Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

Pihak kelab mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah buat para Anak Gayong yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mana telah mendapat keputusannya baru-baru ini.

Selain itu, semalam kami juga mendapat khabar beberapa orang yang tidak bernasib baik sebelum ini turut mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam pada sessi akan datang dan seterusnya akan menyertai rakan-rakan mereka sebelum ini.

Pihak kami berharap dengan keputusan cemerlang dan baik tersebut bukan sahaja menggembirakan hati para ibu dan bapa tetapi sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada rakan-rakan segelanggang yang lain untuk terus lebih cemerlang daripada anda.

Menjadi harapan dan hasrat kami untuk terus untuk memberikan tekanan kepada aspek disiplin dan budaya Islamik selaras dengan tuntutan semasa dalam kecemerlangan akademik di semua peringkat.

Menjadi kebiasaan, pihak kelab menyediakan beberapa insentif seperti tajaan buku nota bagi peperiksaan yang bakal dihadapi atau bagi standard tingkatan yang baru. Selain itu, pihak kami juga ada memberikan sijil penghargaan dan wang sagu hati sebagai menambahbaik harapan yang sedia ada.

Untuk tujuan di atas, sila berhubung dengan gurulatih anda dan salinan keputusan boleh diberikan kepada pihak Kelab melalui gurulatih gelanggang.

Sebarang gambar yang terlibat akan dipamerkan di sini sekiranya ada atau dibekalkan oleh pihak gurulatih anda. Sekali lagi sekalung tahniah daripada kami.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Pihak Kelab mengucapkan tahniah kepada Cikgu Zulkifli Puteh atau Zul Klang atas Majlis Pertunangan tempohari di Pontian, Johor.

Semoga apa yang dirancangkan akan dipermudahkan kesemua urusannya oleh Allah SWT

InsyaAllah, pihak Kelab telah perkenankan agar demo kahwin nanti akan diketuai oleh Cikgu Besar kita, Cikgu Jai.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Saya lihat ada banyak flyers sekarang pasal Gayong Tuan di sekitar Puchong dan Shah Alam. Kenapa kita perlu cari timba? - SMS kepada 014-9933774 (SSG)

Pepatah melayu yang menekankan bahawa timba yang patut mencari perigi sudah tidak relevan di zaman millenium baru ini. Pegangan pada pepatah tersebut juga silat hilang identiti sedikit demi sedikit dalam mendisiplin bangsa melayu Islam dan tugas ini diambil alih oleh senibeladiri berbaju putih lain walaupun sejarah mereka bermula pada tahun 60an dan 70an.

Kita tewas kepada senibeladiri yang semuda 30 tahun di bumi Melayu sedangkan silat yang digunakan untuk menghalau penjajah sejak berzaman mula ditinggal zaman.

Orang yang bercakap itu dan ini bukan orang yang komited dan memberikan komitmen dalam membantu silat untuk naik setaraf atau melebihi senibeladiri lain. Sebaliknya, kita hanya bercakap tanpa melihat pada sejarah dan fakta semasa bagaimana keadaan senibeladiri dan kemajuan senibeladiri di bumi melayu ini.

Orang melayu masih berpegang, silat tidak perlu dipromosikan dan murid akan datang bertandang untuk ilmu. Dulu lain sekarang lain. Dulu satu gelanggang berpuluhan murid dapat dikhatamkan dalam bangsal silat daripada ratusan ahli yang belajar. Kini berapa penyertaan kita dan berapa orang yang dikhatamkan.

Orang Melayu masih berpegang pada perigi patut tunggu dan timba akan mencari. Maka gelanggang yang melahirkan gurulatih akan tinggal berapa kerat. Ada yang tidak sudi membuka gelanggang. Ada yang malas kerana banyak lagi tanggungjawabnya terhadap keluarga dan kerjaya. Macamlah dia seorang yang ada kerjaya dan keluarga.

Itu dan ini masalah yang timbul, maka yang tua akan pergi dulu menghadap Illahi pada lumrahnya. Yang muda memang tidak boleh diharapkan lagi. Tinggallah silat pada kaki dan tangan yang tahu silat tapi tidak pandai memanipulasikan hasrat sebenar silat melayu ini diketengahkan dalam masyarakat.

Silat Melayu diajar untuk membunuh. Diajar bagaimana untuk hebat. Ghaib dan pelbagai perkara yang mencarik adat. Ini semua bekalan bagi yang mencari dajal di bumi Melayu. Jika itu yang mereka fikir, mereka silap.

