Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

Setiap kali Maulidur Rasul, kita cuti sebagai tanda semangat membesarkan hari keputeraan Baginda Rasul Allah yang terakhir itu. Dengan cuti, masjid dan pelbagai agensi dan organisasi merangka dan melaksanakan pelbagai program yang selaras dengan semangat mengagungkan keputeraan Baginda Rasullulah SAW. Itu semua bagus, harap semua orang mengambil bahagian dalam mana-mana episod perayaan tersebut.

Kalau di lihat dalam blog dan di mana-mana, ucapan amat banyak samada untuk cuti atau sambutan keputeraan Baginda Rasul SAW. Kita lupa satu perkara untuk ditulis, siapa Baginda dan siapa kita.

Orang tua dihujung meja menyebut "sedih! banyak perayaan tetapi tiada sumbangan".

Dalam khuthbah Jumaat pula menyebut sambutan-sambutan dan agungan dalam berselawat kepada Baginda tapi memberikan tekanan kepada sumber inspirasi tersebut;

Rasullulah SAW adalah pemimpin yang amat disegani dengan apa jua sikap dan sifatnya oleh kawan dan lawan;
Rasullulah SAW seorang peniaga yang terbaik;
Rasullulah SAW seorang bapa yang terbaik;
Rasullulah SAW seorang suami yang terbaik;
Rasulllah SAW adalah pendakwah yang terbaik;
Rasullulah SAW adalah individu yang tidak pernah berhenti daripada mengubah keadaan masyarakat;

Rasullulah SAW adalah yang terbaik di dalam segenap segi. Maka tiada ikon lebih baik daripada Baginda, persoalannya; apa kita lakukan untuk menyamai sikap dan sifatnya.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Cara Pembayaran

Sila masukkan pembayaran yuran kursus sebanyak RM140.00 kedalam akaun Maybank No: 162263117521 atas nama Mohd Hisham bin Mohd Nazir.

Sila SMS pihak kami (014-9933774) selepas membuat pembayaran (Tarikh/Masa). Bawa resit pembayaran semasa mendaftar di hari kursus.

Nama Peserta

Berikut adalah antara peserta kursus yang telah didaftarkan bagi menyertai kursus pada 13.03.2010. Nama yang dipamerkan adalah nama ringkas sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan;

  1. Hisham Nazir (Seni Gayong-KSSG);
  2. Hidayah Adawi (Seni Gayong-KSSG);
  3. Adwim Mahamud (Awam);
  4. Raffi Shaik Allauddeen (Awam);
  5. Ishak Abdul Rashid (Warga Nigeria) (Awam);
  6. Mohd Ramzi bin Bidin (Awam);
  7. Mohd Nasir bin Ahmad Damanhuri (Awam);
  8. Rohaida bt Md Yusop (Awam);
  9. Mohd Rawi Mohd Yunus (Awam);
  10. Khairuddin Kalwawi bin Mohd Shah (Awam);
  11. Abu Hassan Abu Bakar (Seni Gayong-KSSG);
  12. Mohd Shahril Shamsuddin (Seni Gayong-KSSG);
  13. Mahathir Hussin (Seni Gayong-KSSG);
  14. Hazil Hardi Soliano (Seni Gayong-KSSG);
  15. Hajah Kamsiah bt Abu (Awam);
  16. Anak Gayong
  17. Anak Gayong
  18. Anak Gayong
  19. Anak Gayong
  20. Ahmad Firdaus bin Omar (Awam);
  21. Firuz Ahmad b. Abd Wahab (Awam);
  22. Raja Shahril Fazrin b. Raja Azhari (Awam);
  23. Mohd Hanif bin Kamaruddin (Seni Gayong - KSSG);
  24. .
  25. .
  26. .
  27. .
  28. .
  29. .
  30. .
  31. .
  32. .
  33. .
  34. .
  35. .
  36. .
  37. .
  38. .
  39. .
  40. .


