Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

Ini bukan gambar sebenar PPR Kota Damansara. Gambar Gelanggang akan diupload kelak.

Alhamdullilah setelah setahun Gelanggang Silat Seni Gayong di bawah pentadbiran kami bertapak di PPR Kota Damansara, kini dengan kerjasama pihak ADUN Kota Damansara terutamanya pihak pentadbiran jawatankuasa penduduk di PPR Kota Damansara, sebuah gelanggang kekal dan selesa kepada pelatih telah disiapkan terutama kepada anak-anak tempatan PPR tersebut.

Keluasan tanah kosong hampir 3000 kaki persegi yang digunakan bagi latihan sebelum ini telah lengkap dijadikan gelanggang setelah gotong-royong demi gotong royong dijalankan sepanjang tahun 2009.

Sebagai pembukaan tahun ini, gelanggang tersebut akan diberikan satu nama khas kepada gelanggang tersebut dan juga pembinaan pagar yang lebih selesa dan berzink sementara telah siap pada minggu lepas.

Sehubungan dengan ini pihak kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran PPR terutama Encik Ramli dan pelatih dewasa KSSG yang banyak membantu.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semasa latihan pada hari rabu lepas, gelanggang Masjid As Salam penuh dengan pelatih baru dan juga pelatih lama yang dijangkaui melebihi 40 orang tidak termasuk beberapa pelatih yang masih tidak memulakan latihan pada malam tersebut dan ahli-ahli lama yang tidak hadir.

Sambutan luar biasa tersebut dikatakan diterima selepas beberapa promosi dibuat oleh pihak kami melalui flyers tajaan melalui lampiran akhbar yang mana kebanyakannya mendapat sokongan para penjaga sepenuhnya. Alhamdullilah.

Ramai diantara remaja yang hadir semalam adalah dalam lingkungan bersekolah menengah yang masing-masing seronok berlatih dalam keadaan agak ramai dan.

Pihak kami amat berbangga dengan sokongan dan usaha pihak penjaga dan ibubapa dalam menaruh kepercayaan kepada pihak kami terutama seni silat dalam melahirkan satu generasi baik walaupun terdapatnya senibeladiri yang lain di kawasan tersebut.

Malah yang lebih kami syukurkan kepada Allah SWT apabila banyak permintaan dalam minggu ini datang daripada Taman Alam Megah, Shah Alam yang mana memohon agar satu gelanggang silat daripada kelab kami dibuka latihan di situ.

Berbalik kepada cadangan tersebut seorang penduduk yang mencadangkan tersebut mungkin akan mencadangkan mahupun mengusahakan satu tempat bagi tujuan tersebut. Dalam masa yang sama, pihak kami mungkin akan mengusahakan perkara yang sama kerana tahun 2010, pihak kami menaruh minat untuk memperluaskan gelanggang melalui masjid.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


3-4 hari yang lepas, pihak kami berkesempatan menemui pihak yang menyelia mengenai aktiviti belia dan sukan serta kebudayaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan satu tawaran dan cadangan bagi menjayakan satu program silat seni peringkat kawasan pentadbiran MPSJ iaitu daripada hujung Subang Jaya sehingga hujung Seri Kembangan.

Antara cadangan kami ini ialah terdapatnya banyak gelanggang silat di sekolah mahupun gelanggang awam ditubuhkan dan bergerak aktif di kawasan pentadbiran MPSJ yang dikatakan lebih aktif daripada seni beladiri lain. Namun, kekurangan promosi serta nama baik dalam pergerakan organisasi silat serta silat itu sendiri maka ia dilihat sebagai golongan minoriti yang tidak mendapat tempat.

Cadangan kami tersebut telah didengar dan diterima bagi pertimbangan lanjut bagi mendapatkan kelulusan mesyuarat MPSJ akan datang sekiranya ia berjalan lancar.

