Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

....... Mcmana nak semangat untuk terus belajar dan mengajar Gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Ada beberapa perkara dari sudut pandangan saya boleh diambil sebagai perangsang mahupun semangat bagi terus bergayung. Antaranya;

Ilmu tradisi
Sememangnya kita tidak ingin merendahkan mana-mana ilmu senibeladiri lain samada silat ataupun senibeladiri luar kerana apa yang diajarkan kepada saya ialah tidak fanatik terhadap apa yang kita ada dan kesemuanya adalah sama dalam sudut ilmu.

Tetapi jika diberikan pilihan maka Silat Seni Gayong adalah perlu kerana ia adalah ilmu seni beladiri tradisi yang diasaskan, disebarkan, dimiliki dan didisiplinkan selaras dengan tradisi budaya kita sendiri iaitu bangsa Melayu.

Maka mana ada senibeladiri yang lebih baik untuk mendisiplinkan budaya orang kita sekiranya bukan yang berumbikan dengan budaya ilmu orang melayu sendiri.

Bukti Keilmuan Masyarakat Melayu
Silat Seni Gayong meliputi kesemua gerakan seperti asas, elakan, tangkisan, pukulan kuncian dan lain-lain yang melibatkan tangan kaki serta anggota badan lain selaku tambahan. Selain daripada itu, ilmu senibeladiri ini merangkumi juga ilmu melibatkan hampir kesemua senjata masyarakat melayu yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai budaya ketamaddunan ilmu yang amat tinggi.

Pahala
Setiap apa yang dilakukan dengan ikhlas maka pahala balasannya. Setiap yang dilakukan dengan niat bukan untuk suatu peribadi dan inginkan keberkatan dan serta keredhaan Allah SWT maka pahala ganjarannya.

Sekiranya ada niat baik tambahan dalam tindakan kita selaku pengajar sebagaimana saya tekankan kepada gurulatih kami seperti silat ke arah membentuk disiplin masyarakat melayu terutama golongan muda. Malah selain itu melalui silat kita berniat agar dapat melahirkan kepimpinan yang baik dalam masyarakat kita, maka apa jua niat baik itu, pahala adalah balasannya. Banyak niat sampingan lain boleh dilahirkan seperti menghindarkan gelaja sosial dan sebagainya.

Sekiranya kita pula bertindak selaku gurulatih maka jika ada pelatih kita meneruskan perjuangan ini, maka pahala kepada kita akan terus berjalan biarpun badan kita hancur dimamah bumi kelak. InsyaAllah

Kesihatan
Ramai yang mengabaikan soal kesihatan. Amat berat untuk kita amalkan apa jua senaman ringan kerana masalah kekangan masa dan sebagainya. Tetapi silat mampu dilaksanakan kerana hanya minat yang akan membuat pelatih berterusan di gelanggang, maka secara tidak langsung kita menyumbang kepada kebarangkalian masyarakat yang lebih sihat termasuk kita.

Dengan kesihatan yang lebih baik, maka ibadah kepada Allah SWT akan jadi lebih mudah. Secara tidak langsung, isu pahala sekali lagi memainkan peranan penting.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pada 1 Ramadhan bersamaan 22.08.2009 tempohari, pihak kami berpeluang melawat Cikgu Ibrahim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Bain @ Bahim di kediaman beliau di Kampung Baru, Sungai Karangan. Bagi yang tidak pernah ke sana. Tempat tersebut berhampiran dengan Padang Serai dan Padang Meha dan bagi yang menggunakan Highway Kulim-Butterworth, ia tidak jauh daripada simpang selepas tamat lebuhraya tersebut.