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]

stuju!! semua org time tu citer pasal Dicky Zulkarnain yg pukul bruce lee.. apedaaa.. silat gayong taik kucing.... bangsa kita ni mmg best kalo pakar buat2 citer dongeng..

majoriti kat sini masih ingat kan ngan kisah Dicky Zulkarnain? bapak aku yg citer kisah ni waktu aku masih kecik2.. [artikel asal]

Saya tidak masuk Gayong lagi masa perkara ini hangat diperkatakan. Malah rasanya penulis yang menyatakan sedemikian juga masih kecil.

Secara akademik dan melalui pengetahuan serta pengalaman peribadi berGayong dan bersama guru-guru lama Gayong, saya ingin menjawab perkara di atas sebegini;

Dalam Silat Seni Gayong selepas rombongan Gayong tiba di Malaysia daripada luar negeri mahupun selepas kematian Bruce Lee, Arwah Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) tidak pernah menceritakan apa jua yang berlaku atau dikatakan berlaku antara beliau dan Bruce Lee.

Selepas kematian Bruce Lee, timbul cerita bahawa kematian tersebut diakibatkan ekoran serangan oleh Dicky Zulkarnain. Rasanya semua orang mengetahui mengenai cerita sebegini. Malah saya yang dibesarkan di Kelantan turut dihidangkan dengan cerita sedemikian.

Nama ADMAR selaku seorang Mahaguru Seni Gayong tidak pernah disebut langsung dalam mana-mana versi cerita.

Cerita ini tersebar luas di seluruh Malaysia dan diceritakan berulang-ulang kali oleh masyarakat kita dan kita terus sebati dengan cerita tersebut yang mana cerita sebegini turut diketahui oleh Dicky Zulkarnain.

Pendek cerita, kenapa tetiba nama Mahaguru Seni Gayong disebut sebagai watak utama dalam perlawanan dengan Bruce Lee selepas kematian beliau.

Beberapa orang guru lama Seni Gayong tidak endah apa orang nak cerita mengenainya. Cuma kata mereka, jawapannya ada di muka depan Utusan Melayu (kalau tidak silap) selepas perhimpunan di Stadium Merdeka apabila sehingga hari tersebut ADMAR tidak pernah menyebut apa-apa dan Dicky Zulkarnain dikatakan pada hari itu menafikan cerita yang biasa kita dengar sebaliknya Bruce Lee dicederakan apabila mencabar guru silat tanah melayu dan beliau ada di sini (pada masa tersebut ADMAR di situ).

Samada Bruce Lee mati kerana kecederaan tersebut, tidak dapat dipastikan kerana mati dan hidup bukan kerja kita. Cuma rasanya isu siapa menyahut cabaran Bruce Lee sejurus kematiannya, adalah suatu isu sudah selesai tetapi saya berminat sekiranya ada versi lain.

Ingin kepastian? Cuba cari keratan akhbar di Arkib Malaysia.

Yang pasti, ADMAR tidak memulakan cerita ini kecuali ada versi yang dipercayai untuk disumbangkan di sini.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Sekarang gelanggang tersebut ditambah sikit dengan plastik hitam di bahagian luar dan nampak kemas sikit. Latihan seperti biasa pada Jumaat 9.00 malam

Nota (02.02.2011) - Atas kerana penduduk setempat tidak berminat mana, gelanggang tersebut telah dipindahkan ke Masjid Kota Damansara. Latihan Setiap Ahad, 9.00 malam


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]

Pakat tengok, siapa nak start ni?

Mandi & Urut. 2 kawah disediakan bagi lelaki dan wanita. Tahniah!

