Pihak kami sebelum ini ada juga yang teringin dan berminat nak menyertai kami di Gelanggang Bandar Pusat Puchong tetapi masalah teman latihan asyik memberikan satu halangan kepada latihan dan penyertaan kaum hawa di tempat kami.
Sememangnya ini bukan masalah mereka sahaja tetapi tanpa adanya pelapis Anak Gayong dewasa daripada kalangan wanita, kami akan mempunyai masalah dari sudut latihan dan kegurulatihan di masa hadapan.
Selama ini KSSG ada dua gurulatih standby wanita tetapi atas tiada permintaan yang rancak daripada kaum hawa, mereka tidak turut bersemangat tetapi masih boleh diajak ke gelanggang sekiranya jadual waktu sebagai isteri dan ibu tidak terbeban dengan jadual silat.
Semasa Majlis Aidilfitri tempohari, kami juga menerima permintaan daripada kaum hawa untuk buka kelas bagi kaum wanita sahaja dan kami percaya boleh menyediakan gurulatih wanita bagi tujuan tersebut. Bagaimanapun, sejauh mana komitmen dan jumlah yang berminat masih lagi tidak diperolehi dan kemungkinan akan dilihat positif selepas cuti sekolah nanti. Itupun kalau ada yang berminat.
Alhamdullilah yang betul-betul berminat ada seorang dan pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan kaum hawa dalam silat bagi melengkapkan persediaan kecemasan serta disiplin dan untuk kesihatan sahaja.
Pihak kami menyeru dan mengajak dan memohon agar perkara ini diwar-warkan seantero dunia melayu..


0 komen
Post a Comment