Lawatan di buat secara mengejut tanpa dirancang perjalanannya. Alhamdullilah tidak sesat langsung perjalanan ke sana walaupun menurut Bahim, jarang orang tak sesat ke rumahnya. Nostalgia yang paling mahal bagi beliau masih ada di hadapan rumah beliau, motor lama beliau yang berwarna merah. Bagi murid-murid lama Gayong Pusaka, motor itu mungkin mencuit kenangan lama bersama Bahim. Saya juga teringat lagi masa awal 90an bagaimana gagahnya motor tersebut yang selalu sampai di Gurun Kedah.

Kehadiran pihak kami dengan sebuah kereta disambut oleh 2 anak beliau bersama isteri beliau. Alhamdullilah, kesihatan Bahim agak membanggakan kini. Bahim diserang strok sebelah kiri semasa tidur dan hanya disedari semasa ingin bangun daripada tidur waktu paginya. Herot muka dah nampak macam normal walaupun dapat dilihat masih berkesan sakitnya.

Yang agak liat kini nampaknya tangan beliau perlu diurut setiap pagi terutamanya. Tanpa urutan tersebut, katanya tangan agak susah untuk dibengkokkan malah tangannya masih belum kuat untuk memegang. Manakala kaki beliau dah agak bersemangat dengan senaman kaki yang dilakukan beliau dengan turun-angkat kaki dengan bantuan alatan yang dibuat sendiri.

Sehingga kini Bahim mendapat rawatan daripada hospital dan perubatan tradisional sekitar Gerik dan Kulim. Semoga Allah SWT permudahkan urusan beliau.

Semasa lawatan tersebut, banyak yang dibincangkan mengenai silat terutama perpecahan yang banyak berlaku di dalam Pusaka Gayong terutama pembawaan dan pentadbiran PSSPGM sendiri. Perkara ini amat menyedihkan beliau.

Malah beliau secara peribadi ingin kalau diizinkan untuk melawat rakan-rakan lama dalam PSSGM mahupun Pusaka Gayong dan mengharapkan kami perkara yang sama. Kami memaklumkan beberapa nama Guru Lama yang telah kami lawati termasuk Pak Hussein Kaslan dan beliau amat berminat mengenai kesihatan Pak Hussein.

Selain daripada itu, semenjak berita mengenai kesihatan beliau dimaklumkan melalui laman ini, banyak panggilan beliau terima termasuk daripada golongan muda Gayong terutama daripada PSSGM. Alhamdullilah, sememangnya laman ini dibina atas dasar silaturahim Silat Seni Gayong.

Secara peribadi, banyak yang kami sedihkan dengan keadaan dan persekitaran beliau (dari kacamata Anak Gayong). Ditambahkan lagi dengan jasa dan layanan yang sedia ada. Biarlah apa jua pandangan kami dijadikan ikhtibar bagi kami. Cuma kami tinggalkan persoalan, adakah kita bersedia menerajui Silat Seni Gayong apabila ketiadaan si Senior kelak?


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

....... komen cekgu pasal harga yuran silat pada masa kini banding dengan martial art lain...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Pada suatu ketika, Cikgu Ismail Chik menyatakan tiada yuran dikenakan oleh gurulatih Gayong yang merantau jauh di tempat orang bagi mengembangkan Gayong ini. Tetapi sekiranya dilihat dalam beberapa versi lain, semasa Gayong ini dikembangkan yurannya agak tinggi amat dihargai ilmunya. Nilai yuran yang agak tinggi sehingga mencecah $10 pada tahun 60-70an adalah suatu yang amat tinggi dan tidak semua mampu mempelajari Silat Seni Gayong.

Atas kesusahan mendapatkannya berdasarkan kos, banyak ilmu yang dipelajari amat dihargai dan pelajaran diambil secara tertib dan tekun. Pernah dinyatakan oleh seorang Gurutua Silat Kalimah bahawa suatu ketika dia amat sayangkan Gayong dan mempelajarinya tetapi terpaksa berhenti kerana tidak berkemampuan pada masa itu untuk membayar yuran.

