Pihak KSSG mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran pihak rakan-rakan dan Anak Gayong serta keluarga ke Majlis Aidilfitri kami semalam di Pejabat KSSG, Puchong.
Boleh dikatakan 50% jemputan adalah hadir dan pihak kami amat berbesar hati atas kehadiran pihak rakan-rakan dan wakil gelanggang daripada seluruh Selangor dan juga Kuala Lumpur. Kehadiran dianggarkan seramai melebihi 100 orang dan kehadiran pertama jam 11.15 pagi sehingga tetamu terakhir jam 8.00 malam walaupun aturcara hanya sepatutnya setakat jam 4.00 petang sahaja. Majlis sepenuhnya tamat jam 9.15 malam.
Pihak kami juga amat berbangga dengan beberapa orang rakan kita yang sanggup hadir walaupun ada yang tersasar dan sesat pada mulanya. Kehadiran anda semua bukan sahaja merapatkan hubungan antara Anak Gayong tetapi boleh bertukar pandangan dan aktiviti terkini serta kenal mengenal antara kita.
Hanya beberapa gelanggang yang dijemput melalui kad atau SMS tidak dapat hadir. Sebahagiannya memaklumkan keuzuran di saat akhir. Beberapa gambar kenangan semasa majlis tersebut akan dimuatnaikkan dalam masa terdekat.
Terima kasih sekali lagi..


0 komen
Post a Comment