Related Posts with Thumbnails
| 2 komen ]

Kesemuanya yang pernah saya tulis di blog peribadi saya www.annaziri.blogspot.com bagi tujuan pembacaan ringan. Kebelakangan ini ramai pula bertanya pasal soalan pelik mengenai amalan tertentu. Ada masa saya tambahkan setakat mana saya ada.


Beberapa artikel untuk dikongsi;


Share/Save/Bookmark
| 11 komen ]

Pihak kami dalam perbincangan dan agihan gelanggang kepada beberapa gurulatih baru dalam melaksanakan hasrat kami dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dan menambahbaik pandangan masyarakat kepada seni silat serta alternatif terbaik dalam memilih seni beladiri kepada diri sendiri mahupun anak-anak.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan gelanggang untuk dibuka menjelang sebelum 01.06.2010. Sekiranya sesiapa dapat membantu seperti mencadangkan tempat mahupun ahli jawatankuasa penduduk bagi melicinkan proses tersebut dapatlah menyumbangkan maklumat anda di sini.

Sebarang komen atau maklumat yang boleh kami pertimbangkan untuk tidak membuka gelanggang di sana juga dialukan.

Beberapa gelanggang yang dicadangkan untuk dibuka ialah;
  • Seksyen 27, Shah Alam
  • Seksyen 17, Shah Alam
  • Seksyen 18 Shah Alam
  • Kota Kemuning, Shah Alam
  • Seksyen 15, Subang Jaya
  • USJ 5, Subang Jaya
  • Putra Heights, Subang Jaya
  • Seri Kembangan
  • Balakong
  • Taman Tun Hussein Onn
  • Putrajaya
  • Taman Warisan, Dengkil
  • Taman Putra Perdana, Puchong/Sepang
  • Puncak Jalil, Kuala Lumpur
  • Taman Permaisuri, Kuala Lumpur

Sila hubungi: 014-9933774. Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]


Kursus diadakan pada 18.04.2010 yang dianjurkan oleh pihak kami dan dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Noor "Geting" salah seorang gurulatih muda yang mempunyai pengalaman mengajar Silat Seni Gayong melebihi 25 tahun dan nama yang dihormati di kalangan Anak Gayong terutama di peringkat negeri Kelantan.


Seramai 10 pelatih terlibat dalam kursus pertama bagi keris pada tahun ini. Dalam kursus ytang pertama ini, peserta di latih asas pertama dan juga pentas keris 1-7. Silibus adalah berdasarkan permainan lama Silat Seni Gayong dan seninya. Bagaimanapun seni tidak dapat diperjelaskan secara terperinci atas kesuntukan masa.

Harapan kami dapat melanjutkan lagi masa untuk Kursus Keris II kelak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gambar hiasan sahaja dan kredit kepada Amir daripada PLKU

Selepas seminggu pemerhatian dibuat, hari ini surat kepada beberapa orang pesilat yang terpilih akan diedarkan untuk menyertai latihan team demo dan kegurulatihan yang dibuka kepada semua pesilat pelbagai peringkat bengkung.

Penyertaan tertakluk kepada pemilihan yang dibuat oleh gurulatih serta kebenaran bertulis penjaga bagi kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun.

Latihan tersebut akan dimulakan pada 24.04.2010 iaitu setiap sabtu di Gelanggang Bandar Pusat Puchong bermula jam 9.30 malam sehingga jam 11.30 malam. Manakala pesilat akan tidur di pejabat KSSG dan hanya dilepaskan pada keesokan pagi bagi merapatkan hubungan sesama kumpulan. Gurulatih akan digilirkan bagi bertugas malam.

Butiran latihan adalah seperti berikut:

9.30-11.30 malam: Latihan asas & Demo
11.30-12.00malam: Minum & Persiapan Diri
12.00-5.30 pagi: Tidur
5.30-6.00 pagi: Bangun, Solat Subuh dan Bersiap
6.30-7.30 pagi: Jogging
8.00-8.30pagi: Sarapan, taklimat dan dilepaskan

Latihan akan dibuat setiap sabtu sehingga bulan Julai sahaja dan dihentikan latihan tetap kecuali latihan dalam gelanggang biasa sahaja dan latihan team demo akan dimulakan kembali selepas peperiksaan SPM.

Bayaran dikenakan sebanyak RM1.00 setiap kali latihan bagi kos jamuan dan sarapan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

6 Pesilat terlibat semalam dengan sepasang tempur kosong, sepasang tempur keris dan 2 lagi tari solo bagi pembukaan dan juga penutup.