Begitu sekali nilai dan darjat ilmu dibandingkan dengan kos oleh masyarakat kepada Silat Seni Gayong ini. Mungkin disebabkan dengan penetapan kos ini juga, Silat Seni Gayong pada masa itu amat gah dan mampu guru-gurulatih yang merantau mengembangkan Gayong dan mampu untuk menyertai acara disemua tempat.

Berkenaan soal masa kini, rasanya pihak pembaca boleh menilainya sendiri bagaimana mutu gurulatih dan nilai ilmu Silat Seni Gayong. Yang pasti saya berpendapat, nilainya makin berkurangan dan rasa hormat masyarakat untuk Anak Gayong pada masa ini telah hilang sama sekali. Yang bersisa kini hanyalah rasa hormat pada Gayong yang zaman dahulu. Hilang generasi lama, sudah tentu Gayong akan terus lenyap rasa hormatnya. Cuba fikir dan renungkan serta ambil ikhtibar dan rancang strategi individu bagaimana ingin tingkatkan rasa hormat masyarakat kembali.

Berkenaan yuran, pihak kami di KSSG, tidak menetapkan apa jua garis panduan tetap bagi yuran kecuali menetapkan satu kadar yuran bulanan minima iaitu RM15.00 sebulan. Pada masa ini terdapat 2 kaedah yuran yang kami kenakan iaitu RM15.00 & RM30.00 sebulan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Walaupun ada Anak Gayong Masjid As Salam & Bandar Bukit Puchong tidak dapat hadir tetapi Alhamdullilah kerana majlis diserikan dengan kehadiran lebih kurang 350-400 orang hadirin. Anggaran 200 ahli keluarga Anak Gayong memeriahkan majlis tersebutsementara 40 Anak Gayong terlibat dalam Demo silat. Kesemua AJK KSSG dan Anak Gayong Dewasa daripada Pusat Latihan KSSG turun dengan baju korporat 2009.

Cikgu Mohd Noor Yaacub selaku penguji tempohari dan Cikgu Majdi selaku wakil Persatuan Penduduk menyampaikan sijil dan bengkung kepada Anak-Anak Gayong yang lulus dalam ujian tempohari. Manakala Jai Bukit Puchong jadi M-C ad hoc pada malam itu.

Sebahagian daripada 40 orang Anak Gayong Masjid As Salam & Bandar Bukit Puchong mempersembahkan buah pukulan & kuncian kepada para hadirin yang menjangkau kehadiran seramai 400 orang.

Adik Faizal menunjukkan skill pada papan seinci setengah. Terdapat 10 jenis pecahan (tangan, kaki dan kepala) dibuat pada malam tersebut.

Adik Azizi Hamizad, hero darjah 6 daripada Gelanggang Masjid As Salam yang membuat demo pecahan kayu menggunakan kepala dan tumbukan. Yang membuat Demo Pecahan adalah adik-adik yang lulus bengkung Putih Kosong.

Demo terakhir daripada anak Gayong Masjid As Salam & Bandar Bukit Puchong sebelum bersurai dan menjamu selera. 35 orang layak memegang bengkung Putih Kosong & Hijau Kosong. Hanya 60% Anak Gayong Masjid As Salam dan Bandar Bukit Puchong hadir pada malam tersebut. Yang lain mungkin kerana mereka tidak menerima bengkung pada malam tersebut menjadi alasan 'malas'.

Terima kasih atas kehadiran semua.
Dengan ini latihan akan berakhir setakat 20.08.2009 pada minggu ini dan akan dimulakan kembali pada hari latihan yang sama pada atau selepas tarikh 04.10.2009


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

.......Sesama gayung banyak blaku perpecahan. Ada perpecahan dari sudut puak dalam pertubuhan mahupun wujud pertubuhan gayung baru. Apa yang saya boleh sumbangkan dalam penyatuan Gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Pada pandangan saya, anda boleh memberikan sumbangan dalam beberapa bentuk yang mana boleh dalam membangun dan membantu ke arah penyatuan Silat Seni Gayong.

