Related Posts with Thumbnails
| 2 komen ]

Semalam ada bincang sikit mengenai perjalanan kami ke Kedah pada hujung minggu ini. Terdapat beberapa penukaran rancangan kerana masalah teknikal:


  • Lawatan kepada Cikgu Nordin terpaksa dibatalkan kerana dimaklumkan oleh rakan kami bahawa Cikgu Nordin mengikuti rombongan ke Terengganu;
  • Lawatan ke Taiping dibatalkan kerana Cikgu Izhar (pakngah Batu Kurau), Cikgu Sazali Dato Meor dan beberapa lagi ada majlis di Kuala Lumpur sehingga 03.08.2009;
Beberapa penambahan mungkin akan dibuat atas kekurangan di atas:

  • Seorang guru lama di Ipoh dan Sungkai sedang dalam perancangan untuk dilawati. Menunggu lampu hijau daripada mereka;
  • Seorang guru lama berumur 90 tahun di Pantai Besar, Perak sedang diusahakan alamatnya sekiranya dapat mungkin akan disinggahi semasa balik;
  • Lawatan atas lawatan oleh guru lama;
  • Menyediakan saguhati kepada guru lama;

Mereka yang telah daftar dan bakal terlibat dalam Kembara KSSG (4-2009) ke Kedah & Perak ialah:
  • Hisham Nazir a.k.a Cikgu Shams;
  • Hazil Soliano a.k.a Jail;
  • Kamaruzaman Awang a.k.a Kama;
  • Mahathir Hussin serta isteri a.k.a Aduka;
  • Rizal Jailani a.k.a Tony Jai;
  • Shahrin Jamaluddin a.k.a Along;
  • Zulkifli a.k.a Zul Klang;
  • Mujahid a.k.a Jahid Panji
  • Sabli Shamsuddin a.k.a Mahagaru;
  • Helmi (Pesilat Dewasa KSSG yang akan sertai daripada Pulau Pinang)
  • Malek (Pesilat Dewasa KSSG yang akan sertai daripada Kedah)
  • Saiful Hakim (Gurulatih Silat Seni Gayong Perancis & Ireland)
  • Eisyah


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Sebahagian gurulatih Kelantan yang hadir ke Majlis Ilmu bersama Cikgu Amin Hamzah. Turut pulang ke tanah air ialah Cikgu Hakim daripada Perancis. Masih ramai tiada dalam gambar termasuk taiko Labuan, Cikgu Azizan Ibrahim

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Bersama Pakngah Izahar dan Cikgu Sazali bersama wakil KSSG yang hadir ke Perak. Hanya 4 orang wakil hadir kerana minggu depan kami ada satu lagi Kembara iaitu ke Kedah.

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Di hadapan rumah Pakngah Izahar, Batu Kurau. Selepas rumah Pak Ngah, kami menuju ke rumah Cikgu Sazali, anak angkat ADMAR. Kami sembang kat sana pasal Gayong sampai petang dengan Cikgu Sazali dan Pakngah sekali.

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Sempat turun dan meluangkan masa bagi Program Majlis Ilmu bersama Cikgu Amin Hamzah di Ipoh, Perak. Bermalam di sana dan meluangkan masa dengan anak-anak murid beliau yang kini ramai daripada Kelantan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Baju korporat KSSG bagi tahun 2009 telah siap minggu lepas dan telah mula digunapakai. Secara rasminya kami mula menggunakannya pada hujung minggu ini apabila menjalankan program Kembara KSSG ke Perak dengan mengadakan beberapa lawatan kepada 3 guru lama Gayong seterusnya memperkenalkan mereka kepada beberapa orang gurulatih gelanggang kami.