Tempur keris dipersembahkan oleh Jai Bukit Puchong dan Cikgu Along Shahrin. Terima kasih atas sokongan pelbagai pihak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Kelas khas atau kursus khas bagi berkongsi pelajaran Seni Yoi akan dilaksanakan oleh KSSG dalam masa terdekat sebagaimana kursus seni keris. Tenaga pengajar yang bakal kami ketengahkan adalah orang muda yang hanya berGayong 18 tahun. Muda banyak juga daripada Cikgu Mohd Noor "Geting".

Antara intipati hanya menumpukan kepada silibus Asas Yoi, Gerakan Yoi dan Buah Yoi selebihnya latihan dan praktikal kepada seni. Pandai cerita, lebih ilmu dapat.

Kelas dibuka untuk semua Anak Gayong KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Satu Kursus Keris akan diadakan di Gelanggang Pusat KSSG yang mana telah disahkan oleh Cikgu Mohd Noor "Geting" untuk turunkan Seni Keris.

Kelas tersebut akan dibuka kepada semua Anak Gayong dewasa KSSG manakala kemungkinan hanya dibuka untuk Anak Gayong lain sekiranya ada permintaan mahupun ruang latihan.

Sila sahkan penyertaan anda kerana ingin tetapkan masa dan waktu kelas tersebut kelak.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]


Semenjak 2008, KSSG masih tidak menubuhkan satu team demo baru melaksanakan jemputan demo dan pelbagai aktiviti semasa. Sebaliknya semua demo dilatih secara adhoc.

Berdasarkan atas permintaan daripada beberapa pelatih yang ingin berlatih khas untuk demo mahupun satu cara nak belajar silat dengan cara yang lebih cepat, maka kemungkinan besar kami akan menubuhkan satu kelas khas untuk latihan demo sahaja yang melibatkan modul yang sama bagi team demo kami sebelum ini.

Kesemua ahli yang berminat boleh hubungi saya 014-9933774 dan semua penyertaan perlu mendapat izin ibu bapa dan juga isteri buat suami-suami.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Sebagai makluman, Kelas Silat Seni Gayong di bawah pentadbiran kelab ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam telah dimulakan secara rasmi latihanya pada setiap RABU jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Latihan akan dikendalikan oleh Cikgu Shahrin. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 014-9933774


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Kursus yang bakal dikendalikan oleh Cikgu Jazwan Kahar daripada gelanggang PSSGM Nirwana, Ampang pada sekitar Mei 2010 di Shah Alam.

Tempat dan masa serta yuran akan diupdate dari masa ke semasa. Kepada pihak Anak Gayong KSSG yang berminat, sila berhubung dengan Cikgu Shams bagi memudahkan pemilihan.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Alhamdullilah demo dan jemputan kenduri rumah Abang Ujang dapat disempurnakan dengan kehadiran pesilat KSSG. Tapi kehadiran untuk makan lebih ramai, nasib baik dijemput. Abang Ujang bukan orang asing kepada KSSG di Puchong berdasarkan semangat silatnya dalam membantu apa jua program kami di Puchong ini. Siapa dan sejarahnya kita ketepikan.

Majlis kenduri menyambut menantu baru-baru ini agak meriah dengan permainan kompang dan silat yang diserikan dengan penuh kelengkapan adat Melayu.

Daripada kami, semoga mereka berbahagia dan melahirkan generasi yang lebih baik dari segi agamanya. Dilampirkan beberapa gambar sekitar demontrasi silat semalam bagi tatapan Anak Gayong Masjid As Salam dan selebihnya boleh dilihat dengan pihak KSSG;

Mat Grafik (Daniel Saaban) yang berbadan besar cuba menghentak al- Hafiz (Anuar) semasa demo semalam. Mereka berdua antara belasan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

Tempur tangan kosong oleh Mat (anak Abang Ujang) dan Ami

Tari solo khas untuk pengantin dilaksanakan oleh Faizal dan Izham daripada Gelanggang Masjid As Salam


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

"cg sham. nak tanya soalan sensitif nih. kalau boleh nak tahu kenapa tak ramai pelapis @ gurulatih bawah cg? kesian pulak tgk cg sana kemari tapi .............(ayat positif tapi dipotong)......... pun ada!."
- Facebook


Soalan ini rasanya boleh di jawba dengan perumpamaan yang mudah-mudah. Sebab lagi mudah ayatnya, lagi mudah pemahaman dan isi serta sindirannya. Rasanya jawapan ringkas "itu hak masing-masing" daripada saya tempohari tidak akan memberikan satu gambaran baik kepada persoalan awak.