Antara 4 guru lama yang biasa disebut-sebut namanya tapi belum tentu kenal orangnya.
Dari kiri; Harimau Kumbang, Singa Malaya, Pakngah Batu Kurau dan Ustaz Khalid

Demo silat selepas mandi minyak dihidangkan kepada VIP Gayong yang terdiri daripada guru-guru lama Seni Gayong (tidak termasuk kami). Selain daripada mandi minyak, kami berbangga program sebegini dapat kumpulkan beberapa orang lama di bawah satu bumbung dengan sembang, 'temberang' dan gurauan.
Bersama guru-guru lama. Dari kiri: Cikgu Radzuan (Harimau Kumbang), Ustaz Khalid (Jelai), PakLong (Tuan Tanah Gelanggang Daeng Kuning), Pak Long (KMS), Cikgu Sazali (Singa Malaya), Pakngah Izahar Batu Kurau, Cikgu Shams (KSSG), Cikgu Hazil (KSSG), Cikgu Nasir (Hulu Langat) dan Cikgu Shahril (KSSG)

Kelihatan Cikgu Radzuan (Harimau Kumbang) bersama Cikgu Jailani (Cheras) dan beberapa pelatih mereka yang hadir selepas kursus cindai


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Gelanggang Singa Berantai dirasmikan dan diberikan nama oleh ADMAR yang mana antara gelanggang terawal di Kuala Lumpur yang masih gah berdiri walaupun telah berpindah daripada tapak asalnya dahulu. Semangat beberapa orang murid bekas tangan Arwah Cikgu Said patut diambil contoh. Gambar di atas, latihan diperhatikan oleh Cikgu Rahman (Kajang)

Salah seorang pelatih daripada Shah Alam

Suasana latihan di Gelanggang Singa Berantai. Arahan latihan diberikan oleh Cikgu Kohar petang tersebut


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semalam sempat kami singgah di Gelanggang Singa Berantai, satu gelanggang yang agak gah bagi Silat Seni Gayong di Kuala Lumpur. Mendapat perhatian khas ADMAR pada suatu ketika dulu.

Penyinggahan semalam adalah tirai pembukaan program Kembara KSSG 2010. Pada tahun ini Kembara KSSG 2010 akan menumpukan kepada kembara ke bahagian selatan Malaysia termasuk Singapura. Kebanyakan kembara mungkin akan ditaja oleh kewangan kelab.

Alhamdullilah dengan perbincangan ringkas semalam dengan orang kuat kita, rancangan dan hasrat menjadi kenyataan.

Selain daripada dapat menyaksikan latihan biasa di Gelanggang Singa Berantai semalam, dapat juga kenal dengan beberapa orang lama termasuk Cikgu Rahman yang kebetulan datang daripada Kajang semalam.

Pihak kami secara konsisten mendoakan agar hubungan antara anak Gayong akan terus kekal dengan baik tanpa apa jua prejudis.

Beberapa gambar akan diuploadkan secara berasingan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kelas dikelolakan oleh Cikgu Along (memakai baju korporat KSSG) sementara sessi pendaftaran dibantu oleh beberapa gurulatih dan ahli KSSG yang lain.

Latihan dibuat di taman permainan di Taman Coral. Tempatnya selesa dan tidak berapa terang. Amat sesuai dengan latihan silat.

Ada pelatih baru dan ada pelatih lama daripada gelanggang Gayong pentadbiran lain dan juga silat lain. Semua kami terima. Malam pertama ada 16 orang hadir dan latihan dibuat kepada 8 orang ahli baru kanak-kanak.


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]

Bagi meneruskan niat asal kami dalam mewujudkan kelas silat awam yang tertangguh di Putrajaya semenjak tahun 2009, kami telah berunding mengenai tempat dan masa di Pusat Kejiranan Presinct 9, Putrajaya.

Padang Permainan Pusat Kejiranan Presinct 9 dipilih walaupun tempatnya terbuka tetapi kedudukannya yang agak terlindung dan tinggi daripada jalan membuatkan ia agak terlindung daripada pandangan awam.

Sehubungan dengan itu, cadangan latihan adalah setiap Sabtu, 9.00 pagi. Sebarang pertanyaan melalui telefon boleh hubungi terus: 014-9933774

Sebelum latihan diteruskan pada Mac 2010, pihak kami juga berharap pihak penduduk putrajaya dapat memberikan respon kepada cadangan kami ini termasuk mengenai masa dan tempat bagi melihat prospek silat boleh dikembangkan di Putrajaya.

