Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

....... apa pandangan cekgu pasal perlimau yang kita dok amal dalam silat gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Ini adalah pandangan peribadi saya melalui pengalaman dan apa yang saya tahu dan pelajari. Saya secara peribadi setuju bahawa ia adalah satu amalan sahaja di dalam Silat Seni Gayong yang diterima pakai sehingga kini yang telah dimulakan oleh orang terdahulu.

Saya ingin menjawab dalam sudut 2 isu sahaja iaitu; pengamalannya dan kewajibannya.

Dari sudut kewajiban, secara peribadi saya berpendapat tiada apa yang mewajibkan amalan tersebut dan tidak perlu kita memberatkan adat melebihi keperluan ibadah. Malah saya amat tertarik melalui pertemuaan dengan beberapa orang guru lama pernah menceritakan bahawa mereka menjadikan perlimau sebagai pilihan kepada Anak Gayong samada ingin melaluinya atau sebaliknya berpandangan tegas bahawa amalan tersebut tidak perlu dijalankan terus.

Jangan fikirkan siapa tetapi fikirkan kenapa dalam sudut Islam..

Dari sudut pengamalannya semasa di Kota Bharu, guru saya telah tinggalkan beberapa peralatan dan hanya menumpukan kepada sintok dan limau sahaja dan ditambah dengan buahan bagi jamuan selain peralatan 3 rasa iaitu asam jawa, gula dan garam.

Peralatan bersifat tangkai telah dibuang dan diketepikan memandangkan apa jua jenis tangkal apabila disangkut (dipakai) dengan apa jua caranya, maka hukum adalah syirik berdasarkan hadis-hadis yang jelas dan sahih.




Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

....... Pak Hussain pernah kata blackbelt Gayong Malaysia harga 20sen. Ada komen?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Semasa kenyataan itu dikeluarkan adalah merujuk kepada PSSGM. Namun ia dikeluarkan atas beberapa peristiwa dan keadaan semasa yang turut melibatkan beliau pada satu ketika dahulu. Perkara ini disentuh sedikit semasa lawatan kepada beliau di Singapura tempohari sekiranya tidak silap.

Namun, kritikan dan sindiran ini turut ditempiaskan kepada PSSPGM mahupun mana-mana Anak Gayong lain. Persoalannya, adakah perlu melenting dan menafikannya. Bagi saya, lebih baik kita mengambil masa untuk berfikir sejenak tahap dan taraf sumbangan kepada Gayong dan sebanyak mana layaknya kita kepada bengkung yang cukup bangga dililit di pinggang.

Persoalan kedua, bagaimana ukuran kepada kelayakan bengkung diambilkira. Adakah dikira dari sudut senioriti. Atau daripada sudut pembelajaran ilmu-ilmu tempur Gayong?. Atau kehebatan penguasaan ilmu-ilmu tempurnya. Atau apa pula ukuran yang digunapakai oleh pihak anda?

Pada pandangan saya, pendapat kritis beliau tersebut mungkin atas beberapa sebab yang kini menampakkan terlalu mudah untuk mendapatkan bengkung di dalam Gayong (tanpa mengira pertubuhan) Malah kini banyak pula trend bengkung anugerah ataupun Sandang yang banyak condong kepada 'bodek' yang mana jelas terdapatnya kepentingan peribadi golongan tertentu melampaui kepentingan majmuk dalam pertubuhan. Dalam contoh paling ringkas, politik mula mewarnai perjalanan Silat Seni Gayong.

Dahulu pun politik telah memasukki Gayong tetapi perjalanannya amat berbeza dan ahli politik banyak membantu perkembangan Silat Seni Gayong dan Anak Gayong turut membantu situasi politik dan sosial pada masa itu tanpa mengharapkan balasan dan kepentingan peribadi.

Bila terbaca ayat-ayat kritis daripada tokoh Gayong tersebut di Majalah Senibeladiri, saya secara peribadi terfikir satu perkara iaitu pandangan kritis itu dikeluarkan seolah-olah telah jelas bahawa ramai kini menjadikan Silat Seni Gayong sebagai batu loncatan bagi kepentingan peribadi tanpa mengutamakan kemajuan Gayong sebagai matlamat utama.

Pakat-pakat fikir!






Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

....... Adakah semua anak buah cekgu setia dan kekal? bagaimana nak bagi diorang kekal bersama kita? ...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Guru-Guru saya kata "Gayong hanya pada orang yang minat. Tak minat jangan dipaksa". Maka berpegang pada itu, saya tidak ralat sekiranya anak Gayong mahupun pelatih saya datang dan pergi. Apa yang pasti kami sebagai gurulatih amat berbangga sekiranya tugas tersebut mampu kami pikul dengan baik dan mampu memberikan kesan positif dalam masyarakat.

