Selepas kursus pada Disember 2008 di Gurun Kedah, pihak kami ada buat bebarapa perbincangan dengan beberapa gurulatih dan orang lama PSSPGM di Kedah dan juga orang kuat PSSPGM Negeri Kelantan.
Sehubungan dengan perbincangan tersebut, pihak kami amat berbesar hati sekiranya ada ahli-ahli PSSPGM mahupun mana-mana ahli Gayong lain yang masih aktif di sekitar Negeri Selangor tanpa di bawah mana-mana naungan Pertubuhan, sila dapat hubungi pihak kami (013-930 7961) bagi perbincangan beberapa perancangan.
Pihak kami juga sedar beberapa orang lama PSSPGM dari beberapa negeri yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan ada membuka gelanggang di sekitar Negeri Selangor malah ada menjalankan kelas silat Pusaka Gayong di beberapa sekolah. Usaha, hasrat dan niat suci para gurulatih tersebut amat kami banggakan kerana masih mampu dan berdaya tinggi untuk berbakti kepada masyarakat melalui disiplin silat ini.
Namun, pihak kami berbangga sekiranya dapat dikumpulkan seberapa banyak maklumat mengenai gelanggang-gelanggang ini dan gurulatih-gurulatih mereka bagi melengkapkan serta memperkemaskan urusan pentadbiran Pusaka Gayong di Negeri Selangor.
Beberapa maklumat telah dibekalkan kepada kami oleh pihak PSSPGM Kelantan dan Kedah.
Tujuan memanggil kesemua gurulatih-gurulatih adalah bagi beberapa perbincangan yang bakal diadakan kelak yang mungkin diadakan pada satu tarikh di bulan Mac 2009. Ini kerana kami berhasrat untuk lebih mengenengahkan para gurulatih tersebut dan menguatkan pentadbiran serta mengatasi apa jua masalah seperti urusan silibus, kewangan, disiplin dan tempat latihan.
Sila hubungi kami di 03-5882 5397 / 013-930 7961. Segala kerjasama anda amat dialu-alukan.
salam cikgu sham..ape beza silat gayong dgn silat laen?le cerita x ckit? - Panglima Hitam
Untuk memahami kulit jawapan kepada soalan tadi. Ini sedikit penerangan ringkas:
Adik beradik Gayong
Hakikatnya, kami adalah pertubuhan yang berlainan tetapi masih bersatu dan mengakui adik beradik dan masih memegang sumpah janji di Perlimau Tapak yang sama. Maka tidak hairan kami boleh bersama dalam apa jua majlis tanpa prejudis sesama kami.
Silibus Silat Seni Gayong
Gayong ini menekankan kepada beberapa bentuk fizikal terus (daya tahan), fizikal halus (berkaitan ilmu seni, urat, sendi dan beberapa kelemahan manusia itu sendiri) serta kebatinan (melalui amalan tertentu dan ini memerlukan huraian penuh kerana bimbang tersalah anggap ada amalan tertentu bagi tujuan tertentu pula).
Gayong meliputi kepada kesemua aspek pertahanan diri yang merangkumi seni Tangan Kosong (Seni Tangkapan, Seni Kuncian, Seni Pukulan, Seni Kombat, Seni Cekik, Seni Siku dan beberapa lagi termasuk Asas setiap satu), Seni kaki (Asas Tangkapan kaki, Seni Kuncian Kaki, Seni Pukulan Kaki, Asas Jatuhan Kaki) serta Seni Badan itu sendiri (Seni Yoi, Seni Lompatan, Seni Tapak)
Selain daripada tangan dan kaki kosong, Anak Gayong dilatih dengan senjata yang mana setiap satu mempunyai asas, gerakan, tangkapan, kuncian, elakan dan permainan gulung yang berbeza. Yang mana sundang dan parang lain. Begitu juga rotan, simbat, tongkat, tombak, lembing, tongkat panjang dan sebagainya.
Antara senjata yang dimasukkan dalam silibus dan wajib dipelajari ialah Seni Pisau, Seni Parang, Seni Keris, Seni Tombak dan Lembing dan Seni Cindai. Kesemua ini termasuk asas, gerakan, tangkapan, kuncian, elakan dan permainan gulung yang berbeza. Malah permainan senjata ditambah dengan latihan yang mengenakan senjata lebih dari satu.