Antara keperluan untuk mengadakan himpunan dan pertandingan tersebut ialah bagi mempromosikan seni silat dan mengembalikan kecemerlangan silat serta menjadikan alternatif terbaik bagi aktiviti masa lapang anak remaja. Ternyata pengalaman kami selama bertahun dalam merencanakan program dan aktiviti silat dapat membentuk bukan sahaja disiplin yang baik tetapi akademik yang lebih cemerlang.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Pihak kami telah sahkan kesudian rakan kita yang juga ahli silat yang kini banyak menumpukan kepada perubatan Islam di Melaka, Ustaz Wan Asrul daripada Terapi Islam Al Fatah (TIAF) untuk bersama kita dalam menganjurkan kursus perubatan Islam kali pertama di Puchong di bawah anjuran pihak kami.

Kandungan kursus akan disediakan sepenuhnya oleh Ustaz Wan Asrul dan kesemua kelengkapan lain akan disediakan oleh pihak kelab.

Pihak kami berharap kursus perkongsian ilmu tersebut kelak akan merancakkan lagi kursus-kursus perkongsian ilmu yang bakal diadakan oleh pihak kami pada tahun ini.

Selain daripada perkongsian ilmu yang bakal dilaksanakan tersebut, semua majlis dan kursus yang bakal diadakan oleh kami akan membuat kutipan dana bangunan bagi membolehkan pembelian satu premis berharga RM200 ribu pada akhir tahun 2012. InsyaAllah.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]



Bermula daripada hari ini, satu laman khas bagi peralatan silat untuk jualan akan diaktifkan bagi membolehkan beberapa barangan samada untuk latihan silat atau koleksi dijual kepada pengunjung blog yang telah tertangguh beberapa 5-6 bulan.

Ia juga diwujudkan atas permintaan rakan-rakan dan juga pengunjung blog kelab ini semenjak 2 tahun yang lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan atas kesibukan yang amat dengan aktiviti tersendiri.

Selain daripada kemudahan pembelian oleh pengunjung, pihak ahli dewasa juga turut boleh mempamerkan dan menjual apa jua item berkenaan seni beladiri di laman tersebut.

Sila klik url di atas bagi ke laman tersebut.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Tadi seorang guru sekolah menelefon pihak kami mengenai satu sekolah yang juga berminat untuk mengadakan kelas silat di sekolahnya.

Sebarang update masih belum boleh dibuat memandangkan belum membuat apa jua perbincangan dengan pihak sekolah yang berada di Shah Alam tersebut.

Pihak kami berharap pembukaan tahun 2010 akan menjanjikan pembaharuan dalam nama baik Gayong bukan setakat bagi kami tetapi kesemua pihak dan pertubuhan Silat Seni Gayong. InsyaAllah.

Ketepikan kesemua permusuhan dan hasad dengki mahupun perbezaan pendapat dan teruskan dengan tujuan asal dalam mengembangkan Gayong. Kurangkan bercakap dan banyakkan kerja.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sebagai langkah baru dalam mempromosikan web dan Silat Seni Gayong di bawah pimpinan kami dan rakan-rakan kami yang lain, kami lancarkan Fan Page kami.

Sebarang cadangan dalam membaiktaraf amat dialukan. Taip "Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya" di facebook anda. InsyaAllah akan jumpa kami di sana.



Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

"Cikgu bagaimana nak kursuskan (ayat asal tapi saya faham maksudnya kepada KURUS) dan kelihatan agak tegap baru sesuai jadi org silat" - PM Facebook (14.01.2010)



Hujung minggu ini saya nak kongsikan satu senaman yang agak berkesan tanpa keluar modal satu sen pun. Cuma perlukan kerajinan dan komitmen sahaja.

Cubalah dan kesannya memang nyata kerana secara peribadi pada tahun 90an, beberapa latihan ini saya amalkan. Cuma sya tegaskan balik, komitmen adalah penting.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Harapan kami agar perbincangan yang bermula pada tahun lepas tetapi terlewat untuk memulakan sessi 2009 agar dapat direalisasikan pada 2010.

