tawaran silibus simbat kepada kami, saya cuba mengorek rahsia lama iaitu sebelum saya (shams) menjadi pembantu gurulatih dan mengajar pada 94/95 di sekitar Kelantan, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa silibus utama simbat/tongkat Seni Gayong sebelum itu adalah berbeza dan buahnya adalah menggunakan penyerang tongkat dan diambil serangan dengan tongkat juga.

Kebanyakan silibus ini diperolehi dan dimiliki oleh guru-gurulatih Seni Gayong (Pusaka Gayong) yang menjadi gurulatih sebelum tahun 1988 (anggaran). Tidak dapat dipastikan mengenai asas mahupun pentas samada berbeza ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut disambut dengan baik dan beliau bersetuju untuk menurunkan silibus lama tersebut. Masa masih dalam perancangan tetapi penyertaan adalah terhad. Sila daftar awal nama anda dengan SMS nama / gelanggang / bengkung kepada 014-9933774.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Setelah dipersetujui oleh semua ahli latihan kumpulan khas hari sabtu, dilampirkan satu gambar kecederaan yang di alami oleh Abang Tegap a.k.a Abang Ben semasa latihan sabtu lalu.

Kecederaan diakui disebabkan oleh kecuaian sendiri dan teman latihan semasa latihan dibuat. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah; latihan yang dibuat secara bersungguh-sungguh dan laju tapi sayang pelajaran control masih tidak dapat dikuasai.

Kecederaan hanya dikepala semasa terlepas berlatih tempur demo parang dan kecederaan hanya mengena pada bahagian tumpul (blunt object) dan mengakibatkan pendarahan (3-4 jahitan) dan BENgkak.

Pengajaran bagi sessi latihan buat semua Anak Gayong.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Latihan silat di semua sekolah di bawah pentadbiran kami dihentikan sementara sehingga sekolah dibuka dan tamat musim peperiksaan. Manakala lain-lain gelanggang awam diteruskan seperti biasa malah beberapa latihan ditekankan secara berbeza bagi mengelakkan ketingalan kepada beberapa pelatih yang kebanyakan gelanggang akan tertinggal latihan sepanjang 2 minggu ini kerana bercuti sekolah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, latihan di musim cuti sekolah akan dilatih dengan sedikit kelainan. Sebagaimana tahun lepas, latihan sparring dan latih tubi ditekankan kepada semua gelanggang kami dan tiada peningkatan silibus dibuat.

Selain daripada itu, penekanan kepada kepimpinan kepada beberapa pelatih remaja yang berumur 17 ke atas  dibuat bagi melatih mereka bertindak sebagai gurulatih, abang senior mahupun sebagai pemimpin kepada adik-adik yang lain. Dalam masa yang sama menerapkan rasa hormat dan kepimpinan melalui silat. Alhamdullilah, berkat didikan melalui silat ini, boleh dikatakan ahli remaja yang dididik ini adalah hemah budi bahasanya dan InsyaAllah menjadi kepercayaan masyarakat.

Latihan berbentuk pertandingan juga diterapkan selama 3 minggu latihan sempena 2 minggu cuti sekolah bagi membolehkan penyertaan kesemua pihak tanpa mengira kelemahan dan kelebihan pesilat. Dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah pesilat kami.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Alhamdullilah, Cikgu Hazil pun memaklumkan yang isteri beliau telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 03.06.2010 Jam 4.12 petang. Hero Malaysia cawangan Pusat Bandar Puchong.

Pihak Kelab mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah dan semoga isteri dan anak dalam keadaan sihat hendaknya.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Alhamdullilah, pada pagi 01.06.2010 pihak kami menerima SMS daripada Hilmi "Mie Baling" yang mana isteri beliau telah selamat melahirkan anak perempuan pada jam 6.00 pagi. 

Lengkap sepasang cahaya mata. Pihak Kelab mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah dan semoga isteri dan anak dalam keadaan sihat hendaknya.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Alhamdullilah, peserta kelas khas sabtu dalam mood peperiksan dan ada yang tidak hadir pada hari latihan tersebut bagi persediaan peperiksaan yang sedang berjalan. Latihan dibuat seperti biasa dan penekanan kepada latihan kekuatan diutamakan dan set latihan di tingkatkan daripada 4 set kepada 7 set yang mengambil masa selain daripada dibenarkan tidak bermalam di Pusat Latihan.

Kesemua pelatih juga diberikan tambahan permainan senjata dan menjadikan purata kesemuanya mendapat 4 permainan senjata dan sedia untuk diperkemaskan bagi mencukupkan satu set permainan yang lengkap.

"Abang Tegap" yang bermain permainan parang, tercedera malam tersebut apabila senjata makan tuan. Terdapat pendarahan biasa di dahi selain benjol. Maka ada nama baru untuk dia.


Share/Save/Bookmark