Related Posts with Thumbnails
| 1 komen ]



Barisan alatan senaman dan senjata tidak tajam, Peralatan senaman dan Gambar Aktiviti Tahunan Kelab



Barisan Baju Layang Kanak-Kanak & Dewasa, Dewan Latihan dan Pantry yang lengkap



Suasana lajur tempat latihan, tempat tetamu silat dan bilik mesyuarat (digunakan juga untuk kursus bekam). Fail pentadbiran KSSG.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]


Terima kasih atas kesudian pihak Cikgu Haji Omar (atau dikenali sebagai Pok oleh Anak Gayong Terengganu). Cikgu Haji Omar yang berpusat di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu adalah orang lama dan masih bergiat aktif dalam mengembangkan Silat Seni Gayong atas nama Pusaka Gayong Malaysia yang menggunakan lambang PSSPGM yang pertama.

Lawatan pihak beliau pada malam itu adalah bagi melepaskan hasrat untuk melawat dan berkenalan dengan kesemua pihak Anak Gayong yang aktif mengembangkan Silat Seni Gayong. Ini merupakan pertemuan kami yang kali kedua selepas pada tahun 2007 kami sempat bertemu di satu Majlis Adat PSSPGM-WPKL di Lembah Beringin, Selangor.

Dikesempatan ringkas itu, kedua pihak dapat juga membincangkan beberapa perkara terutama perjalanan PSSPGM Terengganu dan perkara terbaru mengenainya. Diharap dengan lawatan ringkas tersebut akan memautkan lagi hubungan yang jauh.

Kehadiran beliau ke KL juga dikatakan kerana urusan seorang anak Gayong yang kini terlantar di hospital ekoran ketumbuhan dalam otak dan baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Sesama kita mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 1 komen ]

Latihan di Kota Damansara semalam agak muram dengan masalah hujan dan disiplin pesilat yang agak mengecewakan dan tempat dewan yang sempit berbanding bilangan pesilat yang menjangkau 75 orang pada masa ini. Pada minggu lepas, disiplin agak baik mungkin disebabkan beberapa individu tidak hadir tetapi minggu ini beberapa individu yang tidak berapa minat tapi datang nak gelak buat disiplin hancur. Berbekal pesan guru, sabar adalah yang terbaik dan tapisan akan ambil masa. Jangan guna kekasaran dan ayat yang kurang menyenangkan. Hormati sesiapa saja.

Namun, apa yang menarik di satu sudut dewan ada seorang tua bermisai lebat memerhati semenjak latihan telah dimulakan separuh. Memerhati dengan penuh minat.

Setelah selesai latihan dan bersalam dengan semua orang termasuk Ibu bapa dan penjaga serta AJK penduduk di kawasan situ, saya bersalam dengan pakcik bermisai lebat itu, ditariknya salam Gayong. Tanpa sedari saya bertanya nama gurunya dan di mana sambil bersalam dan memeluk orang tua tersebut. Murid lama ini di kenali sebagai Pakcik Mail yang menetap di Trolak, Perak.

Menurutnya beliau adalah Anak Gayong pada masa tahun 1950an di kawasan Kuala Kangsar yang mana pada masa itu beliau tinggal di Parit Buntar. Guru beliau adalah Arwah Cikgu Majid yang dikatakan tinggal di Kuala Kangsar dan sering hadir mengajar mereka dengan menaiki Vespa.

Ajaran Arwah Cikgu Majid amat kasar di dalam gelanggang mengganggap setiap anak murid beliau sebagai musuh. Natijahnya kesemua anak murid beliau dilatih dengan amat kasar dan sering merosakkan pagar gelanggang mereka. Namun apa menarik diceritakan oleh murid lama ini, perwatakan Arwah Cikgu Majid amat berbeza dengan di luar gelanggang sebagai seorang yang amat peramah, warak serta merendah diri.

Malah dengan perwatakan sedemikian dan sering berketayap dan berjanggut sehingga ke dada, tiada siapa menyangka bahawa Arwah seorang guru Gayong yang amat dihormati kerana ilmu fizikal dan kebatinan Gayongnya yang sering menjadi bualan.

Cerita murid Gayong lama ini saya teruskan lagi sambil minum di kedai bersama. Kami korek cerita lama seperti sumbangan mereka dalam peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kesemua yang terlibat adalah murid Gayong yang tidak pernah disangkakan kehebatannya. Dengan sikap rendah diri dan menjalani kehidupan ringkas rupanya mereka mempunyai bekalan Ilmu Gayong yang amat cukup walaupun hanya belajar peringkat Tapak Gayong. Namun, kesemua mereka tidak turun ke Kuala Lumpur pada masa tersebut kerana firasat Arwah Cikgu Majid menyatakan bahawa kesemuanya akan selamat dan tidak akan berlarutan berdasarkan beberapa amalan Arwah (ini tidak perlu diceritakan).

Beliau juga pernah dikatakan hadir daripada Perak atas pelawaan pihak tertentu bagi bermalam di Kampung Medan pada satu ketika dulu. Tetapi keamanan dan perpaduan amat menjadi impian setiap daripada mereka. Semoga sikap prejudis tidak lagi menjadi api dalam sekam.

