Related Posts with Thumbnails
| 0 komen ]

Latihan bermula jam 9.30 di terajui oleh Cikgu Zul Klang. Kehadiran ahli pagi ini seramai 12 orang berbanding minggu lepas seramai 7 orang sahaja.

Walaupun masing-masing masih tidak lagi mengenakan pakaian seragam namun latihan pagi itu begitu bersemangat sekali sehingga bergema dewan apabila perkataan zat dilaungkan. Meskipun keahlian hanyalah 12 orang. Bak pepatah gayong “Biduk berlalu kiambang bertaut, Gayong bersambut kata bersahut”. Moga-moga minggu hadapan akan bertambah anak-anak gayong baru.

Pada minggu ini juga laungan zatt yang lebih kuat dan padu membuatkan ramai penjaga dan ibubapa turun menyaksikan para pelatih berlatih dan tidak menyangka laungan tersebut hadir daripada 12 orang pelatih sahaja.

Rata-rata ibubapa dan kanak-kanak yang hadir semasa sessi latihan tersebut menyatakan rasa minat untuk menyertai kelas kami di minggu hadapan. InsyaAllah, kemungkinan keahlian bertambah lagi pada minggu depan.


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]

Pihak kami ada menulis sebelum ini mengenai lawatan Cikgu Haji Omar ke gelanggang pusat kami di Puchong [klik di sini]. Manakala 2 minggu lepas, pihak kami pula berkesempatan singgah di Gelanggang Pusat PSSPGM Terengganu. Kami anggap ini kunjungan balas. Tapi lain kali akan singgah lagi. Sampai dah petang, gambar gelap sikit.

Banyak poster mengenai Islam dan keagamaan dilekatkan di dinding gelanggang. Menurut Haji Omar, ini bagi mendidik Anak Gayong Terengganu lekat dengan ajaran Islam dan secara tidak langsung mendidik hati-hati mereka mengenai akidah dan syariat.

Dinding gelanggang silat milik PSSPGM terengganu di bawah kelolaan CIkgu Haji Omar. Selain mengajar silat, gelanggang ini turut menganjurkan kursus ibadah haji, umrah dan program keagamaan yang lain. Selain daripada itu, gelanggang ini turut menyediakan penginapan dan beberapa perkhidmatan yang lain.

Cikgu Haji Omar atau lebih dikenali sebagai Pok Omar oleh Anak Gayong (PSSPGM) di Terengganu. Beliau merupakan orang nombor satu PSSPGM di Negeri Terengganu dan berpusat di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Kami tidak tahu sehandal mana dan setinggi mana ilmunya. Tetapi kami bangga ilmunya dapat memberikan kesan kepada sifat rendah dirinya dan mendidik Anak Gayong ke arah Islam. Itu kami cemburu dan akan cuba tandingi..


Share/Save/Bookmark
| ]

Boleh tolong jelaskan pertubuhan Gayong yang diketahui?

Secara peribadi saya ingin katakan bahawa setiap aliran dan perpecahan Gayong kini jelas dan antara pertubuhan yang masih mengekalkan adat dan aliran yang lebih dikenali ialah PSSPGM dan PSSGM sahaja. Manakala yang lain tidak banyak input diperolehi.

Jangan melihat ia sebagai perpecahan tetapi melihatlah ia bagaimana untuk digabungkan sebagai satu Gayong walaupun terdapat perbezaan pandangan dan jalinkan silaturrahim agar hubungan Gayong ini tidak putus.

Janganlah mengata dan terus mencemuh mana-mana pihak agar kesinambungan akan terus bertaut di kemudian hari. Yang tua akan pergi, yang muda akan mengemudinya kelak. Kalau yang muda disumbat dengan idea yang buruk mengenai gayong, maka sampai bila kita akan bermusuh.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah beberapa fakta yang boleh diperolehi melalui internet sahaja yang mampu diperiksa oleh anda sendiri. Saya kumpulkan untuk pengetahuan sahaja dan rujukan kita.

Selain daripada apa yang nyatakan di sini, terdapat lagi pengetahuan saya mengenainya tetapi tidak dapat saya katakan kerana tidak ada dinyatakan di dalam internet. Maka saya takut percanggahan pandangan mengenainya mahupun kewujudannya. Sebarang pembetulan boleh dinyatakan kepada kami.

Antara beberapa Gayong yang didaftarkan atau di jalankan di Malaysia adalah seperti berikut;

  • Pertubuhan Seni Silat Gayong Pesaka Malaysia
Lebih dikenali sebagai Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), berpusat di Kedah dan diterajui oleh Pandak Majid bin Mat Isa

  • Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Berpusat di Kuala Lumpur yang mana dijaga oleh ADMAR sehingga akhir hayatnya. Didaftarkan di Johor dengan bantuan Dato Onn Jaafar

  • Silat Seni Gayong Warisan Serantau
Berpecah selepas Mesyuarat Agung PSSGM tahun 1994 dan didaftarkan. Selebihnya mungkin pihak yang lain boleh membantu.

  • Silat Seni Gayong Sundang
Wujud di Pulau Pinang dan berasal daripada aliran Gayong juga. Ketahui sebelum ini dan diakui kewujudannya. Pakndak Majid pernah menyatakan perkara yang sama kepada saya dan pernah menghadiri majlis Gayong Sundang.

  • PASAK
Lahir di Singapura selepas peninggalan ADMAR dari sana dan terpaksa didaftarkan atas kehendak semasa. Ini bukan berlaku kerana krisis atau perpecahan Gayong. Dipiimpin oleh Pak Hussin Kaslan

  • Awang Daud Martial Art Academy (ADMAA)
Secara peribadi saya melihat ia masih lagi sebagai Silat Seni Gayong yang mana masih mengamalkan sedemikian. Diasaskan oleh Cikgu Awang Daud pada sekitar 93/94 tetapi direhat pada sekitar tahun 98-2000 sehingga diaktifkan semula kini. Kenapa?

  • Pusaka Gayong Nusantara
Ia baru diletakkan melalui blog mereka. Yang mana dipengerusikan oleh Cikgu Agus bekas Pengerusi Pusaka Gayong Malaysia cawangan Jalan pekeliling. Manakala orang tuanya adalah Pak Alang. Dilihat dari sudut Pak Alang, ia masih bergiat di bawah Pusaka Gayong Malaysia. Beliau juga hadir di majlis Adat pada 01.05.2009 tempohari. Lain-lain fakta tidak dapat dinyatakan.

  • Kelab Silat Seni Gayong (KSSG), Subang Jaya
Ini kami yang mana didaftarkan atas keperluan dengan pihak Pesuruhjaya Sukan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Menjalankan Silat Seni Gayong di bawah Pusaka Gayong Malaysia dan silibus adalah Pusaka Gayong yang dikumpulkan melalui latihan di Kelantan.

