Related Posts with Thumbnails
| 14 komen ]

Gambar ini diambil semasa latihan dibuat di dalam Dewan Angsana kerana malam tersebut hujan dan padang agak berair. Ramai juga tidak hadir pada malam tersebut atas faktor tersebut.
Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam. Padang/Dewan Angsana, Jalan 8/1, Shah Alam. Setiap Selasa, 9.00 malam (tertakluk kepada sembahyang Isyak) Keahlian 28 orang dewasa & kanak-kanak.


Sedang turunkan Elak Makan 1. 
"Mamat ni pumping 300 kali sehari, jangan hina dia dengan pukulan yang slow-slow"


Gelanggang Seksyen 8 awalnya mensasarkan penyertaan lebih ramai daripada kalangan kanak-kanak,
 tetapi tersasar menyebabkan ia kelihatan seperti gelanggang khas dewasa pula.


Kredit kepada Shahir selaku tuanpunya semua gambar ini. 
Yang selebihnya boleh dilihat di facebook beliau


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Orangnya amat rendah diri. Perkenalan dengan guru lama ini dibuat lama sebelum mengenali ia seorang guru lama yang menyepi atas beberapa sebab kepimpinan Gayong masa itu. Mungkin rezeki semasa sembahyang asar, Cikgu Razak melihat satu sut baju silat tergantung dalam kereta Cikgu Shams yang kebetulan petang itu ada latihan silat.Selepas lama berborak, pada 3 malam yang lepas KSSG membawa beberapa ahli untuk diperkenalkan kepada beliau.

Cikgu Razak antara murid awal di Taiping. Sambil menunjukkan gambar lama, semasa beliau belajar dengan Arwah Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR) dan menjadi gurulatih di sekitar Taiping, Cikgu Sazali masih berumur sekitar 3-5 tahun. Beliau menjadi kesayangan ADMAR dan amat rapat dengan ADMAR dan juga Sultan Perak masa itu, Sultan Idris.

Antara guru lama yang menjadi rakan baik beliau masa itu Arwah Cikgu Majid Omar, Cikgu Sidik dan beberapa guru lain yang tidak perlu disebut namanya kerana telah menyepikan diri. Kata Cikgu Razak, mereka semua ini sayang Seni Gayong baikpun ADMAR tetapi politik Gayong masa itu membuatkan mereka memilih untuk berundur.

Semasa beliau belajar dan mengajar di Taiping, tidak ramai senior Seni Gayong masa ini ada. Bila ditanyakan beberapa tokoh silat yang lama di Selangor, beliau tidak mengenalinya kerana mereka masih baru dan semasa beliau meninggalkan Taiping dan ADMAR untuk ke Kuala Lumpur dan terus menyepi, beliau tidak bergaul dengan Anak Gayong di Selangor mahupun Kuala Lumpur. Tetapi beliau dan beberapa ahli lain sempat untuk membuat beberapa demontrasi silat di Lembah Klang semasa aktif di Taiping.

Cuma bila ditanyakan mengenai Cikgu Kahar Redza, beliau ingat mengenai Cikgu Kahar kerana menurutnya masa tersebut, Cikgu Kahar masih di Gelanggang Kg Pandan.Lama bercerita terutama mengenai Seni Gayong membuat guru lama ini sebak terutama bila berbicara mengenai ADMAR.

Sayangnya beliau kepada Gayong menyebabkan beberapa gambar lama yang penting masih dalam simpanan manakala yang lain telah hilang dan juga tidak terjaga. Antara paling bernilai dalam koleksi simpanan beliau selain gambar adalah buku cenderahati semasa program besar di Ipoh di hadapan Sultan Perak semasa perlantikan Sultan Perak sebagai Sang Sapurba Silat Seni Gayong.

Walaupun, beliau tidak banyak bercakap mengenai kehebatan dan keakraban beliau dengan ADMAR dan Sultan Perak dengan lebih mendalam tetapi gambar dan tugasan beliau daripada program besar itu menceritakan kami mengenai statusnya sebagai murid ADMAR dan juga gurulatih yang disegani pada awal 1960an. Walaupun beliau asyik menyatakan "saya ni takde apa-apa".