(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
Sehingga 1 syawal, harga kami edarkan kepada semua yang berminat ialah RM65.00 sahaja (harga modal). Selepas 1 Syawal, harga standard iaitu RM75.00 (masih di bawah harga pasaran). Kepada yang berminat sila hubungi KSSG: 014-9933SSG (774) atau Cikgu Shams (013-9307961)


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kesempatan berada di Singapura atas urusan kerja tak disia-siakan bila mana ada masa terluang untuk mengeratkan siratulrahim sesama anak-anak gayong di Singapura. Dengan bantuan Cikgu Azlan Abu Hasan, saya sempat melawat satu gelanggang dan bertemu dengan Pak Husin Kaslan dan anaknya Cikgu Rahim Husin selaku Guru Tertinggi Silat seni Gayong PASAK, Singapura

13 Julai 2009 - Melawat gelanggang Cikgu Ismail dan isterinya Cikgu Salmah.

Gelanggang ini terletak di kawasan Jurong. Kehadiran saya di sambut mesra oleh Cikgu Ismail (Abang Mail) dan isterinya Cikgu Salmah (Kak Salmah), sehingga mereka terpaksa menghentikan buat sementara latihan kerana asyik bercerita tentang Gayong di Singapura.

Gelanggang ini begitu unik sekali kerana ianya di kendalikan oleh sepasang suami isteri. Saya amat kagum dengan semangat sepasang suami isteri ini dalam menggembangkan Gayong di Singapura. Kaum Melayu merupakan kaum minoriti di Singapura dimana 80% penduduknya adalah kaum Cina. Yuran belajar Gayong lebih murah dari seni beladiri lain dan gurulatih mendapat bayaran yang tak seberapa untuk satu sesi latihan, tetapi bagi guru-guru Gayong ini, bukan wang yang di cari tetapi menyebarkan Gayong menjadi keutamaan mereka. Kegigihan mereka ini patut menjadi contoh kepada semua gurulatih.

Selesai latihan dan tutup gelanggang, saya rasa terharu apabila abang Mail mengarahkan semua anak muridnya bersalam dengan saya. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan abang Mail yang tali pinggang hitam cula 5 tu! Anak-anak Gayong disini memang dilatih dengan disiplin yang tinggi. Sementara menunngu abang Mail tukar pakaian, saya pun bertanya kak Salmah :

'akak! berapa umur abang Mail?'

Kak Salmah : 'kalau Abu teka betul nanti kita orang belanja makan special'

saya pun jawab '43 tahun'

Kak Salmah pun ketawa besar 'haah 43 tahun? Dah nak pencen dah 55 tahun!'

Terkejut saya, sebenarnya saya agak dalam 37 tahun, saja je tambah sikit jadi 43, rupanya lebih lagi. Abang Mail dan Kak Salmah memang awet muda.

Dalam pukul 11 mlm kami pegi makan kat gerai sebelah gelanggang bersama Cikgu Azlan, Dr. Saiful (naib presiden PASAK). Semasa tengah makan sibuk cerita punya cerita, rupanya Abang Mail dan kah Salmah ni memang otai dalam Gayong. Depa belajar dengan ADMAR masa di Singapura patutla hebat!

14 Julai 2009 - Melawat Pak Husin Kaslan dan Cikgu Rahim Husin (Guru Teringgi Silat Seni Gayong PASAK)

Rumah Pak Husin terletak di Punggul, Singapore. Masih ditemani oleh cikgu Azlan untuk ke rumahnya dengan menaiki train dan seterunya bas untuk sampai ke rumah Pak Husin.

Saya tiba di rumah Pak Husin ngam-ngam waktu magrib. Kami disambut mesra oleh isteri Cikgu Rahim, dimana cikgu rahim tengah bersolat magrib ketika itu. Masuk jer dalam rumah, saya terus dibawak ke bilik Pak Husin. Saya tergamam seketika bilah melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil orang sakit, seorang tua yang kelihatan lemah dan lesu. Terdetik rasa besalah seolah menggangu orang yang sakit sedang berehat. Saya terus bersalam dan memperkenalkan diri nama dan sebagai anak Gayong dari Malaysia.

Kemudian Pak Hussain mula nampak segar sikit dan dia mula bercerita pasal Gayong di Singapura terkejut saya bila suaranya memecah kesunyian rumah, dah tak macam orang sakit. Dalam sibuk berbual itu saya dapat lihat dalam diri Pak Hussain sebagai pejuang Gayong sejati, semangatnya masih kuat! Perbualan dihentikan seketika untuk solat Magrib.

