Related Posts with Thumbnails
| 4 komen ]


Dalam melaksanakan pelbagai program kami di KSSG, kami ada satu masalah paling kecil tetapi tidak mampu diselesaikan sehingga kini. Masalah ini berlarutan apabila Anak Gayong tidak berminat atau tidak mendapati ia penting untuk melakukannya.

Masalahnya GURULATIH..

Terdapatnya banyak prospek dan permintaan untuk memulakan kelas di kawasan sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Ampang dan beberapa tempat lain. Masalahnya masa adalah terhad kerana gurulatih amat kurang. Beberapa kawasan telah kami tolak dan syorkan beberapa rakan yang lain dan terpulanglah kepada pihak tersebut samada masih berminat atau sebaliknya.

Secara jujurnya, kami tidak lagi mempunyai masa luang untuk ke sana sini. Bermula pada 27.04.2010, jadual Cikgu Shams juga penuh dengan latihan setiap malam termasuk seharian latihan pada hari Khamis dan Ahad.

Kami hanya menjalankan amanat dan menyambung warisan ilmu melayu yang berjaya mendidik hati-hati anak bangsa ke arah yang lebih baik dari segala sudut baik Islamnya.

Yang tidak berminat, kami tidak memaksa. Yang tiada masa, kami tidak memaksa. Yang ada anak isteri, kami tidak memaksa. Yang ada kepentingan lain, kami tidak memaksa. Yang merasakan tanggungjawab ini bukan haknya, kami tidak memaksa. Buat setakat mampu.

Sehubungan dengan ini, kami agak berbesar hati sekiranya ada gurulatih lama atau baru yang ingin aktif balik atau ingin bergabung dengan kami bagi menyemarakkan lagi perkembangan Seni Gayong demi kepentingan disiplin dan mutu jati diri anak bangsa, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Hidup ada pilihan. Pilih samada yang terluang ingin dikongsi secara peribadi atau secara bersama. Kalau anda berani untuk meluangkan masa anda untuk anak bangsa anda, sila hubungi kami: 014-9933774 atau hadir ke KSSG, No.17-3A, Jalan bandar 16, Bandar Pusat Puchong (Tepi TESCO).

Sekiranya anda tidak mampu atau amat sibuk, abaikan sahaja

klik di bawah


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Setelah perbincangan dibuat pada pagi tadi bersama wakil KSSG dan juga pihak Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 (MBSA), Shah Alam masing-masing bersetuju untuk memulakan kelas latihan di Seksyen 8 Shah Alam pada 27.03.2010.

Latihan akan diadakan setiap Selasa Jam 9.00 malam dan kesemua pelatih digalakkan berjemaah Isyak di surau di tepi dewan tersebut.

Dewan yang terlibat ialah Dewan Angsana yang terletak di Jalan Liku 8/1 yang mana berhawa dingin dan mampu memuatkan 40 pesilat satu-satu masa.

Promosi besar-besaran akan dilakukan oleh MPP Zon 4 dan juga pihak kami. Banner-banner pihak kami akan siap sebelum jumaat ini akan kelihatan di kawasan Shah Alam.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, baru-baru ini pihak kami menerima dua tawaran bagi memulakan latihan silat di 2 tempat di Shah Alam.

Promosi mengenai 2 gelanggang tersebut akan dimulakan pada 30.03.2010 yang mana latihan pertama akan dimaklumkan kelak melalui laman web ini.

Pihak kami berharap dengan promosi oleh pihak kami dan kerjasama penuh daripada pihak perwakilan penduduk tempatan akan memeriahkan lagi penyertaan Anak Gayong baru ke gelanggang latihan kami.

Pihak kami mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami secara berterusan.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Semalam genap 9 tahun antara pentadbir Silat Seni Gayong yang banyak memberikan jasanya kepada pembangunan Silat Seni Gayong, Arwah Cikgu Razali Salleh iaitu Pemegang Amanah sebelum ini.

Beliau yang mula memasuki dan mempelajari Silat Seni Gayong di Kuala Lumpur di bawah tangan Cikgu Awang bin Daud pada tahun 1964 setelah berminat dengan Seni Gayong apabila melihat permainan kuncian yang ditunjukkan oleh rakan arwah semasa bertugas di salah satu kementerian pada tahun sebelumnya.