Beliau mungkin senang dikenali semasa zaman 60an kerana banyak mengikuti ADMAR membuat demontrasi silat bersama gurutua yang lain seperti Cikgu Majid Isa, Cikgu Sidik, Cikgu Mat "Jepun", Cikgu Awang Daud, Arwah Cikgu Haron, Arwah Cikgu Majid Omar dan beberapa guru lama yang telah menyepi (rasanya tidak perlu dinamakan). Beliau juga senang dikenali kerana berwajah bengis dan dikatakan murid ADMAR paling tinggi.

Cikgu Razak juga ada menceritakan bagaimana beliau belajar hanya fizikal dan tidak menekankan pelajar kebatinan tetapi dalam masa yang sama, beliau memberikan beberapa petua dan juga amalan yang tidak bercanggah dengan syariat (menurut Cikgu Shams dalam pertemuan sebelumnya).

Mungkin kami tidak mampu untuk menceritakan kesemua intipati pertemuan dengan beliau termasuk nasihat dan sebagainya. Cuma sedikit sebanyak, harap dapat memberikan satu info mengenai guru lama Seni Gayong. Gambarnya akan diuploadkan kemudian.


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]


Latihan sabtu lepas banyak ditekankan kepada nak hilangkan rasa panik dan stamina serta latihan asas silat. Kemudian latihan dibuat seperti biasa.

Alhamdullilah, latihan stamina kini telah melangkauan 4-5 set latihan yang meninggalkan set latihan bagi pelatih dewasa yang masih pada set 3.

Kepada semua pelatih yang terlibat dalam peperiksaan, Selamat menduduki peperiksaan!


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Format ini digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2010. Sulaman penuh dengan tanda keluaran pihak kelab.

Tiada tambahan pada yuran ujian bengkung dikenakan. Tetapi silibus 2010 mungkin ada penambahan dari sudut bab "Adat".


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Minggu lepas sehingga semalam banyak panggilan daripada rakan-rakan dan juga guru-guru Gayong diterima. Ada yang bertanyakan khabar kerana lama tidak mendengar khabar. Ada bertanyakan pasal program terkini dan ada yang berborak kosong.

Alhamdullilah, dalam kesibukan kami ini kami amat menghargai panggilan sebegitu yang tidak langsung mengingatkan kami mengenai hubungan yang kita semua jalinkan. Terutama melalui program khas kami setiap tahun iaitu Kembara KSSG.

Untuk ahli KSSG, Cikgu Ismail Chik dan Cikgu Man (Gelanggang Singa Berantai) kirim salam tanda ingatan dan doa mereka agar kalian sihat hendaknya.

Pada tahun ini, Kembara KSSG akan diteruskan dengan beberapa destinasi yang mungkin akan bermalam dibeberapa tempat.

Kembara KSSG yang masih belum ditentukan masa dan tarikh atas dasar sibuk dan pelbagai rutin harian, sedang dirancang untuk ke bahagian selatan tanah air dan juga bahagian timur.

Kembara ke Selatan akan melibatkan beberapa tempat di Melaka dan Johor manakala Timur akan ke Terengganu, Pahang dan pulang ikut Kuala Pilah. Kenapa perjalanan pulang sedemikian, rasanya ahli KSSG lebih arif mengenainya.

Kedua-dua kembara akan dijalankan berasingan.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Untuk makluman ahli-ahli KSSG, anak kedua Cikgu Abu Hassan, Adik Yusof yang ditempatkan di pusat kawalan rapi Sunway Medical Centre kerana positif influenza A (H1N1) semalam telah dibenarkan keluar dan dikuarantinkan di rumah beliau sehingga benar-benar sembuh.

Bersama kita doakan agar beliau segera sembuh hendaknya. InsyaAllah!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Latihan untuk minggu ke-3 dan jam ke-4& 5.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Atas amanah seorang rakan yang SMSkan satu pesanan agar maklumat ini diwar-warkan kepada umum. Pertanyaan lanjut mengenainya, harap berhubung dengan pihak berkenaan;

"Salam. Panggilan Mesyuarat Gurulatih Pusat hari KHAMIS 13 Mei 2010 jam 9.30 mlm di rumah Dato' Majid Gurun. Mohon hebahkan. T kasih. Dr Cikgu Rosli."