Pertama sekali, anda harus memiliki kepiimpinan dan juga hasrat serta menjadikan diri anda sebagai gurulatih Silat Seni Gayong. Sekiranya kehebatan menjadi ukuran maka ramai yang tidak akan menjadi gurulatih. Orang hebat tidak mengatakan beliau hebat tetapi banyak anak muda pula mengaku hebat. Terbalik

Apa yang penting hasrat dan tekad kita untuk ikhlas menjadi gurulatih dan melatih dan membimbing anak muda kita ke arah yang lebih baik agar tidak terpesong ke arah pilihan hidup yang boleh membawa kemusnahan kepada masadepan di dunia mahu pun di akhirat.

Dalam usaha membimbing mereka, sebagai gurulatih kita tidak sepatutnya merendahkan mana-mana pihak atau pertubuhan Gayong yang lain sebaliknya memuji dan mengakui persaudaraan yang wujud di antara semua Gayong yang berasal daripada Silat Seni Gayong.

Apa jua alasan dan sebab perpecahan tidak harus dinyatakan secara terbuka mahupun sebagai modal cakap kepada anak Gayong yang baru agar perpecahan tidak terus dijarakkan.

Selain daripada itu, cuba-cubalah melawat guru-guru lama Gayong samada sama pertubuhan mahupun dalam pertubuhan yang lain dan anda mungkin bakal melihat Gayong ini dari persepsi yang berlainan. InsyaAllah..

Ikhlas dalam mengajar, InsyaAllah Allah SWT pasti membantu.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Cikgu Ibrahim bin Zakaria (Bahim)

Umur 60 tahun (2009)
No.17, Kampung Baru, Sungai Karangan, 09410 Padang Serai, Kedah
Tel: 017-4973032
________________

Perkenalan saya (shams) dengan Cikgu Bain adalah sekitar tahun 95/96 apabila terlibat dalam Kursus Kemantapan Silat yang mana pada masa tersebut saya dihantar oleh PSSPGM Kelantan/Pekeliling untuk kursus dan menduduki ujian bengkung merah bersama beberapa rakan lain yang telah aktif bergelanggang dan mengajar sekitar Kota Bharu selama 1-2 tahun sebelumnya.

Masa bulan Disember 2008 lepas, dia ada sebut "Lamanya baru ambil kursus" - "kami orang tak hebat" kami gelak...

Cikgu Bahim pada sekitar tahun 90an, wajahnya amat bengis dan menjadi igauan kepada peserta kursus. Malah semasa kursus kami dahulu, Cikgu Bain tidak banyak meluangkan masa bersama kami kecuali untuk menunjukkan buah atau perbetulkan tapak permainan sahaja. Perkara yang sama dengan Abang Jebat pada masa itu. Pada masa itu kami panggil Abang Jebat kerana lebih mesra terutama arwah Zulkarnain yang partner beliau merupakan salah seorang guru saya.

Cikgu Bain amat kami hormati kerana orangnya walaupun berwajah bengis tetapi penerangan dan cara pengajaran dan penyampaian beliau amat memberikan kesan. Malah tapi tidak pernah beliau menunjukkan apa jua permainan dan buah Gayong semenjak 90an sehingga kini dengan cara kasar mahupun laju sebaliknya dibuat dengan penuh berhati-hati dan rasa perikemanusia. Tetapi hasilnya tetap sama, iaitu mangsanya tetap separuh mati. Begitulah permainan orang lama.

Cikgu Bain amat mudah didekati kerana sikap beliau yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan nasihat kepada Anak Gayong muda. Malah sikap ramah beliau serta masih mengenali saya dan rakan saya yang masa kursus 90an amat membuat kami agak terharu dan malu muka.