Walaupun Pakcik Mail mengakui bahawa beliau tidak belajar habis Ilmu Gayong ini daripada Arwah Cikgu Majid tetapi sikap rendah diri beliau dan bentuk fizikal serta cara tuturnya agak memberikan gambaran bagaimana ilmu beliau.

Agak menggerunkan AJK Penduduk yang minum bersama kami apabila Pakcik Mail menyatakan bahawa dulu biasanya Anak Gayong tidak takut benda tajam dan kepanasan api. Sekiranya Anak Gayong, setakat bara boleh dipegang menjadi arang. Minyak panas, menggoreng dan memasak tu boleh sentuh dengan tangan sahaja, tutur Pakcik Mail.

AJK penduduk yang ada bersama mendengar penuh minat tetapi saya menanyakan beberapa ayat amalan daripda quran berkenaan menyejukkan kepanasan yang biasa di amalkan oleh Anak Gayong. Pakcik Mail mengiyakan bahawa itu adalah ayat yang sama yang pernah dibekalkan oleh Arwah Cikgu Majid kepada beliau semasa bergayong di zaman 50an daulu. Pada masa itu, beliau adalah remaja lagi.

Pakcik Mail yang turut berkesempatan membuat demontrasi besar-besaran di hadapan Sultan Perak pada tahun 60an ini memaklumkan bahawa pada masa itu demo memang hebat. Orang tengok amat takut dengan ilmu Gayong.

Beliau turut menceritakan pada awal remaja beliau pernah membuat demo di Perak dan mungkin disebabkan umurnya beberapa orang lelaki berbangsa cina mencabar beliau. Perkara ini dirujuk kepada Arwah Cikgu Majid selaku guru beliau. Beliau ingat bagaimana beliau disergah oleh guru beliau "Beli!" (Terima cabaran tersebut)

Ekoran daripada itu beliau mencari beberapa lelaki cina tersebut dan menyatakan hasrat beliau sedia membeli dan memohon agar berjumpa OCPD untuk menandatangani surat mati. Tetapi kesemua mereka takut dan enggan meneruskan niat mereka.

Soalan terakhir semalam sebelum berpisah, saya menanyakan bahawa sekiranya senjata tidak sempat belajar dan hanya tapak dipelajari dengan Arwah Cikgu Majid, bagaimana pula dengan amalan Arwah Cikgu Majid, adakah diperturunkan bersama semasa latihan?

Beliau cuma kata beliau belajar tidak habis tetapi bab tu adalah sikit setakat nak tolong orang kita. "Datang rumah!".


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Adik Shafiq dan Adik Dayang turut di temuramah oleh Norzahan daripada MHI pada pagi tersebut. Penyertaan demo dianggotai seramai 25 orang Anak Gayong sekolah rendah walaupun permintaan MHI hanya kepada 15 Anak Gayong sekolah rendah. Manakala Anak Gayong dewasa dan Gurulatih yang terlibat ialah Cikgu Shams, Cikgu Hazan Mat, Cikgu Rahman Sarawak, Cikgu Dir Hussin, Cikgu Kamaruzzaman dan Jai Bukit Puchong.


Semua dah sedia? Abang TV3 dok tanya. Persiapan dan disiplin Anak Gayong yang menyertai demo pada waktu tersebut adalah cukup membanggakan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak TV3 juga memudahkan perjalanan demo pada pagi itu.

Sediki penerangan terakhir daripada Cikgu Shams kepada Anak Gayong Bandar Bukit Puchong dan Masjid As Salam sebelum ke udara dalam MHI secara langsung.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Adakah Urut memberikan kesan baik kepada Pesilat?

Bagaimana warmup yang baik?

Bolehkah saya memutuskan urat kaki saya bagi membolehkan saya hebat dalam tendangan?


Email adalah berasingan. Jawapan adalah sedemikian:

Adakah Urut memberikan kesan baik kepada Pesilat?

Urut adalah suatu cara perubatan dalam amalan orang melayu yang diamalkan sejak berzaman. Bahkan semua bangsa mempunyai ilmu urutan yang berbeza mengikut tradisi urutan mereka. Namun, kesamaan antara kesemua urutan adalah ia digunakan sebagai satu cara bagi membetulkan dan menyembuhkan urat-urat serta sendi di dalam tubuh. Dengan merujuk kepada pakar dan ahli dalam bidang urutan ia banyak membantu dalam kesihatan tubuh badan. Tidak terhad kepada pesilat sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan melakukan latihan berat seperti silat, elok juga mengamalkan urut bagi membetulkan urat-urat dan terseliuh (jika ada) sebagai satu jalan ke arah kesihatan. Digalakkan sekali sebulan atau sekali dalam 2 bulan sahaja.

Bagaimana warmup yang baik?

Warm up yang baik adalah lakuan renggang daripada bawah ke atas atau sebaliknya. Jangan lakukan tunggang terbalik. Cara dan langkah-langkah yang betul boleh diperolehi melalui internet, majalah dan apa yang diajar oleh gurulatih.

Sebaiknya renggangan dibuat sekadar untuk melakukan renggangan sahaja. Latihan berat boleh dibuat semasa latihan sekiranya ia adalah untuk fleksible tubuh mahupun refleks. Begitu juga dengan muscle.