Sebagai satu kelab silat, kami menumpukan kepada pengembangkan silat ke arah akademik, sosial dan disiplin yang lebih baik bagi anak Melayu. Di samping itu faktor ekonomi anak melayu juga menjadi matlamat kami untuk dibantu melalui silat.

Pihak kami mengharapkan respon dan komen pihak penduduk Putrajaya.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Nafiq semasa ujian bengkung di Putrajaya pada tahun 2008

Adik Nafiq Zikri berumur 13 tahun pada tahun ini dan salah seorang pelatih kami yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2009.

Beliau telah mula bersilat di bawah Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG) di gelanggang Taman Putra Perdana, Sepang semasa di bawah seliaan Cikgu Shams. Atas beberapa faktor masa latihan di Taman Putra Perdana, beliau tidak lagi berlatih di Taman Putra Perdana sebaliknya berlatih di Masjid As Salam, Puchong Perdana setiap Rabu malam.

Walaupun telah berpindah ke Bandar Saujana Putra, Langat latihan di Masjid As Salam masih diteruskan.

Semalam, semasa latihan pembukaan dan pendaftaran gelanggang baru kami di Bandar Saujana Putra, beliau yang turut berada di sana memaklumkan bahawa bermula isnin ini beliau akan menyambung persekolahan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Gombak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah pada ahad malam 14.02.2010 yang lepas, pihak kami telah hadir dan berjaya menguruskan pendaftaran ahli baru bagi pesilat di Gelanggang Bandar Saujana Putra.

Latihan yang diadakan di taman permainan di Taman Coral, Bandar Saujana Putra pada setiap Ahad selepas Isyak.

Malam pendaftaran tersebut, pihak dihadiri oleh beberapa ahli dewasa dan sessi pendaftaran yang dibuat malam tersebut berjaya mendapatkan beberapa ahli baru.

Namun apa yang penting, satu lagi gelanggang baru di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat berjaya ditubuhkan dan diteruskan matlamat kami dalam melahirkan generasi Melayu Islam yang lebih baik dari sudut ekonomi, sosial dan akademik.

Gambar bagi kelas pertama bagi gelanggang tersebut akan dimuat naik dalam masa terdekat.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Gambar kenangan gelanggang di SMU (A) Tarbiah Mardziah, Panchor Kelantan pada tahun 1996.

Kami telah berbincang dengan pihak kelab belia di Putrajaya namun nampaknya hasilnya tidak berapa baik. Hasil penelitian kami pula menunjukkan banyak dewan dan tempat mahu di kongsikan bagi aktiviti silat sebegini mahupun aktiviti sukan lain dengan alternatif sewaan atau perkongsian dalam bentuk lain.

Atas inisiatif tersebut juga, pihak kami sedang dalam proses mengambil pandangan beberapa pihak dan respon daripada pihak di Putrajaya nampak memberangsangkan untuk menubuhkan gelanggang di sana.

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menubuhkan gelanggang Silat Seni Gayong di bawah kelolaan penuh pihak kami di Putrajaya secepat mungkin dan mungkin kelas pertama akan bermula pada hujung bulan ini.

Maklumat mengenai masa dan tempat akan dinyatakan kelak. Bagaimanapun, mungkin satu tempat yang agak ekslusif digunakan bagi memberikan satu saingan kepada seni beladiri yang ada.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Dimana gelanggang di Shah Alam cikgu yang saya boleh join? - IM

Untuk makluman semua, beberapa gelanggang telah diwujudkan di Shah Alam yang mana maih lagi menerapkan latihan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah manakala golongan dewasa, kami galakkan berlatih di Pusat Bandar Puchong.