Apabila melihat pada sumber pembacaan yang ada, Allahyarham bukan disegani kerana ilmu dan kehebatan silat tetapi pada keteguhan dan semangat dalam mengembangkan Seni Gayong dan melalui pentadbiran di bawahnya, nama Seni Gayong menjadi amat hebat di mata masyarakat terutama Gayong Selangor yang terlebih dahulu dipimpin olehnya.

Orang bercerita yang Arwah sering tidak bersefahaman dengan ADMAR mengenai apa jua perkara dan amalan yang melanggar tata susila mahupun meragukan serta mencabar akidah Anak Gayong. Teguran-teguran membuat mereka bermasam muka tetapi teguran itu boleh dilihat dalam sejarah Seni Gayong yang membuatkan Arwah dan ADMAR menjadi lebih rapat dan menjadi kepercayaan untuk menjadi Pemegang Amanah ADMAR.

Namun apa penting, setiap kali dibuka dan tutup gelanggang pahala untuk Arwah akan sentiasa kami berikan atas tiket guru Gayong. Semoga semangat dan pandangan jauh Arwah akan menjadi motivasi kepada gurulatih muda.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Penceramah pilihan KSSG buat Kursus Perubatan Islam Kali Pertama, ustaz Wan Asrul Affendi (TIAF)

Waktu rehat digunakan sepenuhnya untuk perbincangan. Lebih masa untuk dekat dengan penceramah, Ustaz Wan Asrul
Antara peminat Perubatan Islam daripada Nigeria

Cubaan meng-copy apa jua dalam laptop Ustaz Asrul

Beberapa wakil daripada Pantai Timur


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pihak Kelab Silat Seni Gayong mengambil kesempatan dalam kelewatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Anak Gayong di bawah gelanggang KSSG yang mana telah mendapat keputusan SPM baru-baru ini.

Banyak berita diterima oleh pihak kelab mengenai kecemerlangan Anak Gayong kami dan pihak kami amat berbangga sekiranya akademik Anak Gayong kami berubah ke arah positif. Semoga ia menjadi motivasi kepada adik-adik yang lain.

Kepada yang bakal mendapat tempat di IPTA/IPTS mahupun telah melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, pihak kami mengharapkan kesinambungan Seni Gayong dapat diteruskan di mana jua anda berada dalam apa jua pertubuhan Seni Gayong.

Semoga kejayaan anda semua dapat dikongsikan dengan masyarakat dalam membangunkan masyarakat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Seorang rakan, Nik Iznan menelefon saya mengenai perkara ini. Harapa dapat tolong setakat termampu.

Saya memohon saudara semua sama-sama mendoakan kesejahteraan Ayahanda saya kerana mengalami Acute Coronary Syndrome ( Penyakit Serangan Jantung ) dan akan menjalani Pembedahan Jantung pada 17.03.2010 di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.

Disamping itu sekiranya ada dikalangan Saudara yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kami sekeluarga ekoran daripada kos yang tinggi bagi menjalani pembedahan ini, bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun Maybank isteri saya 153104100445 Siti Norjamilah bt Yusop. Semoga Allah s.w.t membalas sedekah Jariah yang saudara semua berikan.

Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan saya di no 013-9923535 Nik Iznan Musyahmi B Mohamed

Berita lanjut sila klik [di sini]


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Anjuran:
Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG) dan Terapi Islam Al-Fatah (TIAF)

Masa & Tempat:
13.03.2010 (Sabtu) | 8.00 pagi - 5.00 petang | Dewan Kuliah Masjid As Salam, Puchong Perdana

Yuran:
RM140.00
(Tabung KSSG, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang, Sijil & Nota)

Cara menyertai:
Sila SMSkan nama penuh dan no. kad pengenalan anda kepada 014-9933774. Terhad pada 40 orang sahaja.

Cara pembayaran [klik]
Nama Peserta [klik]


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Tok Ayah Sor, pemimpin PSSGM Kelantan dikhabarkan tidak sihat dan berada di dalam keuzuran kini di rumahnya di Kelantan. Dalam satu perkhabaran, beliau telah menghubungi pihak pusat PSSGM untuk memaklumkan keuzuran tersebut dan meminta kepada sesiapa yang ada dihutangkan olehnya memaklumkannya.