  • Silat Seni Gayong Tiga Kalimah

Ini dikembangkan oleh Cikgu Rajab atau lebih dikenali diseluruh Kelantan sebagai Pak Jab. Dahulunya berpusat di Kg. Tikat, Kota Bharu dan kini berpindah ke Kg. Panji, Kota Bharu.

  • Gayong PERWANIT

Ia ditubuhkan di Singapura dan terdahulu daripada PASAK atas desakan kerajaan setempat bagi mendaftarkan pertubuhan-pertubuhan sebegini. Masih dikembangkan dan masih wujud di Singapura.

Beberapa kumpulan lan tidak dapat saya nyatakan kerana tiada maklumat tambahan melalui internet.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Mulai hari ini, pautan kepada senarai gelanggang kami boleh diperolehi dengan klik bahagian tab Gelanggang di bahagian header di atas.

Senarai penuh gelanggang aktif kami akan disenarai bagi kemudahan rujukan kesemua pengunjung.

Bagaimanapun, beberapa gelanggang dan nombor telefon tidak dikemaskini dan akan dikemaskini dalam masa terdekat.


Share/Save/Bookmark
| ]

Hari ini adalah genap 18 tahun Arwah Datuk Meor Abdul Rahman meninggal dunia dengan meninggalkan pewarisnya melalui Silat Seni Gayong yang banyak berbakti dalam merubah masyarakat melayu Islam di Malaysia.

Harap dengan medium Silat Seni Gayong ini dapat kita meneruskan usaha dalam mendisiplinkan dan menyatukan masyarakat melayu dalam cara kita.

Semoga hari ini bukan setakat memikirkan soal kuasa dan adat dalam Silat Seni Gayong tetapi bagaimana ingin menaikkan Gayong secara berterusan agar pahala yang berterusan kepada guru-guru lama termasuk ADMAR. Selain itu diharapkan Silat Seni Gayong ini akan memberikan kesan positif dalam masyarakat kita.

Tetapi untuk menjayakannya, perlulah semua barisan tenaga Gayong untuk turun ke bawah. Membuka dan memakmurkan gelanggang. Yang muda boleh pergi jauh. Yang tua boleh memerhati dan menegur serta berpetua kepada yang baru.

Kalau bukan kita yang mulakan, adakah kita perlu tunggu silat ini disisihkan oleh bumi melayu baru kita tergopoh nak mengembangkannya.

al Fatihah buat ADMAR.


Share/Save/Bookmark
| ]

Semalam latihan ditukar kepada gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar PPR Kota Damaansara dan gelanggang silat serta menambah beberapa penutup kepada dinding gelanggang yang ada.

Terima kasih kepada semua Anak Gayong Kota Damansara dan Encik Ramli dan Cek Mat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Alhamdullilah, semalam sempat diluangkan masa untuk berbincang mengenai permohonan satu pihak badan NGO bagi mengadakan kelas silat Seni Gayong di Putrajaya.

Ini berkebetulan dengan permintaan yang ramai daripada bekas pelajar SMK Presinct 9 yang kini berpindah sekolah dan telah tamat sekolah dan dalam melanjutkan pelajaran di IPT tempatan.

Hasil perbincangan menunjukkan perkembangan positif tetapi bergantung kepada masa dan tempat latihan yang masih belum diputuskan. Apa pun tempat samada dewan atau padang tidak memberikan apa jua masalah kepada kami mahupun pelatih selagi ada kerjasama yang baik.

Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan pihak masyarakat kepada kami.


Share/Save/Bookmark
| 62 komen ]



Ini adalah antara gelanggang latihan di bawah pentadbiran kami dan kepada yang berminat boleh hubungi: 014-9933774

Kepada yang berminat untuk membuka kelas latihan di kawasan mereka, boleh terus berhubung dengan nombor di atas.


MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Puchong
  • Pusat KSSG - (Isnin - 9.00 malam) - 014-9933774 (Cikgu Jail)
  • Pusat KSSG - (Khamis - 9.00 malam) - 014-9933774 (Cikgu Besi)
  • Pusat KSSG - (Sabtu - 9.00 malam) Kelas Khas - 014-9933774 (Cikgu Shams)
  • Masjid As Salam, Puchong Perdana - (Rabu - 9.00 malam) - 014-9933774 (Cikgu Shams)
  • Balai Masyarakat MPSJ Bandar Bukit Puchong - (Ahad - 5.00petang) - 014-9933774 (dihentikan sementara, masalah kekurangan gurulatih)
  • Taman Perindustrian Puchong - (Sabtu - 9.00 malam)
  • Taman Perindustrian Puchong - (Ahad - 9.00 pagi)
  • Kompleks Rakan Muda, Puchong - (Sabtu - 9.00 pagi) - Kelas Khas Team Demo, Kelas Wanita & Kelas Biasa (Cikgu Shams, Cikgu Jail & Cikgu Besi serta yang lain)
  • Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama - (Selasa - 9.00 malam) - 014-9933774 (Cikgu Shams)

Subang Jaya
  • Balai Masyarakat MPSJ, Taman Putra Heights - (Ahad - 8.30 pagi) (Cikgu Malik & Nick)
  • SMK USJ 8 - (Khamis - 9.30 pagi & 3.00 petang)
  • SMK USJ 4 - (Sabtu - 9.00 pagi)
Serdang
  • Dewan George, Taman Equine, Seri Kembangan (Sabtu- 4.00 petang) - 014-9933774 (Cikgu Shams)


MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSp)

Sepang
  • Dewan Orang Ramai, Taman Putra Perdana - (Ahad - 2.00 petang)
  • Surau Al-Hidayah, Bandar Saujana Putra - (Sabtu - 5.00 petang) (Cikgu Along Shahril)
Putrajaya
  • Dewan Serbaguna Kejiranan Presinct 9, Putrajaya (dihentikan sementara, masalah tempat. Kalau ada orang dapat membantu dari sudut tempat tolong beritahu kami)
  • SMK Presinct 9A, Putrajaya - (Rabu - 5.00 petang)

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Damansara
  • Masjid Kota Damansara - (Ahad - 5.00petang) (Ng Eng Kuan)

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Shah Alam
  • Dewan Masyarakat MBSA, Seksyen 16 - (Jumaat - 9.00 malam)
  • Dewan Angsana, Seksyen 8 (Jumaat - 9.00 malam) (Cikgu Shams)
  • SMK Alam Megah - (Rabu - 2.30 petang)
  • Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Alam - (Jumaat - 9.00 malam) (Cikgu Lan) 

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Jenjarom
  • Surau Al Hidayah, Bandar Saujana Putra (Sabtu - 5.00 petang) (Cikgu Along)




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


MAT Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris.

BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.

Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.

Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.

Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.

Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:

*silat menggunakan qalam/pena,

*silat kalam/lidah,

*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah

*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.

Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak

Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".

Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.

Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.

Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:

Setelah sudah berperi-peri,

baginda berangkat lalu berdiri

Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,

serta dengan Wan Bakari.

Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,

kepada baginda tunduk menyembah

Dengan segeranya baginda bertitah,

Adalah sedikit hendak diperintah.

Baginda tersenyum seraya berkata,

Jikalau suka rasanya cita

Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,

diajarkan silat bermain senjata.

Tuan ajarkan padan-padan,

boleh dilihat usulnya badan

Bagaimana di dalam contoh teladan,

yang mana patut main di medan.

*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.

Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.

Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.

Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.

"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.

"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).

Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.

Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.

Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.

Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.

Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atauterrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).

Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.

Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.

Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.

Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.

Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.

Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:

lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.

lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.

lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.

lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli.Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).

Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:

*Belajar secara fizik di gelanggang.

*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.

*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.

Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.

Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).

Kesimpulan dan penutup

Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:

lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.

lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.

lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.

lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.

Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Boleh saya tahu, sebelum di ajarkan silat ini, kebatinan diajar dulu ke?

Persoalan ini saya terima daripada pelatih dewasa yang ingin belajar silat daripada gelanggang kami. Ini bukan kali pertama dan persoalan ini akan berterusan ditanya lagi pada masa yang akan datang.

Seperti biasa saya ingin tegaskan (terhad kepada pandangan kami) bahawa Silat Seni Gayong adalah jenis silat perang yang ditekankan oleh ADMAR. Maka kekuatan dan pelajaran fizikal adalah utama dan kemudiannya tidak dinafikan mengenai kebatinan.

Cuma orang Melayu banyak sangat mistiknya maka bila disebutkan kebatinannya ini sudah tentu mengenai terbang, ghaib, laju berdesut dan lain-lain perkara mencarik adat.

Ingin kami tekankan bahawa latihan kami adalah 100% fizikal dan sebagai silat yang berasas umbikan Melayu Islam, maka penerapan ayat-ayat quran melalui bacaan dan petua amalan, itu biasalah. Tetapi kalau hendak cari yang pelik macam nak terbang atau ghaib, minta maaf mungkin kami tidak mampu menjanjikan sedemikian.

Memang kami akui bahawa kuasa Allah SWT antara Kaf dan Nun itu melampaui segalanya tetapi semuanya kehendaknya dan bertempat dan bersebab. Cuma jangan ghairah mencari sehingga kita sesat.

InsyaAllah sekiranya Allah SWT mengkehendaki sedemikian, semuanya akan hadir sendiri tanpa diminta. Cuma adakah kita mampu konsisten dengan latihan dan amalan yang diberikan.

Jangan khayal dengan mistik yang tidak bernas. Dibimbangi syaitan yang makin kita dekati.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

UJIAN PERINGKAT KEENAM: BENGKUNG MERAH CULA
(GURULATIH 2)

1. Senaman 6
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Keris
 10 Asas Tikaman Keris
 21 Asas Gerakan Keris

3. Asas Gerakan Yoi
 14 Asas Gerakan Yoi;

4. Tapak Pusaka Gulung (Pentas) Senjata
 14 Tapak Gulung Pisau 1 & 2 ;
 14 Tapak Gulung Rotan 1 & 2;
 21 Tapak Gulung Keris 1;

5. Buah Pusaka Tangkapan Kunci Senjata
 7 Buah Tangkapan Kuncian Rotan;
 21 Buah Tangkapan Kuncian Pisau;
 7 Tangkapan Kuncian Keris;
 Lain-lain tambahan atas budibicara Gurulatih.

6. Tapak Pecahan Kuncian 3-21(Revisi & Latihan Sahaja)
 54 Buah Tangkapan Kuncian Pecahan Kunci;

7. Tapak Pecahan Pukulan3-21 (Revisi & Latihan Sahaja)
 54 Buah Pukulan Pecahan Pukulan;

8. Senaman Gerakan Tempur (Tambahan Demo) (Revisi & Latihan Sahaja)
 Tangan Kosong;
 Pisau;
 Rotan Panjang & Pendek;
 Simbat;
 Keris Panjang & Pendek;
 Tekpi
 Rantai
 Parang

10. Buah Gulung / Pentas (Budi Bicara Gurulatih)
 Pentas Kosong 4 (Buah Tapak Kunci Mati 8-14);
 Pentas Kosong 5 (Buah Tapak Kunci Mati 15-21);

11. Seni Lompatan
 Gulung Badan Depan;
 Gulung Badan Belakang;
 Bangun Pacat ;
 Roda Kanan Kiri;
 Lentik Depan;
 Asas Lentik Belakang;
 Harimau Menghambur Mangsa (Kosong & 8 Orang bertelingkup dan rukuk).
 Harimau Mendahan Mangsa (3 – 4 Orang)

12. Lawan Bebas (1 lawan 5)

13. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;.
✗ Mengendalikan seminima satu Gelanggang Gayong.(Syarat Wajib)

14. Lain-lain
✗ Pembacaan Ayat Lazim (disemak oleh Gurulatih)

Maksud "Atas Budibicara Gurulatih" adalah silibus diberikan atas keperluan dan melihat kepada prestasi sahaja. Silibus tersebut tidak diuji secara langsung.

Pembacaan Ayat Lazim adalah tertumpu kepada Ayat lazim yang biasa menjadi amalan umat Islam yang mana ia bukan sebahagian daripada silibus Gayong tetapi diselitkan sebagai input dan motivasi pelatih kepada gaya hidup Islam.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

"Mana ada perigi mencari timba.. Timba harus mencari perigi. Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"

Selama dua hari berada di Kelantan atas urusan kerja dan satu perbicaraan di sebuah Mahkamah di Kelantan memberikan saya rezeki berjumpa dengan seorang rakan lama dalam silat.

Semasa kami bertembung pada tahun 2006, saya dah setahun mula aktif balik dalam melatih budak-budak silat setelah lama hanya membantu gelanggang. Ketika itu ada satu persoalan ditimbulkan kepada saya;

Berapa mung akan bertahan ni... Ini negeri orang.

Saya mengambilnya sebagai motivasi dan menjawab pada tika itu;

Budak Gayong boleh bertukar ganti, saya tidak!..

Jawapan saya cukup menyakinkan tetapi tidak pasti beliau percaya atau sebaliknya kepada saya. Kini setelah hampir 4 tahun, kami bertemu di bandar Kota Bharu dan ayat pertama keluar daripada mulut beliau;

Tahniah! aku ada ikut web silat mu..

Cuma beliau musykil kenapa saya cuba hentikan usaha membuka gelanggang dan memperkasakan Silat Seni Gayong atau apa jua namanya. Kalau usaha itu berjaya menarik minat orang melayu kembali malah mampu membuat suatu yang berfaedah, kenapa tidak teruskan.

Saya hentikan cerita mengenai pertemuan rakan lama itu. Saya ingin kongsikan pandangan saya dan kenapa saya ibarat perigi mencari timba yang pernah dilabelkan pada satu ketika.