Lagipun kami bukan baru dalam bidang ini, kami dah korbankan masa kami semenjak tahun 90an dengan turun mengajar tanpa apa jua balasan nama baik mahupun dipuja.

Dalam tempoh itu, kami dapat betulkan sedikit sebanyak soal ibadat dan syariat anak Melayu yang tersasar. Dalam tempoh itu, kami mampu tanamkan sikap malu yang sepatutnya menjadi sebahagian sikap orang Islam. Kesannya, 90% yang kekal bersama kami sehingga bengkung hijau biasanya agak berlainan sikapnya berbanding remaja yang lain.

Itu kami bersyukur dan selaku ahli masyarakat kami telah melakukan separuh tugas yang memberikan impak di masa depan mereka. Kami bukan disuruh tetapi ikhlas kami jangan dipersoalkan.

Sepanjang berGayong, kami hanya mendidik anak Gayong dengan perkara baik dan berniat untuk merubah ke arah kebaikan. Selain daripada isu keagamaan dan tingkah laku. Kami cuba sedaya upaya untuk mengubah peningkatan akademik dan juga ekonomi ahli kami. Itu kami telah lakukan dan terbukti berkesan selama ini.

Dalam soal mendidik, tiada apa jua fanatik kami tanamkan. Samada fanatik kepada kami selaku guru mahupun kepada Silat Seni Gayong seolah silat yang terbaik. Kita manusia, maka kami didik agar berfikir dan bertindak cara manusia. Jangan bongkak kerana itu sikap yang mampu dimiliki Allah SWT.

Tanpa penerapan yang fanatik dan pendekatan yang mendekat (abang adik), Anak Gayong kami tidak pernah diikat. Mereka datang dan pergi, kami tidak pernah persoalkannya. Cuma kami masih komited dalam memberikan tenaga, masa dan wang ringgit kami kepada silat ini dalam merealisasikan masyarakat yang lebih baik.

Saya juga pernah berpesan, "kalau siapa yang datang saya terima, kepada siapa yang pergi, saya masih kawan selagi kamu tidak sombong. Tapi untuk hubungi kamu atas soal silat, saya mohon maaf, saya tidak pernah mencari makan melalui silat. Saya tidak perlu menjaga hati kamu."


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

....... Banyak buah Gayung dicuri dan digunapakai dalam pertubuhan yang bukan Gayung atau kata bukan cabang gayung. Bagaimana tu cekgu!....
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Silat ada satu cabang seni beladiri yang berasaskan tamadun keilmuan masyarakat melayu tetapi dari sudut fizikal, ia berasaskan fisiologi manusia yang mana manusia ada 2 tangan dan 2 kaki.

Sekiranya difikirkan maka semua pihak boleh melakukan perkara yang kita mampu lakukan dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu ada pesanan agar buah silat jangan ditunjuk di hadapan khalayak. ADMAR juga berpesan bahawa Silat Seni Gayong adalah silat perang dan bukan silat pertunjukan. Cuba fikirkan dan ikhtibar daripada pesanan tersebut. Mungkin orang melayu lama dah mulai bimbang plagiat akan berlaku pada masa akan datang.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Lawatan ini dibuat kepada Cikgu Haji Omar oleh ahli KSSG pada 05.09.2009 tempohari.
Biarlah sekeping gambar ini memberikan inspirasi kepada anda mengenai dua generasi Gayong yang jauh usia dan pengalamannya.
Selebihnya di tangan anda... fikirkan mengenai masa depan Silat Seni Gayong


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gurulatih PSSPGM di kawasan Kota Bharu sekitar tahun 93-2000 yang terdiri kesemuanya daripada gelanggang MTM iaitu dari kiri: Cikgu Zulkifli, Cikgu Aziz 'Mesir', Cikgu Lah, Saifullah, Cikgu Nik Mazli & Cikgu Marsani Mohammad (Guru)
Gambar diambil sekitar tahun 1995-1996

Dalam salah satu demo buah silat (kaki) antara Cikgu Shams & Cikgu Aziz Mesir pada tahun 1996
Gurulatih terlibat dalam kendalian Kursus Kemantapan Silat dan Ujian Bengkung di Maktab Sultan Ismail, Telipot pada 1996
Depan dari kiri: Cikgu Tajuddin Daham, Cikgu Aziz, Cikgu Sabli "Mahagaru"
Belakang dari kiri: Cikgu Zainal, Cikgu Shams, Cikgu "Ustaz" Hafiz
1996 - Semasa kursus kemantapan silat dan Grading di Maktab Sultan Ismail, Telipot.
kalau tidak silap, sebelah kiri, faizi, Hisham dan Etok. Semua dah kerja besar sekarang ini.