Beberapa Gelanggang sedia ada di Shah Alam ialah:
  • SMK Alam Megah;
  • Seksyen 27, Shah Alam; dan
  • Seksyen 16, Shah Alam;

Manakala beberapa perbincangan telah dibuat dan akan dilaksanakan beberapa gelanggang baru atas permintaan dan juga atas kehendak semasa kami. Setelah beberapa perbincangan dibuat dan gurulatih bersetuju untuk menumpukan kepada beberapa tempat cadangan gelanggang di Shah Alam, iaitu:
  • Seksyen 24, Shah Alam;
  • Seksyen 7, Shah Alam;
  • Seksyen 17, Shah Alam;
  • Seksyen 19, Shah Alam;
  • Taman TTDI Jaya, Shah Alam;

Gelanggang tersebut akan dimulakan selewat-lewatnya Mac 2010. Sekiranya tiada kerjasama jawatankuasa penduduk dapat diberikan selum Mac 2010, pihak kami mungkin akan memulakan latihan atas penyewaan biasa tempat dan dewan.

Harapan kami semoga dengan gelanggang baru ini akan memberikan satu aktiviti baru kepada anak generasi muda kita di sana dan membina hobi dan sahsiah melalui silat. Selebihnya dengan harapan matlamat kami tercapai.

Harapan kami menjadikan silat sebagai pesaing utama kepada senibeladiri lain selain menjadikan satu senibeladiri alternatif yang telah terbukti sebagai pendidik jiwa anak kita. Disiplin, Agama, Akademik dan Ekonomi menjadi matlamat perubahan kami.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]


Ada orang kata "silat ini lembut dan tiada harga". Kami ambil kata-kata sebagai semangat untuk buktikan mereka salah.

Ada orang kata "Argh Silat buat apa, orang semua pakai pistol dah!".. tapi kami ambil mudah dengan katakan "bukan semua ada pistol dan pistol adalah sementara ia berpeluru"..

Ada orang kata "Silat-silat ni dah ketinggalan zaman". Kami pandang mereka dan katakan bahawa "..silat mengajar kami kenal Islam dan terapkan apa yang baik. Kami mendidik tanpa henti pada anak bangsa. Ini sumbangan kami"

Ada orang kata "silat ini buang masa dan wang dan keje orang yang takde keje sahaja". Kami akan kata lagi pada mereka "yang kami lebih terpelajar dari kamu dan mungkin kereta kami lebih besar. Ubah persepsi kamu dan buktikan kami bodoh dengan memberikan komitmen kepada masyarakat kami melalui silat"

Dalam terus merealisasikan matlamat kami iaitu Perubahan kepada masyarakat kami dalam sudut disiplin, akademik dan ekonomi, kami kali ini akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang turut bersama kami dalam menjadikan atau ingin merubah masyarakat Melayu melalui silat.

Kami gembira sekiranya ada pihak berminat untuk bersama kami dalam merealisasikan matlamat tersebut. Kami berbangga sekiranya masih ada anak Melayu Islam yang mahu merubah dan menjaga kebajikan anak-anak kita.

Kami juga sanggup turun padang dalam mengumpulkan anak-anak kita semua dalam satu tempat selain melatih disiplin dan merubah akademik dan ekonomi anak-anak kita. Paling tidak pun ada juga hobi kepada anak-anak kita.

Malam ini kami akan berada di Pasar Malam Bandar Saujana Putra, Jenjarom bagi mengedar maklumat mengenai program pendaftaran pada esok malam dan latihan silat yang bakal diadakan pada setiap Ahad jam 9.00 malam di taman permainan di Taman Coral, Bandar Saujana Putra.

InsyaAllah, esok pula akan terlibat promosi silat di suatu tempat di Shah Alam. Beberapa kerjasama pihak pasaraya masih dalam pertimbangan.

Terima kasih kepada ahli kami yang terlibat dalam turun padang dan semoga Gayong terus maju!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Setelah berbincang dengan pihak sekolah dan pihak kami bersetuju untuk menjalankan latihan silat di sekolah berkenaan pada hari Rabu sebagaimana hari yang ditetapkan bagi program ko kurikulum sekolah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, kesemua dokumen telah dilengkapkan dan diserahkan oleh pihak sekolah kepada Pejabat Pendidikan Negeri dan latihan pertama akan dimulakan sebaik kelulusan diperolehi yang mana dijangkakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

5 gurulatih dicadangkan yang mana latihan akan diketuai oleh Cikgu Shahrin.