Orang berkata ADAT silat mana boleh perigi mencari timba maka usaha dan niat saya untuk membuka dan membuka gelanggang dilihat sebagai suatu tindakan yang amat janggal dan dalam masa yang sama saya melihat yang menganggap saya sedemikian sebagai buta mata.

Dulu-dulu memang perigi mencari timba dalam soal silat kerana mana ada gelanggang silat tidak penuh dan sokongan komuniti mana yang tidak percayakan disiplin silat ini. Tetapi kita perlu ingatkan diri kita bahawa melalui pengalaman sejarah yang perit bagi pihak pendatang di tanah melayu ini bermula pada tahun 1511 apabila Portugis mengambil masa 3 hari untuk turun ke darat walaupun bersenjatakan meriam dan melayu hanya dengan senjata tradisi.

Itulah kekuatan Melayu. Bukan pada kejahilannya tetapi pada ketamadun ilmu silat dan akidah Islam yang tinggi. Pantang rendah semangatnya.

Bermula daripada zaman itu, Portugis, Belanda mahupun Inggeris mula merasai kesan penentangan orang Silat di seluruh Nusantara Melayu. Ketika itu silat amat digeruni. Maka secara tidak sedar kita melihat silat itu sendiri mula ditinggalkan oleh orang Melayu atas propanganda bangsa asing dengan menggunakan orang melayu yang bodoh sendiri sebagai boneka dalam menghilangkan gah silat di mata orang Melayu sendiri.

Silat mula dilabelkan sesat, jahil dan tahyul. Media massa juga memainkan peranan yang berterusan daripada dulu sehingga kini yang melabelkan silat dengan kemenyan dialurkan keris melalui asapnya. Ditambahkan dengan gerak kebatinan sahaja dan mentera yang melampau.

Maka silat terus dilabelkan sesat dan bahaya untuk dipelajari. Siapa yang katakan sedemikian? Orang melayu yang kata. Tetapi kita tidak sedar, yang membuat sedemikian adalah propaganda bangsa asing.

Yang mengatakan sedemikian adalah orang-orang Melayu bodoh yang mereka sendiri tidak belajar silat atau pernah belajar aliran yang menyongsang, maka dikatakan seluruh silat itu sonsang.

Mungkin melayu yang bodoh ini hanya pandai buat hukum tetapi tidak tahu mengenai asas silat itu sendiri. Antara asas silat ialah banyak pendokongnya ialah para alim ulama dan pemimpin agama Islam dalam satu-satu komuniti. Cuba sebut nama para pengganas melayu yang pernah menentang bangsa asing. Di situ ada asasnya..

400-500 tahun berlalu, di manakan kita kini? Silat adalah pengemis di tanah sendiri.

Kesannya, anak Melayu tidak terdidik lagi.

Para Melayu ini berkata dengan bangga bahawa nak disiplinkan anak melayu dengan beladiri lain pun boleh.. Ini jawapan amat bodoh.

Asas Silat Melayu adalah bertunjangkan akidah dan bukan adat (setengah orang pentingkan adat) maka lahirlah disiplin melaluinya seperti penekanan solat kemudiannya zikir. Penerapan asas Islam dalam silat adalah jelas dengan tindak tanduk dan kesan selepas silat antara hubungan pesilat dan ibubapa serta masyarakat.

Malah silat juga mengajar doa serta mendoakan para keluarga mereka. Setakat pengalaman saya, tiada apa jua kesan yang baik dari sudut Islam kepada ibubapa selain anak mereka masuk silat. Yang saya pasti kalau Silat Seni Gayong, sebelum buka dan tutup gelanggang kami ajarkan bacaan Quran dan sedekahkan pahala bacaan Quran tersebut doakan kepada ibu bapa mereka.

Setelah berabad, fikiran orang Melayu ditanam dengan sikap negatif mengenai silat maka silat tidak lagi mendapat tempat kecuali bersifat kekampungan semata-mata. Silat pun tidak boleh dikembangkan jauh jika dibandingkan dengan seni beladiri baju putih yang lain. Orang melayu lebih bangga belajar senibeladiri asing sedangkan tiada apa jua elemen Islam diterapkan.

Sebaliknya penjajahan minda membuatkan silat terpaksa dikaji semula dan terpaksa diletakkan satu garis panduan oleh pihak kerajaan. Manakala tindakan senibeladiri lain tidak pernah dikaji dan dipandang negatif. Saya pernah tanya kenapa gambar pengasas seni beladiri itu dipamerkan di hadapan dan ditundukkan oleh pelatihnya? Kenapa kita perlu hormat tunduk? dan beberapa tindakan lain.. pernah kita kaji?

Masa berlalu, senibeladiri lain dah bertapak dengan bangunan tinggi-tinggi. Kerajaan dan badan penguatkuasa sendiri sudah tidak pandang silat walaupun dulu bermatian berperang adalah didikan orang silat.

Jelas kita ketinggalan jauh dan mungkin ketinggalan sejauh 100 tahun kebelakang berbanding senibeladiri lain di Malaysia. Kita boleh bilang bangunan pusat latihan kita dan pusat latihan mereka. Pentadbiran mereka dan Pentadbiran kita. Sistem kewangan persatuan mereka dan kita. Keahlian mereka dan kita.

Berdasarkan pada status merempat ini, adakah wajar kita nak mengekalkan anutan "Perigi tidak mencari timba" . Kita tiada nama dan promosi apa lagi nama baik jika dibandingkan. Orang Melayu sendiri melunyaikan silat. Maka saya berpandangan, elok kita kembangkan kembalikan serta naikkan nama silat agar orang lebih mempercayai silat melayu. Tidak kisah silat apa pun anda.

Pada tahun 2005, saya melihat tiada silat yang aktif di Selangor. Ramai yang boleh kata, ada banyak yang aktif. Aktif di kertas semata-mata kot. Maksud aktif adalah suatu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan memberikan satu kompetitif kepada senibeladiri luar.

ALhamdullilah, walaupun pelatih sering bertukar, saya dan mereka yang komited berjaya membuat nama Silat Seni Gayong dipandang oleh masyarakat Lembah Klang dan ini dilihat memberikan kesan baik kepada seluruh Pertubuhan Silat Seni Gayong (PSSPGM dan PSSGM). Malah dalam usaha kami, rakan-rakan PSSGM juga banyak membantu dan memotivasikan kami.

Apabila kami mula dipercayai dan nama silat mulai mekar di telinga masyarakat Melayu, itu pun sudah kami banggakan. Tidak kisah apa orang mahu labelkan kami. Kami jalankan tugas moyang-moyang kami dalam mendidik anak Melayu dengan akidah dan syariat Islam. Selebihnya bergantung kepada masyarakat untuk menentukan.

