Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
Terdapat 4-5 orang pesilat di Sekolah ini sekarang berlatih di Masjid As Salam dan Bandar Bukit Puchong
Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
Mesyuarat dan presentasi mengenai penubuhannya telah ditetapkan. Apapun progresnya, terima kasih atas kerjasama baik pihak sekolah buat masa ini.
Terdapat 8 orang pesilat daripada sekolah ini sekarang berlatih di Masjid As Salam, Puchong Perdana.
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
Masih tidak dapat berbincangan dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah tetapi terima kasih atas layan kakitangan sekolah yang terbabit.
Terdapat 9 orang pesilat daripada sekolah ini yang kini berlatih di Bandar Bukit Puchong dan Masjid As Salam, Puchong Perdana.
Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong.
Kerjasama daripada guru amat membanggakan.
Sekolah Kebangsaan Putra Perdana, Sepang
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong. Terdapat 11 orang pesilat kami yang berlatih di Bandar Bukit Puchong adalah bersekolah di sini. Kerjasama daripada guru amat membanggakan.
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong.
Kerjasama daripada guru amat membanggakan.
Manakala setakat ini beberapa gelanggang awam turut di jadikan perhatian dan dalam proses memulakan latihan. Antara Gelanggang Awam baru yang bakal dimulakan dalam masa terdekat;
Desaminium Flora Lestari Perdana, Seri Kembangan
Perbincangan telah dibuat dan surat serta kertas kerja telah dilampirkan bagi pertimbangan.
Taman Puchong Perdana/Puchong Permai
Semuanya berjalan baik tetapi menunggu keputusan Sek. Keb. Puchong Perdana dan Sek Men. Puchong Perdana. Sekiranya penubuhan dibenarkan, maka gelanggang ini akan dibatalkan.





