Related Posts with Thumbnails
| 1 komen ]

Barisan Kaum Ibu, Isteri dan pesilat wanita terawal yang hadir...

Kehadiran melebihi 100 orang daripada jam 11.15 pagi sehingga jam 8.00 malam. Dari sudut kehadiran dan penyediaan makanan agak memuaskan. Tahun ini ramai ibubapa turut serta bersama anak-anak mereka bagi memeriahkan majlis kami.

Hampir kesemua gelanggang Silat Seni Gayong yang pernah terlibat dalam program kami mahupun program mereka dijemput. Yang sesat, kami minta maaf. Yang keuzuran, kami maafkan. Yang "rasa hebat" tu, tahun depan kami panggil mereka buat demo silat je la.

Gambar - Para penyambut tetamu mengambil masa untuk rehat dan makan untuk kali ke-5. Ini antara skuad penyambut tetamu yang paling dedikasi dan hebat yang pernah dilatih oleh kami.

Delegasi kanak-kanak dan remaja yang paling lewat daripada gelanggang sekitar Puchong. Letih mencari tempat, makan tak ingat!

Kerja bebudak semenjak awal pagi sampai ke petang. Semua mari dok main alat senaman dan senjata kayu. nasib baik parang keris pisau dah naik atas.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sekalung penghargaan buat guru-gurulatih dan ahli Pusat Latihan Kajang Utama (PSSGM) terutamanya kepada Cikgu Idris yang berjaya melaksanakan rumah terbuka semalam. Setinggi penghargaan juga kepada barisan pimpinan PLKU yang masih tidak lupakan kami.

Pihak kami berharap dengan kerjasama dan hubungan erat yang sentiasa terjalin ini akan berterusan dalam semua aspek dan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Maju Gayong Untuk Semua!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, baru-baru ini program yang dirancangkan oleh anak-anak Gayong MTM 2009 berjaya dilaksanakan pada hari raya ke-5. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada zohor hari tersebut.

Sekalung penghargaan kepada gurulatih MTM yang banyak bersusah payah dalam menjayakannya iaitu Cikgu Sabli "Mahagaru" Shamsuddin. Tanpa beliau sudah tentu perjalanan Gayong di MTM kini agak berbeza.

Walaupun kehadiran para penjaga agak menghampakan tetapi kehadiran anak Gayong baru dan lama sekitar 70-80 orang boleh membuat pengubat kecewa kami pada hari tersebut.

Kehadiran ahli lama seperti Wan Mohd Agus, Ustaz Hafiz, Ku-Mat, Qili, dan beberapa ahli lama sekitar kumpulan 4-6 juga cukup membanggakan. Terim kasih sekali lagi.

Penyediaan jamuan untuk mencukupi walaupun dalam bajet yang terhad oleh satu kelab silat yang dikecil di sekolah ini memandangkan Anak Gayong MTM masih dipegang rekodnya bahawa tidak pernah ditawarkan apa jua bantuan kewangan oleh mana-mana pihak terutama pihak sekolah yang mana satu sejarah amat memalukan untuk dikongsikan bersama.

Tetapi alhamdullilah semenjak Gayong MTM di bawah seliaan KSSG semenjak 2008, setiap tahun Gayong MTM mendapat peruntukan yang agak besar bagi menyediaan peralatan dan pelaksanaan program mereka.

Pihak kami berharap pelaksanaan program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan dana terus diperolehi selain daripada perkongsian ilmu dan silaturahim dapat dieratkan seperti dahulu.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark