Blog Widget by LinkWithin
| 0 komen ]

ADMAR pernah nyatakan bahawa Silat Seni Gayong ini Silat Perang dan bukan Silat Pertunjukan maka bagi menyelaraskan dengan ayat itu kami tidak pernah mempamerkan mana-mana pentas dan buah silat yang menyamai silibus. Itu skema awal kami.

Maka setiap peserta demo adalah terdedah kepada pecahan kosong dan senjata. Mungkin itu menjadi tarikan untuk menjadi ahli demo pada masa tersebut.

Kemudian, kami ubah skema kenduri kahwin kami dengan mempamerkan demo silat daripada kanak-kanak sahaja yang mana 2 kumpulan dilatih khas bagi kenduri. Kemudian dikemaskan dengan pakaian serba lengkap bagi ahli kumpulan demo kenduri tersebut. Kemudiannya kami tidak lagi menurunkan pesilat dewasa sebagai peserta demo.

Dari sudut kewangan pula dikemaskini selaras dengan nama baik (goodwill) KSSG yang sedia ada dengan mengadakan treshold dan kos minima bagi setiap pertunjukan yang mana pernah mencecah ribuan ringgit (bagi kenduri VVIP sahaja). Yang mana kesemua kutipan ditolak kos pengangkutan dan derma untuk barangan silat, maka selebihnya adalah milik peserta yang mana setiap kali demo kenduri, peserta mendapat purata kos penyertaan RM100.00 - RM200.00.

Skema dibuat dengan mengambil kira keperluan semasa silat dan masih tertakluk kepada kemampuan. Dengan harapan silat tidak lagi diperlekehkan.

Dengan beberapa masalah kehadiran dan disiplin, beberapa peserta demo kanak-kanak digugurkan daripada kumpulan yang menyebabkan kami sendiri mempunyai masalah untuk mengenengahkan peserta demo bagi kenduri. Walaupun masih ada beberapa kanak-kanak dan remaja yang berminat untuk menyertainya, disiplin adalah masih menjadi teras pemilihan kami.

Maka selepas Aidilfitri tempohari, kami tambahkan keceriaan dalam cara kami mempersembahkan demo kenduri kami dengan mempamerkan permainan 'silat pulut' dan juga permainan keras dalam Silat Seni Gayong yang mana permainan 'silat pulut' di berikan tanggungjawab kepada peserta dewasa.


Semenjak kami meletakkan kos minima demo pada tahun 2007, pihak kami masih lagi menerima banyak pelawaan untuk membuat demontrasi silat bagi kenduri kahwin. Ternyata hasrat kami untuk meletakkan silat tinggi di mata masyarakat agak berbaloi dan ada yang masih sanggup bersusah dengan kami dan menganggap kos tersebut sebagai derma.

Semua gambar adalah semasa demontrasi di kenduri Aiman di U9, Shah Alam pada 12.10.2009 yang menjadikan demo silat kenduri pertama bagi skema baru kami. Terima kasih atas sokongan semua!

0 komen

Post a Comment