Bolehkah saya memutuskan urat kaki saya bagi membolehkan saya hebat dalam tendangan?

Yang ini diluar pengetahuan saya. Tetapi kami tidak pernah mengajar melakukan apa jua perkara yang sia-sia atau memudharatkan. Jangan dok buat.

Wallahu'llam


Share/Save/Bookmark
| 4 komen ]

Apa Pangkat Cikgu Dalam Gayong ni?


Jawapan: Ini bukan email tetapi melalui IM yang dihantar oleh seorang anak Gayong daripada PSSGM yang mana sering menanyakan soal latihan kepada saya. Niat pertanyaannya baik tetapi banyak persoalan begini saya terima, baik saya jawab saja.

Soalan ini tertumpu kepada saya kepada diajukan kepada saya.

Secara cuma orang diajar Silat Seni Gayong dan kemudiannya mengajar Silat Seni Gayong. Dari sudut pentadbiran, saya tiada apa jua pangkat mahupun darjat untuk dibanggakan. Dari sudut adat juga sedemikian, saya tiada apa jua sandang kebesaran dan gelaran yang memberikan apa jua status dalam Silat Seni Gayong baik dalam mana-mana pertubuhan. Sandang Khalifah Muda juga diberikan dan dinominasikan oleh pihak PSSPGM Negeri yang dibuat secara peringkat bengkung semata sebagaimana yang prosedur biasa dan bukan diberikan atas jasa besar saya secara individu atau kerja berkumpulan.

Cuma dalam KSSG, saya pengerusi dan penubuhannya adalah ditiangi beberapa alasan dan sebab yang mana matlamat penubuhannya menampakkan hasil.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Beberapa gelanggang baru di buka hujung minggu ini iaitu Taman Putra Heights, Subang Jaya Gelanggang Taman Putra Perdana, Sepang dan Taman Bukit Subang, Shah Alam.

Penyertaan dan respon amat menggalakan dan akan dikemaskini keahlian selepas satu bulan. InsyaAllah!

Latihan di Taman Bukit Subang mendapat sokongan penuh MPP Zon 22 di bawah Biro Sukan dan Kebudayaan pimpinan Encik Fazli. Malah latihan semalam mungkin akan memberikan satu lagi masa kepada Taman Bukit Subang memandangkan ada permintaan daripada kalangan AJK dan orang dewasa untuk belajar silat bagi mengeluarkan peluh dan gaya hidup sihat.

Sekiranya mesyuarat tersebut membenarkan masa yang ditetapkan dan penyertaan agak ramai, kelas berasingan akan diwujudkan. Terima kasih atas sokongan Penduduk Taman Bukit Subang, Shah Alam.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Ruj. Kami :

Ruj Tuan :

Tarikh : 23.03.2009


Penerbit Malaysia Hari Ini (MHI) Dengan Faks (03-7722 2827) & Pos Sahaja

Jabatan Majalah , Dokumentari dan Famili

Tingkat Bawah, Sayap Utara

Sri Pentas TV3, No.3,

Persiaran Bandar Utama

47800 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan


U/P: Encik Nor Azli Hj Hamzah


Tuan,

PER : DEMONTRASI SILAT SECARA LANGSUNG DI DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI ANJURAN TV3 (PELAJAR SEKOLAH SAHAJA)

TARIKH : 20.03.2009 TEMPAT: STUDIO TV3, BANDAR DAMANSARA UTAMA

MASA : 6.30 – 10.00 pagi DEMO : SIARAN LANGSUNG MALAYSIA HARI INI

______________________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak kami mewakili kesemua AJK Kelab Silat Seni Gayong dan para ibubapa pesilat yang mengambil bahagian dalam persembahan tempohari ingin mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa penghargaan atas pihak Tuan terutamanya bagi kesemua warga kerja Malaysia Hari Ini dalam memberikan kerjasama yang baik dalam demontrasi tempohari.

Pihak kami percaya pendedahan awal kepada kanak-kanak tempohari amat memberikan kesan baik kepada pembelajaran dan tanggapan awal mereka kepada seni silat amnya. Malah respon daripada pihak penjaga dan ibubapa juga amat positif dalam pelbagai program yang kami anjurkan termasuk dalam demontrasi tempohari.

Dengan ini sekali lagi pihak kami meluahkan rasa penghargaan kepad apihak Tuan dan sebarang kerjasama di masa hadapan amat kami nantikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD HISHAM BIN MOHD NAZIR

Pengerusi KSSG



Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pagi tadi jam 10.00 pagi dilansungkan latihan pertama di Putra Heights Subang Jaya yang mana kehadiran adalah seramai 9 orang pesilat termasuk pesilat baru. Beberapa mereka yang berminat tidak dapat turut serta kerana berada di kampung atau ada program lain sempena cuti sekolah.

Namun, respon awal penduduk di sana menunjukkan kemungkinan akan menerima penyertaan seperti Bandar Bukit Puchong yang mana sedikit permulaan nya dan kemungkinan menerima penyertaan melebihi 30 orang dalam masa terdekat berdasarkan respon yang diterima.