Selesai solat, saya di hidangkan dengan makan dan minuman yang enak-enak dan sambil makan saya, Cikgu Rahim bercerita tentang perkembangan semasa Silat Seni Gayong di Singapura dan asam garamnya.

Dia menerangkan yang PASAK itu adalah singkatan dari Pekumpulan Anak-anak Seni Sandiwara Angkatan Kesenian dimana ianya adalah persatuan untuk aktiviti kesenian seperti lakonan, kebudayaan melayu dan sebagainya dan Silat Seni Gayong salah satu daripada aktiviti tersebut, tetapi Gayong lebih menonjol daripda aktiviti lain dan sekarang tinggal ativiti Gayong sahaja.

Untuk maklumat lajut bolehlah melayari www.gayongpasak.org. Cikgu Rahim juga meluahkan hasratnya tentang penyatuan Gayong yang akan banyak memberi manfaat kepada kita anak-anak Gayong khususnya.

Selesai makan saya ke bilik Pak Husin, berbual dan mengambil sekeping dua photo dan terus berbual lagi, namun akhirnya perbualan kami terpaksa dihentikan kerana kesuntukkan masa, pekhidmatan train dan bas akan tamat tak lama lagi, dan sebelum berangkat pulang Pak Husin memberi beberapa nasihat kepada sesiapa mengajar Gayong :
  • Menjadi jurulatih mesti kena banyak sabar
  • Jangan marah-marah/tengking-tengking murid di tengah-tengah gelanggang
  • Kalau murid salah, nasihat cara baik di tepi gelanggang, beritahu dia apa kesalahan dia.
  • Kalau salah murid masih berlarutan jugak, hukum saja (ketuk ketampi ker, push up, dll), tak perlu marah-marah/tengking-tengking.
  • Kalau hendak membuat seuatu keputusan yang penting, pastikan rujuk kepada Guru-guru utama/tua yang lebih berpengalaman.
  • Jangan biarkan diri dipengaruhi oleh anasir-anasir luar/jahat.
Setakat ini sahaja Kembara KSSG ke Singapura, jutaan terima kasih kepada Cikgu Azlan yang banyak membantu sepanjang lawatan saya.


Share/Save/Bookmark
| ]

Kembara dan lawatan kepada Seni Silat Gayong PASAK di Singapura dibuat secara ekslusif selama 2 hari yang mana hari pertama dibuat kepada gelanggang luar PASAK yang mana sempat bertemu Cikgu Ismail & Isteri beliau yang mana telah mencecah umur separuh abad dan kedua-duanya sempat bergayong dengan ADMAR di Singapura.

Manakala lawatan hari kedua ditumpukan kepada lawatan peribadi kepada Cikgu Rahim Hussain (pewaris dan peneraju utama PASAK) dan Pak Hussain Kaslan selaku salah seorang anak murid kesayangan ADMAR dan Anak Gayong asal daripada 7 murid ADMAR di Singapura.

Cikgu Ismail sedang menunjukkan cara dan teknik buah kepada Anak Gayong. Cikgu Ismail nampak muda tapi umur lebih kurang 55 tahun. Nak awet muda? Sila jumpa KSSG. Ambil borang & belajar Gayong.

Umur lebih separuh abad, bengkung hitam berchula 5, masih menyarung baju silat dan mencurahkan ilmu di gelanggang secara terus.

Siapa yang ada bengkung hijau ke atas tetapi tidak mari latihan atau tidak membantu mahupun mengajar ataupun tiada gelanggang langsung tu, bolehlah fikir untuk bakar baju silat, bengkung dan sijilnya. Malu kepada orang lama, nampak kita pandai cakap saja.

Isteri Cikgu Ismail turut setia membantu beliau sehingga kini. Isteri beliau berbengkung kuning. Anda pernah tahu standard bengkung merah, kuning dan hitam Pak Hussain Kaslan?

Cikgu Ismail antara Gurulatih berbengkung hitam dari zaman ADMAR dan diuji lagi oleh Pak Hussain Kaslan. Beliau antara yang sempat berguru dengan ADMAR pada zaman muda beliau dan selalu sudi memberikan tubuhnya kepada ADMAR untuk tunjuk buah.