Manakala atas permintaan penduduk dan pelajar yang tidak dapat menyertai silat di sekolah, pihak kami juga bersetuju untuk menubuhkan satu kelas latihan di Seksyen 27, Shah Alam yang bertempat di Dewan MBSA Seksyen 27 Shah Alam.

Latihan tersebut juga akan menggabungkan latihan di Masjid Hicom Seksyen 27 dan buat masa ini latihan akan dibuat secara permohonan peribadi pihak kelab dan perbincangan dengan pihak MPP MBSA di cawangan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat bagi merancakkan lagi aktiviti dan kemudahan latihan di sana.

Terima kasih atas sokongan anda.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sememangnya pada tahun lepas lagi pihak kami telah meluluskan sedikit peruntukan untuk membolehkan 20% gambar-gambar aktiviti kami dicetakkan dan diletakkan pada satu tempat bagi memudahkan usaha promosi dan rujukan kepada peringkat baru.

Apabila nilai cetakan gambar serendah RM0.35 sekeping adalah agak rendah tetapi apabila disusun dan dipilih beberapa gambar daripada semua aktiviti yang dianjurkan dan melibatkan pihak kami, ia agak banyak jumlah.

Sedar-sedar kami telah melibatkan dalam pelbagai aktiviti dan jumlah penganjurannya amat mengagumkan bagi satu kelab kecil kami ini. Daripada 20% jumlah gambar aktiviti kami mencecah 600 keping gambar terpaksa kami kecilkan kepada jumlah yang lebih kecil sehingga hanya 486 keping gambar terpilih untuk dicetak dan disimpan bagi kenangan dan apa jua program kelak.

Sehubungan dengan itu, tahun lepas telah dibenarkan menggunakan dana kelab bagi tujuan tersebut dan insyaAllah, para pesilat dan ahli dapat melihat kesemua gambar tersebut kelak di pejabat KSSG.

Selain daripada itu, pihak kami mendapat banyak pujian dan compliment yang menyatakan kami adalah laman Silat Seni Gayong yang sehingga kini memegang rekod menyiarkan berita silat kami atau secara am yang mana secara tidak henti kepada semua Anak Gayong di luar sana dalam nilai purata 0.8 artikel sehari semenjak 19.12.2006 hingga ke hari ini.

Atas dasar himpunan artikel dan berita yang semakin lama semakin banyak dan bagi memudahkan storage web ini dan rujukan kami kelak, pihak kami mungkin akan menghapuskan beberapa artikel yang melebihi 2 tahun daripada tarikh terkini. Namun, cetakkan dan simpanan khas akan dibuat bagi rujukan pihak kami kelak.

Sekali lagi terima kasih atas sokongan dan lawatan anda ke laman web kami.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Segala puji-pujian saya panjatkan kepada Allah SWT yang dengan kudrat dan izinNya, pihak kami dan pihak AJK Penduduk di Bandar Saujana Putra sekali lagi sepakat dalam menubuhkan satu kelas silat bagi penduduk beragama Islam di kawasan Bandar Saujana Putra, Langat.

Atas persetujuan dan hasil perbincangan positif di antara pihak kami dan pihak AJK Penduduk serta surau berkenaan pada malam Isnin lepas, maka pihak-pihak bersetuju bahawa kelas akan dimulakan pada minggu hadapan di satu sudut taman di Bandar Saujana Putra.