Jam 11.30 pagi yang sama, kami dikunjungi oleh seorang penduduk di sana yang turut ingin mendaftarkan 2 orang anak beliau tetapi terlewat. Sepanjang perbincangan, beliau turut menawarkan tempat dewan baru kepada kami di Putra Heights bagi mengadakan kelas silat. Kemungkinan kelas akan berpindah ke Dewan Masyarakat JMB Seri Mutiara dalam masa terdekat.

Dengan bantuan keahlian beliau juga, kemungkinan keahlian akan meningkat daripada apa yang diramalkan berdasarkan respon sahaja. Terima kasih atas sokongan anda!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Seperti yang dirancangkan, hari ini telah disempurnakan demo silat di TV3 atas jemputan khas Encik Azli selaku penerbit Malaysia Hari Ini.

Anak Gayong yang terlibat di dalam demo silat pada pagi ini telah dipilih daripada gelanggang Bandar Bukit Puchong (bertempat di Dewan Masyarakat Bandar Bukit Puchong) yang rata-rata hanya menerima latihan semenjak Februari 2009 yang lepas. Dengan persembahan dan suara pagi tadi, ramai tidak percaya mereka di latih hanya kurang daripada 2 bulan. Beberapa pesilat Peringkat ke-2 dan ke-3 daripada gelanggang Masjid As Salam juga turut serta.

Pihak kami telah memilih 21 orang pesilat kanak-kanak (atas permintaan TV3) yang telah berlatih pada ahad dan Rabu lepas bagi menyempurnakan demo pada pagi ini. Bagaimanapun 2 orang pesilat menarik diri pada saat akhir. Terdapatnya juga pesilat yang tidak hadir latihan tetapi hadir pagi tadi turut kami muatkan ke TV3 hari ini.

Kami bertolak seawal jam 6.50 pagi walaupun mengikut perancangan sepatutnya bertolak jam 6.30 pagi kerana bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tetapi rancangan Allah SWT lebih sempurna. Mungkin kerana 2-3 orang pesilat agak terlambat. Bagaimanapun, hari ini ramai pesilat dan keluarga mereka hadir berjemaah di Masjid As Salam dan Surau Bandar Bukit Puchong.

Kehadiran pesilat ke sana juga turut diiringi oleh penjaga dan ibubapa mereka yang turut hadir di perkarangan TV3 bagi memberikan sokongan bagi aktiviti di masa cuti sekolah ini. Kerjasama yang baik daripada para ibubapa amat kami hargai.

Demo selesai jam 8.15 pagi setelah mempersembahkan beberapa asas ringkas Silat Seni Gayong dan temuramah ekslusif bersama Cikgu Shams selaku Pengerusi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya dan beberapa Anak Gayong yang turut serta dalam persembahan tersebut.

Setelah selesai menjamu selera di kafetaria Media Prima (Haslam Cafe), kami bertolak pulang ke Puchong.

Selesai persembahan tersebut, pihak gurulatih kami menerima banyak panggilan telefon daripada pihak rakan-rakan kami mengucapkan tahniah kerana berjaya menarik perhatian masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur serta para Media dalam mengembangkan Silat Seni Gayong memandangkan pihak kami bukan satu organisasi atau pertubuhan yang besar cuma sekadar kelab silat yang kecil tetapi mampu memberikan saingan yang amat luar biasa kepada pertubuhan dan Organisasi silat yang lain.

Tidak kurang juga pihak kami menerima banyak panggilan daripada ibubapa yang mana anak mereka tidak berminat atau tidak terpilih atau tidak dibenarkan oleh ibubapa untuk turut serta di dalam demo berkenaan yang mana rata-rata mereka merasakan pendedahan awal sedemikian memberikan perkembangan positif dalam memupuk minat kanak-kanak melayu dalam seni silat. Malah dengan penyertaan demo sedemikian memberikan kanak-kanak tersebut sebagai motivasi.

Terima kasih atas semua yang terlibat terutama gurulatih kami yang banyak berusaha dan melatih anak Gayong dalam demo hari ini. Malah mereka turut meluangkan masa dan wang dalam menjemput dan menghantar pesilat-pesilat pada hari ini termasuk terpaksa bangun awal untuk tujuan tersebut. Kredit khas untuk Abang Dir Hussin, Abang Rahman Sarawak dan Cikgu Kamaruzzaman.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 3 komen ]

Beberapa ibubapa telah bertanya mengenai Majlis Perlimau Tapak & Seni semenjak dua minggu lepas kerana ingin merancang masa dan perjalanan kelak kerana masing-masing adan tanggungjawab tersendiri untuk diuruskan. Maka makluman awal sememangnya diharapkan mereka.

Semalam Cikgu Fariz menelefon saya dan memaklumkan sesuatu mengenai majlis tersebut tetapi perkara itu tidak dapat saya nyatakan secara terperinci. Butiran tersebut akan dibincangkan nanti dengan gurulatih kami dan AJK Kelab bagi mendapatkan pandangan dari sudut pentadbiran kami. Setelah perbincangan dibuat, makluman akan dibuat kepada semua ibubapa melalui surat rasmi daripada pihak Kelab.

Harap bersabar kerana perbincangan tersebut mungkin akan dibuat dalam 1-2 hari ini.