Cikgu Azlan, bekas jagoan silat Singapura satu ketika dahulu yang kini menumpukan perhatian kepada barisan kepimpinan Gayong PASAK di Singapura. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Cikgu Azlan semasa lawatan dibuat oleh wakil kami tersebut.

Wajah terkini Pak Hussain Kaslan yang mana satu-satunya daripada 7 murid asal ADMAR di Singapura masih hidup. Pak Hussain kini tidak mampu lagi berjalan dan bangun serta pendengaran yang makin berkurangan. Tetapi bila dilawat, terutama pihak generasi muda seperti kami, beliau bersemangat dan mahu dibangunkan. Anak beliau, Cikgu Rahim menyatakan bahawa bapa beliau kini agak tenat tetapi atas lawatan dan soal silat, beliau amat-amat 'bersemangat'.

Gambar di atas adalah Pak Hussain Kaslan bersama anak beliau, Cikgu Rahim dan Bendahari KSSG, Cikgu Abu Hassan

Salah satu potret Pak Hussain Kaslan yang dihadiahkan oleh Gelanggang PASAK Johor pada tahun 1992.

Laporan lanjut akan dikemaskinikan oleh Cikgu Abu Hassan dalam masa terdekat. Bagaimanapun tidak semua isi kandungan lawatan akan didedahkan kerana rahsia, tips dan cerita-cerita tertentu biarlah menjadi rahsia dan pengalaman gurulatih yang tertentu sahaja.


Share/Save/Bookmark
| ]


Setiap sabtu malam, latihan di Bandar Pusat Puchong ataupun pejabat urusan dan latihan KSSG akan dijalankan oleh saya sendiri dan latihan pada sabtu malam adalah bebas dan terbuka kepda semua pelatih kami sahaja tanpa mengira bengkung dan tahap kecekapannya.

Latihan adalah berbentuk latihan pecahan sebagaimana yang diinginkan oleh pelatih dan dibuat dalam bentuk mudah dan senang dipelajari. Ini adalah bagi meng-kreatif-kan Anak Gayong kami dan memahami pecahan dan pergerakan Gayong yang mana ilmunya amat luas serta bagaimana penggunaan teknik tertentu yang telah dipelajari.

Dalam latihan sebegini, Anak Gayong lebih kreatif dan mampu menghasilkan pecahan dalam bentuk pukulan dan kuncian yang lebih banyak berdasarkan teknik dan asas silibus yang dipelajari sebelum ini dalam pelbagai bentuk serangan dan contoh penggunaan senjata.

Semalam terdapat 7 orang pelatih hadir dan mahu berlatih pisau dan simbat tetapi oleh kerana majoriti mahu pelajari asas simbat maka latihan simbat dijalankan semalam. Mungkin kerana beberapa minggu telah dibuat latihan pisau.

Seperti biasa, latihan adalah amat mudah dan penumpuan dibuat kepada 3 peringkat iaitu; Pertama- Elakan tanpa gerak. Kedua- Buang/Pukul dan Ketiga- Rampas senjata & Matikan musuh.

Latihan selama 2 jam ternyata memberikan kesan baik dan mampu dilatih bagi membuat teknik yang laju, kemas dan tangkas. Cuma kekadang pengalaman dan latihan yang sedikit dalam simbat masih mendatangkan gerun. Malah kesemua daripada mereka masih lagi di bawah kelayakan mempelajari simbat. Tetapi selepas 2 jam latihan, badan musuh (rakan yang menyerang) dihentak dan dibuang sesuka hati tetapi dalam masa yang sama telah mampu membaca kemampuan musuh (rakan malam itu) dalam soal menyerah dan sakit.

Latihan bertambah seronok apabila kesemua musuh malam tersebut terpaksa menyerah dan membuang tongkat dan terpaksa menepuk lantai dengan kuat akibat sakit. Muka masing-masing berubah dan tangan mula digosok-gosok tetapi sedikit pun tidak mengubah mood untuk belajar dan mengemaskan lagi gerakan mereka.