Sejarah dan tradisi silat membuktikan bahawa silat diajar bagi mendisiplinkan masyarakat melayu. Mulai dengan silat, anak melayu diajar bagaimana sikap hormat dan budayanya. Diserapkan ilmu agama dengan tahap tertinggi secara praktikal bagi selari dengan kehidupan duniawinya. Kehebatan fizikal hanya datang selepas itu. Cubalah bertanya guru-guru lama, dalam silat apa yang hebat? bagi saya, orang lama akan jawab, di situ orang melayu selitkan agama secara praktikal.

Sempena tahun 2010 ini, beberapa anak Gayong kami menyumbang secara peribadi dari sudut kewangan dalam membuat banner dan flyers untuk edaran di semua kawasan gelanggang kami.

Edaran ini bukan bermaksud promosi yang mengutamakan keuntungan mahupun keahlian. Ini dinyatakan di dalam artikel sebelumnya [klik di sini] yang mana ini adalah bagi menaikkan martabat dan pengetahuan masyarakat mengenai Silat Seni Gayong yang kini terpaksa menghadapi realiti yang bukan sahaja Silat Seni Gayong tetapi semua silat menghadapi masalah penyertaan dan minat masyarakat. Malah ada melayu sendiri kutuk senibeladiri melayu ini. Bukan marah kepada yang mengutuk, tapi sedih kalau silat hanya dilihat sebagai satu seni kasar untuk mengasari. Sebaliknya kami melihat ia satu cara kami berkhidmat kepada masyarakat.

Kalau dulu silat boleh memegang akhlak dan agama masyarakat. Kenapa kita tidak teruskan dengan hasrat yang dimulakan oleh orang-orang melayu terdahulu?

Kami tidak fanaktik dengan silat dan muak dengan senibeladiri lain. Apabila diberikan satu pilihan, apa yang terbaik untuk dipilih? Fikir-fikirkan lah.

Kami berhasrat dengan edaran promosi tersebut dapat kami menaikkan kembali nama Gayong di bibir masyarakat melayu dan orang-orang lama sanggup berkongsi rahsianya dengan kami. Kami amat berhasrat dengan tindakan kami ini, lebih ramai masyarakat melayu memilih silat sebagai medium kepada disiplin senibeladiri.

Terima kasih atas teguran.





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Latihan silat bagi kesemua gelanggang silat di bawah kelolaan kami akan memulakan sessi tahun 2010 pada minggu pertama 2010 ini. Hari dan masa latihan adalah seperti biasa.

Gelanggang yang terlibat dengan cuti pada Disember 2009 akan dimulakan pada minggu ini. Antara gelanggang yang terlibat ialah;
  • Gelanggang Bandar Bukit Puchong;
  • Gelanggang Kota Damansara;
  • Gelanggang Taman Bukit Subang;

Manakala gelanggang lain yang tidak bercuti pada Disember 2009 diteruskan seperti biasa. Selamat menempuhi tahun baru dengan pelbagai perancangan dan azam yang bakal dipenuhi.

Salam Gayong buat semua!


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Alhamdullilah berkat sokongan demi sokongan dalam melaksanakan kelas-kelas silat bagi menunaikan hasrat dan azam kami untuk menaikkan disiplin dan mutu generasi anak Muslim dilihat semakin baik dan mencapai sasaran azam setiap tahun.

Malah lebih membanggakan apabila dilihat pencapaian dan peningkatan semasa KSSG dilihat melebihi daripada apa yang dirancang dan diazamkan. Alhamdullilah, harapan kami agar kelab ini terus dilihat sebagai pemangkin ke arah sesuatu yang positif dalam menaikkan dan menjaga baik goodwill Silat Seni Gayong.

Antara Azam 2010 ialah:

1. Penumpuan Latihan Kepada Gelanggang yang Sedia Ada
Pembukaan gelanggang baru hanya akan dibuat pada kehendak dan keperluan semasa sahaja. Tiada gelanggang silat baru di Puchong pada tahun 2010 kecuali melalui sekolah sahaja.