Share/Save/Bookmark
| 9 komen ]

Kenapa saudara suka meletakkan Cikgu Awang Daud di web Tuan seolah-olah Awang Daud adalah ketua dalam Gayong Pusaka. Mungkin Tuan masih tidak tahu bahawa Awang Daud sudah ketepikan silat Gayung Pusaka dan tak menghadiri apa jua mesyuarat dan majlis Gayong Pusaka? Harap saudara dapat betulkan matlamat perjuangan anda.


Email tersebut saya dah delete awal lagi selepas baca. Padam tanpa bukti. Sebab ada sikit rasa geram tetapi geram secara peribadi. Tapi tanpa balasan kepada persoalan tersebut, saya takut ada pula isu dan persoalan sedemikian diteruskan tanpa penjelasan yang akademik.

Saya tidak mahu memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan tersebut kerana setepat mana jawapan saya, ia masih bersifat pandangan dan jawapan individu iaitu daripada saya sendiri.

Persoalan Pertama: Kenapa saudara suka meletakkan Cikgu Awang Daud di web Tuan seolah-olah Awang Daud adalah ketua dalam Gayong Pusaka
  • Cikgu Awang bin Daud atau dipanggil Paksu oleh saya adalah seorang murid kanan kepada Arwah Dato Meor Rahman dan menerima izin dalam ilmu dan perlimau dalam soal Silat Seni Gayong;
  • Cikgu Awang bin Daud juga merupakan seorang guru Gayong yang banyak merantau di Malaysia ini dalam mengembangkan Gayong semasa di bawah Dato Meor bin Rahman dengan pernah mengajar bagi negeri Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor termasuk Kuala Lumpur. Malah selepas perpecahan 1978, beliau masih aktif merantau dan tinggal merata termasuk terpaksa meninggalkan keluarga dalam mengembangkan Gayong. Beliau hanya berhenti merantau pada sekitar tahun 1998 apabila beliau dan anak-anaknya balik daripada Kelantan dan tidak lagi tinggal di sana. Usaha dan komitmen beliau amat saya hargai dalam perjuangan Gayong dan tidak salah sesiapa sahaja menjadikan beliau sebagai idola;
  • Cikgu Awang bin Daud juga merupakan gurulatih silat yang amat disegani bukan setakat di Kedah mahupun Malaysia tetapi masih menjadi tumpuan di serata dunia;
  • Cikgu Awang bin Daud merupakan antara anak murid kesayangan Arwah Dato' Meor Rahman dan menjadi kepercayaan Arwah semasa termasuk dalam soal penyusunan silibus yang digunapakai pada hari ini;
  • Cikgu Awang bin Daud merupakan antara pakar dalam bidang tertentu yang mana samada setuju atau tidak masih lagi memerlukan rujukan beliau di dalam Gayong seperti kombat, pukulan, parang dan pisau;
  • Memang kini Cikgu Awang Daud tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Pusaka Gayong. Adakah beliau ditawarkan apa-apa jawatan atau kenapa tidak ditawarkan, rasanya ramai di sini tidak pernah tanya beliau sendiri. Saya secara peribadi amat setuju orang lama sebegini diletakkan di Majlis Adat atau majlis Gurulatih bagi bidang kemahiran beliau;
  • Cikgu Awang bin Daud adalah antara gurulatih saya semasa di Kelantan dan menjadi kebiasaan saya merujuk mengenai masalah Gayong kepada beliau bagi mendapat pandangan dan saya serta keluarga sering singgah di rumah beliau;
  • Saya secara peribadi tidak pernah mengagumi apa jua ilmu, kemahiran ataupun kehebatan Cikgu Awang bin Daud tetapi sepanjang mengenali beliau dan pengalaman belajar dan mengajar, beliau merupakan seorang gurulatih yang bagus dari sudut kualiti dalam melahirkan gurulatih yang berdisiplin;
Persoalan Kedua: Mungkin Tuan masih tidak tahu bahawa Awang Daud sudah ketepikan silat Gayung Pusaka

  • Saya bersama Cikgu Awang bin Daud dan Arwah Zul di Kelantan lagi semenjak tahun 1994/95, sudah pasti saya mengetahui mengenai ADMAA sekiranya itu yang dimaksudkan oleh email itu. Tetapi adakah pernah kita bertanya dan mengetahui perkara kelahiran ADMAA? Kenapa Cikgu Awang tidak mahu hentikan ADMAA di Kedah? Cuba lah singgah dan tanya sendiri. "Saya tak tahu"
  • Saya juga tidak tahu samada Cikgu Awang yang mengenepikan Pusaka Gayong atau Pusaka Gayong telah ketepikan beliau. Mungkin pihak yang ingin jelas mengenai perkara ini boleh singgah sendiri di rumah beliau;
Persoalan Ketiga: tak menghadiri apa jua mesyuarat dan majlis Gayong Pusaka?
  • Apa yang saya tahu mengenai Guru saya itu, beliau jarang menolak undangan mengenai silat. Majlis, Mesyuarat, Latihan dan Kursus, semuanya pantang diajak, beliau akan bertandang. Silat dan dirinya amat sebati. Maka sekiranya ada kelainan daripada sifat tersebut, silalah bertanya kepada beliau agar lebih jelas;
  • Menurut apa yang saya tahu mengenai kursus di bulan Disember 2008, beliau tiada menerima apa jua jemputan mengenainya sehingga dimaklumkan dan dijemput oleh Cikgu Majid sendiri secara lisan pada sebelah pagi. Maka beliau ada hadir pada tengahari tersebut;
  • Mengenai mesyuarat saya tak pasti samada beliau pernah dimaklumakan atau sebaliknya mengenai apa jua mesyuarat. Yang pasti, Mesyuarat Agung tempohari sepatutnya dihadiri beliau kerana telah dijemput oleh Cikgu Majid secara lisan 2 hari sebelum Mesyuarat Agung tetapi beliau terpaksa berpatah balik kerana hujan terlalu lebat dan basah kuyup;
Persoalan Keempat: Harap saudara dapat betulkan matlamat perjuangan anda.