Antara senjata yang diajar tetapi tidak dimasukkan di dalam silibus kami ialah seni sundang, seni badik, seni kapak, seni tongkat pendek, seni belantan, seni kerambit, seni tekpi, seni keris panjang dan beberapa seni senjata lain yang jarang digunakan.
Keaslian Silat Seni Gayong
Ramai silat mahupun guru menyatakan silat mereka adalah silat yang asli walaupun sejarang secara terangan menyatakan guru pengasas mereka mempunyai latar belakang senibeladiri lain termasuk beberapa silat lain. Malah ada yang mengasaskan silat lain (tidak menggunakan Gayong) tetapi berasal daripada aliran Gayong itu sendiri.
Malah ada persilatan yang berasal nama lain dan mengasaskan nama silat yang lain dan enggan atau malu mengakui persaudaraan dengan nama lama walaupun sejarah terpampang jelas.
Keaslian Gayong adalah ia tidak pernah digabungkan dengan mana-mana seni beladiri lain termasuk mana-mana silat. Ia di ajarkan secara turun menurun dari satu generasi ke generasi baru dengan merasai tangan setiap guru. Namun setelah arus pemodenan berlaku dan Silat Seni Gayong telah disebarkan ke merata tempat dan Arwah Datuk Meor Rahman telah mengarahkan murid-murid tuanya menyusun pelajaran secara tersusun yang kita kenali sebagai Silibus.
Gayong adalah ilmu yang digunakan oleh Hang Tuah dan beberapa pendekar melayu lain yang berpaksi kepada daripada seberang pada zaman dahulu. Malah beberapa penulisan sejarah lama membuktikan bahawa Hang Tuah dan 4 yang lain adalah Anak Gayong melalui pemakaian ilmu-ilmu tertentu yang dibuktikan melalui ilmu dan pengetahuan Arwah Datuk Meor Rahman. Perkara ini tidak dapat diulaskan namun bergantung kepada kajian dan kepercayaan individu.
Susur galur ilmu ini juga telah dibawa oleh 5 Daeng pendekar terbilang, Namun masih ada yang menyambung pelajaran di tempat tertentu. Malah semasa Mat Kilau muncul di Pulau Air Tawar mengisytiharkan beliau masih hidup, Arwah Datuk Meor juga hadir sekali bagi menentukan samada Mat Kilau benar-benar masih hidup atas pesanan Arwah datuk beliau yang Mat Kilau dan beberapa pahlawan Pahang lain adalah adik seguru Tok Jenal, Arwah Datuk kepada Datuk Meor Rahman. Beberapa mentera di baca dan kesemuanya diingati oleh Arwah Mat Kilau.
Namun paling penting, sehingga ke hari ini walaupun terdapat beberapa gurutua atau gurulatih Gayong masih berpegang kepada ilmu yang diajarkan dan diturun oleh pengasasnya Arwah Datuk Meor Rahman dan tidak menokok tambah ilmu persilatan yang lain.
Ada beberapa persoalan mengenai silibus yang agak berlainan dan ada pertubuhan Gayong yang lagi banyak silibusnya. Jawapannya senang kerana PASAK di tinggalkan di Singapura selepas Arwah Datuk Meor pulang ke Tanah Melayu. Gayong Malaysia bersama Arwah Datuk Meor sehingga hayat manakala Pusaka Gayong setakat tahun 1978 apabila Datuk Abdul Majid difitnah pada tahun 1977.
Perlu diingatkan bahawa kehebatan Arwah Datuk Meor adalah amat luar biasa dan diakui oleh ramai pendekar. Tetapi kehebatan bukan terletak kepada silibus tetapi kepada latihan individu. Cuma sekiranya diberikan pilihan, mungkin silibus yang padat lebih memberikan peluang ilmu yang lebih.
Kita sering bercakap yang datuk kita boleh buat itu dan ini. Boleh dikatakan semuanya adalah sesuatu yang mencarikkan adat. Hebat sungguh datuk nenek kita zaman dahulu. Bukan kerana ilmu semata tetapi lihat juga amalan mereka. Amalan itu apa? Cuba cari guru dan bertanya..
Cuma saya suka tekankan bahawa kenapa kita nak banggakan datuk nenek kita boleh buat itu dan ini, sedangkan persoalan yang sama tidak mampu kita jawab. Apa kita boleh buat?