2. Promosi & Publisiti Gayong
Promosi dan publisiti akan dibuat melalui iklan di Majalah Seni Beladiri atas nama SILAT SENI GAYONG dan link di www.kssgayong.com akan dibuat bagi gelanggang-gelanggang Silat Seni Gayong yang aktif di seluruh Malaysia. Iklan akan dibuat selama 12 bulan secara berterusan dan kemungkinan akan bermula daripada Februari 2010. Pengiklanan adalah ditaja oleh beberapa individu daripada pihak kelab.

Selain itu, flyers akan mula diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam, Puchong, Subang Jaya, Damansara dan Kepong. Flyers dan pengedaran berbayar akan dibuat oleh pihak kelab atas tajaan beberapa pihak individu.

Pihak KSSG menjangkakan promosi turut akan dipanjangkan melalui penghebahan melalui media mengenai aktiviti pihak kelab pada tahun 2010. Butiran lengkap akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Penggunaan kelebihan melalui email, web, blog, online video akan diperkasakan bagi mempercepatkan mutu nama baik Silat Seni Gayong yang tidak akan menumpukan kepada KSSG sahaja sebaliknya semua pertubuhan dan gelanggang Silat Seni Gayong.

Publisiti dan promosi ini adalah lebih condong kepada memberikan impak positif dalam pengembangan Silat Seni Gayong terutama dalam nama baiknya dan tidak berniat untuk meramaikan ahli semata-mata.

3. Perbanyakan Kursus Pendek Untuk Silibus & Sampingan
Pihak kelab akan memperbanyakkan kursus mengenai silibus tetap kami daripada tangan kosong sehingga senjata bagi berkongsi ilmu dan silibus seterusnya memberikan peluang untuk latihan kepada gurulatih selain mengemaskinikan silibus yang ada.

Kursus silibus sampingan yang biasanya tidak diberikan di dalam silibus mahupun senarai untuk ujian bengkung juga turut akan diadakan bagi tujuan yang sama. Selain daripada itu, kemungkinan kursus tidak akan menetapkan satu tahap bengkung mahupun taraf.

Kursus akan dibuka pada tempat yang terhad dan kepada mana-mana Anak Gayong yang berminat dan dikenakan kos minima bagi dana bangunan kelab kami yang sedang diusahakan.
4. Mengusahakan dan Membantu Dalam Merealisasikan Satu Kursus Silat Antarabangsa Oleh Lagenda Silat Seni Gayong
Kami sedang mengusahakan dan akan cuba membantu sedaya upaya bagi menganjur bersama satu kursus silat di luar negara yang mana butirannya akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami akan cuba membantu bagi merealisasikannya dalam soal di Malaysia dari sudut kos dan apa yang termampu.

Perbincangan ada dibuat dan InsyaAllah dengan semangat gurulatih-gurulatih kita dan harga nama baik Silat Seni Gayong yang ada, semuanya akan berjalan dengan lancar. Satu nama guru lagenda dalam Silat Seni Gayong telah dicadangkan dan akan dibincangkan dengan beliau lagi pada akhir Disember nanti. Nama tersebut adalah dicadangkan oleh penganjur pada mulanya

5. Memperkemaskan Sistem Pentadbiran, Portfolio dan Kewangan Dalam Struktur Organisasi KSSG
Mesyuarat yang bakal diadakan akan membariskan golongan yang komited untuk memperjuangkan nama baik silat warisan melayu ini selari dengan hasrat kami untuk menjadikannya satu flatform alternatif yang terbaik untuk melatih disiplin dan membaiki mutu generasi anak Muslim pada masa ini.

Dengan struktur yang kemas, harapan kami penganjuran program akan lebih teratur dengan pemimpin Gayong yang lebih bertanggungjawab dan amanah. Selain itu, pihak amat berharap pada September 2011 harapan kami untuk memiliki satu tempat khas untuk silat kami di bawah milikan Pemegang Amanah yang bakal dilantik kelak
Terima kasih atas sokongan ada semua pada tahun 2009.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Ada orang tidak percaya yang mattress sudah sampai dan digunakan. Maaf kerana tidak sertakan gambar semasa posting awal. Ini kami sertakan sekarang beberapa gambar awal di hari pemasangannya.

Di pasang dari hujung ke hujung gelanggang dengan merangkumi empat penjuru gelanggang bagi kemudahan latihan.