1996- Di rumah Guru Gayong kami, Cikgu Awang Daud.
Dari kiri: Cikgu Sabli "mahagaru", Cikgu Shams, Cikgu Tajuddin Daham (Businessman)
Belakang: Cikgu Nik Iznan (Guru), Cikgu Ikhwan (Businessman)
Belakang sekali gambar maksu dan paksu Awang Daud


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

1994 - Dari kiri- Ustaz Hafiz (Guru), Din (Guru), Nik Mazli Mohammad (Guru) dan Mohd Agus (Tokey Restoran). Manakala di belakang ialah Mohd Afnan bin Taib Azzamudin (Tokey Pam Petronas di Pulau Pinang)

1994- Dari kiri: Mat (Saintis), Ustaz Hafiz (Guru), Shams Nazir (Peguam) & Mohd Agus (Tokey Restoran)

1993 - Hisham Nazir (Peguam) & partnernya, Zainal Abidin Ahmad (Unit Penguasa KDNHEP)

1993/94- Dari Kiri: Zulkifli Ismail, Zainal Abidin Ahmad & Majdi (Guru)
Belakang: Mohd Abdullah, Nik Mazli Mohammad, Din & Sabli "Mahagaru" (Unit Penguasa KDNHEP)


Share/Save/Bookmark
| 5 komen ]

Gambar Cikgu Shams bersama Cikgu "Ustaz" Wan Mohd Hafiz pada tahun 1995

Himpunan yang telah diwar-warkan seawal Ramadhan telah pun ditetapkan pada Hari Raya ke-5. Satu majlis pertemuan kembali Anak-Anak Gayong MTM yang bermula sejarah rasminya pada tahun 1993 mungkin akan mencoretkan pelbagai reaksi menarik apabila semuanya telah menjadi bapa-bapa. Malah dalam Silat Seni Gayong hanya ada beberapa orang sahaja yang masih aktif termasuk Cikgu Shams dan Cikgu Sabli "mahagaru" daripada kumpulan pertama, Cikgu Aqili daripada kumpulan Kedua dan masih ramai daripada kalangan kumpulan ke-empat.

Majlis tersebut akan diserikan dengan jamuan makan perjumpaan senior dan junior selain daripada demo silat besar-besaran akan dibuat oleh Anak Gayong yang masih bergayong di MTM pada tahun ini. Penyampaian Bengkung yang diuji oleh Cikgu Wan Abdul Halim di Bachok tempohari juga bakal disampaikan pada hari tersebut.

Beberapa nama besar yang pernah menggegarkan nama Gayong di Kelantan turut akan hadir dan cuba dipujuk hadir walaupun pelbagai kesulitan dan permasalahan pernah berlaku sehingga ramai antara kami 'merajuk hati' dengan PSSPGM kini.

Untuk pengetahuan semua, Kumpulan Pertama PSSPGM MTM adalah antara kumpulan yang teramai menjadi gurulatih di kawasan Kota Bharu dan Bachok yang mana kumpulan tersebut antara pelopor pembukaan PSSPGM Cawangan Pekeliling (Kota Bharu) sehingga mendapat banyak gelanggang di bawah seliaan mereka. Yang mana pada masa tersebut kesemua gurulatih adalah didatangkan daripada MTM sehingga beberapa gelanggang hasil didikan Anak Gayong (Kumpulan Pertama) daripada MTM berjaya di angkat sebagai gurulatih seperti Maktab Sultan Ismail, Maktab Pengajian Islam dan Sekolah Menengah Pintu Geng dan beberapa gelanggang awam seperti Taman Seri Chekok.

Selain daripada itu, Kumpulan pertama Anak Gayong MTM juga antara pelopor beberapa Gelanggang di seluruh Malaysia dan kini masih lagi aktif walaupun di bawah jagaan kumpulan peringkat bawahan malahan ada bukan lagi di bawah PSSPGM tetapi masih Gayong. Selain daripada itu, mereka ini antara mereka yang mengasaskan dan menghidupkan Silat Seni Gayong di Universiti Al Azhar dan bumi Mesir.

Namun jemputan kehormat yang bakal ialah ustaz Wan Mohd Hafiz selaku rakan kami dan gurulatih yang banyak membimbing gelanggang PSSPGM MTM pada kumpulan pertama yang juga bekas pelajar MTM, sebelum beberapa tangan lain turut memberikan sentuhan kepada gelanggang MTM seperti Cikgu Awang Daud dan Arwah Zulkarnain.

Kami sedang mengusahakan jemputan melalui internet seperti chatbox, email dan sebagainya. Manakala sebarang kemaskini yang dibuat terhadap alamat, jemputan akan dibuat secara peribadi oleh pihak Gurulatih kami. Sebarang kemaskini dan keterangan sila telefon pihak kami di atas atau SMS kan alamat anda.