Dengan pembincangan akhir nanti, harapan kami agar menjadikan 2 sekolah bagi gelanggang baru tahun 2010 tercapai.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Seperti biasa, setiap tahun bagi memudahkan urusan gelanggang dan perhubungan dengan pelbagai pihak, pihak KSSG mengeluarkan Sijil Pengesahan kepada beberapa nama bagi menjalankan tugas gurulatih bagi pihak KSSG sessi 2010.

Bagi yang masih belum berikan nama penuh dan kad pengenalan, sila berbuat sedemikian untuk membolehkan Sijil Pengesahan di isukan sekiranya perlu.

Antara yang disenaraikan setakat 12.01.2010 ialah Cikgu Shams, Cikgu Hazil, Dir Hussin, Cikgu Abu dan Cikgu Along.





Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Tahun 2010, akan menjadikan perjalanan Silat di Masjid As Salam, Puchong Perdana aktif buat tahun ke 3. Gelanggang ini dimulakan September 2005 di Dewan Masyarakat Puchong Indah dan kemudiannya di tukar ke Masjid As Salam memandangkan penyewaan yang sering dibuat oleh pihak luar bagi aktiviti tertentu. Pejam celik, dah 4 tahun gelanggang ini diusahakan oleh kami semua. Alhamdullilah, kami masih komited. Kami hanya perlukan doa dan sokongan moral. Kewangan kami boleh usahakan.

Gambar ini antara yang diambil semasa perbincangan dengan wakil belia Masjid As Salam, Encik Azmi tempohari yang memuatkan berita mengenai silat ini di blog Masjid As Salam. Sila klik
[di sini] untuk berita lanjut.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Setelah beberapa perbincangan melalui telefon dan perjumpaan pada pagi tadi, InsyaAllah pada minggu terakhir bulan Januari 2010 akan diadakan kelas pertama silat di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8, Subang Jaya.

Terima kasih atas kerjasama pihak guru penyelia kelab silat sekolah, Cikgu Rozita dan Penolong Kanan Ko-korikulum sekolah serta Pengetua, Cikgu Mariyamah.

Kepada pihak pelajar yang berminat boleh hubungi Cikgu Rozita dan beberapa pengambilan telah dibuat dan amat menggalakkan. Target latihan akan diberikan terus kepada penyertaan dalam pertandingan.

Harapan kami dengan lembaran tahun baru ini, KSSG mampu pergi lebih jauh dengan pelbagai program yang bakal menghiasi aktiviti kami sepanjang tahun 2010.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Upacara buka gelanggang malam program oleh pesilat paling cilik KSSG, Tok Syeikh Serban Merah namanya. Nasib baik dia tak buka gelanggang kat pin bowling.

Seawal jam 8.00 malam beberapa orang bertolak daripada gelanggang dan pertemuan sebagaimana yang dijanjikan jam 9.00 malam di Ampang Bowling, IOI Mall.

Semua tidak sabar nak mulakan permainan. Lama sungguh Cikgu Jai bersiap.

Pemain-pemain bukan pilihan sedang membincangkan sesuatu dengan Pengarah Program, Cikgu Dir sebelum dua lane disediakan untuk permainan malam tersebut.

Permainan malam tersebut tamat pada jam 12.00 tengahmalam dan semua penyertaan pada malam tersebut yang dihadiri sekitar 15 orang amat dihargai. Kepada yang kena kerja dan kebetulan terdapat urusan lain, sayangnya tak dapat lihat Master Jai beraksi.

Cikgu Dir Hussin baru selesaikan lontaran kencang ajaibnya. Strike ke Stroke?..

Antara Pelatih dan gurulatih KSSG bersama keluarga mereka. Nampak gaya permainan dan jelingan Cikgu Hazil, rasa macam ada program ini kali kedua saja.. ada berani ka?