Antara ahli teknikal KSSG menjalankan tugas sebagai warm up latihan hari tersebut. Terima kasih Cikgu Zul dan Cikgu Along

6 keping mattress di hujung tepi cermin tidak dipasangkan bagi membolehkan kami meletakkan beberapa alat senaman semasa hari latihan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pertemuan telah cuba dibuat dan dirancang beberapa kali di Kuala Lumpur dan di Kuala Lipis tetapi asyik terbengkalai dek masalah masa dan komitmen lain. Namun Alhamdullilah baru-baru ini, sempat juga saya (shams) bertemu muka dan sembang ringkas dengan salah seorang Anak Gayong yang banyak menyumbang info melalui internet.

Ramai yang mengenalinya di laman maya tanpa mengenali siapa gerangan Anak Gayong tersebut. Alhamdullilah, pertemuan tersebut diharapkan dapat merapatkan hubungan saya secara peribadi dengan beliau dan juga kelab kami dan juga beberapa guru Silat Seni Gayong kelak.

Anak Gayong yang dimaksudkan ialah Cikgu Amru daripada Teluk Intan yang kini bertugas di Kuala Lipis yang juga lebih dikenali sebagai Tok Dukun Pun Pengsan (TDPP).

Walaupun pertemuan tersebut amat ringkas memandangkan saya mempunyai komitmen lain selain mengejar masa untuk latihan di Kuala Lumpur pada sebelah malamnya, Alhamdullillah pertemuan ringkas di Benta bersama keluarga beliau adalah satu penghargaan kepada pihak kami dalam meluaskan hasrat kami untuk mengenali guru-guru Gayong dan individu yang mempunyai komitmen tinggi dalam Silat Seni Gayong ini.

Butiran mengenainya tidak saya akan panjangkan di sini, bagaimanapun antara yang saya ingin kongsikan adalah dalam pertemuan tersebut saya dan pihak kelab diberikan penghargaan untuk menyimpan kesemua bahan bacaan lama seni beladiri seperti Seni Silat, Pendekar, Seni Beladiri dan beberapa majalah lain yang mana mulai di kumpul oleh beliau seawal pertengahan 1980an.

Apa yang menarik lagi edisi yang diberikan sebagai cenderamata itu merangkumi edisi pertama majalah Pendekar yang diterbitkan oleh A. Rahman Hassan pada tahun 1980an.

Kebanyakan majalah Pendekar lama ini ada berusia melebihi 21 tahun yang mana secara peribadi saya merasakan ramai antara Anak Gayong saya di Puchong belum lagi lahir atau masih kecil pada masa tersebut dan saya masa tersebut masih di birai Sungai Kelantan dalam mengintai gelanggang Silat Seni Gayong di rumah Pak Jab di Kampung Tikat, Kelantan.

Sebagaimana yang dijanjikan, majalah tersebut akan dibinding hard cover dan disimpan bagi rujukan dan pembacaan Anak Gayong di bawah seliaan kelab ini. Bagaimanapun, urusan tersebut hanya akan selesai pada Februari 2010 dan hanya boleh dilihat dan dibaca selepas tarikh tersebut. Selain daripada hard cover, beberapa scanning kepada beberapa majalah tertentu mungkin dibuat untuk urusan rekod pembacaan kami.

Pihak kelab juga akan berkongsi dengan pihak pembaca mengenai majalah tersebut setiap minggu bermula 01.01.2010. Setiap minggu pihak kami akan memasukkan beberapa gambar lama yang diambil daripada majalah-majalah tersebut bagi membangkitkan nostalgia dan perkongsian beberapa maklumat daripada majalah-majalah lama tersebut.

Pihak kami berharap dengan tindakan sedemikian, kesemua pihak terutama pembaca web ini mendapat manfaat bersama. Apa pun, pihak kami amat menghargai dan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Amru. Terima kasih, Cikgu!





Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1. Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah membayar yuran tahunan kepada kelab.

Bil. Jenis Ahli Yuran Tahunan
1. Ahli Biasa RM 15.00
2. Ahli Kehormat TIADA
3. Ahli Remaja RM 15.00

7.2. Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Febuari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

7.3. Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli berkenaan.

7.4. Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula. Beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran tahunan dan penalti sebanyak RM20.00. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Induk berhak tidak mengenakan sebarang denda penalti sekiranya dirasakan perlu. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

Sehubungan dengan itu, borang-borang tahunan dan keahlian akan mula diedarkan mulai minggu hadapan bersama surat makluman pihak kelab (bagi pesilat remaja dan kanak-kanak) bagi membolehkan kutipan dibuat sebelum Februari 2010.