Saya secara peribadi ada beberapa matlamat dalam mengembangkan Silat Seni Gayong-

  • Bertawakkal kepada Allah SWT agar ada dikalangan murid Gayong saya menjadi gurulatih dan berterusan memberikan ilmu Gayong kepada generasi baru agar pahala dari sudut ilmu akan turut dirasai oleh saya dan berterusan walaupun saya dah mati kelak;
  • Bertawakkal kepada Allah agar dapat lahirkan ramai gurulatih dan murid Gayong di dunia ini dengan tangan saya bagi membolehkan doa pembukaan dan penutup gelanggang yang menghadiahkan bacaan AL Fatihah, Al Ikhlas, dan Selawat turut disedekahkan kepada saya walaupun saya dah mati kelak (ingat balik ayat buka gelanggang yang saya sebut "guru-guru Gayong kita");
  • Mendidik anak Seagama dengan saya agar lebih berdisiplin seterusnya menjadikan muslim dan mukmin yang berjaya dalam hidup;
  • Mendidik dan memotivasikan anak Seagama saya agar cemerlang dalam akademik dan pelajaran mereka agar memberikan kesan positif dalam soal pemikiran (mentaliti) dan kehidupan mereka dan keluarga mereka;
  • Meningkatkan tahap ekonomi Anak Gayong di bawah pimpinan saya dengan pelbagai peluang ekonomi dan mentaliti yang maju dari sudut ekonomi tanpa kenal putus asa. Peningkatan ekonomi juga dilaksanakan dengan perkongsian ilmu tertentu bagi bekalan dan amalan dalam menjana ekonomi harian;
Bagaimana pula Matlamat anda dalam Gayong? nak hebat? Mati juga nanti!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Terlupa untuk dimaklumkan bahawa 15.03.2009 tempohari, Cek Mat atau nama sebenarnya Mohd Sobre telah mengadakan majlis walimatul urus sempena perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Maya.

Kalau tidak silap fakta, ini merupakan menantu pertama buat Cek Mat. Beberapa anak Gayong hadir ke majlis tersebut dan daripada pihak KSSG kami mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Tahniah sekali lagi!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pihak KSSG tidak dapat meyumbang banyak kepada kursus tersebut kecuali Cikgu Fariz daripada Subang Perdana dan Cikgu Alif daripada KSSG Pusat turun untuk mengajar di sana selama 4 hari kursus.

Semalam Cikgu Shams juga hadir ke sana bagi menjalankan ujian bengkung putih cula atas permintaan gurulatih daripada PSSPGM Port Dickson. Ujian yang dijangkakan dibuat selepas isyak dimulakan jam 9.50malam dan tamat jam 11.00 malam oleh Cikgu Shams. Manakala Ujian oleh Cikgu Fariz dimulakan lewat sedikit.

Terdapat beberapa aktiviti lain pada hari ini selaku hari penutup. Maklumat yang ada akan diwar-warkan kelak.

Terima kasih.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Demo Pertama di majlis perkahwinan penduduk Apartment Daisy di Subang Perdana

Manakala Demo Kedua sempena pembukaan kedai makan Nusa 38 di Subang Perdana



Sekalung Perhargaan buat semua!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semenjak Januari 2009, latihan di Bandar Bukit Puchong diteruskan di Dewan masyarakat Bandar Bukit Puchong dengan dikenakan sewaan sebanyak RM40.00 sebulan. Jumlah tersebut adalah di bawah harga biasa tetapi mengambilkira aktiviti kemasyarakat sebegini yang dilatih pula golongan profesional. Tujuan aktiviti pun bukan bersifat komersil serta faedah yang banyak dalam penganjurannya serta mengambilkira kesemua kos penyelenggaraan, RM40.00 adalah tinggi atau sepadan sahaja.

Bulan Mac 2009, sewaan naik kepada RM80.00 sebulan. Atas alasan tersebut, Abang Mahadir dan Abang Rahman Sarawak telah mencari alternatif di Dewan Orangramai Taman Putra Perdana yang akan bermula latihan pada 22.03.2009.

Tengahari tadi, Cikgu Shams memaklumkan bahawa pihak JKP Bandar Bukit Puchong mengekalkan sewaan lama kepada pihak kami iaitu RM40.00 setelah sebulan menaikkan sewaan 100%. Alhamdullilah atas kerjasama dan pandangan jauh mereka.

Bagaimanapun, gelanggang Taman Putra Perdana diteruskan juga.