Apa bezanya Gayong dengan Silat lain...
Seragam Silat
Harga Biasa: RM900.00 - RM1,300.00
Sila hubungi 014-505 1961 untuk tempahan dan pembelian.
Dapatkan pelbagai jenis keris di sini
Atau lawati Pusat Jualan Online kami
Koleksi Keris Istimewa Untuk Dijual
Berita ini saya ambil daripada yahoogroup PSSGM yang mana menyatakan Cikgu Nazrul PSSGM Cheras Perdana (PSSGM WP) telah di masukkan ke Hospital Putrajaya pada pagi ini dan ditempatkan di Wad 3A ( Pembedahan).
Sesiapa yg mengenali beliau di minta melawat. Beliau dikhabarkan sedang sakit tenat. Untuk pertanyaan boleh hubungi cikgu Shidie 0129330542 (Rosaidi Md Daud- glg Warisan Laksamana Sg Besi.)
Harap maklum daripada kami sekadar makluman Anak Gayong semua.
Cikgu Nazrul PSSGM Sakit
Bagi peperiksaan UPSR dan PMR, pihak kami menyediakan beberapa hampers atau buku-buku sebagai hadiah tidak termasuk perbelanjaan majlis tertentu seperti mandi minyak atau kursus luaran.
Manakala bagi SPM, kami menyediakan seperti di atas dan sumbangan kewangan. Kesemua ini adalah bagi menarik minat dan menambah semangat Anak Gayong untuk terus cemerlang dalam akademik.
Semalam, Adik Ummi (Kak Long) menerima buku-buku PMR dan item lain sempena keputusan cemerlang di dalam UPSR baru-baru ini.Peruntukan Pelajar Cemerlang
Ujian dibuat ke atas 8 orang pesilat daripada Gelanggang Masjid As Salam & Gelanggang Bandar Pusat Puchong. Mereka ini antara yang tercicir daripada ujian yang sebelumnya. Alhamdullilah, ia dapat dijalankan dengan baik dan secara puratanya, prestasi amat membanggakan.
Baik Sifu!, jawab Cik Abu Hassan
Lagi-lagi maklumat dan video pada hari ujian tersebut boleh dilihat melalui YouTube kami.
Sekitar Ujian Bengkung Putih & Hijau pada 11.01.2009 di Bandar Bukit Puchong
Latihan di sini selepas warm up selama 10-15 minit, kami akan teruskan dengan sit-up, bar bell, spring & tendangan (setiap satu minima 30X). Kemudian baru kami mulakan latihan.
Kini peralatan kami semakin lengkap dan berharap tahun ini akan lebih sempurna.
Dari kiri: Shah, Cikgu Hasrul, Cikgu Hazan, Cikgu Shams, Kamaruzaman dan Cikgu Abu Hassan
Yang tiada dalam gambar: Cikgu Hazil, Cek Mat dan beberapa yang lain.
Coretan terkini
Satu ujian Bengkung bagi beberapa Anak Gayong Bandar Pusat Puchong & Masjid As Salam akan dijalankan seperti berikut:
Tempat: Balai Masyarakat Bandar Bukit Puchong
Masa : Jam 10.00 pagi
Anak Gayong yang mengambil ujian adalah seperti berikut:
Bengkung Hijau Cula- 3 orang
Bengkung putih Cula - 2 orang
Bengkung Putih kosong- 3 orang.
Mereka ini antara yang ketinggalan dalam ujian yang lepas.
Terima kasih.
Ujian Bengkung di Bandar Bukit Puchong Pada 11.01.2009
Alhamdullilah, latihan di Balai Masyarakat Bandar Bukit Puchong (tepi surau Toyyibah) telah dapat dijalankan buat pertama kalinya pada semalam, 04.01.2009 jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Latihan pertama dihadiri oleh 4 orang pesilat dan latihan telah dijalankan dengan biasa. Terima kasih kepada pihak JKP Bandar Bukit Puchong terutama Encik Tawfik kerana atas kerjasama yang diberikan.
Semoga keahlian akan terus bertambah pada minggu hadapan. Sebarang penyertaan sila hubungi: 013-930 7961
Latihan di Bandar Bukit Puchong