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]



Latihan sabtu lepas, latihan asas sepakan sebanyak 300 kali dan selepas 200 kali nampaknya beberapa pelatih ada yang masih lagi larat untuk teruskan [sila lihat video]

Selepas latihan kaki dan stamina kami buat sedikit latihan asas Cindai dengan memberikan penerangan mengenai perbezaan antara jerut dan cindai dalam Gayong. Beberapa contoh jerut boleh dirujuk di dalam video di atas. Contoh Cindai tidak dipamerkan.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Pada tahun 2010, pihak kami akan mengadakan kursus pendek iaitu "Kursus Sehari Bersama...." Kursus ini akan menengahkan beberapa tokoh silat baru dan lama. Beberapa pelajaran baru akan diketengahkan oleh gurulatih muda seperti permainan kapak, lembing, kerambit, cindai dan beberapa permainan lain yang biasanya tidak dimasukkan di dalam silibus secara tetap.

Manakala gurulatih lama yang terdiri daripada orang lama akan menjalankan kursus lebih kepada teknik dan rahsia dalam pelajaran tersebut.

Beberapa orang gurulatih muda dan tua telah dihubungi dan kini dalam proses pengaturan jadual bagi kursus tersebut yang mungkin akan diadakan selama sehari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan sebelah malam akan digunakan sepenuhnya bagi perbincangan dan sessi kenal lebih rapat. Belasah dulu baru kita kenal-kenal.

Sekiranya tiada aral melintang, kursus yang bakal diadakan sekali sebulan ini akan dijalankan pada akhir Februari 2010 dan notis kursus selama 2-3 minggu akan diberikan bagi tujuan penyertaan. Pernyertaan terhad kepada 20 orang sahaja pada satu-satu kursus yang dikendalikan oleh gurulatih muda. Manaka kursus oleh gurulatih lama terhad kepada 50 penyertaan sahaja. Pernyertaan adalah terbuka kepada semua pelatih Silat Seni Gayong tanpa mengira pertubuhan.

Kos kursus yang dicadangkan ialah merangkumi kos tenaga pengajar, kos makan dan derma tabung bangunan KSSG. Penginapan boleh disediakan. Manakala kos kursus yang dijalankan oleh orang lama akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi kerana hasrat kami untuk memberikan kos tenaga pengajar yang lebih atas dasar daya usaha mereka.

Bagi menyemangatkan lagi, pihak kami akan mengadakan kursus mengenai teknik dan rahsia senjata dalam Silat Seni Gayong yang akan diadakan akhir Mac 2010 bersama Cikgu Awang bin Daud. Apabila tarikh dan persetujuan dalam perbincangan dibuat, kami akan nyatakan tempat dan masanya.

Sentiasa update bersama blog kami untuk dapatkan berita terkini.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Aktiviti tahun 2010, Kelab Silat Seni Gayong akan membuka lembaran programnya dengan penganjuran Pertandingan Bowling keluarga KSSG yang akan mempamerkan bakat-bakat terendam pesilat mahupun gurulatih serta keluarga mereka di tempat yang dijanjikan iaitu di litar bowling IOI Mall.

Program pertama tahun ini adalah dianjurkan oleh KSSG di bawah seliaan Cikgu Dir Hussin selaku penganjur dan pengarah kepada program pertama ini. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa: 09.01.2010 (9.00 malam)
Tempat: Pusat Bowling IOI Mall
Hubungi: 012-2395170 (Dir Hussin)
Kos: RM15.00 Seorang
Nota: Sila bawa anak isteri mahupun teman-teman yang sedia ada.
Kami berharap dengan program sebegini dapat menjalinkan hubungan erat antara persilat, gurulatih dan pentadbir. Selain itu hanya untuk lebih mesra keluarga.


Share/Save/Bookmark