Kami telah berhenti ke sana ke mari membuka gelanggang dan akan menumpukan kepada gelanggang yang sedia ada dan hanya membuka gelanggang atas permintaan masyarakat sahaja. Kali ini, barulah betul-betul "timba mencari perigi".. sebab di sini kami yakin bahawa masyarakat dah tahu di mana perigi dan kualitinya.

shams


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pihak Kelab amat berterima kasih kepada seorang ahli senior PSSGM yang mana mengesyorkan pihak kami dalam membuka gelanggang di Puchong setelah seorang penduduk menghubungi beliau. Kami melihat perkara ini sebagai suatu yang amat positif mengenai perkembangan kami sendiri mendapat sokongan baik daripada pihak semua Gayong dan yang paling jelas antara objektif kami dalam melahirkan hubungan baik dengan semua pertubuhan Gayong semakin menampakkan kesan.

Jawatankuasa penduduk telah dihubungi pada 2-3 minggu lepas dan perbincangan yang dibuat, pihak kami bersetuju untuk tidak membuka gelanggang sebaliknya mengekalkan gelanggang yang terdekat dengan kawasan tersebut iaitu Bandar Bukit Puchong.

Ini memandangkan jarak yang dekat dan tidak terlalu jauh dan prestasi dan penyertaan yang memberansangkan di gelanggang tersebut.

Walaupun begitu, promosi gelanggang Bandar Bukit Puchong mungkin akan diluaskan oleh rakan-rakan kita tersebut. Terima kasih atas permohonan yang dibuat dan salam perkenalan daripada pihak kami.


Share/Save/Bookmark
| 6 komen ]

UJIAN PERINGKAT KELIMA: BENGKUNG MERAH KOSONG
(GURULATIH 1)

1. Senaman 5
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Tangkapan Kaki
 Gerakan Asas Tangkapan Kaki
 Asas Jatuhan Kaki Silat Olahraga (Tambahan)

3. Tapak Tangkapan Kuncian Kaki
 13 Seni Tapak Kuncian Kaki (Atas Budibicara Gurulatih) ;
 7 Seni Tapak Kuncian Kaki 1
 7 Seni Tapak Kuncian Kaki 2

4. Asas Pukulan Kombat Maut
 13 Seni Pukulan Kombat

5. Buah Tangkapan Cekik
 14 Seni Tangkapan Cekik (Atas Budibicara Gurulatih);
 7 Seni Tangkapan Cekik;

6. Tapak Pecahan Kuncian 1
 7 Buah Tangkapan Kuncian Pecahan Kunci 1;

7. Tapak Pecahan Kuncian 2
 7 Buah Tangkapan Kuncian Pecahan Kunci 2;

8. Tapak Pecahan Pukulan 1 (Atas Budibicara Gurulatih) ;
 7 Buah Pukulan Pecahan Pukulan 1;

9. Tapak Pecahan Pukulan 2 (Atas Budibicara Gurulatih)
 7 Buah Pukulan Pecahan Pukulan 2;

10. Buah Gulung / Pentas
Pentas Kosong 3 (Buah Tapak Kunci Mati 1-7)
Pentas Kosong 4 (Buah Tapak Kunci Mati 8-14) (Atas Budibicara Gurulatih)
Pentas Kosong 5 (Buah Tapak Kunci Mati 15-21) (Atas Budibicara Gurulatih)

11. Seni Lompatan
 Gulung Badan Depan;
 Gulung Badan Belakang;
 Bangun Pacat ;
 Roda Kanan Kiri;
 Lentik Depan;
 Asas Lentik Belakang;
 Harimau Menghambur Mangsa (Kosong & 4 Orang bertelingkup).
 Harimau Mendahan Mangsa (5 –7 Orang)

12. Lawan Bebas (1 lawan 5 )

13. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;
✗ Sekurangnya ada satu gelanggang Gayong (Syarat Wajib)

14. Lain-lain
✗ Pembacaan Ayat Lazim


Share/Save/Bookmark
| ]

UJIAN PERINGKAT KEEMPAT: BENGKUNG HIJAU CULA
(PEMBANTU GURULATIH 2)

1. Senaman 4
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Gerakan Tangan Kosong
 Asas Tangan 3-1 (Tumbuk Pintal Tali, Tangkis Bawah & Atas);
 Asas Tangan 3-2 (Tangkis Bawah & Atas dan Pencung Kemudi;
 Asas Tangan 3-3 (Tangkis Bawah & Atas dan Tumbuk Radak (Hayun Rotan));
 Tumbuk Pintal Tali Bertapak 3.

3. Asas Gerakan Kaki
 Asas Kaki 3-1 (Lambung Kemudi, Tolak Lintang Sendeng & Belakang);
 Asas Kaki 3-2 (Tebar Jala Rendah & Bantis);
 Asas Kaki 3-3 (Lambung Kemudi & Yoi Menebar Jala)

4. Senaman Anak Harimau
 Langkah 1-49

5. Asas Rotan
 Asas Rotan Serang Balas (10 Gerakan) 1;
 Asas Rotan Serang Balas (10 Gerakan) 2;
 Asas Gerakan Rotan (21 Gerakan).
 Asas Gerakan Bebas

6. Asas Pisau
 Asas Serangan Pisau Setapak (8 Gerakan);
 Asas Serangan Pisau Bertapak
 Asas Gerakan Pisau (21 Gerakan)

7. Buah Tapak Pukulan Maut Gayong
 Buah Pukulan 15-21

8. Buah Tapak Tangkapan Kunci Mati Gayong
 Buah Kunci Mati 15-21
15. Patah Layar Perahu Karam;
16.Patah Julang @ Patah Dayung Perayu Karam @ Patah Selak Dayung ;
17.Patah Sangga @ Selak Mati Patah Gelang Geta @ Rangkam Dayung;
18.Kilas Biawak @ Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam;
19.Sangga Kilas Patah Tebu @ Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas @ Umpil Maut
20.Pasak Mati @ Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung @ Lintang Mayat;
21.Kilas Buaya Berendam @ Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam X 2

9. Buah Gulung / Pentas
Pentas Kosong 2 (Buah Tapak Kunci Mati 1-7)

10. Seni Lompatan
 Gulung Badan Depan;
 Gulung Badan Belakang;
 Bangun Pacat ;
 Roda Kanan Kiri;
 Lentik Depan;
 Asas Lentik Belakang;
 Harimau Menghambur Mangsa (Kosong & 4 Orang bertelingkup).
 Harimau Mendahan Mangsa (3 – 4 Orang)

11. Lawan Bebas (1 lawan 3 @ 4)

12. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;
✗ Sekurangnya mengajar satu gelanggang atau membantu gurulatih di dua gelanggang. (Syarat Wajib)

13. Lain-lain
✗ Pembacaan Ayat Lazim (disemak oleh Gurulatih)


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Kursus Keris Bersama Cikgu Jebat di Gurun Kedah


UJIAN PERINGKAT KETIGA: BENGKUNG HIJAU KOSONG
(PEMBANTU GURULATIH 1)

1. Senaman 3
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Gerakan Tangan Kosong
 Tumbuk Pintal Tali 2;
 Tangkisan 2;
 Pancung Dayung 2;
 Tumbuk Pintal Tali Bertapak 2.