Selain daripada menu utama yang bakal disediakan (kesemuanya adalah ditaja oleh PSSPGM MTM, KSSG dan gurulatih-gurulatih), pihak kami juga menyeru agar kesemua Anak Gayong MTM dapat membawa sedikit kuih raya bagi memeriahkan lagi menu kita pada hari tersebut. Tradisi ini (pot luck) telah diamalkan oleh PSSPGM MTM semenjak dahulu dan juga KSSG.

Untuk menghangatkan lagi makluman ini, pihak kami akan memuatkan beberapa gambar lama sekitar 1993 sehingga 1996 yang mana kumpulan pertama PSSPGM MTM merupakan gurulatih di kawasan Kota Bharu dalam masa 2 hari. Beberapa gambar telah siap dan harap dapat mengimbau nostalgia lama persahabatan dan pengorbanan kami di masa lalu.

Terima kasih.

Sila klik ke;


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sebagaimana yang dijadualkan, bulan Ramadhan ini tidak menghalang pelatih kami untuk meneruskan latihan seperti biasa sebagaimana bulan-bulan yang lain. Penat dan kesuntukan masa bulan alasan yang baik untuk lari daripada latihan malah satu tindakan yang baik dalam menjana 'peluh' secara berterusan.

Ramadhan telah masuk ke 2/3 tempohnya dan minggu depan akan menjadi minggu terakhir latihan di Pusat Latihan KSSG bagi pelatih dewasa sebelum bercuti selamat 2 minggu bagi memberikan laluan kepada Idilfitri. Antara aktiviti pembukaan minggu kedua Idilfitri kelak akan diteruskan dengan tradisi rumah terbuka KSSG yang mana terbuka kepada semua para ibu bapa mahupun pesilat luar.

Dalam bulan Ramadhan ini, latihan banyak berkisarkan silibus dan latihan stamina serta pecahan di ketepikan buat sementara kecuali ada persoalan yang dibangkitkan. Manakala latihan weight masih dijalankan seperti biasa.

Alhamdullilah, beberapa silibus untuk bakal pemegang bengkung merah kosong sudah dilatihkan walaupun ada yang agak mengeluh tetapi amat puas dengan susunan silibus yang telah dilatih tersebut yang agak berseni dan ngeri (kalau kena gaya). Antara silibus Pra-Merah yang tengah dilatih:

  • Asas Serangan, Elakan dan Gerakan Senjata Pisau & Tongkat;
  • Asas dan Buah Serangan Kaki - Baru 7 buah dan masih berbaki lagi 14 buah;
  • Asas dan Buah Cekik - Baru 7 buah dan masih berbaki 14 lagi;
  • Pecahan Kunci 1 & 2 - Telah habis kesemuanya 14 biji buah;
  • Pecahan Pukulan 1 & 2 - Baru sempat tunjuk-tunjuk tapi belum dilatih lagi;
  • Buah Kombat - Selesai semuanya
  • Buah Pisau - Baru Serangan Anak Sungai selesai manakala serangan pasak menyusul;
  • Pecahan Kelapa & Genting - Ini semua dah lepas agaknya;
  • Lompatan - yang ini mungkin masalah sebab pelatih dewasa, semuanya dah keras.
Manakala beberapa pelatih Bengkung Putih dan Hijau, InsyaAllah mungkin akan diselesaikan akhir bulan Oktober 2009 dan sedia untuk ujian bulan November 2009 sebagaimana yang dirancangkan.

Atas beberapa sebab dan tindakan yang bakal dirombak di dalam sistem ujian bengkung kelak akan memperlihatkan sistem ujian bakal diketatkan oleh pihak kami dan beberapa pembaharuan dalam ujian akan diketengahkan. Antara cadangan ujian yang bakal diketengahkan ialah:
  • Penguji adalah seminima 2 orang Penguji;
  • Penguji-Penguji terdiri daripada Anak Gayong yang telah berGayong melebihi 10 tahun;
  • Ujian dibuat secara individu iaitu satu persatu;
  • Ujian terhadap silibus akan dibuat secara keseluruhan dan rawak;
  • Asas akan dibuat dalam bentuk praktikal;
  • Pecahan Papan atau Genting di wajibkan bagi semua peringkat (Telah dimulakan pada ujian bulan Julai 2009);
  • Markah Adat ditambah dengan Disiplin khas dan Al Quran;
Kesemua ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat akan datang selepas Idilfitri di kalangan AJK dan Pesilat dewasa KSSG bagi menerangkan kesemua cadangan dan cadangan serta komen bagi pelaksanaannya yang bermula pada Oktober 2009.


Share/Save/Bookmark