Pembawaan beliau amat mudah dan simple. Begitu juga cara beliau berpakaian. Tetapi komitmen beliau kepada Gayong amat tinggi dan tidak dapat saya ingin nyatakan dengan penulisan. Pengalaman bersamanya akan memberikan maksud yang lebih baik.

Orangnya amat rendah diri dan bagi yang tidak mengenali beliau mungkin akan menyangka bahawa beliau hanya seorang warga tua biasa di kawasan gelanggang silat. Apatah lagi dengan sifat beliau yang bercakap amat lemah lembut yang langsung tidak melambangkan keperibadian ilmu, pengalaman serta rupa parasnya.

Beliau amat mementingkan masa. Kalau lambat, dilengahkan atau sebagainya. Mungkin ada yang kena tulah beliau. Saya pun pernah ada satu pengalaman bagaimana kelewatan masa ini memberikan rasa tidak selesa buat diri beliau.

Nota: 3 minggu lepas, Cikgu Bain ditimpa Stroke (angin ahmar) dan sedang berehat di rumah beliau sebagaimana di atas. Kalau sesiapa yang berhampiran atau dalam perjalanan ke utara, sila lah singgah menanya khabar. Sampaikan salam saya kepada beliau. Saya akan ke Padang Serai lagi.



Share/Save/Bookmark
| 15 komen ]


Cikgu Ismail bin Chik
Kampung Lembah Ria, Ayer Hitam Pulau Pinang
(Kaki Bukit Bendera)
Tel: 012-5637881
_______________________________________

Cikgu Ismail Chik telah mengajar Gayong selama 49 tahun tanpa henti bermula daripada tahun 1960 secara rasmi dan mula mengajar sebelum itu pada umur beliau 13 tahun yang mana telah diamanahkan oleh ADMAR untuk mengajar di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Pengalaman awal mengajar adalah di Ampangan, Negeri Sembilan dan terus ke Kuala Pilah sehingga ke Pahang pada umur yang masih muda.

Pengalaman menarik yang diceritakan amat banyak termasuk pengalaman awal di dalam usia yang terlalu muda terpaksa mengajar di Ampangan yang dikatakan lubuk samseng melayu pada masa itu. Namun pengalaman dan berkat keikhlasan, semuanya ditempuhi dengan baik.

Cikgu Ismail Chik langsung tidak menyentuh mengenai isu konflik dan merajuk beliau pada hari tersebut sebaliknya menceritakan banyak isu halal dan haram serta bidaah dan pengamalan dan pengalaman dalam berGayong.

Ini tidak dikira nasib kami dalam mendapat cerita-cerita mengenai ADMAR semasa hayat dan pengalaman beliau dengan ADMAR.

Semangat Cikgu Ismail Chik amat kami kagum sebagaimana kami kagum dengan Paksu Awang Daud yang masih mengajar sehingga kini yang telah mencecah separuh abad usia bergelanggang selaku Gurulatih. Doa kami agar kami sekuat beliau.

Dalam pertemuan kami dengan Cikgu Ismail Chik, beliau ada menyebut beberapa perkara yang membuat kami semua sebak.

...tangga rumah depa hancur, rumput pun mati kita pi rumah depa.. rumah kita tak pernah sampai. Padahal, depa semua dok mai belakang tu berkali-kali pun takdak sapa nak tanya khabar saya. Saya rasa macam pengemis...

...saya mengajar dulu banyak tempat. Demi anak bangsa. tadak orang pernah tanya saya, saya dah makan ke belum. Ada duit ke tadak.... siapa saya ni?

...demi perjuangan ni, saya diambil oleh ADMAR di rumah saya (gurun) walaupun baru kahwin. Tetapi sebab amanah saya kena tinggal di Ampangan. Kena tinggal balik jalan kaki di Terengganu dulu tumpang orang... ada orang tanya saya?