Bagi hari permulaan, pihak kami bersama penduduk di sana akan menganjurkan satu sessi suai kenal dan penerangan mengenai kelas yang bakal diadakan tersebut serta pendaftaran ahli baru. Majlis akan diadakan seperti berikut:

Tarikh - 14.02.2010 (Ahad)
Masa - 9.00 malam (Selepas Isyak)
Tempat - Kawasan Perumahan Iris (Dekat Surau)
Hubungi - Cikgu Along : 012-2699991

Sempena dengan penubuhan kelas tersebut, pihak kami dengan ini telah membenarkan dan melantik seorang gurulatih bagi menyelia kelas tersebut dan kemungkinan akan ditambahkan kepada 2 orang lagi sekiranya kelas silat berasingan kepada pihak dewasa mendapat sambutan kelak

Akhir kata, jutaan terima kasih daripada pihak kami. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik dan komitmen pihak Tuan-tuan.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]




Bagi memudahkan urusan gurulatih mahupun para penjaga dan pesilat sendiri, pihak kami muat naikkan sekali lagi contoh Borang Pendaftaran Tahunan KSSG bagi tahun 2010 bagi membolehkan pihak yang berkenaan mencetak dan mendaftarkan keahlian tahunan segera tanpa memohon borang kepada gurulatih yang bertugas.

Pihak kami berharap dengan muat naik dan kemudahan muat turun daripada laman web ini akan memberikan lagi kemudahan kepada pengambilan ahli dan kemudahan rujukan pelbagai pihak terutama pihak Ahli Jawatankuasa Penduduk tempatan yang terlibat dalam penganjuran gelanggang di tempat mereka.

Borang tersebut boleh dilihat [di sini] dan dicetak terus [di sini] atau di muat turun terus [di sini].

Terima kasih atas sokongan semua pihak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, dengan kehadiran pelatih dewasa dan gurulatih mesyuarat tadi dapat dijalankan dengan lancar tanpa perlu majlis yang formal.


Sehubungan dengan mesyuarat tersebut beberapa idea dan cadangan program tahun 2010 antara lain;

  1. Kursus Perubatan Islam 1 - Cikgu Shams - 13.03.2010
  2. Kursus Perubatan Islam 2 - Cikgu Shams - June 2010
  3. Kursus Perubatan Islam 3 - Cikgu Shams - November 2010
  4. Pertandingan Bowling - Dir Hussin - April 2010
  5. Bowling Keluarga KSSG - Dir Hussin - 11 Januari 2010
  6. Kursus Bekam Sunnah 1 - Dir Hussin - April 2010
  7. Kursus Bekam Sunnah 2 - Dir Hussin - June 2010
  8. Kursus Bekam Sunnah 3 - Dir Hussin - Oktober 2010
  9. Mandi Tapak / Seni & Minyak - Cikgu Abu Hassan - April 2010
  10. Open House KSSG - Cikgu Abu Hassan - Oktober 2010
  11. Kembara KSSG (Lembah Klang) - Cikgu Along Shahril - Februari 2010
  12. Kembara KSSG (Negeri Sembilan & Singapura) - Cikgu Along Shahril - Mac 2010
  13. Kembara KSSG (Pahang) - Cikgu Hazil - Julai 2010
  14. Kembara KSSG (Johor) - Cikgu Hazil - Jun 2010
  15. Kursus Seni Keris - Cikgu Hazil - April 2010
  16. Kursus Seni Kapak/Tekpi - Cikgu Hazil - April 2010
  17. Kursus Seni Belantan - Cikgu Hazil - Julai 2010
  18. Pertandingan Silat Seni Gelanggang KSSG - Cikgu Shams - June 2010
  19. Kembara KSSG & PASAK Singapura (Gelanggang Gayong di Malaysia) - Cikgu Shams - June 2010
  20. Kursus-Kursus "mahagaru" (lembing, pecahan pukulan, pecahan kunci dll) - Rizal - Mac-November 2010
  21. Team Futsal KSSG - Hilmi - sekali sebulan
  22. Badminton - belum ditentukan
  23. Pertandingan Silat Olahraga & Seni Sekolah-sekolah - belum ditentukan


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]




Alhamdullilah dengan perbincangan yang telah dibuat dengan pihak Sekolah terutama guru penasihat kelab silat SMK Alam Megah, Shah Alam maka InsyaAllah latihan silat akan diadakan di sekolah berkenaan bermula pada minggu depan.

5 nama gurulatih dibekalkan bagi ditugaskan di sekolah berkenaan dan segala kerjasama pelbagai pihak kami hargai.