Share/Save/Bookmark
| 2 komen ]

Seramai 15 orang pelatih dewasa dan gurulatih yang hadir. Kehadiran amat menghampakan! Cikgu Abu dan Hazil tidak dapat hadir atas urusan yang dimaklumkan terlebih awal.

Majlis dimulakan dengan Tahlil dan diakhiri Selawat Kepada Junjungan Besar Rasullulah SAW.

Lepas itu, buka bab dua iaitu makan. Terima kasih kepada Cikgu Abu atas tajaan makanan dan Abang Mahadir atas tajaan air kopi Radix's special malam tu.

Selepas habis program, Anak Gayong Puchong berurut dan berbekam. Lepas geram kerana lama dok tangguh berbekam. Tapi bekam sikit sahaja kerana makan banyak sangat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Permohonan daripada AJK Zon Bukit Subang dibuat kepada kami sebelum PPR Kota Damansara lagi tetapi atas kesibukan AJK tersebut barangkali, beberapa perjumpaan ditunda. Pagi ini kami menerima panggilan daripada AJK Zon tersebut dan akan membuat pejumpaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar pada Isnin (lusa) bagi membincangkan proses pembukaan gelanggang silat di kawasan mereka.

Terima kasih atas sokongan anda kepada silat.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Latihan pertama semalam bukan sahaja mengejutkan kami malah penganjur iaitu AJK Penduduk PPR Kota Damansara kerana latihan pertama semalam menyaksikan kehadiran ahli baru seramai 64-68 orang yang kesemuanya ahli baru.

Penyertaan yang ramai mungkin disebabkan promosi selama 2 minggu oleh pihak kami dan AJK penduduk PPR Kota Damansara.

Sekali gus memecahkan rekod ahli baru yang menyertai latihan pertama teramai buat masa ini. Semalam kehadiran meliputi kanak-kanak seawal umur 7 tahun, remaja sekolah menengah dan juga orang dewasa. Ada permintaan daripada kaum hawa dewasa tetapi atas kekurangan gurulatih, kami tidak menyediakan apa jua kelebihan kepada mereka kecuali mereka sanggup berlatih bersama remaja wanita yang lain.

Latihan semalam di bantu oleh Cikgu Fariz, Abang Man dan Cikgu Alif. Latihan dimulakan dengan taklimat dan hanya memberikan asas tumbukan gerakan satu dan asas tenggiling sahaja.

Latihan akan diadakan setiap Jumaat, Jam 9.00 malam selepas bersama solat Isyak di surau PPR Kota Damansara.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Pihak kami baru terima sms daripada seorang ahli kami dan bersedia untuk menaja makanan utama majlis tersebut nanti. Menu tidak dimaklumkan tetapi kita tetap dengan rancangan asal.

Pot Luck masih berjalan seperti biasa. Hanya 20-30 orang ahli sahaja akan dijemput.

Terima kasih!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Baru masuk Bulan Mac 2009 dan selain daripada dapat 10 orang pemegang bengkung merah tahun ini, kami amat berharap sekiranya 10 gelangang akan tertubuh di bawah seliaan kami pada tahun 2009 ini.

Bagaimanapun, amat boleh dibanggakan apabila setakat Mac 2009, hasrat dan target tersebut telah tercapai dengan wujudnya gelanggang:

1. Masjid As Salam, Puchong Perdana
2. Bandar Pusat Puchong
3. Bandar Bukit Puchong 1
4. Taman Puchong Perdana
5. Taman Putra Perdana
6. Taman Subang Perdana
7. PPR Kota Damansara
8. Kampung Tengah
9. MTM, Kelantan
10. Sek. Kebangsaan Puchong Indah - Tinggal urusan pentadbiran sahaja.

Berharap baki 9 bulan bagi tahun 2009 yang ada ini akan memperbanyakkan lagi gelanggang dan meningkatkan mutu pentadbiran yang sedia ada.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Abang Dir Puchong Intan baru telefon tadi dan memaklumkan bahawa penggunaan Dewan Masyarakat Taman Putra Perdana telah dipersetujui di antara jam 2 - 4 petang setiap hari ahad dengan pegawai pengaduan dan pegawai dewan tersebut daripada Majlis Daerah Sepang, Cyberjaya.

Tarikh latihan dimulakan akan dimaklumkan esok.

Apa-apa telefon Abang Dir Puchong Intan di talian 012-2395170


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Dalam usaha mengembangkan disiplin Seni Gayong di Selangor, pihak kami telah membuat beberapa perbincangan dengan Anak Gayong Dewasa dan kemungkinan besar usaha mengembangkan Disiplin Seni Gayong ini akan menampakkan harapan baru dengan usaha gigih dan komitmen yang tinggi daripada Anak Gayong dewasa yang mula baru mengenal Gayong ini.

Daripada perbincangan tersebut terdapat beberapa gelanggang baru kemungkinan akan dibuka. Antaranya; gelanggang sekolah (telah dibincangkan dan akan dinyatakan dari masa ke semasa), Puchong Perdana (Cikgu Shams akan mula pada 22.03.2009), Taman Putra Perdana, Taman Saujana Puchong, Taman Kinrara, Taman Bukit Jelutong, Seksyen 16 Shah Alam, Seksyen 27 Shah Alam, Ampang, Taman Warisan di Sepang dan beberapa gelanggang lain.