SMS asal adalah seperti di atas dan re-type bagi mengelakkan kekeliruan. Semoga perkhabaran tersebut dapat membantu pihak yang berkaitan.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Contoh di atas adalah bahagian depan T-Shirt yang bakal kami keluarkan pada 2 minggu dari sekarang. T-Shirt adalah berwarna hitam dan tulisan berwarna kuning.

Harga Jualan Biasa: RM15.00
(Harga istimewa kepada Gurulatih Silat Seni Gayong & Team Latihan Khas)

Sila buat tempahan melalui gelanggang dan gurulatih anda. Ataupun boleh terus emailkan tempahan kepada shamsbangi@gmail.com

Jualan dibuka kepada semua pesilat samada ahli ataupun tidak. Harga adalah sama tidak termasuk pos.

Bermula pada bulan Jun 2010 (tertakluk kepada proses pencetakan siap), ahli dan gurulatih KSSG serta keluarga mereka digalakkan untuk memakai T-Shirt ini atau sebarang pakaian melambangkan Silat Seni Gayong setiap Sabtu bagi mengukuhkan nama baik Silat Seni Gayong.

Perkara yang sama kami cadangkan kepada Anak Gayong di bawah mana-mana pertubuhan Seni Gayong.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gelanggang terbaru di Seksyen 27 Shah Alam akan dimulakan latihannya pada sabtu ini (158.05.2010). Latihan akan diadakan pada setiap SABTU jam 9.00 MALAM di DEWAN MBSA SEKSYEN 27A (Depan Sekolah Kebangsaan HICOM)

Gelanggang ini merupakan gelanggang yang diwujudkan atas dasar kerjasama antara pihak kami (KSSG) juga Majlis Perwakilan Penduduk MBSA tempatan.

Majlis penerangan pada 15.05.2010 ini akan perkenalkan gurulatih yang bertugas dan beberapa penerangan am mengenai pendaftaran dan perjalanan latihan dan juga matlamat pentadbiran pihak Kelab Silat Seni Gayong.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Kini dengan jumlah ahli mencecah 67 orang dan kehadiran latihan lebih kurang 45-60 orang setiap sessi, latihan di Masjid As Salam kini memerlukan penggunaan kedua-dua sayap foyernya.

Setakat ini Gelanggang Masjid As Salam terdapat pemegang bengkung hitam kosong sehingga hijau kosong.

Aktiviti bagi pesilat Gelanggang Masjid As Salam begitu aktif dalam termasuk ahli majoriti dalam Team Latihan Khas di Pusat KSSG pada setiap Sabtu.

Ahli paling muda kini ialah 5 tahun dan paling remaja ialah 18 tahun. Manakala yang dewasa dan telah bekerja di pindahkan ke Gelanggang Pusat KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Cikgu Ismail bin Chik telah mengajar Seni Gayong sepanjang 51 tahun. Kita bagaimana?

Pesan seorang guru tua kepada kami baru-baru ini. Tetapi pesan hadir dalam pertanyaan."Cuba tengok pesilat kita ke pesilat mana pun, kenapa depa ni semua keras kepala. Ego, disiplin yang kurang?" tanya Cikgu Mail sambil memandang beberapa gurulatih.

Sambung Gurutua ini yang pesilat sekarang ini hilang satu cabang kesedaran ilmu dan ilmunya amat singkat. Maka bila dah boleh main senjata, dah tinggi bengkungnya, mereka ingat mereka hebat. Mereka ini masih tidak belajar apa itu Gayong.

Dalam mencari ilmu baik daripada segi kelebihan dan kelemahan. Lebih banyak diperolehi daripda mengajar maka gurulatih tanpa mengajar takyah sembang.

Gurutua ini mengkritik dengan menyatakan cuba perhatikan dengan mengajar kita banyak belajar. Kita belajar daripada kesilapan anak murid kita. Langkah sumbangnya. Perangai tak senonohnya. Maka setiap hari kita akan diajar dengan pelbagai bentuk pelajaran yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.

Cuba cakap kat saya nama sorang gurulatih yang betul-betul mengajar, tapi kurang ajar dan disiplin bermasalah dan masyarakat tak hormat! kata gurutua sambil memandang Cikgu Shams dan beberapa gurulatih kanan seperti Abang Noor "Geting".