Latihan dihentikan pada jam 11.45 malam setelah 2 1/2 jam berlatih. Latihan ditutup dan pihak kami sempat kenduri 7 biji durian. Seperti biasa, semuanya ada sponsor.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]



Yang baik dijadikan iktibar. Kita pakat ambil isi kandungan amanat dan meneruskan perjuangan atas apa jua tiket pertubuhan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Latihan Pecah Buah hanya dibuat kepada pelatih dewasa yang mana satu buah tangkapan atau jenis kombat dipecahkan kepada seminima 400 buah yang lain.

Mula-mula pelatih amat terkejut bagaimana nak pecah kepada 400 jenis buah sedangkan satu pun belum master. Tetapi dengan sedikit demo dan perkiraan pecahan yang ditunjukkan sebanyak 600-700 pecahan pada malam tersebut, pelatih mula memahami mengenai teknik dan latihan dalam Gayong. Silibus dan latihan kepada silibus tersebut adalah perkara yang sama tetapi latihan tersebut membuka mata mengenai peradaban ilmu orang Melayu sebegitu luas.

Secara tidak langsung mereka mula memahami kenapa Bengkung Merah begitu mahal harganya pada saya. Penekanan pernah diberikan bahawa untuk mendapatkan Bengkung Merah, pelajaran silibus yang perlu dilalui ialah lebih kurang 100 jenis buah tangan kosong. Bayangkan kalau ada pelatih mampu pecah sehingga 400 jenis buah yang lain. Maka untuk mendapatkan Bengkung Merah, anda akan lalui 40,000 buah sebelum bermain dengan simbat dan pisau.

Tetapi intipati latihan Sabtu lalu bukan jumlah buah dan pecahannya tetapi bagaimana latihan mendidik jiwa dan jumlahnya yang banyak mendidik identiti melayu kita. Seterusnya difahamkan pelatih bahawa kesemuanya adalah tanggungjawab dan bukan semata-mata buah.

Apa tanggungjawab kita kepada Gayong telah dijalankan?


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Menjadi asas hubungan KeGayongan kami, tiada siapa lebih dan kurang. Siapa jua guru lama Gayong tetap menjadi inspirasi dan tersenarai dalam kunjungan kami samada dari PSSGM, Pusaka Gayong, Warisan Serantau atau PASAK.

Baru-baru ini pihak kami menemui Cikgu Awang Daud di Kajang yang hadir atas beberapa urusan beliau. Kesempatan ini kami gunakan untuk memperkenalkan beliau selaku orang lama dalam Gayong kepada anak-anak Gayong kami daripada Puchong dan Shah Alam. Hanya beberapa yang dapat turut serta kerana kelewatan makluman mengenainya.

Pihak kami menjemput Cikgu Awang Daud daripada Bangi selepas satu program beliau. Selepas menunaikan solat asar di masjid, kami bersembang panjang di Restoran Sate Samuri Kajang. Pelbagai cerita menarik dan pengalaman baru buat Anak Gayong dikongsi bersama.

Antara yang menarik beliau sering bertanya mengenai perkembangan gayong dan mengamanahkan generasi muda agar teruskan mengembangkan Gayong.


Share/Save/Bookmark
| ]

Ujian Kenaikan Bengkung bagi putih kosong sehingga hijau cula
Seramai 37 orang diuji pada 05.07.2009 bertempat di Dewan Masyarakat Bandar Bukit Puchong. Masih ada lagi 15 orang yang tercicir ujian semalam atas beberapa sebab tidak dapat hadir.
Ujian dibuat sepenuhnya oleh Cikgu Mohd Noor bin Yaacob dibantu oleh Cikgu Shams

Ujian dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 1.15 tengahari
Ujian dibuat dalam 2 kumpulan yang mana kumpulan pertama adalah kanak-kanak dan ujian putih kosong sahaja. Manakala selebihnya kumpulan dua adalah dewasa dan bengkung hijau ke atas.
Kesemua yang menyertai ujian adalah lulus dengan baik.