Prinsip
Pertama saya tegaskan secara peribadi prinsip saya adalah tetap yang untuk mengembangkan Silat Seni Gayong atas dasar ilmu bukan kehebatan yang mana menjadi sasaran saya ialah disiplin, jatidiri, akademik dan ekonomi masyarakat yang terlibat dalam kelas-kelas saya. Setakat mana saya termampu dan selagi badan ini mampu bangun, rasanya saya telah buktikan komitmen ini semenjak 1994.

Pelapis/Gurulatih
Saya secara peribadi amat tidak pernah berkecil hati dengan apa jua yang berlaku samada isu yang rakan saya ketengahkan mengenai gurulatih mahupun pelapis saya. Bagi saya tugas saya adalah merujuk kepada prinsip saya di atas. Selebihnya biarlah urusan saya dengan Allah SWT untuk balasan mahupun ganjaran.

Untuk melatih dan melantik pelapis, saya tidak pernah memaksa mahupun menggalakkan kecuali ada yang berminat. Sekiranya tiada minat, tiada guna untuk kita berbincang soal tersebut. Selain soal minat dan semangat, saya berpegang kepada pesan guru saya "letakkan kita sebagai contoh, yang lain Allah SWT akan uruskan"

Mungkin ada sebab yang boleh saya fikirkan sebagai muhasabah peribadi untuk membaiki keperibadian saya.

Prinsip Kegurulatihan
Saya berpegang pada apa yang guru-guru saya berpegang yang mana perkongsian ilmu Silat Seni Gayong bukan berdasarkan kehebatan dan kelebihan yang ada tetapi menjuruskan kepada khidmat sosial selain membantu meneruskan tamadun ilmu melayu ini.

Sehubungan dengan itu, apa yang ada dalam minda saya ialah latihan yang saya bagi membolehkan pelatih itu menjadi gurulatih mahupun contoh baik dalam memberikan khidmatnya kepada masyarakat Melayu Islam pada masa depan.

Maka sekiranya ada keperibadian saya terbentuk daripada prinsip ini yang mungkin dilihat sebagai negatif, saya memohon maaf kerana saya tiada kepentingan dan tidak mencari kepentingan melalui silat. Maka saya tidak mencari pengaruh dan mempengaruhi, biarlah pelatih saya menentukan cara mereka.

Yang pasti kalau mereka menabur khidmat melalui silat samada bersama saya atau secara 'bermusuh' sekalipun, saya masih menerima pahala daripada ilmunya. Itu pesan guru saya dan selebihnya kepadaNya saya bertawakkal.

Atas dasar tersebut saya tidak ralat mahupun merasakan satu kekurangan kalau (jika) ada pelatih saya tidak menghormati saya, membelakangi saya, meninggalkan saya, tidak bersependapat dan mana-mana cara yang tidak sepatutnya. Saya cuba melahirkan yang terbaik dari sudut kegurulatihan saya.

Saya nyatakan perkara di atas dengan jelas dan nyata supaya pendirian saya dilihat dengan kukuh dan difahami. Saya faham itu jawapan saudara kita nantikan atas beberapa sebab.

Pesanan Kegurulatihan
Saya dibesarkan dalam Seni Gayong yang mana gurulatih-gurulatihnya berpegang kepada amanah perjuangan dan semangatnya bukannya calang-calang. Semangat ini diterapkan kepada saya melalui latihan, demontrasi, training dummy, pembantu gurulatih, sindiran mahupun makian sayang seorang gurulatih. Semangat ini bukan kerana silat tetapi lebih kepada kemasyarakatan.

Saya suka untuk berkongsi pesanan seorang gurulatih lebih kurang bunyinya;

"Dalam mendidik anak-anak ini (Anak Gayong), jangan tumpukan kepada ilmu tetapi tumpukan kepada peribadinya"

Sebagai konklusi, rasanya hidup kita ada pilihan. Ada yang memilih untuk keluar rumah hanya untuk tanggungjawab mereka kepada keluarga. Ada yang memilih untuk berbakti juga kepada masyarakat. Itu hak mereka.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah dengan kekuatan promosi serta intipati dalam laman web ini yang mencecah bilangan kunjungan melebihi suku juta pengunjung, ditambahkan lagi dengan banner-banner dan flyer yang sentiasa bergerak di sekitar Lembah Klang, kami mendapat pelbagai reaksi positif dan ada juga yang negatif.

Apa pun ingin kami kongsikan beberapa kebaikan dalam usaha peningkatan re-branding terhadap nama baik Seni Gayong.