Antara lain yang ditekankan mengenai kegurulatihan ini, gurutua ini memberikan ingatan bahawa jangan sesekali berpegang bahawa Seni Gayong ilmu keramat seolah tiada lagi kehebatan berbanding ilmu seni beladiri ini tetapi ingat bahawa yang hebat itu adalah pesilat. Bukan Seni Gayong. Kalau pesilat itu berlatih maka hebatlah dia.

Antara kehebatan Gayong adalah di dalamnya ada pelbagai perkara yang mendidik kita. Kalau belajar puluhan tahun sekalipun tetapi kalau disiplin kita orang pertikai. Masyarakat tidak memandang hormat pada kita. Maka anda belum lagi belajar Gayong.

Cuba fikir dan selami di mana kita.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Sila ambil perhatian bahawa latihan di Gelanggang Seksyen 16, Shah Alam telah ditukar kepada Setiap Rabu, Jam 9.00 malam. Gurulatih masih di bawah jagaan Cikgu Along Shahril.

Harap maklum.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Dari kiri: Azizi, Afiq, Akmal, Izham & Luqman "Abang Tegap"
Latihan Khas dibuat pada setiap sabtu, 9.30 malam sehingga 9.00 pagi keesokannya.

Dari Kiri: Faizal, Daniel, Shahril "Bon", Aqil & Faiz Faqih. Beberapa yang lain tiada dalam gambar.
Minggu kedua, penekanan kepada tapak dan permainan senjata. Masing-masing telah diberikan buah demo senjata dan latihan akan ditekankan pada minggu ini.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Latihan isnin (04.05.2010) yang lalu, pihak kami dikejutkan dengan lawatan oleh seorang guru tua Silat Seni Gayong ke gelanggang kami. Lawatan mengejut daripada beliau bukan satu kejutan pertama kerana sebelum ini ramai guru tua yang hadir ke gelanggang kami di Bandar Pusat Puchong atas kenal melalui website ini dan juga kenal melalui perkhabaran mulut ke mulut ekoran aktiviti kami yang sentiasa berkawan dan bercampur dengan semua Anak Gayong tanpa mengira pertubuhan.

Guru Tua ini kalau diikut pangkat majlis adatnya, beliau antara golongan amat penting dalam organisasi pusat mahupun negeri. Namanya cukup dikenali sebelum ini dan pernah disebut-sebut bagi menyatakan sinonimnya guru tua ini kepada satu negeri di Malaysia.

Cikgu Shams menerima panggilan daripada guru tua tersebut selepas maghrib yang menyatakan beliau terlihat satu banner lambang Gayong di satu masjid kuning.

"Saya nampak naga Gayong, kalau ada masa nak jumpa la sesama anak Gayong. Saya takde apa, cuma pernah belajar dan semangat atas persaudaraan Gayong kita"
Pihak Cikgu Shams yang menyangkakan masjid kuning merujuk kepada Masjid As Salam jelas meleset apabila beliau yang sampai selepas waktu isyak di pejabat KSSG menyatakan masjid tersebut adalah masjid yang lain dan terletak 25-30 kilometer daripada pejabat kami. Agak terharu sungguh jauh perjalanannya pada malam itu demi mengenali kami atas dasar saudara seGayong.

Beliau yang hanya jemput untuk berborak di restoran memohon untuk naik melihat Anak Gayong KSSG berlatih pada malam tersebut. Pada mulanya bukan niat tidak ingin menjemput tetapi faktor kesihatan dan usia yang pihak kami sendiri maklum. Semangat orang lama ini patut dijadikan sandaran kepada orang muda bagaimana kesihatan beliau yang tidak menentu sanggup mendaki tempat latihan kami di tingkat 3. Runsing bila melihat beliau terpaksa berhenti 4-5 kali untuk mengambil nafas sebelum sampai ke tingkat 3.

Menarik untuk kami kongsikan mengenai beliau ini walaupun nama dan siapa beliau diamanahkan untuk dirahsiakan. Dalam sesi yang singkat, beliau turut memuji permainan dan semangat Anak Gayong KSSG dewasa yang seramai 8 orang berlatih pada malam tersebut.

Nasihat dan pandangan beliau tentang hubungan antara sesama Anak Gayong dan hubungan melalui lawatan sebagaimana yang telah dimulakan oleh KSSG dan juga sebagaimana yang dibuat oleh beliau ke pejabat kami tempohari amat besar maknannya dan mohon agar dikembangkan lagi kepada semua guru.