3. Asas Gerakan Kaki
 Lambung Kemudi 2;
 Tolak Lintang 2;

4. Senaman Anak Harimau 3
 Langkah 1-49

5. Asas Gerakan Siku 1 & 2
(Asas Siku 3 & 4 atas budibicara Gurulatih)

6. Buah Tapak Pukulan Maut Gayong
 Buah Pukulan 1-14


7. Buah Tapak Kunci Mati Gayong
 Buah Kuncian Maut 1-14



7. Lawan Bebas (1 lawan 4)

8. Seni Lompatan
 Gulung Badan Depan;
 Gulung Badan Belakang;
 Bangun Pacat ;
 Roda Kanan Kiri;
 Lentik Depan;
 Asas Lentik Belakang;
 Harimau Menghambur Mangsa (Kosong & 4 Orang bertelingkup).
 Harimau Mendahan Mangsa (3 – 4 Orang)

9. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;

10. Lain-lain
✗ Pembacaan ayat lazim al Quran (diperiksa oleh Gurulatih secara berkala)


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

UJIAN PERINGKAT KEDUA: BENGKUNG PUTIH CULA

1. Senaman 2
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Gerakan Tangan Kosong (Asas 1-4)
 Tumbuk Pintal Tali 2;
 Tangkisan 2;
 Pancung Dayung 2;
 Tumbuk Pintal Tali Bertapak 2;

3. Asas Gerakan Kaki (Asas 5-6)
 Lambung Kemudi 2;
 Tolak Lintang 2;
 Tebar Jala 2;

4. Senaman Anak Harimau 2
 Langkah 1-30

5. Buah Tapak Tangkapan Kunci Mati Gayong
 Buah Kunci Mati 1-14
1.Kilas Sawa Berendam
2.Kilas Payung @ Patah Daying Pikul Mayat @ Pangku Mayat
3.Kilas Sangga Maut @ Tali Gantung @ Umpil Dayung Tali Gantung
4.Kacip Emas @ Kancing Emas
5.Patah Dayung @ Pasung Emas
6.Cekak Banting Kacip Emas @ Kacip Emas Cekak Banting
7.Kacip Selak Emas @ Selak Mati Kacip Emas @ Kacip Emas Kilas Dayung
8.Pasung Cina
9.Tali Gantung @ Malikul Maut
10.Kilas Dayung Tali Gantung
11.Selak Mati (Buaya Berendam) @ Kilas Maut
12.Kilas Tali @ Patah Dayung Tali Gantung @ Pasak Lintang
13.Tolak Lintang (Kacip Emas) @ Pasung Bumi
14.Sekapur Sirih @ Selak Dayung Buaya Berendam @ Selak Mati

6. Asas Siku (10 Gerakan) 2

7. Buah Tapak Pukulan Maut Gayong
 Buah Pukulan 1-7

8. Buah Gulung / Pentas
 Pentas Kosong 1 (Buah Tapak Kunci Mati 1-7)

9. Seni Lompatan
 Gulung Badan Depan;
 Gulung Badan Belakang;
 Bangun Pacat ;
 Roda Kanan Kiri;
 Lentik Depan;
 Asas Lentik Belakang;
 Harimau Menghambur Mangsa (Kosong & 4 Orang bertelingkup).

10. Lawan Bebas (1 lawan 2)

11. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;

12. Lain-Lain
✗ Amalan dan pembacaan asas al Quran 2 (diujin dan disemak oleh Gurulatih secara berkala)




Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

UJIAN PERINGKAT KETUJUH: BENGKUNG KUNING CULA
(GURULATIH KANAN)

1. Senaman 7
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Gerakan Pusaka Parang
 Asas Gerakan Parang 1;
 Asas Gerakan Parang 2:
 Asas Serangan Parang 1;
 Asas Serangan Parang 2;

3. Asas Gerakan Bunuh / Kombat Parang
 7 Tapak Gerakan Bunuh Parang

3. Asas Gerakan Pusaka Lembing
 Asas Gerakan Lembing (Tikam, Radak, Rejam, Sula & dll);
 Asas Elakkan Lembing

4. Tapak Pusaka Gulung (Pentas) Senjata
 14 Tapak Gulung Parang 1 & 2 ;
 14 Tapak Gulung Lembing 1 & 2;

5. Buah Pusaka Tangkapan Kunci Senjata
 7 Tangkapan Kuncian Lembing;
 7 Tangkapan Kuncian Parang;
 Tangkapan Tambahan.

6. Senjata Tambahan
 Terpulang pada budibicara gurulatih;

7. Khatam Qul (Syarat Wajib)

8. Hafaz Ayat-Ayat Lazim (Syarat Wajib)
Ini sebagai persediaan rohani dan jaminan ketertiban disiplin dan sikap Gurulatih.

9. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;
✗ Mengendalikan seminima 3 Gelanggang Gayong. (Syarat Wajib)


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

SMS Diterima:
Salam & Tahniah d atas minat dn usaha anda mmprtahan n mmpromosikn silat.
Tp Tokwan nk ingatknbhwa silat bkn mcm kain batik @ tomyam.
Silat tulen trbentuk drpd flsafah, budaya, agama dn fitrah.
Lalu silat prlu brtuu njangkn akida dn brpaksikn agama.
Selain drpd itu bukan silat namanya. Apalagi jika gerak y(.......)

- Tokwan 06.06.2009 12.50pm
SMS adalah asal.

Jawapan SMS (lebih kurang):
Terima kasih. Kami menjadikan akidah dan Islam sebagai matlamat dan cara utama kami dan mengurangkan sedikit isu falsafah dan adat itu tetapi cuba buat yang terbaik untuk tidak mengenepikannya. Apa pun kami menerima apa jua teguran sekiranya ada.

- Jawapan adalah lebih kurang sama.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semenjak blog ini dibuka 4 tahun lepas, banyak sms, email dan mesej diterima daripada pelbagai pihak kepada pihak kami yang memberikan pelbagai tanggapan dan mesej kepada kami mengenai Silat Seni Gayong amnya di bawah Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong.

Ada diantaranya mengandungi unsur mesej yang tidak dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan saya kerana isi kandungan yang tidak amat-amat matang.

Manakala mesej yang berunsur sederhana dan agak bijak, kami kongsikan bersama rakan-rakan kami. Manakala persoalan yang ada dan mampu kami jawab, kami cuba postkan di dalam blog ini agar soalan yang sama tidak dijawab oleh pihak kami dan memudahkan rujukan kepada pihak lain.

Kesemua jawapan adalah berdasarkan pandangan peribadi dan kumpulan kami sahaja yang mana tidak memberikan tanggapan umum mengenai Silat Seni Gayong mahupun PSSPGM. Malah segala teguran atas perbezaan pendapat amat kami alukan pandangan anda.

