Minggu lepas, pihak kami menerima kejutan lawatan daripada 2 orang guru lama dalam PSSGM di Wilayah Persekutuan, iaitu Cikgu Adi dan Cikgu Man. Namanya agak besar dalam guru-gurulatih lama yang masih aktif pada masa ini. Terutama bila 2 guru bersama 2 pelatih mereka itu datang daripada Gelanggang PSSGM Bangsar yang cukup terkenal melalui pengasasnya Arwah Cikgu Said "posmen" yang telah meninggalkan kita pada lewat 70an kerana kemalangan di Filipina semasa berkursus (betulkan saya sekiranya silap).
Antara lain yang sempat dibualkan mengenai perkembangan Gayong semasa dalam pelbagai pertubuhan, hubungan kami sesama Gayong dan perjalanan gurulatih dalam mengembangkan Gayong.
Selain daripada itu, kedatangan mereka ekoran atas beberapa berita dan keaktifan pihak kami dalam perkembangan Gayong dan rasanya amat kekok apabila yang lama datang bertemu yang muda dan dangkal dalam Silat Seni Gayong seperti kami. Namun, pihak kami kini dalam perancangan untuk lawatan ke Gelanggang PSSGM Bangsar dalam masa terdekat selain daripada 3 gelanggang Silat Seni Gayong yang lain di sekitar Lembah Klang. Semoga program kembara yang dimulakan pada tahun 2008 membuahkan hasil yang positif.
Perkenalan singkat malam tersebut antara lain membangkitkan semangat kami dan akan memberikan kami satu program kembara baru bagi bertemu dengan guru yang dikatakan paling senior yang pernah mendapat didikan tangan ADMAR. InsyaAllah, kembara tersebut hanya akan melibatkan beberapa orang gurulatih kami sahaja dengan kerjasama gurulama tersebut.
Pihak kami memohon maaf atas kekurangan yang amat semasa lawatan yang dibuat pada hari latihan tersebut kerana tidak membuat apa jua persediaan. Apa pun InsyaAllah, lawatan balas dalam masa terdekat akan dibuat kepada guru lama tersebut.



0 komen
Post a Comment