Dalam masa yang singkat juga sempat beliau bercerita mengenai kegilaan beliau dalam mencari ilmu Seni Gayong sehingga habiskan duit untuk membayar rakan membuat kerja-kerjanya deme mengikuti Pakndak Majid Isa, Cikgu Ismail Chik, Cikgu Awang demi sedikit ilmu. Malah turut sempat meabadikan diri kepada ADMAR selama 3-4 bulan.

Beliau agak terkilan tidak sempat belajar banyak dengan ADMAR atas faktor kerja yang jauh pada tersebut menghalang masanya untuk belajar lebih lama. Tetapi walaupun usia dan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, beliau masih melawat rakan-rakan beliau demi mengambil ilmu-ilmu.

Terima kasih Cikgu atas singgahan itu!

Nota: Nama dan siapa terpaksa dirahsiakan. Hanya beliau lebih mengetahui kenapa.


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]

Cikgu Shams mempengerusikan majlis dan memberikan taklimat ringkas sebelum majlis dimulakan.
Majlis Adat Perlimau kali ini KSSG menjemput seorang guru lama Seni Gayong, Cikgu Ismail bin Chik (Pulau Pinang) yang mendapat pelajaran terus daripada ADMAR dan telah berGayong selama 51 tahun tanpa henti satu hari dengan kegiatan silat ini. KSSG datangkan terus daripada Pulau Pinang.

Penyediaan limau nipis bersama akar beluru/sintok di ketuai oleh Cikgu Hazil & Cikgu Along Shahril
Majlis diadakan di Dewan Masyarakat Bukit Puchong, Puchong pada 02.05.2010 bermula pada jam 8.30 pagi dengan sessi pendaftaran dan penyediaan alatan majlis. Kehadiran adalah menjangkau 150 orang termasuk para penjaga.

Nasihat orang lama kepada generasi baru.
Selain taklimat mengenai majlis adat perlimau, beberapa nasihat turut diperturunkan. Perbincangan mengenai Seni Gayong mahupun masa depannya diteruskan di meja makan selepas majlis. Beberapa nasihat dan poin penting dalam perbincangan akan disiarkan kelak.

Alhamdullilah, majlis berjalan lancar tanpa apa jua masalah
Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari termasuk jamuan makan kepada tetamu yang hadir. Pihak kelab mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kehadiran Cikgu Ismail dan juga para penjaga termasuk beberapa taiko Silat Cekak Malaysia selaku penjaga kepada beberapa ahli kami.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Sambil rehat, taklimat diberikan.
Kursus disampaikan oleh Cikgu Sabli dalam sudut silibus - Asas, Senaman, Gerakan dan Buah Seni Yoi

Pemanasan badan sebelum masuk Asas Seni Yoi
Seramai 24 orang terlibat dalam kursus ini yang hadir daripada Kedah, Perak, Melaka, Selangor dan Kelantan

Masa latihan Seni Yoi.
Kursus dibuat 3 sessi yang mana bermula jam 9.00 malam (17.04.2010) dan tamat jam 12.00 tengahari (18.04.2010)


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]



Sekadar untuk motivasi.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sambutan kepada Raja Sehari masuk ke Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Demo dibuat bagi simbat, kosong dan keris atas pelawaan Cikgu Hasree.

Abang Wan kita bermain keris dengan Along Shahril yang hanya sempat berlatih sekejap sahaja. Tetapi permainan di tempat yang sempit itu mendapat pujian beberapa tetamu majlis perkahwinan dan juga tuan rumah. Terima kasih daun keladi, kalau nak kami datang lagi!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah sesi pendaftaran serta taklimat pada 27.04.2010 baru-baru ini berjalan lancar dan kehadiran direkodkan seramai 28 orang termasuk dengan beberapa orang pelatih dewasa daripada kawasan sekitar yang berlatih di Puchong.

Kehadiran dan minat yang ditunjukkan oleh pelatih dewasa yang mendaftar pada malam tersebut nampaknya amat menggalakkan malah mengalahkan jumlah peserta kanak-kanak.

Latihan di Seksyen 8 tersebut akan dijalankan setiap SELASA jam 9.00 MALAM di DEWAN ANGSANA, Jalan Liku 8/1.

Gurulatih yang terlibat ialah Cikgu Shams dan beberapa gurulatih lain.


Share/Save/Bookmark