Bermula daripada Jun 2009, kami akan pamerkan beberapa sms pula yang sering dihantar oleh peminat dan pengamal Silat Seni Gayong. Kami telahpun menapis sms-sms tersebut dan hanya sms yang kami anggap baik untuk dikongsikan maka kami pamerkan di sini. Segala sms tersebut akan dipadamkan dan tiada nombor telefon tersebut akan disimpan dan dipamerkan. Cuma nama sebenar atau gelaran (nickname) akan dipamerkan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gambar pengambaran Untuk TV1

UJIAN PERINGKAT PERTAMA: BENGKUNG PUTIH KOSONG

1. Senaman I
 Renggangan
 Kekuatan
 Tapak
 Tari / Gerakan

2. Asas Gerakan Tangan Kosong
 Tumbuk Pintal Tali I;
 Tangkisan I;
 Pancung Dayung I;
 Tumbuk Pintal Tali Bertapak I;

3. Asas Gerakan Kaki
 Lambung Kemudi I
 Tolak Lintang I
 Tebar Jala I

4. Senaman Anak Harimau 1
 Langkah 1-10

5. Asas Gerakan Elakan Kosong
 Asas Elakan 1-10

6. Asas Gerakan Elak Makan
 Asas Elak Makan 1-10;

7. Asas Siku 1
 5 Gerakan Setempat

8. Seni Lompatan
 Tenggiling Depan & Belakang;
 Bangun Pacat;
 Roda Kanan & Kiri;
 Menghambur Harimau 2 & 3 orang;

9. Lawan Bebas – Ikut Budibicara Penguji

10. Beberapa perkara juga diambilkira seperti:
✗ Kepimpinan; Kretiviti; Komitmen & Disiplin;

11.Lain-lain
✗ Amalan dan pembacaan asas al-Quran (diperiksa secara berkala oleh Gurulatih)


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Kami sejak tahun lepas menerima cadangan untuk memasukkan beberapa ayat amalan yang nas sahih sebagai amalan dan hafalan anak Gayong di Puchong. Namun perkara ini tidak pernah kami suara dan buat perbincangan khas.

Cuma saya ada kumpulkan ayat-ayat lazim yang menjadi hafalan dan lazim sebagai amalan serta pengubatan Islam. Tetapi perkara ini tidak pernah diselitkan pada mana-mana masa. Tetapi bermatlamatkan syariah sebagai matlamat utama kami, kami tidak menolak untuk menghantar atau mendidik mana-mana pihak dengan perubatan Islam pada masa hadapan samada melalui apa yang ada pada kami atau menghantar kepada guru lain.

Pihak saya peribadi juga bersetuju sekiranya ayat-ayat tersebut boleh dihafal dan digunakan dalam sembahyang pun sudah memadai. Sekurangnya anak Gayong terdidik dengan ayat lazim dan tidak agak janggal dengan penggunaan ayat lazim Quran. Tambahan ayat-ayat tersebut sedikit sebanyak boleh mendakwah peribadi anak gayong ke arah yang lebih baik dan berminat kepada Quran.

Saya tidak nafikan ramai kini Anak Gayong termasuk yang mempunyai hubungan dengan kami mempunyai pengalaman dan ilmu perubatan Islam, tetapi buat masa ini kami tidak mahu mencampur adukkan perkara luar dengan silat sehingga mendatangkan fitnah.

TETAPI kami bersedia menyediakan platform dalam apa jua bentuk bagi disiplin masyarakat yang tidak bertentangan dengan syariah dapat disebarkan atas apa nama ilmu sekali pun. Ini telah pun kami laksanakan melalui ilmu Bekam Sunnah dan Kiropraktik.

Ilmu urutan pula bakal menyusul. Mungkin perubatan Islam juga bakal kami anjurkan. Mana tahu dengan kehendak semasa dan kepentingan Ummah dan anak gayong itu sendiri. InsyaAllah.



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Para Penjaga dan Anak Gayong terutama gelanggang Masjid As Salam Puchong Perdana di jemput meramaikan majlis ilmu tersebut. Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Bubur kacang nampaknya banyak lagi nih... Rokok dulu ke, bubur dulu?

Orang pakat berebut nak tepung tawar pengantin.. kami relaks sahaja. Kami nak tepungkan dia kat gelanggang.

Cikgu Hazan Mat pada pusingan pertama

Mujahid, YB Dir Hussin serta Ister
i
Yang spek coklat tu Yang Berhormat Puchong Intan, Datu Dir Hussin..
.

Iksh... kejap nak eksyen ni!.. apa ambik gambar time org tak sedia

Pengantin lelaki berselera sungguh hari tu.. bedal tak ingat dunia...


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Bahagian Tepi Gelanggang
Kelihatan Cikgu Along, Cikgu Hazan dan Abang Dir

Bahagian Tepi sebelah lagi.
Kelihatan Jai 'Bukit Puchong' & Zul 'Klang' mengulangkaji buah gulung (1)

Bahagian Belakang yang menempatkan peralatan demo, senaman, latihan & senjata
Baju Layang mana lagi separuh?

Bahagian Tengah ke Bahagian Pejabat & Pintu Utama
Kelihatan Man 'CD' dan Cikgu Along


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Sebagaimana yang diwar-warkan sebelumnya, sepanjang cuti sekolah ini beberapa gelanggang pihak kelab mengadakan latihan kecergasan dan tempur bebas sepenuhnya bagi meningkatkan stamina dan kecergasan pelatih remaja dan kanak-kanak khususnya memandangkan mereka telahpun menghabiskan silibus peringkat pertama kebanyakannya dan akan menduduki ujian bengkung dalam masa terdekat.

Program 4 minggu ini bermula seminggu sebelum cuti sekolah yang mana program kecergasan dibuat melalui beberapa latihan ringan yang mengandungi latihan dan senaman tertentu bagi mengenal pasti status kesihatan dan kecergasan setiap pelatih di gelanggang dan direkodkan. Latihan ketahanan sebegini sememangnya bagus memberikan tekanan kepada pelatih dan setelah tekanan tersebut berjaya diatasi, pelatih akan terbiasa dengan latihan tersebut dan merasai keseronokan dalam latihan kelak terutama beberapa latihan di bengkung hijau kelak.

Latihan yang sama diulang setiap minggu dengan peningkatan bilangan dan ratio latihan yang semakin hari semakin meningkat. Peningkatan dibuat sebanyak 100% setiap minggu dengan 'amaran' latihan yang dibekalkan diamalkan di rumah sepanjang cuti sekolah.

Latihan menentukan stamina serta pengawalan pernafasan dibuat melalui berlari sahaja memandangkan ia merupakan latihan yang paling ringkas, jimat dan amat berkesan sekali dalam menentukan matlamat kecergasan. Malah latihan ringkas itu mampu mendidik dengan cepat mengenai asas pengawalan nafas.

Minggu pertama program yang diaturkan lebih menjurus kepada pengenalan sahaja terutama mengenai latihan dan tempur bebas. Latihan yang dibuat adalah ringkas tetapi memberikan tekanan secara tidak langsung kepada latihan yang lebih keras menanti.