Pihak kami mengambil peluang untuk membantu perkhabaran sahaja dan mendoakan agar beliau kembali sihat.

Dalam masa yang sama, sesiapa yang ada dihutangi oleh beliau harap dapat memaklumkan kepada pihak beliau atau secara altertanifnya boleh menghalalkannya.


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]

"kalau ekau ada gayong, aku ada cetong"
"tak munasabah langsung, silat gayong. Silat Baldi lagi besar"
"Budak gayong mandi banyak, sebab ada gayung"


Suka atau tidak pengalaman saya membantu dan mengajar Silat Seni Gayong selama 16 tahun seringkali terdengar ejekan dan gurauan tersebut. Tidak sedap lagi kalau ada budak silat yang mengadu katanya ada orang mengatakan sedemikian. Saya sering menjawab;

"biar la mereka, kalau tidak jatuh mana orang ingatkan ubat luka"

Persoalan mengenai apa itu Gayong tidak pernah dipersoalkan oleh saya kepada mana-mana guru saya terdahulu kerana saya mendapat jawapan sama. Gayong itu adalah Gengam Angkat Yakin Waras Ngeri yang menjadi maksud demi perkataan yang di dalam jawi.

Itu yang saya bawa tetapi atas alasan tidak pernah berpuashati dengan jawapan yang skima, soalan itu tidak pernah diungkitkan lagi.

Kemudian pada sekitar tahun 1990an, saya bertanya kepada Pakndak Majid Isa mengenai apa itu Gayong dan kenapa nama Gayong. Katanya Pakndak Majid, Gayong itu adalah nama seorang pendekar terbilang yang turut menggunakan ilmu persilatan ini maka silat ini digelarkan Gayong. Diertikan juga Gayong itu sebagai Gengam Angkat Yakin Waras Ngeri yang membawa maksud sebegini dan sebegitu dalam satu persatunya.

Saya simpan tetapi tidak pernah bersetuju dan yakin dengan jawapan sedemikian. Terlalu komplek untuk difikirkan oleh ADMAR dan kenapa Panglima Hitam atau salasilah Daeng tidak digunakan sebaliknya Gayong. Saya tidak menjawab kepada sesiapa kerana sememangnya tidak tahu apa itu falsafah sebenar "GAYONG" yang dimaksudkan oleh ADMAR.

Bertahun-tahun kemudian, saya bertanya kepada Cikgu Awang Daud. Itu pun selepas dahi dan muka saya dah kena carpet rumah semasa kena lipat dengannya "Cikgu, Gayong-Gayong yang orang dok sebut ni sebenarnya merujuk kepada apa?"

Dia tengok je saya dan senyum. "gayong ni gayong mandi la.. ada gayong lain ke? haha.. fikir lah mengaji (belajar) tinggi"

Saya terdiam dan tidak sambung percakapan sebagai tanda tidak puashati dan mengagakkan jawapan yang lebih menyakitkan hati akan diberikan kalau terus bertanya.

Hampir 10 tahun kemudian, seorang pelatih KSSG bertanyakan soalan sama kepada seorang guru lama di Negeri Sembilan. Seorang guru Gayong yang lebih senior daripada Cikgu Awang mahupun Pakndak Majid. "Kenapa Datuk (ADMAR) bagi nama GAYONG. Gayong ni apa dia?"
Persoalan yang sama seperti yang saya ajukan semasa 'muda-muda'. Guru lama itu menjawab " Gayong tu Gayong la.. yg mandi tu"

Jawapan yang sama dengan Cikgu Awang Daud. Samada kebetulan atau merujuk kepada niat jawapan yang sama, hanya Allah SWT maha mengetahui. Atas dasar ingin tahu, jawapan itu mahu diperjelaskan. Dengan tenang guru lama ini tidak berselindung, dia menerangkan bahawa Gayong itu adalah Gayong.