Berikut adalah keputusan ujian bengkung pada 05.07.2009:
Kumpulan Pertama
(Kesemuanya Lulus & Layak Mendapat Putih Kosong)
Aiman Haikal
Aiman Harith
Nur Aiman Shahirah
Muhammad Mursyid
Muhd Muhaimin
Ellisya Eliani
Izz Zamir
Faris Ikmal
Muhd Faizal
Mohd Iqbal Firdaus
Muhammad Afiq
Muhammad Azizi
Syaifuddin
Muhammad Izham
Abang Adris Mirza
Dayang Barika Sabeera
Dayang Badrina Imanina
Siti Intan Farlisha
Ezzad Azeem
Muhammad Aiman
Muhammad Nur Akmal
Muhd Faris
Muhd Iskandar Zulkarnain
Izhar Zulkarnain
NorFarzana
Suhira Enehasyuhada
Iffa Shahira
Iffa Narisha

Kumpulan Kedua
Mahathir Hussin - Lulus
Muhd Zulkapli - Lulus
Kamaruzaman - Lulus
Muhd Syah Rezal - Lulus
Muhammad Zul Helmi -Lulus
Muhammad Izzuddin Lulus
Muhammad Izzzkandar - Lulus (2 Cula)
Muhamad Rizal - Lulus (3 Cula)


Share/Save/Bookmark
| ]

Bila belajar silat, semua orang ingin menjadi hebat. Sehebat mana, saya sendiri pun tidak pasti. Tetapi masing-masing seolah ingin mengangkat dada bahawa kita berkelebihan atas pelajaran silat. Bagi saya, pelatih sebegini dah sesat dan terpesong banyak. Dari mana terpesongnya. Samada silap sendiri, rakan latihan mahupun gurulatihnya membimbing sedemikian.

Apabila niat sebegitu, maka lahirlah pesilat yang kenal adat dan budaya silat tetapi tidak memahami sejarah dan amalan budaya silat. Ibarat kera dapat bunga, dilihat cantik.. dipusing-pusing tetapi akhirnya tiada guna baginya.

Saya sering berkata kepada pelatih saya. Bersilat mencari pahala dan mencari tapak untuk pahala itu bergerak bila kita mati. Sebagaimana ADMAR meninggalkan Gayong kepada kita maka pahala kepadanya tetap berterusan selagi ilmu Gayong ini diteruskan atas nama apa jua.

Saya sering tegaskan bahawa setakat hidup kita yang tidak mendidik mahupun melakukan satu perubahan kepada masyarakat kita maka hidup kita tiada makna. Tetapi ramai yang takut kononnya masalah banyak kalau mengajar silat.

Guru saya kata " Hati baik dan ikhlas, yang lain Allah SWT uruskan"...

Saya pegang dan pakai pesan itu. Selama bergayong pernah juga gelanggang saya diceroboh dan disudi, tetapi alhamdullilah, semua jadi rakan dan boleh dijadikan rakan. Kan itu lebih baik.

Ada yang cakap mendada seolah-olah beladirinya amat tinggi harga dan nilainya. Tetapi kaku bila berdepan. Tiada ilmu pelik sekadar ingat pesan guru-guru.

Sekali lagi ayat sama diturunkan kepada rakan-rakan pesilat di bawah jagaan saya semalam. Bukan oleh saya tetapi terus daripada guruku itu.

Saya melihat keberkatan guru ini bukan dalam mendabik dada kerana ilmu dan pengaruhnya tetapi jelas saya melihat kepada faedah selepasnya. Iaitu pahala yang mahu dikumpulkannya. Guru-guru lama sering berkata gayong ini AMANAH dan bukan satu tradisi.

Baca selebihnya di sini


Share/Save/Bookmark
| ]

Sekadar makluman, Cikgu Awang Daud akan berada di Lembah Klang pada 01-03.07.2009 bagi beberapa program beliau.

Kepada siapa yang berhajat untuk bertemu guru lama ini boleh menghubungi beliau ditalian [klik sini].

Makluman sebegini pihak kami akan maklumkan secara berterusan kerana kebelakangan ini banyak program bersama guru tua dijalankan seolah-olah mereka merasai masa mereka telah hampir meninggalkan kita, maka ramai yang berduyun menabur saki baki ilmu mereka agar ilmu itu diketahui umum.

Kalau ada yang baiknya, diamalkan ilmu tersebut. Yang tua kita hormat dan dahulukan..


Share/Save/Bookmark