Setiap pelatih dilihat kecergasannya melalui larian peringkat pertama yang mana dijalankan secara bilangan jarak yang dibuat sehingga 2-4 kilometer. Mereka tidak pernah sedar bahawa pada malam tersebut, dalam masa yang singkat mereka telah menghabiskan jarak yang sebegitu jauh tetapi dalam masa yang singkat. Larian dibuat dalam masa ratio 5+5+5 minit.

Pada minggu kedua pula, latihan ketahanan ditambah sebanyak 100% dan begitu juga masa tempur bebas yang meningkat daripada 10+10+10 saat kepada 20+20+20 saat. Manakala larian pula ditukar kepada sistem masa yang mana memakan masa 20 minit.

Pihak kelab berharap bahawa peningkatan 400% akan dilakukan kepada semua latihan tersebut pada minggu keempat program di cuti sekolah ini. Manakala latihan stamina dan kecergasan melalui larian boleh dibuat sehingga larian selama 40 minit tanpa henti.

Pihak kami percaya bahawa dengan latihan sedemikian, persediaan pelatih ke arah program Tempur Bebas yang bakal diadakan lebih menyakinkan walaupun kemenangan bukan matlamat sebenar.



Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Sempena cuti sekolah ini gelanggang akan menjadi lenggang dan itu menjadi tradisi kerana masing-masing ada perancangan tersendiri sempena cuti sekolah. Ada balik kampung dan ada yang bercuti di mana-mana tempat yang dikira menarik bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Jangan lupa ada ahli yang berkahwin juga di masa cuti sekolah. Siapa dia, sendiri mahu ingat!

Lengang yang biasa terjadi di gelanggang kelab bukanlah tiada latihan langsung. Sekiranya ahli mencecah 40 orang maka latihan di hari cuti sekolah sebegini akan hanya dapat dilihat hanya lebih kurang 20 yang datang latihan. Hilang separuh dengan aktiviti cuti mereka.

Atas kehadiran yang tidak penuh sepanjang musim cuti sekolah ini, pihak kelab menggalakkan gurulatih menjalankan latihan berbentuk stamina dan praktikal bagi melasakkan pergerakan mereka dalam silat tetapi berunsurkan disiplin dan mengekalkan Islamik dalam perbuatan dan tutur kata.

Peringkat pertama latihan telah diadakan pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah yang mana ujian dan latihan stamina diadakan di gelanggang Masjid AsSalam, Puchong Perdana, Bandar Bukit Puchong, Bandar Pusat Puchong, Kota Damansara dan Taman Bukit Subang dalam mengukur daya tahan serta stamina mereka dalam latihan. Latihan stamina berbentuk jogging, ducking, kicking dan ambush defence dibuat pada peringkat pertama.

Minggu lepas latihan yang sama dipraktikkan tetapi bilangan telah ditambah dan ukuran stamina diambil kira melalui pernafasan dan kesihatan sedia ada. Ternyata tekanan terhadap latihan pertama membuat latihan kedua lebih ringan dan senang. Tetapi ada yang tidak datang kerana penat latihannya. Tapi yang mengagumkan ada juga yang datang awal kerana nak buat perkara sama.

Latihan minggu kedua (minggu pertama cuti sekolah) turut memberikan latihan pertahanan diri berbentuk latihan seni kepada semua peringkat umur yang mana dilatih melalui teknik cekik(Taman Bukit Subang), teknik kaki(Kota Damansara), teknik peluk(Puchong Perdana & Taman Bukit Subang) dan teknik serangan (Masjid AsSalam).

Selain daripada memberikan kesan positif dalam pergerakan silat Anak Gayong kami. Kami amat berharap dengan mengenepikan silibus dalam tempoh ini akan memberikan peluang kepada mereka yang bercuti tidak ketinggalan dalam latihan kelak.

Teknik dan latihan stamina akan dipanjangkan pada minggu ketiga melalui tempur bebas secara yang akan menggunakan peralatan tempur sepenuhnya. Ini melihat pada prestasi selepas mengadakan latihan stamina di minggu pertama dan kedua, Anak Gayong dilihat semakin agresif tetapi telah mampu mengekang pergerakan mereka kepada kelajuan dan ketepatan yang dikehendaki tanpa mencederakan dan menyakiti tubuh lawan.

Sempena cuti sekolah ini juga, pihak beberapa gelanggang membuat kempen bersenam bagi meningkatkan stamina Anak Gayong terutama anak Gayong kanak-kanak dan remaja.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Hampir 10 tahun lamanya hidup dengan rasa sakit dan kejang akibat kecederaan ketika menjalankan aktiviti terjun cenuram, Dr. Michael Wilkinson akhirnya berjaya memulihkan masalah tulang belakangnya melalui rawatan kiropraktik."Kecederaan yang saya alami ketika berumur 16 tahun itu berterusan dan gagal dirawat melalui penggunaan ubat."Ketika saya berumur 25 tahun dan bekerja sebagai seorang ahli kimia, kesakitan pada tulang belakang itu hilang sepenuhnya melalui rawatan kiropraktik," katanya. Hasil pengalaman tersebut, beliau mengubah kerjaya kepada dunia perubatan, khususnya kiropraktik dan kini merupakan Pakar Kiropraktik di Pusat Kiropraktik dan Kecederaan Sukan LivingWell. Antara sebab memilih kiropraktik katanya, adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah serupa tanpa perlu menggunakan ubat-ubatan. Baca selanjutnya....

Kiropraktik adalah sejenis kaedah mengenai urutan yang membetulkan tulang manusia yang mana satu kaedah perubatan tanpa bergantung kepada ubat-ubatan. Dari sudut lain, ia merupakan satu kaedah alternatif lain dalam perubatan lama yang kini dipopularkan dan ternyata diterima oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai fakta bahawa ilmu dan amalan sebegini adalah diasaskan oleh masyakar Europah, tetapi tahukah kita bahawa amalan yang lebih kurang sama dengannya telah pun diamalkan oleh orang Melayu pada zaman dahulu.

Dalam usaha pihak Kelab dalam menengahkan ilmu-ilmu tradisional kepada ahli kelabnya, kami akan mengadakan satu lagi kursus asas dan praktikal mengenai kiropraktik. Ini merupakan kursus Kiropraktik yang pertama diadakan oleh pihak kami. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa
28.06.2009 &
9.00 pagi - 1.00 tengahari - teori dan asas kiropraktik
2.00 petang - 6.00 petang - praktikal rawatan kiropraktik

Tempat
Pusat Latihan Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya
No.17-3, Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong
47100 Puchong, Selangor

Yuran
RM65.00 (ahli kelab) & RM90.00 (bukan ahli)

Untuk booking tempat dalam kursus tersebut, sila hubungi: 03-5882 5397


Share/Save/Bookmark