Terima kasih atas kepercayaan pihak sekolah dan beberapa pihak lain yang terus memberikan kepercayaan kepada kami dalam menawarkan tempat di sana. Pihak kami berharap dengan nama baik yang cuba kami jaja ini akan memberikan kesan baik kepada smeua Silat Seni Gayong yang ada dan menjadi alternatif utama anak bangsa membaiki mutu disiplin dan hidup.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Pihak kami mendapat SMS menyatakan satu perjumpaan dan mesyuarat bagi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ketua Adat (wakil negeri) PSSPGM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:
14.02.2010 (Ahad)

Masa:
2.30 petang

Tempat:
Gelanggang Pusat PSSPGM, Gurun Kedah Darul Aman

Agenda:
Tidak Dimaklumkan


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Cikgu Along

Bermula pada Februari 2010, Cikgu Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Along akan mengetuai gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Seksyen 16 Shah Alam.

Promosi dan pembaikan latihan dan gelanggang di dua gelanggang yang dinamakan tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh beliau.

Gelanggang Bandar Bukit Puchong sebelum ini diketuai oleh Cikgu Shams manakala Gelanggang Seksyen 16 Shah Alam diketuai oleh Cikgu Dir Hussin terpaksa melepaskan atas beberapa alasan komitmen masa yang mana kini banyak menghadiri latihan dan gelanggang lain tidak termasuk komitmen kerja dan peribadi.

Selain itu, penyerahan gelanggang juga dibuat bagi satu memberikan laluan kepada satu program skima pemarkahan baru dalam ujian bengkung yang bakal dilaksanakan selepas diluluskan dalam mesyuarat KSSG pada April 2010.

Sebarang pertanyaan bagi kedua-dua gelanggang boleh terus berhubung dengan Cikgu Along : 012-2699991


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Baru-baru ini pihak kami ada memaklumkan bahawa satu lagi gelanggang sekolah mungkin akan dibuka pada tahun 2010 menjadikan gelanggang sekolah ke-4 kelolaan dan pentadbiran pihak Kelab kami.

Komunikasi bagi tujuan tersebut telah dibuat dan perbincangan telah dibuat dan InsyaAllah perancangan dan kelas akan bermula tidak lama lagi dalam bulan Februari 2010.

Sementara kelas dan pendaftaran dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)diuruskan oleh pihak sekolah tersebut, pihak kami akan war-warkan info terkini pada masa akan datang setelah latihan pertama dimulakan.

Pihak kami juga memberikan penghargaan kepada PPD, pengurusan sekolah tersebut mahupun pihak Pesuruhjaya Sukan dalam membantu kami menjayakan usaha ke arah men-silat-kan anak-anak Melayu bagi satu alternatif ke arah disiplin dan akademik yang lebih baik.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Alhamdulillah latihan hari ini menampakkan perkembangan positif dalam penubuhan gelanggang Silat Seni Gayong di SMK USJ18 yang telah dipersetujui bersama antara pihak kami dan pihak sekolah serta PPD baru-baru ini.

Beberapa puluh orang pelajar sekolah mendaftar untuk menjadi ahli silat dan berlatih pada masa dan tempat yang ditetapkan pada setiap minggu.

Bagaimanapun, kehadiran dan pendaftaran terkini semasa kelas pertama tadi mencecah 110 orang pelajar yang mana kesemuanya menunjukkan minat kepada silat. InsyaAllah sekiranya usaha ini diberkati dan mendapat sokongan semua pihak mungkin bilangan pelatih sekurang-kurangnya 60 orang akan kekal sehingga September 2010.

Latihan hari pertama hanya menjurus kepada asas tangan (1) sahaja dan beberapa teknik lompatan asas yang mana berjaya dilatih pada hari pertama dan semua progress amat membanggakan.

Harapan kami dengan pertambahan ahli ini, perkembangan Silat Seni Gayong akan terus mendapat tempat di seluruh Malaysia terutama di kalangan orang melayu sendiri.


Share/Save/Bookmark