Isu amanah dan penerusan Gayong daripada ADMAR juga ada dibangkitkan. Tetapi Cikgu Ismail tetap dengan pendiriannya, beliau amat berkias bagi menjaga hati semua pihak. Tetapi kita orang muda tidak pernah fikirkan hati orang lama sebegini yang masih gagah berjuang dan sanggup mati bergelanggang sedangkan kita yang muda sudah menyimpan bengkung dan berdabik dada.

Cikgu Ismail Chik amat terharu dengan kehadiran kami dan beberapa cerita sebaliknya menyedarkan kami beberapa perkara mengenai hubungan antara guru lama dan baru. Maka kami telah mengambil inisiatif tersebut dan sekiranya anda mempunyai masa terluang, maka kami telah sertakan alamat dan nombor telefon beliau di atas.

Nota: Butiran pertemuan tidak dapat dinyatakan semua isinya


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Cikgu Ghazali bin Mat Tahir (Paklong Zali)

Felda Kumai, Bera, Pahang Darul Makmur
Tel: 017-3255659
___________________________________

Paklong Zali merupakan seorang peneroka di Felda Kumai, Bera yang mana telah berpindah ke sana pada 11.08.1986.

Pada saat tersebut dan ikhlas perjuangan Gayong, beliau menubuhkan gelanggang silat seni Gayong di Felda Kumai.

Kini bukan sahaja di Felda Kumai tetapi selain daripada Daerah Bera, beliau telah menubuhkan gelanggang di sekitar Temerloh, Kuantan, Muadzam dan beberapa kawasan di Pahang dengan bantuan guru-guru latih PSSPGM luar dan anak-anak murid beliau.

Kesungguhan perjuangan dan kepimpinan beliau cukup disegani di Pahang dan terpilih menjawat jawatan Pengerusi PESAKA di sana.

Selain daripada seorang individu yang pernha mendapat asuhan daripada tangan ADMAR di gelanggang Gurun serta asuhan Pakandak Majid Mat Isa, beliau dikatakan mempunyai susur galur persaudaraan dengan beberapa tokoh Gayong yang lain. Ini memberikan beliau beberapa kelebihan dalam menuntut ilmu ditambahkan lagi dengan kesungguhan beliau.

Pada amatan peribadi saya (Cikgu Shams) beliau seorang yang terdidik dengan amalan kerohanian dan diasuh oleh beberapa tokoh yang dikatakan mahir dan pakar amalan kebatinan dan kerohanian Gayong. Daripada perbualan dan cerita-cerita perjuangan beliau dalam Gayong dan beberapa cerita tambahan daripada pihak lain, boleh dikatakan pengamatan tersebut benar. Maka rugi sekiranya guru lama sebegini tidak dilawati dan dikenali dengan lebih dekat.

Namun yang pastinya, Paklong merupakan orang yang mudah mesra dan diajak berbual. Malah orangnya amat-amat tidak kedekut pengalaman dan ilmu.

Pihak kami amat berharap semangat Gayong ini dapat diserapkan kepada pejuang Gayong muda di negeri Pahang serta sikap merendah diri dan islamik beliau dapat dijadikan contoh kepada Anak Gayong Pahang.


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Saya mengajar Gayong semenjak umur 13 tahun di Juaseh, Negeri Sembilan. Dah 49 tahun (secara rasmi bermula tahun 1960) saya mengajar tanpa pernah berhenti (mengajar sahaja tidak termasuk belajar dari tangan ADMAR). Mengajar silat ini adalah untuk amalan jariah dan kesihatan saya. Kalau boleh, Allah nak ambil saya pun, biarlah mati dalam gelanggang silat..

- Cikgu Ismail Chik, Pulau Pinang (02.08.2009)

Moral:
Pakat-pakat kita fikirkan mengenai kedudukan kita yang masih ditepian gelanggang tanpa rasa peluh dan kudrat dalam melaksanakan amanah Silat Seni Gayong dalam melahirkan anak melayu yang kuat dari sudut jatidirinya.