"Seni Gayong itu adalah diambil oleh datuk (ADMAR) daripada gayong. Ini adalah falsafah Seni Gayong yang datuk gambarkan mengenai Seni Gayong. Gayong adalah satu benda guna untuk jirus mayat. Gayong tidak pernah mencari mayat, tetapi mayat tetap mencari gayong. Kalau mayat datang, gayong akan di situ. Kalau awak Gayong maka yang musuh awak itu adalah mayat. Dia mari macamana pun kuat, dia adalah mayat bagi awak"

Dalam mencari maksud Gayong, saya rasa ini jawapan mengenai falsafah nama Gayong yang paling logik dan selari dengan kehidupan lama orang melayu. Malah sememangnya gayong waktu dahulu hanya digunakan untuk memandikan mayat.

Daripada penerangan itu saya menyimpulkan falsafah ADMAR dalam menamakan silat ini sebagai GAYONG kerana:
  • Anak Gayong adalah rendah diri dan tidak mencari musuh;
  • Anak Gayong adalah dilengkapi ilmu silat yang hebat dan mampu mengatasi lawan yang ditaksirkan sebagai mayat;
  • Anak Gayong tidak lari daripada musuh atau peperangan apabila dicari oleh musuh;
  • Anak Gayong bersikap diplomatik, lembut beradab, beradat dan sopan tetapi digeruni musuh;
Bila mendengar falsafah itu dan difikirkan kegerunan ilmu silat bernama Seni Gayong serta perumpamaan gayong pemandian mayat, saya terfikir bagaimana falsafah orang melayu dan pegangan mereka itu sendiri cukup menggerunkan.

Wallahua'llam


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, kemungkinan besar latihan akan disambung kembali di Gelanggang sekolah-sekolah yang mana di bawah pentadbiran pihak KSSG. Mengikut maklumat yang kami perolehi kemungkinan latihan akan dimulakan pada minggu hadapan.

Terima kasih buat sokongan pihak yang terlibat.

Latihan dihentikan buat sementara pada bulan Februari 2010 atas arahan PPD Negeri bagi semua latihan silat dan taekwondo mahupun mana-mana seni beladiri lain atas alasan menyelesaikan urusan pengurusan dan pentadbiran Ko-kurikulum terlebih dahulu bagi mengelakkan apa jua masalah di masa hadapan.

Pihak kami amat berharap dengan kerjasama erat yang sentiasa diberikan akan memberikan pulangan yang baik kepada semua pihak terutama Silat Seni Gayong.


Share/Save/Bookmark
| 8 komen ]

Destinasi paling tinggi dan jauh daripada penempatan menjadi pilihan kami kali ini. Namanya disebut dan diakui oleh guru lama Seni Gayong yang lain. 2 tahun kami mencari peluang, kini kami ke sini atas bantuan beberapa rakan SeGayong.

1 buah kereta & 2 buah pacuan 4 roda. 16 orang kesemuanya. Identiti guru lama ini dirahsiakan atas permintaan beliau sendiri. Seorang guru tua yang jauh lebih senior daripada mana-mana guru Seni Gayong pernah kita dengar. Beliau berumur 98 tahun menjadi kesayangan ADMAR.

Khuyuk dengar cerita dan sembang Seni Gayong. Guru lama ini dikatakan dikenali dengan ilmu yang tinggi, hubungan rapat dengan ADMAR, kehebatan dan 'kegerunan' padanya.

Masa untuk ilmu petua.
Kalau hendak perlu cakap dan memintak!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, perancangan dan kerjasama dalam membawa KSSG ke Negeri Sembilan untuk melawat guru-guru lama semalam tercapai. Seperti biasa, setiap yang pertama adalah dirancang untuk kunjungan kedua. Kunjungan pertama adalah untuk kenal dan dikenalkan anak Gayong KSSG yang muda-muda.

Siapa guru-guru lama yang kami kenali dan lawati, biarlah ia menjadi rahsia buat lawatan Kembara KSSG ke Negeri Sembilan. Rahsia adalah atas permintaan dan keperluan.

Selebihnya, beberapa gambar yang bakal diuploadkan malam ini akan menceritakan antara perjalanan kami.

Terima kasih buat semua rakan dan guru Gayong yang membantu kami.


Share/Save/Bookmark