Borang pendaftaran tahunan dan bayaran tahunan sebanyak RM15.00 setahun perlu dikepilkan bersama bagi memudahkan urusan pihak kelab.

Wang pendaftaran tahunan dan ahli baru sebanyak RM15.00 akan dibahagikan menurut perlembagaan PSSPGM dan wang keahlian baru dan tahunan akan dihantar kepada pihak PSSPGM Pusat di Gurun Kedah sebagaimana yang dilaksanakan semenjak 2006 (setahun sebelum KSSG didaftarkan). Manakala selebihnya akan disimpan oleh pihak Bendahari kelab bagi kegunaan kelab yang mana kebanyakannya digunakan untuk pelbagai program silat mahupun dana kecemerlangan akademik Anak Gayong dan bantuan tajaan dalam apa-apa jua program.

Pembayaran sebanyak RM15.00 setahun bagi yuran tahunan adalah diwajibkan kepada semua termasuk gurulatih-gurulatih tanpa apa jua diskriminasi dalam melaksanakan perancangan tahunan kelab.

Setelah pembayaran keahlian dan tahunan dibuat sebanyak RM15.00, resit akan diberikan dalam bentuk kad keahlian tahunan sebagaimana biasa iaitu berwarna kuning dan mempunyai data peribadi termasuk nama, alamat, pencapaian bengkung, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian tahunan.

Nombor kad keahlian tersebut adalah antara syarat utama untuk ujian bengkung dan pengeluaran sijil oleh pihak kelab bermula daripada Mei 2009.

Kerjasama pihak ahli amat dihargai.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

"Demi kebaikan perjalanan dan perkembangan Silat Seni Seni Gayong di masa depan, kami cabar kepada Anak Gayong gelanggang lain untuk terus menunjukkan dan membuktikan semangat dan komitmen anda dalam mengembangkan perjuangan ini"

Alhamdullilah, setelah beberapa sumbangan dibuat oleh Anak Gayong Puchong pihak kami berhasil untuk memperolehi 30 keping matress silat yang berstandard pertandingan silat untuk diletakkan di pejabat kami yang merupakan tempat latihan persendirian kami. Ini membuatkan kos anggaran pembelian melebihi RM4000.00.

Yang lebih kami banggakan, hanya 9 orang yang memberikan sumbangan dan penerimaan sumbangan bagi matress terpaksa dihentikan kerana telah mencukupi dan telah melebihi sasaran kami. Malah terdapat lagi lebihan wang sumbangan beberapa ratus ringgit Malaysia untuk dibelanjakan.

InsyaAllah, mungkin ang sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli beberapa peralatan silat termasuk senjata silat dan kursus yang bakal diadakan.

Kepada Anak Gayong dewasa yang masih nak memberikan sumbangan, sebarang sumbangan akan disalurkan kepada tabung kelab 2010 untuk kegunaan program lain di tahun 2010. Kepada Anak Gayong selain gelanggang Bandar Pusat Puchong, pihak kelab tidak mahu membebankan dengan menerima sumbangan daripada pihak anda kecuali yuran pendaftaran tahunan bagi 2010 sahaja.

Sekali lagi, pihak kelab mengucapkan tahniah kepada Anak Gayong di Puchong. Pengorbanan dan komitmen anda amat kami hargai.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sebelum latihan dihentikan buat sementara memberikan laluan kepada Aidil Adha, latihan sabtu baru-baru ini hanya berlatih asas siku yang mana terdapat 2 asas siku silibus dimuatkan dalam silibus bengkung pra putih (siku 5) dan bengkung putih cula (siku 10).

Daripada asas statik dan asas bertapak siku, asasnya dimulakan dengan 3 cara sahaja dan dikembangkan dalam bentuk serangan dan pertahanan yang statik dan secara bertapak dalam bentuk 15 serangan tepi, belakang, depan, atas dan bawah.

Latihan 2 1/2 jam ini hanya diisi dengan latihan 3 asas tersebut dan latihan pula dibuat dalam bentuk bersahaja memandangkan ramai pula yang bekerja malam tersebut.

InsyaAllah, bermula Disember ini kami mungkin akan mempamerkan balik video latihan Sabtu atau mana-mana hari yang kami berkesempatan rakamkan. Harap sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi dan gambaran kepada perkembangan kami di sini.


Share/Save/Bookmark