Setakat ini permohonan gelanggang yang telah melalui perbincangan ialah U2, Shah Alam oleh Cikgu Fariz, Seksyen 27 oleh Cikgu Shams, Seksyen 16 Shah Alam & Taman Saujana Puchong oleh Abang Man Sarawak dan Taman Putra Perdana oleh Abang Dir Puchong Intan.

Terima kasih atas komitmen anda!


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Latihan di Bandar Bukit Puchong bermula dengan 4 orang dan disertai dengan beberapa kanak-kanak lain serta pelatih dewasa kami. Kemungkinan ini disebabkan kerana kawasan tersebut kawasan perumahan teres dan penyebaran maklumat mengenai latihan agak kurang memberangsangkan.

Minggu Kedua (bulan Januari) latihan di Bandar Bukit Puchong terpaksa dibuat ala kadar selama tidak lebih sejam dan diteruskan ujian bengkung pelatih dewasa bagi bengkung putih dan hijau. penyertaan di Bandar Bukit Puchong masa tersebut tidak berapa ramai.

Setelah jentera dan item promosi mula bergerak di bulan Februari dan Mac oleh Anak-Anak Gayong Puchong, dewan tersebut kini sesak dengan pelatih baru terutama kanak-kanak dan pembantu pengajar diperlukan memandangkan mereka kanak-kanak dan perlukan perhatian yang lebih bagi mengajar mereka.

Terima kasih untuk semua bantuan Anak Gayong..


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Penasihat teknikal dan Penguji KSSG, Cikgu Mohd Noor Geting mencadangkan agar diadakan majlis tahlil atau majlis selawat sempena Maulidur Rasul yang bakal datang.

Majlis ini juga selain bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pesilat dan penjaga serta para pentadbir KSSG, pihak kami berharap dapat menghidupkan dan memuliakan hidup Rasullulah SAW dalam mengingati kelahiran (birthday) Baginda Rasullulah SAW.

Tarikh & Masa akan dimaklumkan kelak.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gelanggang Kg Tengah yang dijangkakan dimulakan latihan awal Mac 2009 terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana urusan pentadbiran tidak dapat mencapai kata sepakat buat masa ini di peringkat JKP Zon tersebut.

Bagaimanapun, perancangan pihak kami adalah lengkap dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat sekiranya mendapat kepercayaan dalam menguruskan dewan tersebut bagi mengadakan pelbagai aktiviti tidak terhad kepada silat sahaja.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Bermula pada 22.03.2009, latihan Silat Seni Gayong setiap hari Ahad jam 9.00 malam akan dibatalkan dan latihan hari Rabu akan dikekalkan seperti biasa.

Ini memberikan laluan kepada latihan di Bandar Bukit Puchong dan Puchong Perdana serta Kota Damansara.

Tiada halangan untuk menyertai mana-mana gelanggang tanpa had jumlah hari latihan.


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Gelanggang Puchong Perdana yang akan dilaksanakan di Dewan Masyarakat Puchong Perdana (dekat Sek Keb. Puchong Perdana) akan dimulakan latihan pada 21.03.2009. Latihan seperti berikut:

Hari& Masa:
Setiap Sabtu & 5.00 petang

Tempat:
Dewan Masyarakat Puchong Perdana (Belakang Flat Puchong Perdana)

Tenaga Pengajar:
Cikgu Shams (013-9307961)


Share/Save/Bookmark
| 0 komen ]

Semasa perjumpaan dan sessi latihan di Kelantan pada 28.02.2009, kami menerima panggilan daripada Encik Tawfik, selaku AJKP dan penjaga dewan masyarakat Bandar Bukit Puchong 1 bahawa satu mesyuarat telah dibuat antara AJK Penduduk mereka dan memutuskan bahawa mengkategorikan silat sebagai kegiatan sosial dan bukan satu sukan.

Oleh yang sedemikian, caj penggunaan dewan sebanyak RM80.00 selama dua jam akan dikenakan kepada latihan tersebut yang diadakan setiap hari Ahad. Duit bukan menjadi masalah, maka kami bersedia dan memberikan RM40 sebulan bagi 4 jam latihan sebulan. Dulu ahli kurang. Sekarang kami mencecah 29 orang tidak termasuk pelatih daripada Masjid As Salam dan dewasa yang turut hadir berlatih bersama.

Kami dimaklumkan bahawa RM80.00 yang dikenakan telah dikurangkan kepada satu amaun tetapi peningkatan caj yang melebihi 200% amat mengejutkan. Bukan mengejutkan dari sudut harga dan nilai tetapi mentaliti orang melayu.

Sekiranya pada tahun 1960an Pakndak Majid Isa mengajar silat dengan bayaran bulanan RM10.00. Berapa sepatutnya yuran silat Seni Gayong kini patut ditetapkan?

Kami sudah menggunakan beberapa dewan untuk kelas silat semenjak 2005. Pernah orang tahu bagaimana rupa dewan-dewan tersebut tanpa aktiviti kami. Cuba lihat Dewan Masyarakat Puchong Indah sekarang.. Dewan lain intai sekali..

Barangkali mereka fikir kami turun padang kerana duit. Pelajaran kami cetek. Gaji kami kecil.


Share/Save/Bookmark