Pihak Kelab kini dalam perancangan untuk menghantar 6-8 orang bagi menghadiri satu kursus senjata lama masyarakat Melayu (bukan silibus) bersama seorang guru lama dan dihormati di kalangan orang silat di seluruh dunia mahupun di Malaysia sendiri.
Sehubungan dengan jemputan dan penganjuran kursus tersebut, pihak kami telah mendapat persetujuan mengenai penyertaan tersebut dan bakal menghantar 6-8 orang ahli kami ke kursus senjata tersebut.
Dalam 6-8 orang tersebut, 2 peserta akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kelab yang mana 2 nama telah dicadangkan berdasarkan disiplin dan komitmen yang diberikan kepada latihan yang sedia ada.
Selain daripada itu, satu kursus kepada ahli KSSG yang lain akan dibuat selepas kursus tersebut. Selain daripada kursus tersebut, terdapat 3-4 kursus luar lain sedang dalam permohonan pihak kami dan bakal menghantar ahli-ahli kami atas dasar ilmu selain merapatkan jurang hubungan Gayong kita.
Pihak kelab berharap ahli Gayong kami yang komited pada latihan akan terus bersemangat dan melahirkan banyak lagi gelanggang dan program bagi pihak kelab.


0 komen
Post a Comment