Selepas beberapa banner dinaikkan di sekitar Shah Alam, Bukit Subang, Kota Damansara, Puchong dan Subang Jaya, kami mengharapkan nama baik Seni Gayong akan lebih mendapat perhatian daripada seni beladiri lain dan sekaligus memberikan satu cabaran kepada perkembangan kelas seni beladiri antara silat dan "pakaian putih".

Ini bukan ahaja akan memberikan kesan dan nama baik kepada KSSG kerana atas dasar polisi kami sememangnya menggunakan perkataan Silat Seni Gayong agar nama itu akan merujuk kepada semua pertubuhan.

Dengan serangan psikologi ini, harapan kami agar Seni Gayong akan dilihat satu alternatif terbaik dalam menghantar anak-anak bangsa Melayu Muslim ini ke gelanggang silat untuk kesihatan mahupun disiplin mereka bagi membentuk jatidiri.

Selain daripada itu, promosi terkini melalui banner, email, flyers dan poster dilihat telah memanggil nostalgia lama untuk terus memberikan sokongan kepada Seni Gayong.

".....saya ni xxxx nak tanya sikit. Ini Gayong sama yang Dato Meor dulu ka? sebab saya ini dulu sempat la belajar sikit dengan arwah. Ingatkan nak hantar anak-anak saya ke gelanggang Gayong"

"..saya ni bekas murid Cikgu Majid taiping (arwah). belajar zaman budak-budak dulu. hajatnya nak hantar anak belajar silat jugak. macamana tu?.."

"dulu belajar jugak silat Gayong ni di kampung lama. lama dah!.. tahun 1960an. budak-budak umur berapa boleh belajar? nak hantar seorang dua"

"Saya ni pernah jugak belajar dari Dato Meor masa di Perak dulu. Masa budak-budak manja sikit. Tak tahan terus berhenti. Kalau ada masa saya nak turun tengok latihan boleh ke?.. nak belajar tak larat dah. Nanti saya khabarkan pada kawan-kawan kalau-kalau ada anak nak main silat"

"..saya ni lama dah tak berlatih silat bertahun-tahun dah. Dulu berlatih bawah Cikgu Rasul dan sempat baru ini jumpa Cikgu Amin. Naik semangat balik. Ingat saja nak main balik."

"maaf kacau. Saya tengok banner silat tadi. Teringat saya kat Arwah Dato. Guru saya tu. Nanti saya war-warkan gelanggang Gayong tu"

Kami mengharapkan ramai lagi orang lama bukan sahaja memberikan sokongan moral tetapi turut memberikan sokongan dalam menaikkan nama Seni Gayong mahupun dalam meramaikan keahlian Seni Gayong (apa jua pertubuhan) seterusnya menjadikan saingan sihat kepada penyertaan Melayu Muslim di dalam seni beladiri lain selain silat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Contoh banner bagi gelanggang Seksyen 8, Shah Alam

Sebagaimana perancangan tahun 2010 ini, pergerakan dan promosi untuk keahlian KSSG di semua gelanggang akan dibantu untuk mencapai tahap bilangan ahli yang amat membanggakan.

Sessi flyer dan poster telah dijalankan semenjak Januari 2010 dan kini banner daripada pihak kami mahupun penganjur bersama seperti Majlis Perwakilan Penduduk mahupun jawatankuasanya akan boleh dilihat bermula pada petang ini di sekitar 5-10 kilometer daripada jarak gelanggang Silat Seni Gayong terdekat.

Pihak kami harap tindakan ini tidak dipandang negatif dari sudut penyebaran ilmu Seni Gayong mahupun menaikkan martabat silat kembali setaraf dengan seni beladiri yang lain. Sememangnya tiada promosi berterusan ataupun nama baik diangkat taraf secara konsisten oleh mana-mana pihak mengenai Seni Gayong ini.

Harapan kami dengan perubahan yang kami bawa ini akan lebih memberikan kesan bukan sahaja kepada kami tetapi gelanggang-gelanggang Silat Seni Gayong rakan-rakan yang lain akan menerima kesan positifnya selain memberikan nama baik berterusan kepada Seni Gayong di mata orang Melayu sendiri.

Dengan harapan lagi promosi akan turut dibuat oleh rakan-rakan yang lain. Semoga Seni Gayong akan mendominasikan dunia seni beladiri Malaysia bukan sahaja dalam soal silat tapi seni beladiri secara amnya.

"Kami dah buat, Anda bagaimana?"


Share/Save/Bookmark