Kita masih dok merenung dan mengangankan pangkat dan darjat tanpa meluangkan masa sedikitpun untuk berbakti kepada masyarakat melalui Silat Seni Gayong.

Kita cakap melebihi petir tetapi melupakan kudrat lama sebegini yang telah lama berbakti dan masih tidak jemu berbakti dengan penuh ikhlas tanpa balasan. Kita berlatih tenggelam timbul apatah lagi nak berpeluh mengajar anak muda kita.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Rombongan KSSG melibatkan 4 hala rombongan yang mana:
Cikgu Shams mengetuai rombongan daripada KSSG di Selangor iaitu Aduka, Jail, Tony Jai, Puan Azzalyn, Zul Klang, Kama & Along;
Cikgu Sabli (partner demo cikgu Sham tahun 90an) mengetuai rombongan daripada Pulau Pinang bersama 4 orang pelatih beliau;
Anak Gayong KSSG Selangor yang hadir daripada Baling dan Kepala Batas terus menyertai kami di utara iaitu Helmi & Malek.
Cikgu Saiful Hakim daripada Gayong Perancis & Ireland turut bersama kami sepanjang 01-02.08.2009 kecuali tidak dapat menyertai kami di Pulau Pinang. Beliau hadir atas permintaan beliau kepada Cikgu Shams untuk diperkenalkan dengan Cikgu Awang Daud dan Pak Andak Majid.

[Klik gambar untuk paparan besar]
Sebahagian daripada rombongan KSSG di rumah Cikgu Ismail Chik di kaki Bukit Bendera pada 02.08.2009.
Perbincangan dan sikap mesra Cikgu Ismail buat kami amat terharu dengan sambutan kepada kami. Harapan kami dapat sampai ke sana lagi dan menyambung dna memperbaiki dengan kekurangan apa yang ada sebagaimana yang dibincangkan pada hari tersebut.
Pelbagai masalah dan isu serta sensitiviti Islam yang dibincangkan amat menarik dan kami amat berbesar hati atas kemurahan ilmu dan pandangan Cikgu Ismail.
Sikap rendah diri dan teguh hati dalam mengajar Silat Seni Gayong akan terus menjadi sandaran dan motivasi kepada pihak kami.
Saya secara peribadi yang baru sahaja mengajar selama 15 tahun amat faham mengenai amanah dan teguran Cikgu Ismail.
Ayat pertama Cikgu Ismail pada kami " Wow.. kemas sungguh korang ni.! (pasal baju semua sama dan beliau ingatkan 1-2 orang sahaja nak datang).

[Klik gambar untuk paparan besar]
Sebahagian daripada rombongan KSSG di gelanggang ADMAA di Gurun Kedah pada01- 02.08.2009
Banyak yang kami dan pelatih daripada KSSG belajar daripada Cikgu Awang yang turut merupakan guru lama Cikgu Shams & Cikgu Sabli masa di Kelantan tahun 90an.
Kami turut dihadiahkan cenderamata oleh Cikgu Awang Daud dengan kuncian 1-14 dan pukulan maut 1-7 dengan cara ADMAR mengajar beliau.
Ada pihak terkejut kerana Cikgu Awang Daud tidak pernah mengajar silibus silat Gayong secara spesifik di gelanggang tersebut tetapi atas permintaan khas, rombongan kami kuyup peluh dalam latihan tersebut jam 9 malam - 2 pagi.

[Klik gambar untuk paparan besar]
Sebahagian rombongan KSSG di rumah Pak Andak Majid bin Mat Isa pada 01-02.08.2009
Turut yang sempat kami temui dan mendalami isi faham Gayong ialah Cikgu Razali daripada Pusaka Gayong Pahang yang kini menetap di Felda Kumai, Bera
Pak Andak Majid (masa bagi cenderamata baju korporat kami) kata "Hebat kamu semua ni!"


Share/Save/Bookmark